DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 30 November 2015

Yus Jambu Meninggal Dunia | Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum menulis apa-apa, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan pelawak Malaysia, Yus Jambu kerana telah meninggal dunia pada 12:30 pagi semalam akibat sesak nafas di Hospital Selayang.. Mula-mula dapat berita melalui group Whatsapp KBBA dan dalam percaya dan tidak sebab banyak berita palsu sekarang ni kan.. Jadi terus bukak Facebook dan Instagram.. Pertama sekali terjumpa berita ini di Instagram Jihan Muse.. Di Facebook dan twitter juga dah viral masa tu.. So memang disahkan perkara ini benar..


Satu berita yang mengejutkan sebab tak dengar pun dia sakit ke apa dan umur pun baru 39 tahun rasanya.. Apa-apa pun, perkara macam ni memang tak boleh dijangka sama sekali.. Perkara hidup dan mati telah ditetapkan oleh yang maha ESA cuma kita semua perlu bersedia menghadapinya.. Yus Jambu sememangnya salah seorang pelawak yang senang buat orang ketawa dan perginya dia mesti akan kosong satu tempat di hati semua peminat Yus Jambu..

Bila mendengar tentang pemergian seseorang akibat sakit jantung, memang membuat hati kita terfikir.. Jantung ni satu penyakit yang kadang-kadang kita rasa macam tak terfikir akan kena.. Dalam sihat-sihat pun ada yang terkena serangan jantung.. Sama-samalah kita menjaga kesihatan masing-masing.. Sekali lagi, Al-Fatihah..
Read more ...

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya untuk malam Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7 ini, Acong tersenarai di tangga terbawah sekali.. Dengan lagu Hilang Naluri nampak memberikan markah yang sangat rendah.. Tetapi disebabkan ada kuasa imuniti pada Dato' Seri Vida, Acong diselamatkan dan terus ke minggu depan untuk peringkat Separuh Akhir.. Tapi layak ke Acong dapat imuniti? Layak atau tidak, semua atas rezeki mereka kot.. Kalau la minggu depan peserta favourite tersingkir, so memang tak dapat diselamatkan lagi.. Bayangkan Farahdhiya ke, Haiza ke, Siti Nordiana ke, Ezad ke tersingkir? Haha..

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7

Tetapi kalau diikutkan pemberian lagu tugasan Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 tadi, boleh katakan lagu yang sangat mencabar pada mereka.. Bayangkan Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu untuk Farahdhiya.. Mengapa untuk Siti Nordiana.. Sedalam Mana Cintamu untuk Azian Mazwan Sapuan.. Biar Putih Tulang untuk Nassier Wahab, Flora Cinta untuk Haiza, Tiada Lagi Kidungmu untuk Ezad.. Semua lagu best-best tu.. Memang masing-masing boleh menyerlah minggu depan untuk ke final..

Azian Mazwan Sapuan sekali lagi tersenarai di Bottom 2.. Kali ni dia tenang sangat berbanding minggu lepas dan dua minggu lepas.. Mungkin dah redha kot.. Tetapi rezeki membawakan lagu Ini Rindu masih berpihak pada dia walaupun dah 3 minggu berturut-turut di Bottom 2.. Ezad di tempat ke 5 dengan lagu Nakal tadi.. Mungkin biasa-biasa je kot pada juri.. Terbaik minggu lepas dengan lagi Secangkir Madu Merah dari Siti Nordiana berada di tempat ke 4 minggu ni.. Mendapat pujian dari Dato' Ramli MS sememangnya dijangka akan terselamat..

Haiza dengan mengubah lagi Kopi Dangdut ke genre yang lain mendapat tempat ke 3.. Nassier Wahab dengan Camellia II mendapat tempat ke 2 dan Farahdhiya dengan persembahan bertenaga lagu rock, Enter Sandman mendapat tempat pertama kali ini.. So semuanya dah dikomen.. Kita tunggu Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 / Peringkat Separuh Akhir minggu depan.. Rasanya mesti 6 peserta ke final macam tahun lepas.. Siapa bakal tersingkir di minggu ke 8 atau Separuh Akhir ni? Semua ada kemungkinan.. 
Read more ...

Sunday, 29 November 2015

Simptom Slipped Disc

Assalamualaikum w.b.t.. Slipped Disc.. Kalau dulu, memang satu perkara asing la.. Tak pernah dengar kot.. Tapi bila dah tamat universiti dan memulakan kerja, perkataan slipped disc ni macam biasa dengar pula.. Ianya bermula bila ada rakan di HQ yang dimasukkan ke hospital sebab kena slipped disc dan sampai kena buat pembedahan.. Kalau dah sampai buat pembedahan, memang parah la kot.. Tapi insyaallah masih boleh diselamatkan.. Ada juga yang hanya buat fisioterapi.. Tapi apa itu 'Slipped Disc'?


Tulang belakang kita terdiri dari 26 tulang (vertebra ) yang ditampung oleh cakera . Cakera atau disc ini melindungi tulang dengan menyerap kejutan atau hentakan daripada aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing . Dalam kata mudah, ianya seperti kusyen yang menyerap hentakan dan mengelakkan dari kecederaan.

Setiap cakera mempunyai dua bahagian iaitu, bahagian dalaman yang lembut seperti agar-agar dan bahagian luar yang keras. Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar. Inilah yang dikenali sebagai ‘slipped disc’ atau ‘herniated dics’. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika cakera ini menekan salah satu saraf tulang belakang, anda mungkin mengalami rasa kebas dan sakit di sepanjang saraf tersebut. Dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau memulihkan ‘slipped disc’ tersebut.

Bagaimana boleh terjadinya Slipped Disc ni? Rasanya yang ini ramai kena tahu sebab mana la tahu, sebelum terkenanya Slipped Disc ni, rakan-rakan boleh buat langkah berjaga-jaga kan.. Orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati kan.. So macamana boleh terjadinya Slipped Disc?

‘Slipped disc’ boleh terjadi apabila bahagian luar cakera menjadi lemah atau koyak dan menyebabkan bahagian dalam menyelinap keluar. Lazimnya semakin umur seseorang meningkat, risiko untuk terjadinya ‘slipped disc’ ini lebih tinggi. Pergerakan tertentu juga boleh menyebabkan ‘slipped disc’ contohnya ketika sedang berpusing atau ketika mengangkat dan mengalihkan objek berat. Apabila kita mengangkat objek berat dan besar, kita meletakkan satu tekanan atau beban pada tulang belakang kita dan ini boleh menyebabkan kecederaan. Mereka yang sering terlibat dengan aktiviti lasak atau mempunyai pekerjaan yang sangat mencabar kekuatan fizikal juga mungkin berisiko tinggi untuk mendapat ‘slipped disc’. Individu yang berlebihan berat badan juga berisiko tinggi kerana terpaksa membawa berat tambahan. Otot-otot yang lemah dan gaya hidup yang tidak aktif juga menyumbang kepada ‘slipped disc’ ini. Mereka yang berusia 35 hingga 45 tahun lebih cenderung untuk mengalami masalah ini kerana cakera akan mula kehilangan kandungan air atau bendalir pelindung seiring dengan peningkatan usia.

Ok.. Macam Eraz sendiri.. Bila dah dengar banyak kes tentang Slipped Disc.. For sure la nak juga mendapatkan lebih info tentang penyakit ni.. So first sekali yang Eraz akan google ialah keyword 'Simptom Slipped Disc'.. So dengan mengetahui apakah simptom Slipped Disc ni, kita sendiri boleh mengagak keadaan badan fizikal kita related ke tak dengan simptom slipped ni kan.. So ini antara simptom Slipped Disc yang semua orang perlu tahu..


