Tuesday 30 June 2015

Pesawat Hercules C-30 Terhempas di Medan

Pesawat Hercules C-30 Terhempas di Medan | Assalamualaikum w.b.t.. Lepas je keluar dari meeting tadi, terbaru satu berita tentang Pesawat Harcules C-30 Terhempas di Medan.. Nampak dari gambar memang dahsyat juga.. Menghempap rumah-rumah di kawasan sekeliling.. Berita penuh dan rasmi nampak macam belum dikeluarkan.. Berapa mangsa, siapa dan lain-lain.. Ini antara berita yang Eraz jumpa yang boleh dikongsikan..

MEDAN: Sebuah pesawat Hercules milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah jatuh terhempas di perkampungan di Simalingkar, Medan, Sumatera Utara pada Selasa.

Tempat pesawat itu jatuh terhempas tidak jauh daripada Pangkalan Udara Soewondo atau dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Polonia Medan, lapor portal berita negara itu.

Pesawat itu berangkat pada jam 12.08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan udara berkenaan dan terhempas dua minit kemudian selepas melalui jarak lima kilometer.

“Pesawat berkenaan digunakan dalam urusan logistik TNI. Belum dipastikan berapakah jumlah mangsa. Selain juruterbang, pesawat itu turut membawa kru lain,” kata jurucakap tentera Fuad Basya.

Setakat ini  gambar mengenai kemalangan itu banyak disebarkan ke media sosial, termasuk yang menunjukkan fiuslaj pesawat yang masih terbakar dan menyelubungi kawasan sekitar dengan asap hitam. Beberapa bangunan di kawasan nahas juga musnah.

Pihak berkuasa belum dapat mengetahui punca pesawat itu hilang kawalan lalu terhempas mahupun jumlah korban, namun usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. 

Seorang saksi di tempat kejadian juga memberitahu dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu jatuh menjunam lalu memusnahkan beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Berita-berita macam pesawat terhempas ni memang betul-betul menggerunkan sebab kalau masa kejadian tu manusia berada diawangan dan memang tak de tempat dah boleh tuju.. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan supaya kejadian seperti ini tidak lagi berlaku.. Amin..

Pesawat Harcules C-30 Terhempas di Medan
Read more ...

Last Minute Tukarkan Baucar Buku


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni hari terakhir untuk pemilik BB1M untuk tukarkan Baucar berkenaan kepada buku-buku yang korang suka.. Kalau terlepas hari ni, memang akan selamanya tak boleh guna la.. Tahun mungkin ada, mungkin tidak kan.. Dan macam Eraz, kalau ada lagi tahun depan, memang tak kan dapat dah sebab dah habis belajar.. So plan dalam kepala, petang semalam kena juga pergi mana-mana kedai buku untuk tukarkan buku.. Tak nak membazirkan..

Dalam masa yang sama, aktiviti petang ialah ambil Zara di nursery dulu.. Baru boleh pergi kedai buku kan.. "Boleh ke aku pilih dengan adanya Zara?".. Itu yang Eraz fikir dulu.. Tapi selaku bapak, memang tahu perangai anak tu macamana kan.. So kami berdua terus ke kedai buku Syarikat Muda Osman di Kubang Kerian.. Ambil satu bakul dan heret.. 

Tak sempat si bapak di nak heret, si anak ambil dulu.. Tempat mula-mula pergi ialah tempat buku kanak-kanak.. Sebelum ni memang dah belikan buku jenis berpad.. So kali ni bagi dia pilih.. Sempat di kaut 2, 3.. Mungkin dia pilih berdasarkan kulit buku tu.. Lepas extranya untuk dia, Eraz ambilkan buku-buku yang boleh Zara mewarna.. First time belikan ni.. Belikan la sekali pensel warna yang pendek.. Alhamdulillah lepas balik semalam, dia hanya warna buku tu je.. Bukan dinding or tempat lain.. Hehe..

Dalam keadaan terkawal tu.. Zara memang ikut je Eraz dengan heret bakul buku tu.. Sesekali dia macam nak larik ke tempat lain.. Tapi lepas panggil, dia kembali asal.. Kira terkawal la.. Pilih buku pun macam belasah je sebab ikutkan hati memang tak de buku yang nak dibeli.. Sebab tak nak baucar buku tu luput tarikh macam tu je, so beli la buku-buku yang menarik di hati..

Lepas selesai beli, ajak Zara duduk di satu kawasan yang boleh di main-main lego tu.. Kire upah follow Papa.. Main kasi puas, baru la pergi bayar kat kaunter.. Kena la tambah lagi 24 ke RM 28 cam tu.. Pelik, tadi macam kira dah ok-ok, kalau tambah pun mungkin sikit je.. Tak pe la, sebab ada Zara ni, malas la nak check2.. Balik!!

Sampai rumah, rupanya ada buku extra yang Eraz terambil dari atas meja tempat Zara main tadi.. Aiyooooo.. Patut la banyak tak cukup.. Buku pula pasal masakan.. Apa citer?? Haha.. Tunjuk kat wife, dia gelak je.. Dah la buku untuk buat bekal ke pejabat.. So wife dengan positifnya kata, tak pe, berguna ni.. Boleh buat menu-menu yang ada dalam tu.. Adoi..

#Korang nak habiskan Baucar Buku belum??
Read more ...

Adam Fitri sebelumnya ada kembar tak seiras?!

Assalamualaikum w.b.t.. Adam Fitri sebelumnya ada kembar ?! Ya, tapi itu hanyalah dalam 6 ke 8 minggu sahaja.. Masa mula-mula dapat tahu yang wife pregnant kali kedua melalui test UPT tu, petang nya terus kami ke klinik untuk sahkan kehamilan.. Alhamdulillah masa tu dapat berita gembira yang wife memang pregnant.. Tapi lebih mengejutkan bila hasil scan tu, macam kat bawah.. Jeng jeng jeng..


Masa dapat tahu tu, macam-macam perasaan ada.. Perasaan bercampur-campurkan.. Dalam sejarah keluarga Eraz, memang ada keturunan kembar.. Sepupu Eraz memang kembar.. Dan anak saudara pun ada yang terhasil kembar.. Jadi tak mustahil yang kami akan dapat anak kembar juga.. Cuma tak sangka la kan.. Masa tu fikir, dah la Zara baru nak masuk dua tahun, dapat pula anak kembar.. Jadi semua benda kena fikir dan rancang ni..

Ya la, kos sara hidup dan mental, fizikal, semua kena fikir.. Kos mungkin akan berganda kena tampung dan lain-lain la.. Tapi itu biasa la mainan perasaan.. Kami digalakkan untuk berfikiran positif kan.. So tiada yang mustahil.. Selalu ingat, apa yang Allah berikan itu dalam bentuk apa-apa pun, mesti kita mampu untuk harungi.. Insyaallah.. Siapa sangka dalam masa dua tahun ni, kami bakal dapat tiga orang anak termasuk Zara Faleesya..

Masa tu doktor beritahu yang wife kembar tak seiras.. Sebabnya berada di dua kantung berlainan.. Hehe.. Tapi itu masa hamil 6 minggu la.. Doktor suruh kami datang balik untuk scan untuk minggu ke - 8.. Sekali lagi doktor mengesahkan yang kembar Adam itu dah tiada.. Tiada lagi kantung.. Semakin hari semakin kecut.. Jadi tinggallah Adam seorang dalam perut wife..

Dalam masa dua minggu tu memang dah ready mental dan fizikal.. Nak hadapi hidup dengan 3 orang anak termasuk dua yang kecik tu.. Tapi apakan daya, Allah dah tetap kan adik Zara Faleesya seorang je.. Adala sebabnya kan.. Frust tapi redha.. Alhamdulillah juga Adam membesar dengan sihatnya dalam tu sampai la dia lahir..
Read more ...

Monday 29 June 2015

Tamat Pengajian MBA di OUM


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, bulan Januari lepas, Eraz register untuk Semester ke-5 program MBA ni dan April merupakan final exam.. Result semester akhir itu hanya di publish pada hujung bulan 5.. Mula2 di publish, ada subjek lagi yang pending.. Lagi la bertambah berdebar kan.. Alhamdullillah pada hujung Mei 2015 tu, semua subjek release.. Alhamdulillah.. Masa tu baru sahaja pulang dari Penang dan sehari sebelum Adam dilahirkan..

Tak sangka dapat sempurnakan program MBA tu dalam 5 semester bersamaan dengan Setahun Lapan Bulan.. Register selepas 2 bulan lebih Zara dilahirkan.. Struggle untuk study dan buat assginment.. Tamat pengajian dengan result rasmi diumumkan di saat sehari sebelum Adam lahir.. Pada mulanya ingat senang je.. Ya la, background first degree Eraz bukan business tapi CS.. Tapi lompat ke business sebab dah berkecimpung lama dalam bidang ni serta untuk masa depan..