  • Kesakitan dan kebas, paling biasa pada satu bahagian badan
  • Kesakitan yang meliputi lengan dan / atau kaki
  • Kesakitan yang lebih teruk pada waktu malam
  • Sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
  • Sakit apabila berjalan jarak dekat
  • Kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
  • Kesemutan, sakit atau radang di kawasan yang terjejas

Macam Eraz mention sebelum ni, lebih baik mencegah dari mengubatikan.. So ini cara-cara untuk kita mencegah badan kita daripada terkenanya slipped disc.. Insyaallah mungkin sama-sama kita boleh amalkan sebab tak memerlukan kewangan pun.. Tinggal rajin atau tidak je.. Ditujukan juga kepada diri sendiri.. Kipidap! Dongibap! Cara mencegahnya seperti berikut :


  • Senaman yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot.
  • Senaman tulang belakang dibahagian yang lebih rendah terutamanya adalah penting untuk mengelakkan kecederaan berulang kembali .
  • Gunakan teknik yang betul semasa melakukan senaman berat dan kerja berat, termasuk mengangkat dan mengalihkan barang.
  • Elakkan mengangkat berat sambil berbongkok dan berpusing secara serentak.
  • Penggunaan pendakap tulang belakang atau korset semasa mengangkat berat adalah dinasihatkan. Ini penting bagi memastikan tubuh dan tulang belakang kita berada dalam posisi yang betul semasa mengangkat barang. Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang betul.


Akhir sekali, ini antara cara rawatan yang boleh dibuat kalau dah terkena slipped disc.. Semestinya pertama sekali ialah kena perlu berjumpa dengan doktor.. Kalau tak serius, doktor akan sarankan untuk buat xray untuk tengok keadaan tulang belakang dan fisioterapi.. Jika serius, perlu buat MRRI.. Tapi ini antara rawatan yang akan dibuat selepas itu..


  • Rawatan Thermal – bertujuan untuk mengurangkan sakit
  • Steroid – suntikan steroid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa
  • Fisioterapi –  Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.
  • Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang.

Sumber fakta dan perkongsian tentang slipped disc ni daripada Adaa's Inspiration.. Insyaallah semoga info ini dapat membantu dan memberi peringatan kepada semua.. Kenapa tiba-tiba Eraz buat entri pasal 'Simptom Slipped Disc' ni?
Read more ...

Saturday, 28 November 2015

10 Bahasa Ibu Bapa Wajib Elak Gunakan Kepada Anak-Anak

Assalamualaikum w.b.t.. Menjadi ibu atau bapa bukan hanya pada panggilan Ibu mahupun bapa tetapi ianya merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat yang perlu dipikul dari anak itu dilahirkan sampailah ke satu masa kelak.. Tugasnya sangatlah mencabar dan semestinya bukan mudah.. Anak ini merupakan satu amanah dari Allah untuk kita menjaganya.. Dengan penjagaan dan didikan yang baik, terhasilah satu zuriat yang soleh dan solehan serta berbakti semula kepada kita, alhamdulillah.. Jadi untuk entri hari ini, Eraz nak share tentang bahasa ibu bapa yang wajib dielak untuk digunakan kepada anak-anak.. Jom baca apa yang tertulis dalam gambar di bawah :

1# Bahasa Melaknat
2# Bahasa Menyindir
3# Bahasa Menipu


4# Bahasa Menempelak
5# Bahasa Membebel
6# Bahasa Mengungkit
7# Bahasa Membandingkan


8# Bahasa Mengugut
9# Bahasa Menuduh
10# Bahasa Bisu


Sumber : UmmuAyyashDotCom
Read more ...

Friday, 27 November 2015

Bila sesetengah kawasan Kuala Krai mulai banjir ..

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau ikutkan berita, Kelantan berada di zon amaran merah bermula hari ini.. Jadi itu bermakna hujan akan turun dengan lebat.. Dan ianya terbukti bila bermula malam semalam, memang hujan turun dengan lebat dan berterusan sehingga sekarang.. Bila dah time macam ni, memang terimbas peristiwa setahun yang lepas la.. Tahun 2014 merupakan tahun terburuk dalam sejarah Kelantan dalam peristiwa banjir.. Kawasan yang tak pernah kena banjir pun terbabit sama.. Terakhir yang direkodkan tahun 2004.. Itu tak seburuk tahun lepas la..

Berita terkini memang sangat-sangat ditunggu untuk langkah berjaga-jaga.. Dan tiba-tiba terbaca berita yang ditulis oleh Harian Metro (27 November 2015) yang beberapa kawasan di Kuala Krai sudah dinaiki air.. Antara kampung terjejas termasuk Kampung Bedal, Kampung Bukit Sireh, Kampung Chenulang, Kampung Pasir Jering, Kampung Dusun Ban, Batu Pagar, Kampung Dusun Bunut dan Kampung Kebun Pisang.. Bila di situ dah naik air, memang macam-macam la boleh fikir.. Jadi apa yang boleh diharapkan ialah biar hujan berhenti dengan segera.. Tak dapat bayangkan kalau keadaan yang sama berlaku lagi.. Minta jauh.. Sama-sama kita doakan..

Read more ...

Cara Atasi Risau Keselamatan Anak


Assalamualaikum w.b.t.. Ibu bapa mana yang tak risau akan keselamatan anak-anak mereka kan.. Kalau boleh, nak ada 24 jam depan anak sebab nak pastikan semua ok.. So bersesuaian dengan cuti sekolah ni, Eraz nak buat satu entri untuk memberi idea kepada semua pembaca.. Sekurang-kurangnya kita boleh gunakan sebagai info untuk berjaga-jaga untuk setiap masa anak-anak bersama kita atau tidak..

Ianya adalah cara untuk mengatasi rasa risau akan keselamatan anak.. Tambah-tambah ketika membawa si kecil bersiar-siar di tempat mungkin boleh mengundang bahaya dan risiko.. Sekarang ni kan banyak sangat kes yang melibatkan kanak-kanak.. Tapi minta jauh la semua tu.. So ini antara caranya :

1. Sentiasa awasi keselamatan anak

Jangan abaikan anak ketika mereka bermain. Sentiasa awasi mereka ketika bermain di tempat permainan awam atau taman permainan. Jangan sekali-kali meninggalkan anak bermain berseorangan sementara anda sibuk ke tempat lain.

2. Sentiasa pegang tangan anak

Ketika berjalan pastikan anda sentiasa memegang tangan anak terutama di tempat ramai orang. Apatah lagi sekiranya anak anda jenis yang lasak dan aktif. Memang tak boleh lepas tangan mereka.

3. Pilih tempat bersesuaian

Sebagai keluarga yang mempunyai anak, sudah tentu anda perlu memilih tempat bercuti yang sesuai dengan anak dan mengambil kira faktor keselesaan dan keselamatannya. Namun pastikan ia tetap menyeronokkan kepada anak-anak.

4. Ajar anak hafal nombor telefon

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda sentiasa mengajar anak untuk menghafal nama ibu atau ayah, nombor telefon dan nama sendiri. Lagi baik jika mereka boleh hafal alamat rumah.

5. Pesan anak

Ingatkan anak anda tentang bahaya sekiranya mereka mengikut orang yang tidak dikenali. Beritahu mereka risiko yang boleh diperoleh sekiranya mereka mengikut orang yang tidak dikenali. Lagi bagus kalau tunjukkan video eksperimental yang dibuat di Youtube tentang kesan bahaya kalau kanak-kanak ikut orang tidak dikenali.

6. Nota kecil

Meletakkan nota kecil yang tertulis nama dan nombor telefon ibu bapa ke dalam poket baju atau seluar anak anda.

Kredit : Pa & Ma 

Read more ...

Thursday, 26 November 2015

7 Cara Buat Anak Gembira Bersolat

Assalamualaikum w.b.t.. Anak-anak ni memang cepat belajar dalam apa jua benda pun.. Samada perkara yang dikut tu baik atau tidak, dia tak akan tahu.. Dia cuba tahu ikut apa yang Mama or Papa dia buat je.. Macam Eraz sendiri yang mana Zara dalam 2 tahun lebih tu, memang dia cepat tangkap.. Contoh untuk entri ini, Zara selalu tengok Papa dan Mama dia solat.. Mula-mula dia pandai hampar sejadah.. Lepas tu tiru angkat tangan, sujud, dua tahiyat awal dan ada lagi dua tiga kedudukan dia pandai tiru.. 

Then bila Mama Zara belikan telekung untuk kanak-kanak, memang dia suka pakai.. Tapi tak lama la.. Tapi ok la kan sebagai tanda di belajar.. Jadi entri kali ini, Eraz nak share 7 cara yang boleh buat anak gembira untuk bersolat.. Insyaallah mungkin entri ini boleh membantu rakan-rakan semua termasuk Eraz sendiri.. Jom baca..








Read more ...

Tuesday, 24 November 2015

Tips Melatih Anak Tak Pakai Pampers

Assalamualaikum w.b.t.. Masa baru lahir dan sampai sana masanya, mesti anak-anak dipakaikan pampers kan.. Tapi sampai bila? Apa yang Eraz baca, ianya bergantung kepada ibu bapa tu sendiri la.. Kalau anak-anak dah boleh bercakap, memberitahu secara jelas yang dia sudah berak ke apa, maka mungkin tibalah masanya untuk kita sebagai ibubapa untuk ajar anak kita supaya tak guna lagi pampers.. Bila dah tak pakai pampers, kos sara hidup pun boleh dikurangkan kan.. Jadi, hari ni, Eraz nak buat satu entri tentang Tips Melatih Anak Tak Pakai Pampers..

Ada juga yang sebut kan hal nak melatih anak tak pakai pampers ni dengan potty training.. Kan? Tapi lebih senang faham guna ayat yang lebih panjang tu la.. Satu lagi yang pasti, bila masanya nak mula ajar anak kita ni, semuanya bergantung kepada kesediaan ibu bapa tu la.. Tapi caranya mungkin lebih senang kepada ibu atau bapa yang suri/sura rumah sepenuh masa.. Lain pun caranya dengan ibubapa yang dua-dua nya bekerja kan.. Lagi satu tahap kesabaran ibu bapa tu sendiri lah..

Jadi sebagai seorang Papa yang ada dua anak ni juga, sama-sama Eraz kongsikan sebelas tips untuk melatih anak supaya tidak pakai pampers lagi.. Zara pun tak lama lagi kami nak latih dah.. Kredit info ini kepada pemilih facebook INI.. Terima kasih.. Sama-sama kita baca dan study betul-betul cara yang boleh membantu ini.. Boleh klik pada gambar untuk besarkan gambar di bawah..





Read more ...

Monday, 23 November 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya untuk malam Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 ini, Nizam Laksamana yang tersingkir.. Dengan lagu berhantu, Rindu Serindu Rindunya itu tidak dapat menempatkan diri dia di tempat Top 7.. Semasa kritikan dari juri, terkena turn juri undangan iaitu Pak Ngah.. Nampaknya semasa Pak Ngah memberi komen, dah hampir tahu siapa yang akan tersingkir.. Sejujurnya sememangnya persembahan Nizam memang kurang meyakinkan.. Mimik muka bak kata Tok Ram memang memainkan peranan.. Kalau takde, memang tak dapat nak feel..

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6

Azian Mazwan Sapuan sekali lagi tersenarai di Bottom 2.. Memang nampak dari raut wajahnya yang sangat kecewa dengan kedudukan itu.. Tambah-tambah lagi minggu lepas pun berada di Bottom 2.. Lagu Laju Sebelum Berkembang tidak berjaya mendapatkan markah yang selesa untuk Azian.. Apa yang penting, persembahan terbaik minggu ni sekali lagi pada Siti Nordiana yang menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara.. Kalau korang dengar persembahan dia malam ni, memang rasa macam teruja.. Memang hebat.. Ezad pula dengan lagu best Cinta Melankolian.. Kalau lahir di zaman Eraz, memang lagu ni berhantu la.. Tak tengok habis persembahan dia tapi keseluruhan komen juri memang best.. Cuma part akhir tu memang lain sikit dari asal sebab Ezad sakit tekak.. Farahdhiya sekali lagi mendapat pujian tetapi berada di tempat ke 3..

Dimana Kan Kucari Ganti dengan nafas baru oleh Farahdhiya memang mendapat pujian dari juri.. Seorang lagi yang ditunggu ialah Haiza.. Persembahan dengan lagu Patahnya Sayap Malam tu memang ok la.. Cuma tarikan dari segi vokal dan keseluruhan persembahan tak begitu tertarik.. Salah satunya sebab Haiza tak tersenarai dalam Top 3.. Tapi layak ke minggu ke - 7.. Artis lain yang perform lagi ialah lagu I' Be There - Nasir Wahab dan Benci Tapi Rindu - Acong..

Konsep Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7 nampaknya campuran dangdut dan rock.. Nampaknya memang mereka kena work hard la sebab majoriti bukab genre masing-masing.. Tapi kelebihan mungkin pada Haiza sebab dia dapat lagu dangdut.. Tapi bagaimana mereka nak dapatkan markah lebih? Tambah-tambah lagu dangdut kan.. Tunggu dan lihat Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7..

Read more ...

Friday, 20 November 2015

Meja Berselerak Lebih Kreatif

Assalamualaikum w.b.t.. Meja Berselerak Lebih Kreatif.. Menarikkan kenyataan ni.. Sebabnya salah seorang meja yang banyak benda berselerak ialah Eraz.. Ini hal kat office la.. Masa mula-mula datang kerja, memang cool je meja.. Tapi bila dah mula kerja, memang banyak la file dan kertas di atas meja.. Tapi bila nak balik, mula la kemas sikit-sikit kasi kemas sikit.. Tapi kalau nak tengok yang betul-betul kemas, meamang kena tunggu Audit datang la.. Kenapa boleh berselerak? Sebabnya ...

Dalam kerja di tempat sekarang ni, memang sangat multi-tasking dan multi-skill.. So dalam satu masa, kadang-kadang tu kena handle dua tiga kerja.. Mana yang didahulukan ialah kategorikan mereka mana yang lebih urgent dan important.. Kalau tidak, memang pening la.. Ada ketika memang sakit kepala.. Tapi disebabkan dah kerja di sini lebih 8 tahun dan nak masuk 9 tahun, dah kalis dah.. Lagi satu kenapa berselerak adalah kerana ...

Adalah kerana sistem filing.. Seriusnya memang tak sempat nak terus file semua dokumen on the spot.. Memang dokumen tu akan masuk ke tray terlebih dahulu sebelum ianya masuk ke file yang berkenaan.. Tapi alhamdulillah setakat ini, kalau memerlukan sesuatu dokumen, tak de la sampai tak jumpa berjam-jam.. Sebab sendiri letak, mesti la sendiri ingat kan.. Then ..


Bila ternampak satu gambar yang viral iaitu Meja Berselerak Lebih Kreatif, eh! Macam aku la pulak.. Hehe.. Memang dah dilatih dari awal kerja yang mana perlu menjadi seorang yang multi semua.. Sebab itu la kot cuti tahunan memang tak pernah habis.. Burn macam tu je.. Unrecorded Leave pun sama.. Sabar je la.. Ramai yang tanya, dah dapat MBA ni, tak nak 'gerak' ke tempat lain ke?

Insyaallah, kalau ada rezeki di tempat baru dan mungkin peluang baru, why not kan.. Tapi kalau masih lagi kekal di sini buat masa sekarang.. Tengok peluang dan rezeki macamana.. 

Read more ...

Thursday, 19 November 2015

Cara Dato’ Aliff Syukri & Isteri Didik Anak

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya entri tentang cara Dato' Aliff Syukri dan isteri mendidik anak-anak mereka dah viral 2,3 hari lepas.. Walaupun dah basi, rasanya nak juga buat entri tentang ni.. Memang tak tengok pun siaran Wanita Hari Ini tu tapi baca di blog-blog tertentu dan media sosial yang lain.. So automatik tahu.. Lebih dari tu, memang ada orang yang salin apa yang dicakapkan oleh Dato' Aliff, so tak perlu la cari video tu kan..