Akhirnya berjaya juga harungi killer subjek macam Managerial Finance, Accounting For Business Decision Making, Manegerial Economic dan lain-lain.. Bersengkang mata menyiapkan tugasan dan study untuk final exam dan alhamdulillah sekarang dah lepas.. Cabaran lain ialah pembelajaran secara part time dan secara online.. Kena belajar sendiri tu.. Tak masuk kelas.. Fuh! Memang kenangan untuk perasaan-perasaan masa tu..

Jika tidak aral melintang, insyaallah Eraz akan hadir untuk Majlis Konvokesyen ke-17 Open Universiry Malaysia di PWTC Kuala Lumpur.. Kalau tak silap, fakulti kami Sidang ke-3..  Plan seterusnya? Ada plan untuk sambung DBA / Doctor of Business Administration.. Peringkat doctorate atau PhD ni memang mencabar.. Rasa tak sanggup nak register PhD yang fully research.. Sebab tu cuba untuk yakinkan diri untuk register program Doctorate yang setaraf dengan PhD tu.. Mungkin di OUM juga.. Tapi persoalannya bila? Tunggu reda2 dulu kot.. Bukan sekarang.. Maybe sebelum umur 40.. 

#Alhamdulillah,.
Read more ...

Pendam Hasrat Bina 'Masjid'

Assalamualaikum w.b.t.. Ini bukan kes Eraz ni sebab 'MASJID' Eraz memang telah berbina siap.. Alhamdulillah.. Masa Eraz bina 'Masjid' hari tu pun, kos nya memang sudah tinggi.. Tapi di tahun 2015 ni, confirmnya dan semestinya lagi la tinggi.. Maksud 'Masjid' itu adalah perkahwinan.. Kos tu spesifik kepada wang hantaran.. Mesti korang banyak terbaca tentang hal macam ni kan.. Artikel terbaru Eraz baca di Utusan Malaysia baru ni.. 

Dikatakan ramai lelaki-lelaki di Malaysia terpaksa menangguhkan perkahwinan impian mereka di umur yang ditetapkan sebab wang hantaran yang perlu diserahkan kepada pihak perempuan tersangat lah tinggi sekarang.. Bagi mengelakkan untuk membuat pinjaman dengan bank, hasrat tu terpaksa diketepikan dulu.. Bila-bila fikir, sedih juga.. Sebabnya niat baik tu ada, tapi tak kesampaian.. Macam-macamana pun, benda ni akan ditempohi jugak kan..


So! Dinasihatkan kepada fresh graduate yang baru sahaja bekerja, kalau tak keberatan, buatlah simpanan dari sekarang sebab insyaallah korang tak kan menyesal nanti.. Jangan fikir nak kahwin lambat lagi, so tak perlu menyimpan sebab kalau dah sampai seru dan jodoh, masa tu dah terlambat.. Elakkan juga untuk membuat pinjaman a.k.a loan dengan bank.. Kalau dah pinjam, for sure banyak punya.. Dan loan ni boleh dibuat sampai 20 tahun kan.. Bila la nak habis.. 

Bila banyak artikel dari lelaki pasal ni, memang terasa.. Bila hal ni diungkitkan, dia memang serius.. Tapi tak mampu.. Kalau diikutkan trend sekarang, semua artis or selebriti di Malaysia kahwin, ada ditontonkan di TV.. Dari situ kita boleh nampak kemewahan yang dipaparkan, kemeriahan dan tak mustahil dalam hati terdetik nak macam tu juga kan.. Tapi, kalau la kita bukan digolongan berkenaan, kita boleh ubah majlis itu juga meriah dan cantik, tapi dengan kos yang lebih murah.. Sebab tu la better menyimpan awal..

Eraz sendiri dulu target nak kahwin di umur 28 tahun.. Alhamdulillah, Allah makbulkan impian tu dengan jodoh pilihannya yang terbaik.. Bila dah pasang target macam tu, senang la nak berkira-kira kan.. Umur mungkin akan kita tetapkan selepas kita mula bekerja.. Lainlah kalau kita ada sumber lain yang banyak seperti dari FA.MA.. Eraz ni orang kampung, memang sendirian berhad la.. FA.MA mesti la support juga walaupun tak banyak kan.. Itu wajib.. 

#So, rancang la awal-awal! 

Read more ...

Sunday 28 June 2015

My body needs a refresh button !


Assalamualaikum w.b.t.. Memang sejak dua tiga minggu ni, Eraz boleh dikatakan sangat busy bekerja.. Cuti hanya mampu sehari je seminggu..? Kenapa? Sebabnya tugas hakiki dan arahan bos.. Camne? Alasan kedua tu paling kukuh dan tak boleh nak buat apa.. Tapi diharapkan pengorbanan kecil ni akan diingat walaupun rasanya macam errrrrmmmmmmm.. Sendiri faham.. By the way, memang My body needs a refresh button !

Sampai je rumah petang, memang badan akan rasa sangat penat.. Andai kata pejam mata, memang boleh lelap sampai ke berbuka puasa la.. Ataupun kalau lepas lepas berbuka dan solat Maghrib, memang akan sampai ke larut malam la kalau bangun.. Itu andaian lepas office hour.. Kalau dalam office hour, memang mengantuk juga kat office.. Kalau bukan bulan puasa, boleh la minum coffe je apa kan.. Tapi bulan ramadhan.. Risau tak produktif kan..

Ditambah pula dengan berjaga malam bergilir-gilir dengan isteri, bertambah lagi la penatnya.. Pernah satu malam tu, memang wife bagi je Eraz tidur secukupnya waktu malam, bangun esoknya memang beza sikit rasa.. Tapi tak kan nak setiap malam macam tu kan.. Wife pun dalam berpantang.. Kami kena la saling membantu kan.. Anak bersama-sama juga kan.. Lagi satu, bila waktu siang dah bekerja, waktu-waktu menjaga Adam malam-malam la masanya Eraz nak main dengan Adam.. Itu serius.. Kalau tak mesti rindu masa kat office..

Minggu ni nampaknya akan berulang lagi.. Hint dari bos dengarnya cuti hanya untuk sehari sahaja.. So redha je la.. Sehari itu memang digunakan sepenuhnya dengan wife dan anak-anak.. Dalam masa yang sama, nak kena luang masa sikit untuk family Ma Abah kat Machang.. Penat tak penat, celahkan masa balik ke Machang walaupun tak lama.. Itu penting juga.. 

#Apa-apa pun semua bergantung pada diri sendiri! 

Read more ...

Bazar Ramadhan ke Bazir Ramadhan?


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke 11 kita puasa.. 4, 5 hari lagi, akan masuk ke pertengahan Bulan Ramadhan.. Kalau tak sedar, masa nak g terawih nampak bulan penuh, maksudnya dah sampai pertengahan la tu.. Masa mula-mula biasanya memang akan rasa lama.. Tapi bila dah masuk ke pertengahan, for sure akan cepat berlalu punya..

Kalau Zara dulu, dilahirkan pertengahan bulan Ramadhan.. Tapi Ramadhan tahun ni, Adam lahir sebelum Ramadhan.. Dengan kata lain, dua-dua kena berpantang dalam bulan Puasa la kan.. Macam tahun-tahun yang sebelum ni, Eraz tak beria sangat ke Bazar Ramadhan sebab dah tahu apa akan berlaku.. Tapi atas satu dua sebab, kena la juga ke Bazar Ramadhan.. Antara sebabnya ialah nak bawa Zara jalan-jalan di tempat yang ramai orang.. Kira salah satu aktiviti kami berdua..

Ya la, masih lagi boleh dibawa ke taman permainan ke apa, tapi kalau lepas balik kerja, pergi ambil Zara kat nursery, rasa penat tu memang ada.. Dah la sekarang ni cuti sekali je seminggu.. Ikut kan hati, sampai rumah je, terus nak tidur dan bangun sebelum berbuka puasa.. Tapi mana boleh macam tu kan.. Nak tidur selepas berbuka puasa tu tak manis juga.. So rest macam tu je la.. Malam-malam berjaga bergilir-gilir jaga Adam pulak.. Biasa la budak dalam 40 hari.. 

Kedua nya sebab kadang-kadang tu tak sempat nak sediakan makanan untuk orang berpantang ni.. So nak senangkan keadaan, jimatkan masa, memang kena ke Bazar Ramadhan beli la.. Kan banyak makan berbakar dan sewaktu dengannya.. Ada tu pergi ke Bazar Ramadhan hanya untuk beli tu je.. Bawak Zara sekali jalan-jalan..

Lumrahnya, memang kadang-kadang kita akan jadi rambang mata semasa berada di Bazar Ramadhan ni.. Itu wajib untuk semua orang.. Tambah-tambah waktu petang tu hampir-hampir nak menuju ke waktu berbuka puasa kan.. Mesti punya tengok semua jenis masakan tu, nak try.. Samada lauk pauk, kuih mahupun air.. Betul tak?