Apa yang dibuat oleh Dato' Aliff Syukri dan isteri itu tidak mustahil sebenarnya.. Kenapa? Sebabnya bila diajar dari anak-anak kecil lagi, memang senang la mereka nak ikut.. Kalau dah besar baru nak cuba ajar, memang susah la.. Paling menarik juga bila baca yang Dato' Aliff ada bawa anak dia ke rumah anak yatim.. Alhamdulillah.. Eraz sendiri pernah didedahkan oleh seorang penceramah, kalau boleh, bawa la anak dua tiga kali sebulan atau maybe 1 ke 2 kali anak ke hospital, melawat mana-mana patient yang tiada pelawat.. Pergi berbual dan bertegur sapa.. Kesannya pada anak memang bagus..

Juga diberitahu, kalau isteri memasak setiap hari untuk dinner, pilihlah sehari dalam seminggu dan beritahu isteri untuk memasak sesuatu yang simple macam macam goreng biasa yang boleh membuatkan anak kita beringat jika hidup susah.. So tentang kes viral cara Dato' Syukri dan isteri mendidik anak ni, korang sebenarnya boleh sebagai contoh juga.. Walaupun pun kerjaya sangat gah, rumah yang besar dan cantik, kalau boleh dia lakukan seperti yang dia cakapkan, memang terbaek la..


  1. Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.
  2. Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2jam sahaja.
  3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).
  4. Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.
  5. Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.
  6. Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.
  7. Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.
  8. Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.
  9. Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita. Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.
  10. Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.

#Cara Dato’ Aliff Syukri & Isteri Didik Anak
Read more ...

Monday, 16 November 2015

Kalau Dulu #9 | Budak 8 Tahun


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni dah buat entri Kalau Dulu #8, hari ni muncul lagi Kalau Dulu #9.. Idea ni muncul lepas nampak satu posting pada Budak 8 Tahun dulu dan sekarang.. Sangat sangat setuju dengan kenyataan dalam picture di atas.. Korang setuju tak? Make sure la korang hidup di zaman Eraz yang berumur 30 an sekarang dan juga seumur dengan sis Sheila Rusly tu sebab dia yang post picture tu.. Hehe..

Kalau dulu, budak-budak berumur 8 tahun, aktiviti nya di hari biasa ialah pergi sekolah.. Petang ada fardu ain atau latihan rumah sukan ataupun persatuan.. Malam? Buat homework dan tengok tv.. Tidur.. Hujung minggu? Paling best sebab ada aktiviti bebas.. Main dengan kawan-kawan, naik basikal, mandi sungai dan segala main la permainan dulu-dulu.. Mana la ada handphone di zaman tu untuk budak-budak umur 8 tahun.. Telefon rumah ada la.. 

Tapi zaman sekarang, rasanya dah ada handphone satu sorang tu.. Betul tak? Akaun facebook, twitter, instagram, blog, semua ada la.. Betul tak? Kira memang dah betul-betul canggih la.. Kadang-kadang tu mereka yang lagi terror dari orang tu.. Dan ada juga yang handphone lagi mahal dari orang yang dah bekerja.. Macamana tu? Hehe.. 

Harapnya kemudahan yang ada tu tak disalah guna lah! Ok.. Sebab sekarang ni, memang ibu bapa kena pantau baik-baik anak sebab mereka senang sangat terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak elok.. Beware! Nak jemput korang join [GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.. Serius untung sebab bukan senang nak dapatkan tiket VIP.. So jom ramai-ramai join.. Boleh tengok syarat kelayakan yang senang di entri INI.. Good Luck.. 



Read more ...

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya untuk malam Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5 ini, Amir Ukays yang tersingkir.. Sejujurnya, masa Amir Ukays buat persembahan untuk lagu Yank di permulaan konsert tadi (persembahan pertama di Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5), Eraz sendiri dah beritahu wife yang Amir ni mungkin tersingkir.. Tak akan terkejut pun kalau dia tersingkir.. Sekali betul.. Errmmm.. Kenapa? Sebab di mata 'juri' tidak profesional ni, persembahan dia malam ni memang tak de 'semangat'.. Biasa-biasa je.. Dia pun macam kurang tenaga untuk perform.. Mungkin rezeki dia hanya di situ..

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5

Apa-apa pun, selain Amir Ukays, ada lagi beberapa yang membuat persembahan yang biasa-biasa je.. Tak tahu kenapa minggu ni.. Azian Mazwan Sapuan dengan lagu Wajah Siapa Di Hatimu pun mendapat sedikit kritikan dari juri yang mana Azian di antara bottom 2 kali ni.. Memang wajah dia sangat neves masa menantikan keputusan.. Masa persembahan Azian, satu-satunya penari dia macam terlonggar pengikut di perut.. Terganggu tarian nampaknya.. Hehe.. Acong dengan Memburu Rindu pun sama mendapat sedikit kritikan walaupun di kategori bagus..

Persembahan yang best di mata penonton ialah Haiza dengan lagu Rela.. Memang persembahan dia memukau.. Pakaian dan gaya penyampaian memang meyakinkan.. Siti Nordiana dengan lagu Nirmala pun macam ok sebab nama pertama yang disebut semasa pembahagian lagu di Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 ialah Siti Nordiana.. Errrmmmm.. Dato' Ramli memang puji Siti Nordiana malam ni.. Dia kata bagi je lagu apa pun.. Dia akan buat sebaik yang mungkin..

Nassier Wahab dengan lagu berhantu Dayang Nurfaizah, Di Pintu Syurga.. Dato' Jamal dan Dato' Kat ok, katanya best.. Tapi Dato' Ram tak suka.. Haaaaa.. For sure la ada yang tak kena mana-mana kan.. Orang profesional katakan.. Dia sebut pasal low part.. Ezad Lazim pula dengan Gerhana Cinta Luka yang mana dapat kritikan tidak faham akan lagu tu.. Nizam Laksama pula dengan Misteri Mimpi Syakila.. Dato' Ram komen pasal muka tak ekspresi muka tak de.. Hehe.. Last, Farahdhiya yang mana ramai menjangka kan dia akan menjadi Juara Gegar Vaganza 2015 ni.. Dia nyanyi lagi Mencintaimu.. Farahdhiya dapat sedikit komen pasal low note jugak minggu ni..

Nabil macam biasa style dia mengacara dan nampaknya malam ni, teruk Jihan Muse kena bahan dengna Nabil.. Macam dah jadi mangsa dah dia malam ni.. Part last yang dikatakan kejutan untuk pengacara ialah diumumkan Raja Azura dan Salleh Yaacob akan gantikan Nabil dan Jihan minggu depan.. Rasanya itu mungkin gimik je.. Giler nak buang Nabil dan Jihan untuk salah satu faktor rating Gegar Vaganza ni meletop.. Mungkin Kak Engku dan Salleh Yaacob mungkin menyanyi je. Itu mungkin je la.. 

Apa-apa pun, tunggu je la Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 nanti.. Senarai lagu Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6? Tak larat nak listkan.. Hehe.. BTW, nak jemput korang join [GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.. Serius untung sebab bukan senang nak dapatkan tiket VIP.. So jom ramai-ramai join.. Boleh tengok syarat kelayakan yang senang di entri INI.. Good Luck.. 


Read more ...

Sunday, 15 November 2015

Isu Hamil, Temubual Melodi Bersama Dato' Siti Nurhaliza Secara Langsung (15 Nov 2015)

Assalamualaikum w.b.t.. Isu tentang hamil kah Dato' Siti Nurhaliza memang menjadi tanda tanya sekarang.. Dato' Siti Nurhaliza dan keluarga sendiri pun tidak memberi jawapan YA atau TIDAK.. Jadi ramai peminat Dato' Siti Nurhaliza dan rakyat-rakyat Malaysia yang lain tidak sabar menunggu jawapan yang pasti.. Masing-masing dalam masa yang sama mendokan agak berita itu benar.. Jadi pihak Melodi TV3 telah menelefon sendiri Dato' Siti Nurhaliza untuk menjawab isu hangat ini..


Boleh dengar rakaman video yang diupload di Youtube di bawah.. Jawapan yang sangat positif dan rasanya buat masa sekarang, berilah DCT dan keluarga ruang untuk bertenang dan pastinya satu hari, DCT sendiri akan memberitahu berita baik ini kalau ianya betul-betul benar.. Sama-sama kita doakan.. 


Read more ...

Kalau Dulu #8 | Komputer Second Hand - 2002

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba di hari Ahad ni nak throwback sikit ke tahun 2002 atau 2003 lepas.. Masa tu Eraz sambung degree di USM Penang.. Pasal apa? Kalau tengokkan tajuk, ada mention pasal Komputer Second Hand kan.. Hehe.. Bukannya.. Ramai pelajar-pelajar sekarang ni, dapat je sambung belajar di peringkat diploma ke degree ke, for sure akan dapat pc baru or laptop baru kan.. Betul kan? Ada tu sekali pakej dengan internet maksudnya broadband dan lain-lain.. Ok, tak de masalah.. Cumanya..


Cumanya nak minta pelajar-pelajar sekarang menghargai apa yang mereka dapat sekarang kerana berbanding dengan dulu-dulu, bukan senang dapat masuk U je, terus akan dapat PC or laptop baru.. Lain la masa tu memang dia ada ibu bapa yang mampu.. Kami yang anak kampung ni, terpaksa stay back di Makmal Komputer untuk siapkan assignment dan project.. Kalau tak, CC la jawabnya.. Alhamdulillah, bagi yang berjaya kumpul duit, selepas Sem 2 atu 3, mampu la beli komputer second hand yang slow giler.. Tapi syukur sebab menolong kerja seharian sebagai pelajar..

Tapi sekarang, komputer tu memang dah out.. Hehe.. So bersyukurlah wahai pelajar-pelajar zaman sekarang dengan kemudahan yang korang dapat.. Tambah-tambah dapat kemudahan tu dari hadiah ibu bapa.. Guna sebaik mungkin dan dapat skrol terbaik untuk dihadiahkan.. Insyaallah.. FOr sure masih ada pelajar di zaman sekarang yang tidak ada PC or laptop kan.. Jangan rasa down or redah diri, ada banyak kemudahan yang universiti sediakan.. Kalau abg-abg kakak-kakak dulu boleh, mesti korang boleh juga!

BTW, nak jemput korang join [GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.. Serius untung sebab bukan senang nak dapatkan tiket VIP.. So jom ramai-ramai join.. Boleh tengok syarat kelayakan yang senang di entri INI.. Good Luck.. 


Read more ...

Friday, 13 November 2015

Bila Papa Layan Je Zara Faleesya ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak Zara Faleesya dah besar ni.. Macam-macam benda baru dia belajar.. Kadang-kadang, setiap masa dan ketika, akan ada perkara yang first time dia lakukan depan Mama dan Papa ni.. Tapi alhamdulillah, setakat ni semua perbuatan tu baik-baik belaka.. Yang pasti, perkara dan perbuatan yang dia buat tu atas dasar dia belajar dan tengok-tengok di nursery dan dalam TV.. Apa yang contoh dalam TV?

Terbaru ialah iklan Qu Puteh.. Zara dah pandai nak buat aksi macam Dato' Seri Vida.. Qu Puteh Qu Puteh, barula puteh.. Adoi.. Siap suruh Papa dan Mama undo balik iklan tu.. Nasib baik ada PVR kan.. Lepas sekali buat ok lagi, tapi bila seterusnya, dia dah malu sebab tahu Papa Mama tengok dia buat.. Inilah budak-budak.. Memang cepat belajar dengan apa yang dia tengok..

Baru ni pula tiba-tiba dia atur kerusi.. Sebab ada dua kerusi kecik, so dua je la dia atur.. Tak pasal-pasal sebab Adam masih kecik, Papa la jadi mangsa dia.. Tiba-tiba je Zara suruh Papa duduk di kerusi kedua.. Dia nak main keretapi rupanya?? Adoi.. Mesti dia main dengan kawan-kawan di nursery ni.. Bila tengok perkembangan anak ni, memang happy giler.. Alhamdulillah dan insyaallah, dari masa ke semasa, Papa dan Mama akan didik dengan baik..


Kalau nak makan, memang kami belikan satu meja kecik di SSF.. Memang sesuai untuk kanak-kanak la.. Ada la spare kerusi satu dua untuk dia duduk.. Ok, feedback yang diterima, Zara memang duduk dan makan guna meja tu.. Tapi sejak kebelakangan ni, dia ajak Papa duduk atas kerusi kecik dan makan atas meja tu.. Boleh bayangkan? Haha.. Dah la Papa dia tinggi 170 Cm ++, kepala lutut lebih tinggi dari meja kot.. Haha. Layan je la..

Banyak benda yang dia cepat belajar.. Baru ni dia tengok Eraz letak tuala atas kerusi sebab nak sidai kat luar, hujan, so letak la sekejap di kerusi untuk keringkan sikit.. Alih-alih lepas tu, dia letak juga tuala kecik dia di kerusi kecik dia.. Kan.. Itu salah satu perkara yang tidak diajar secara formal, tapi dia belajar dengan sendiri.. Hehe.. Harap sikap letak tuala ni tak berterusan la.. Papa pun tak boleh la buat lagi.. Hehe..

Ada lagi benda baru yang Zara buat.. Tapi tak mampu nak cerita semua.. Maybe next time.. :) BTW, nak jemput korang join [GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.. Serius untung sebab bukan senang nak dapatkan tiket VIP.. So jom ramai-ramai join.. Boleh tengok syarat kelayakan yang senang di entri INI.. Good Luck.. 


Read more ...

Thursday, 12 November 2015

[GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa tak pernah dengar tentang Hi-5? Mungkin agak mustahil kan terutama anak-anak kita.. Kalau korang yang sebaya dengan Eraz tak pernah dengar tentang Hi-5, cuba tanya anak-anak.. For sure mereka akan tahu.. Dan menerusi entri ini, Eraz nak war-war kan sesuatu untuk korang semua serta berita gembira untuk anak-anak juga.. Rancangan Hi-5 ni bukan favourite orang Malaysia je, tapi boleh katakan seluruh dunia..

Macam anak Eraz sendiri, Zara Faleesya, dalam usia 2 tahun lebih ni, dah pandai nak ikut orang menari, menyanyi dan lain-lain.. Tup-tup dapat tawaran ke Konsert Hi-5 yang akan berlangsung pada 10 November 2015 ini.. Kira tak sangka juga la kan.. Ok.. Dah sebut pasal Konsert Hi-5 tadi ni.. Dan ini dah cerita lebih sikit.. Kalau kita sebut konsert Hi-5 je.. Tapi nama penuhnya ialah :

HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015



Tiket HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 ini akan diberikan secara PERCUMA kepada semua pembaca blog www.erazfadli.com.. Bukan satu atau dua.. Tapi LIMA.. LIMA pemenang bertuah akan dicari untuk memenangi 4 tiket VIP yang bernilai RM 1216.00.. Fuyoooooo.. VIP ok.. Mana nak dapat secara percuma kan.. Dahsyat tu.. Tetapi, kena melalui blog www.erazfadli.com la ok.. Caranya?

Ok.. Korang mesti baca ni.. Ikut syarat mudah ini untuk GIVEAWAY HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015 dari www.erazfadli.com :

1. Muat turun video anak sedang menari ataupun menyanyi lagu Hi-5 ATAU hantarkan gambar dan namakan lagu Hi-5 yang anak anda gemari di media sosial (Facebook / Instagram)..