Salah satu yang ramai orang sedar, kalau ke Bazar Ramadhan mesti tak mustahil akan habis lebih dari RM 10 sekali pergi.. RM 20 pun tak mustahil... Rm 30? Pon tak mustahil kan.. Itu baru sehari kan.. Kalau tiap-tiap hari camne? Kalau dah pergi semua nak rembat.. Tapi makannya tak habis pun.. So apa yang perlu kita buat ialah cuba senaraikan dulu apa yang betul-betul nak beli untuk makan hari tu.. Baru la ok kan.. Kalau masa jalan-jalan tu nampak makanan extra yang diluar list, jangan beli dulu hari, masukkan dalam senarai esok.. Mesti gerai tu ada lagi punyalah.. Kan.. Hehe..

Satu lagi yang Eraz buat, tak bawak wallet.. Eraz bawak dalam RM belas-belas ringgit atau RM 20 je.. So masa nak membeli tu, memang akan beringat la.. Untuk Zara, memang dah kena asingkan RM 2, 3 dari duit tu.. Biasanya Zara memang akan minta nak air or kuih yang boleh dia makan dan minum dalam kereta nanti.. Itu di antara cara yang boleh kita cuba amalkan untuk elakkan membazir..

Jadi jangan kita jadikan Bazar Ramadhan ni menjadi Bazir Ramadhan.. Wassalam..

Read more ...

Saturday 27 June 2015

Bonding Time antara Papa dan Zara

Assalamualaikum w.b.t.. Bonding Time adalah sangat-sangat penting untuk ibu bapa dan anak.. Salah satu masa penting untuk Eraz dan Zara ialah masa dan sepanjang perjalanan menghantar Zara ke nursery dan mengambilnya dari nursery untuk ke rumah.. Masa tu la Eraz akan berbual dengan Zara, layan dia main apa saje yang boleh.. Belikan makanan dan minuman walaupun di dalam bulan puasa..

Sekarang ni kan wife Eraz berpantang di rumah mertua dan bagi mewujudkan masa kami berdua, Eraz akan singgah terlebih dahulu di rumah Eraz dan duduk di situ dalam setengah jam ke sejam.. Dalam masa yang sama, ianya untuk menghilangkan rasa rindu Zara pada rumah dia, barang-barang mainan serta kawasan-kawasan main dia.. Dua hari lepas misalnya kami singgah terlebih dahulu di rumah dan masa Eraz nak ajak balik sebelum berbuka, Zara seolah tak nak balik.. Mungkin sebab dia rindukan rumah dan kawasan bermain dia..

Dan yang paling bertetapan untuk membina Bonding Time antara Papa dan Zara ialah masa Eraz cuti, wife kerja.. So Eraz tak akan benarkan Zara ke nursery.. Eraz akan jaga dia walaupun seorang diri.. Ada ketika, untuk hilangkan boring dia, Eraz akan bawa dia jalan-jalan dan balik rumah atuk dan nenek di kampung.. Apa yang Eraz harapkan, hubungan kami akan menjadi satu ikatan hubungan yang kuat sampai bila-bila.. 

Eraz memang seorang yang sibuk bekerja dan setiap hujung minggu pun kerja.. Tapi untuk menggantikan masa-masa itu, perkara-perkara di atas tu la yang Eraz buat.. Sebenarnya, tanpa kita sedar, bonding time ni boleh terjadi antara anak dan papa semasa anak masih di dalam perut.. Masa tu anak masih dipanggil janin.. Dengan cuba bercakap dengan anak dalam kandungan pun dah boleh membuatkan anak tersebut kenal akan suara kita.. 

Satu lagi yang kena bapa-bapa praktis kan ialah salin pampers dan pakaikan baju.. Itu bagi Eraz boleh jadi satu moment antara anak dan bapa.. Kalau Zara, memang dia lebih suka Eraz yang salinkan pampers kalau dia 'yak'.. Tambahan lagi masa mama dia mula mengandungkan Adam.. Eraz pun happy dengan permintaan dia tu..

Banyak lagi sebenarnya cara untuk anak dan bapa membuat bonding mereka kuat.. Terpulang kepada individu itu sendiri.. Jangan disebabkan terlalu sibuk, penat di tempat kerja, balik je rumah, muka masam mencuka, tidur je.. Nanti anak pun dahagakan kasih sayang kita.. Minta jauh.. Renung-renungkan.. Sekadar berkongsi.. Wassalam..
Read more ...