2. Lengkapkan ayat, "Saya layak untuk memenangi tiket ini kerana..." (20 patah perkataan atau kurang) - Bahasa Melayu..

ATAU

Dalam Bahasa Inggeris - Caption it with a simple sentence, "I deserve to win these tickets because..." (in 20 words or less)

3. Pamerkan penyertaan anda di BLOG, FB dan Instagram secara TERBUKA atau "PUBLIC" dengan menggunakan "hashtag" #todayishere #malaysiaairlines #EnrichUrLife #EnrichJunior

(Peserta TIDAK DIWAJIBKAN menghantar penyertaan melalui semua media sosial yang ada.. Peserta boleh menghantarkan penyertaan melalui apa sahaja medium media sosial yang ada. Sama ada di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris)

4. Sila hantarkan pautan atau "link" penyertaan seperti URL BLOG, URL FACEBOOK, URL INSTAGRAM atau TWITTER di ruangan KOMEN di bawah entri ini..

Itu sahaja!!! Mudah kan? Apa yang anda perlu lakukan untuk memenangi tiket VIP ini adalah... VIDEO ATAUPUN GAMBAR dimuatnaik ke media sosial beserta dengan ayat dan juga "hashtag". Semudah itu!!!

"Giveaway" ini dibawakan oleh Program Enrich Junior, Malaysia Airlines iaitu usahasama terbaru dalam perkongsian terkini dunia muzik kanak-kanak.. Program Enrich Junior ini adalah program berdasarkan mata ganjaran sama seperti mata ganjaran dewasa.. Ahli Enrich juga berpeluang untuk mendapatkan 10% diskaun untuk harga tiket HI-5 HOUSE OF DREAMS TOUR IN MALAYSIA 2015.. Hanya gunakan kod promo enrich10..

Hadiah "Giveaway" Yang Ditawarkan:

5 ORANG PEMENANG akan menerima EMPAT (4) tiket HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015..

Tarikh:
10 December 2015

Masa:
10.30 pagi

Lokasi:
Istana Budaya, Kuala Lumpur

Pakaian:
"Smart-Casual"

Terma & Syarat:-

1. "Giveaway" ini akan berlangsung dari 11 sehingga 23 November 2015..

2. Pemilihan pemenang akan dilakukan oleh pihak MALAYSIA AIRLINES..

3. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan PALING KREATIF.. Penyertaan yang mempunyai VIDEO HI-5 ANAK MENYANYI ATAU MENARI akan mendapat peluang lebih tinggi untuk menang..

4. Keputusan pemenang akan diumumkan di blog www.erazfadli.com pada 28 NOVEMBER 2015.

5. Pengambilan tiket akan bermula dari tarikh 30 NOVEMBER 2015 sehingga 9 DISEMBER 2015.

Jangan lupa lawati, "like" dan "follow":-



Twitter : @MAS


YouTube : malaysiaairlines

Hashtags
#todayishere, #malaysiaairlines, #EnrichUrLife, #EnrichJunior


SELAMAT BERJAYA SEMUA!!!  
Read more ...

Wednesday, 11 November 2015

Video Viral Gambaran Dato' Siti Nurhaliza Hamil

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni nak buat short entry sikit pasal berita ni.. Berita tentang Dato' Siti Nurhaliza hamil ni memang viral di seluruh Malaysia dan majoriti mengucapkan tahniah serta mendoakan agar berita ini sahih.. Ramai rakyat Malaysia terutama peminatnya mendoakan agar Dato' Siti Nurhaliza mendapat cahaya.. Setelah berita berkenaan tersebar bermula dengan Berita Harian, hari ini viral tentang video Dato' Siti Nurhaliza semasa Konsert Satu di Istana Budaya baru ni..

Video tu memaparkan Dato' Ramli Sarip, Hetty Koes Endang serta Dato' Siti tengah perform dengan melompat-lompay menari.. Satu part Hetty Koes Endang cuba untuk menghalang Siti menari dengan menunjuk ke arah perut Siti dan Siti dengan spontan memegang perutnya.. Nak tengok video tu? Boleh ke instagram Eraz dengan search Eraz Fadli atau @erazfadli.. Cool.. Doakan semoga mereka ada rezeki untuk menimang cahaya mata.. 

Read more ...

Monday, 9 November 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 4

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya Sheeda tersingkir minggu lepas nyanyi lagu Tiada Lagi bersama Aweera pada Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 4 ini.. Dalam ramai-ramai peserta, sememangnya Sheeda nampak paling mencuba minggu ini dan dibantu baik dari Aweera.. Selain dari itu, Ezad Lazim juga mendapat sedikit kritikan dari Dato' Ramli MS semasa menyampaikan lagu Disebalik Rahsia Cinta bersama Adira..

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 4

Selain itu, Nassier Wahab pula diberikan amaran supaya lebih mencuba minggu depan kerana nyanyian sangat konsisten tetapi bimbang akan mendapat markah yang kurang kerana penyanyi-penyanyi lain mencuba lebih dari biasa.. Nassier Wahab menyanyi lagu Jangan Ada Dusta Antara Kita bersama Rohana Jalil.. 

Yang pasti, dua penyanyi yang mendapat pujian dari juri sememangnya mendapat dua tempat teratas iaitu Farahdhiya yang menyanyi lagu Aku Dan Dirimu bersama Aliff Satar serta Acong yang menyanyi lagu Baldu Biru bersama Misha Omar.. Nampaknya disebabkan mendapat sambutan yang sangat tinggi, pihak produksi telah menambah minggu pertandingan daripada 8 minggu ke minggu yang akan diberitahu kelak.. Makin sengit la saingan..
Read more ...

Sunday, 8 November 2015

Senarai Lagu Layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 30 (2015)

Senarai Lagu Layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 30 (2015) - Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dalam rancangan Muzik Muzik 30 telah diumumkan 15 lagu pertama yang layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 30 (2015) yang akan berlangsung dan bermula pada 22 November 2015 ini.. 15 lagu lagi akan diumumkan pada minggu depan.. Jadi sekadar ingin berkongsi kepada pembaca dan peminat program Muzik Muzik, ini senarai 15 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 30 (2015)..

Senarai Lagu Layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 30 (2015)

Senarai Lagu Layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 30 (2015)

1. Bukan Hal Aku - Kaka feat Sleeq
2. Kau Tercipta - Lah Ahmad
3. Siapa Diriku - Ayda Jebat
4. Senyum - Aziz Harun
5. Selalu Ada - Amir Jahari
6. Not For Sale - Stacy
7. Di Pintumu - Firman AF
8. Mana Mungkin - Black
9. Linangan Terakhir - Forteen
10. DiKoyak Waktu - Ronnie Hussein
11. Terima Kasih Cinta - Tasha Manshahar feat RJ
12. Angin Kencang - Noh Salleh
13. Al Nuraa Yang 5 Yang 6 - Mawi & Hazama feat daly Filsut
14. Untuk Cinta - Hafiz & Adira
15. Lautan - Yuna

Banyak lagi lagu-lagu favourite ramai yang belum tersenarai kot.. Tapi masih ada 15 lagu lagi menanti.. So kena tunggu Sabtu minggu depan untuk lengkapkan 30 buah lagu yang layak bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke 30 (2015) kali ni.. Tunggu.. #kipidap
Read more ...

Saturday, 7 November 2015

Pengorbanan Ibu 'Menunggu' di Sekolah Rendah

Assalamualaikum w.b.t.. Situasi macam ni selalu berlaku di kawasan-kawasan kampung.. Kalau korang tengok gambar di bawah, apa yang boleh korang faham dengan situasi tu? Itu adalah pengorbanan seorang ibu 'menemani' anaknya ke sekolah demi masa depan mereka.. Walaupun malu, penat dan terpaksa tinggalkan hal yang lain, ibu sanggup berkorban.. Kalau tidak, memang anak tu tak kan ke sekolah dan mendapat ilmu seperti rakan-rakan sebaya yang lain.. Mungkin masa tu, anak-anak tu tak nampak pengorbanan seorang ibu.. Tetapi selepas mereka besar, mesti akan terharu..

(Gambar Hiasan : FB)

Di kampung Eraz dulu, memang pernah berlaku.. Ada dua tiga kes jugak kot.. Semestinya semua di sekolah rendah.. Darjah 1.. Ya la, kalau si ibu tidak berkorban untuk menunggu, memang anak tu akan pergi ke sekolah.. Kalau tak pergi Darjah 1, macamana anak tu nak sambung ke Darjah 2 dan seterusnya kan.. Gelap la masa depan.. Sebab itu la si ibu berkorban.. Ada kes sampai nak suruh ibu masuk ke dalam kelas sekali.. Tapi tak dibenarkan oleh guru..

Tapi dengan pengorbanan ibu selama berbulan tu, akhirnya apa yang Eraz tahu, anak tu sekarang dah habis buat degree dan mungkin lebih dari itu.. For sure dan mengharapkan anak itu akan menghargai pengorbanan ibu itu.. Korang pernah dengar ke kes dan cerita macam ni?

Read more ...

Friday, 6 November 2015

Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau masa solat Jumaat, selalu kami ramai-ramai jalan kaki ke masjid yang dekat dengan pejabat.. Sebabnya hari kerja kan, kalau nak pergi jauh-jauh kang, terlewat masuk pulak.. Kalau tak sempat makan, kang tak sempat nak makan pulak.. So decide, jalan kaki di masjid yang paling dekat.. Tapi hari berbeza sikit, kita pilih masjid lain sebab bawa staf HQ yang datang dari KL untuk urusan kerja.. So hari ke Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian..



Masjid ni di antara masjid yang selesa untuk korang solat.. Berbeza dari dulu.. Banyak penambahbaikkan.. Serius, masuk je memang dah bau wangi je.. Nyaman dengan aircond yang banyak dan berangin sebab ada dua kipas yang sangat besar di atas.. Satu lagi, masjid ni memang sangat luas.. Kalau masa solat Jumaat, pergi awal dan memang selesa berada di dalam tu.. Siapa yang travel ke Kelantan, boleh la try singgah di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian ni... 
Read more ...

Bila Papa Uruskan Anak & Sikatkan Rambut Zara

Assalamualaikum w.b.t.. Disebabkan dah biasa jaga anak sorang-sorang dari kecil masa Eraz cuti dan wife kerja, so mandikan anak, pakaikan baju, sikatkan rambut, memang dah jadi perkara biasa.. Kadang-kadang hari kerja pun sama.. Selalu Zara suka dan selalu pilih nak mandi dengan Mama sebabnya kalau dengan Papa, mandi tak lama.. Tak sempat dia nak main air.. Tapi kalau dengan Mama, mandinya lama.. Boleh la Zara main air puas-puasa.. 

Tapi lepas pada mandi, Zara tak kisah sape nak siapkan dia.. Selalunya Eraz akan ambil part tu sebab tak nak membazir masa untuk ke office.. So bila lepas mandi, wife boleh siapkan diri dia dan anak-anak, Eraz boleh handle.. Tiada paksaan tapi rasa tanggungjawab juga membantu untuk ringkaskan masa untuk pergi awal ke office.. Sebab sebelum ke office, kena hantar anak-anak ke nursery dulu..


Alhamdulillah, banyak ketika Zara or Adam tak banyak perangai semasa nak pakaikan baju.. Sekarang Zara dah pandai pakai baju sendiri.. Tapi tak pandai lagi nak sikat rambut betul-betul.. So Papa ni yang jaga dia dari baby, memang dah biasa la.. Tapi tak banyak style la.. Hehe.. Janji kemas kan.. Kalau nak kasi cantik lagi, kena Mama dia la.. Kadang-kadang, ada time Zara terlebih nak main, memang kejar mengejar jugak la.. 

Sama juga dengan pakai pampers.. Ada ketika dia nak main lebih, memang dia sengaja buat itu ini.. Kadang-kadang kejar tapi ada ketika masa penat, buat-buat merajuk tak nak pakaikan, Zara la yang mengalah.. Haha.. Inilah pengalaman berharga yang akan dikenang sampai la ke hari tua.. Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk merasai pengalaman ini..
Read more ...

Thursday, 5 November 2015

Drama Kau, Aku, Kita Episod 4

Drama Kau, Aku, Kita Episod 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dah tayang drama Kau, Aku, Kita Episod 3 yang mana Aus dan Iman selamat dinikahkan dan dipaksa oleh daddy Aus pergi honeymoon.. Seperti yang dijanjikan oleh mereka, mereka hanya akan berkahwin atas kertas sahaja.. Yang lain-lain tidak akan berlaku.. Disebabkan si Aus ni memang suka menyakat si Iman, sudah dua kali Iman terluka kerana gurauan yang kasar padanya.. Tapi dalam masa yang sama, Aus sebenarnya juga ingin menguji samada Iman ada perasaan sayang terhadapnya atau tidak.. So malam ni nampaknya akan ada scene menarik lagi antara mereka.. Al-maklum kan sekarang berkisar ala-ala kahwin paksa tanpa perasaan yang ditonjolkan.. 



Lakonan antara Syarul Ridzwan dengan Janna Nick memang bersahaja kot.. Keserasian tu ada.. Syarul Ridzwan jarang rasanya dapat watak macam ni.. Selalu eatak serius dan sewaktu dengan nya.. Yang Janna Nick pula nampaknya macam menggabungkan watak dia masa drama Jodoh dan Syurga Nur.. Apa-apa pun selamat menonton drama Kau, Aku, Kita Episod 4 malam ni.. Untuk Tonton Online Kau, Aku, Kita Episod 4, boleh google malam nanti.. Sure ada punya!


Read more ...

Mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat ?

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah diberitahu yang mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat? Tak kisah la cukur apa pun.. Masa kecil-kecil dulu, ada kawan nak cukup misai, janggut, bulu di lengan dan tempat-tempat lain, tapi tiba-tiba ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang beritahu kalau cukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat.. Tak ke seram tu? Tambah-tambah masa tu tak matang lagi untuk berfikir lebih dalam.. Hehe.. 

So yang percaya, mula la tak cukur misai dan janggut tapi hanya ambil gunting dan gunting kasi cantik.. Eraz salah seorang yang diberitahu tentang hal ni.. Tapi percaya atau tidak tu, memang tak boleh nak fikir sangat sebab masa tu di zaman sekolah lagi.. Tak ingat umur berapa.. Tapi menurut apa yang dibaca, itu 'mitos' je..


Ini penjelasannya.. Bulu dikawal oleh genetik bukan pencukuran.. Bayangkan jika anda takut untuk mencukur kerana gusar menjadi seperti 'orang gua', hakikatnya kamu tetap menjadi 'orang gua' kerana tidak mencukur! Kerap mencukur tidak ada kena-mengena dengan  pertumbuhan yang semakin banyak sebaliknya bulu mungkin semakin hitam dan tebal kerana faktor usia dan genetik..

So ada ke diantara kita yang masih pegang akan kata-kata Mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat? Hehe..

Read more ...

Zahirah MacWilson Hampir Diculik di The Curve?!

Zahirah MacWilson Hampir Diculik | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa Zahirah MacWilson ni? Dia boleh dikatakan pelakon baru yang jadi heroin drama ' Mencintaimu ' dengan Sharnaaz Ahmad sebelum ni.. Dengan lagu tema yang best, nyanyian Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir bertajuk ' Setia ', memang drama ni salah satu yang menjadi bualan.. By the way, Eraz bukan nak cerita pasal dunia artis Zahirah MacWilson, tetapi sebab kes dia hampir di culik.. So ambil Zahirah MacWilson sebagai contoh.. 



Dengan apa yang hampir terjadi kepada Zahirah MacWilson ni, dinasihatkan kaum-kaum wanita semua sentiasa lah berhati-hati.. Tak kira lah kat mana korang berada.. Eraz pun ramai wanita tersayang disekeliling.. Wife, Zara Faleesya, Ibu, Kakak, Adik, Ibu Mertua, Adik-adik Ipar dan lain-lain, memang sentiasa kadang-kadang tu terfikir semasa mereka tidak berada di sekeliling kita.. Di masa sekarang, kes culik macam berleluasa sikit.. Senang je nampak mereka ni buat kerja.. 

So! Sebagai langkah berjaga-jaga, pertama sekali, berhati-hati dan elakkan berada seorang diri di kawasan-kawasan tertentu.. Dengan kata lain, kalau boleh sentiasalah berteman.. Orang kata, mengelak atau mencegah, lebih baik dari mengubati.. Kita ambil contoh yang terdekat ini ialah Zahirah MacWilson.. Hampir kena tapi alhamdulillah tak berjaya.. Boleh bayangkan apa perasaan dia sendiri dan keluarga.. Sama-sama kita beringat walaupun di mana kita berada.. Insyaallah..
Read more ...

Wednesday, 4 November 2015

Tuesday, 3 November 2015

Sila Hargai & Nikmati Masa Sekarang ! Jangan Menyesal Nanti !

Assalamualaikum w.b.t.. Ini perkara yang berlaku sendiri pada Eraz.. Rasanya memang majoriti pembaca blog ni pun telah alami perkara yang sama dan juga akan mengalami perkara ini juga.. Pada masa sekarang, memang belum rasa lagi nikmatnya, tapi bila dah lalui dan berada di masa akan datang, pasti akan terkenang balik serta mengharapkan akan kembali ke zaman itu.. Tak faham lagi? Boleh tengok gambar di bawah dan fahami..


So apa pendapat? Masa di sekolah rendah, mungkin tak rasa sangat lagi sebab masa tu kan dalam mood main-main lagi tambah-tambah kalau di Darjah 1 hingga Darjah 5 kot.. Dah masuk Darjah 6, mungkin dah mula fikir akan peperiksaan UPSR dan sekolah mana akan pergi masa nak start Tingkatan 1 nanti.. Biasa-biasa lagi kot.. Tapi bila dah remaja dan masuk ke sekolah menengah.. Jiwa tu dah berubah dan masa tu la kita akan fikir nak cepat habis belajar di sekolah menengah.. Dalam masa yang sama, belum lagi fikir yang sebenarnya kehidupan makin mencabar sebenarnya walaupun dah masuk universiti.. Kalau di tingkatan 5, memang nak cepat-cepat tamatkan exam SPM.. Betul tak?

Then, bila dah masuk universiti, stress pula dengan kelas, assignment, final exam, tak de income nak beli itu ini, berjauhan dari kampung, dan lain-lain la.. So pada masa tu, letak harapan dan impian supaya nak cepat tamatkan pengajian samada program diploma atau sarjana muda.. Betul tak? Sebabnya dah tak sanggup nak alami kehidupan di universiti.. Bestnya kan kalau dah kerja.. Dah bebas dari status pelajar dan bekerja serta ada duit sendiri.. Tapi masa tu tak tahu lagi apa akan berlaku lepas tamat belajar..

Bila dah graduate, alhamdulillah kalau cepat dapat kerja atau sudah dapat kerja kalau tak menganggur.. Tapi nasib kurang baik kalau terpaksa menganggur kan.. Pada masa dah mula kerja, sedar tak sedar, memang dunia masa tu lebih mencabar dalam banyak hal.. Dalam masa yang sama, tanpa sedar, umur pun dah makin meningkat! Entah-entah dah masuk ke zon 30-an.. Dah 30 tahun hidup?? 

Masa ni la kita mengharapkan supaya dapat kembali ke zaman sekolah dulu walaupun masa tu kita mengharapkan cepat habis belajar dan cepat besar.. Tapi apa kan daya, masa ni tak dapat di undur.. Jadi pada adik-adik yang masih muda atau bersekolah, nikmatilah zaman sekarang.. Jangan nak cepat habis belajar dan kerja.. For sure korang akan rindu zaman dulu-dulu.. Jangan menyesal.. Cool!
Read more ...

Monday, 2 November 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 3

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 3 | Assalamualaikum w.b.t.. Berdasarkan apa yang berlaku minggu lepas, lagu-lagu tugasan yang diberikan kepada semua peserta, memang semuanya diluar bidang genre masing-masing.. So memang secara automatiknya akan menampilkan sesuatu yang lain dari yang lain.. Tetapi bergantung kepada persembahan mereka la kan.. Kalau OK, mantap la jadinya.. Kalau tak OK, memang ke laut la jadinya.. Jadi memang minggu ni teruja sikit la nak tengok kan.. 


Setelah menonton keseluruhan, memang minggu ni seolah menyeksakan mereka untuk membuat persembahan.. Tapi disebabkan mereka profesional, memang ianya berjalan macam biasa.. Kalau ditengokkan semua, Haiza nampaknya mungkin ditangga teratas sebab komen yang diberikan serta persembahan dia untuk genre rock tu memang menjadi.. Siti Nordiana, not bad sebab Dato' Ramli MS memberikan komen positif.. Seorang lain yang ditunggu ialah Azian Mazwan Sapuan.. Dapat lagu Tak Ada Logika kot.. Dan dia buat dengan baik..

Lain-lain pun ok macam Farahdhiya.. Dato' Ramli MS kata semua ok, takde cacat cela cuma katanya jiwa joget tu kurang.. Tapi ok la kan.. Macam Sheeda pula, dapat lagu terkini kot.. Means lagu zaman sekarang.. Tapi dah lupa juri komen apa.. Yang paling menggerukan ialah Zul Handy Black! Dapat lagu Ku Menunggu dari Rossa.. Seriusnya memang nampak malu dia nyanyi.. Mungkin dia perlukan susunan muzik yang sesuai baru la OK.. Tapi memang kalau ada satu penyingkiran, dialah mangsanya..

Then.. Akhirnya, Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan yang malam semalam ada dua penyingkiran.. Mereka yang tersingkir ialah Zul Handy Black dan Ezlynn.. Sorry to Ezlynn sebab dalam persembahan yang lepas tu mamcam kurang sikit sebab kalau Eraz sendiri, terganggu dengan sebutan dia.. Sama macam Zul Handy Black.. Last week memang permulaan dah ke laut, minggu ni dapat pula lagi Rossa kan.. Mungkin tak de rezeki mereka dan dua-dua tersingkir.. Ok! For the next, tema ialah berdua lebih baik.. Maksudnya akan dapat lagu duet dan penyanyi undangan lah.. Cool..

Read more ...

Sunday, 1 November 2015

Tertipu Dengan 'Kancil'

Assalamualaikum w.b.t.. Macam biasa, terjumpa sesuatu yang menarik di Facebook, terus rasa nak kongsi di blog tercinta ni.. Lepas baca ayat yang ada dalam gambar tu, memang dari dulu lagi Eraz alami.. Bukan nak marah pada pemandu Kancil, tapi fizikalnya memang boleh buat orang frust saat-saat memerlukan parking.. Hehe.. Apa maksud Eraz? Cuba baca ayat dalam gambar di bawah ni dulu :


Siapa pernah alami perkara yang sama dengan Eraz alami? Sedang duk carik-carik parking di shoppimg mall atau hotel, tiba-tiba ternampak satu ruang kosong di tengah-tengah.. Terus laju menuju ke lot parking tu, tapi bila sampai, alahai, dah ada penghuni rupanya.. Kereta kancil.. Hehe.. Terus rasa frust.. Banyak kali kot kena.. Sorry ya pemilik kancil.. Kereta korang memang special.. Boleh menyorok.. Hehe..
Read more ...