MyBrain15 | Bantuan Pembelajaran Peringkat Master & PhD


Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin ada yang sudah tahu dan rasanya ramai juga yang tidak tahu akan kewujudan MyBrain15 ni.. Kalau sebelum ini, pihak MyBrain15 telah membuka permohonan kepada semua rakyat Malaysia yang bukan berkakitangan kerajaan tapi mulai bulan Mei lepas sampaikan 31 Julai 2015 ini, ianya telah dibuka kepada semua golongan termasuk kakitangan kerajaan / Penjawat Awam.. Rugi kalau korang tak cuba mohon..

MyBrain15 terbahagi kepada MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri, dan Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI).. Apa berbezanya? MyMaster memang satu-satunya program Master jadi mana-mana rakyat Malaysia yang sedang menyambung pengajian di peringkat Master atau baru memulakan pengajian di peringkat Master di IPTA atau IPTS, boleh la memohon.. Ada yang Eraz dengar, ramai yang sudah bayar RM 10 000.00 untuk menampung yuran pengajian.. 

MyMaster

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

Bagi kategori MyPhD, MyPhD Industri, dan Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI), korang boleh baca penjelas di bawah yang mana Eraz dapatkan maklumat ini di laman web MyBrain15 : https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15/v2/..

MyPhD

MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda â€Å“Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi”. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. Program ini merupakan insentif yang diberikan Kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota masyarakat seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu ekonomi berteraskan inovasi.

MyPhD Industri

MyPhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi. Pemohon yang berjaya akan dibiayai pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran.

Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI)

SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi". Di bawah RMKe-10, Kerajaan mensasarkan 75% pensyarah berkelayakan PhD atau setaraf di IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan dan 60% di IPTA bukan bertaraf Universiti Penyelidikan. Skim ini terbuka kepada pensyarah/ tutor/ felo yang berkhidmat di IPTA sahaja.

Jadi mana-mana rakyat Malaysia yang ada masalah kewangan untuk menyambung pengajian di peringkat Master dan PhD, boleh la register di IPT yang terpilih termasuk Open University Malaysia (OUM), IPT Eraz sambung Master ni.. Selepas register, boleh berhubung dengan pihak universiti untuk bertanyakan macamana untuk dapatkan pengesahan sebelum menghantar permohonan ke pihak MyBrain15.

Semoga maklumat ini dapat membantu rakyat-rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang masalah kewangan. Walaupun mungkin tidak ditaja penuh, ianya akan banyak membantu kita.. Insyaallah.. 

# Sebarang maklumat lain dan cara memohon, korang boleh klik link ini : https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15/v2/
Read more ...

Friday 26 June 2015

Side Income atau Serius Berniaga?


Assalamualaikum w.b.t.. Baca Utusan Malaysia hari ni.. Terjumpa satu artikel tentang tikus.. Tajuk : Jual Tikus Boleh Buat Duit.. Nampak tak? Sebagai bisnes ni memang banyak cabangnya.. Tinggal kita cuba carinya dan usahakan supaya ianya menjadi kenyataan.. Kalau betul-betul nak fokus, mesti ada jalannya kan.. Kekangan tu tetap ada macam contohnya Eraz sendiri, susah nak fokus sebab susah nak bagi antara tugas kerja hakiki dan part-time untuk buat bisnes..

Kalau diikutkan sejarah Eraz, masa duk belajar di USM dulu, pernah jual top-up.. Not bad.. Tapi bila dah tamat belajar, memang terpaksa berhenti sebab pasaran sebenar dah lari.. Pernah nak join jual barang untuk kurangkan penggunaan minyak kereta.. Masa tu first time minyak naik tinggi.. Melabur RM 1000 tapi tak sempat nak jual apa-apa pun.. Rugi je.. 

Lepas tu mula dengan kain pasang dan tudung.. Alhamdulillah bermula dengan baik dan collection pertama dan kedua memang ok.. Tapi tak sempat nak fokus juga sebab kerja dan rakan-rakan kongsi yang lain pun ada masalah yang sama.. Sekarang Eraz bermula semula untuk membantu isteri jual tudung atau shawl.. Kami berpakat ingin bermula dengan tidak drastik sebab masing-masing ada kerja hakiki.. 

Dalam kepala dengan ada fikir tak kan selamanya nak kerja makan gaji.. Swasta pulak tu kan.. Dengan kerja hujung minggu nya.. So dalam kepala memang nak buka bisnes sendiri.. Sebab tu dalam masa yang sama Eraz sambung belajar MBA.. Kalau dah berhenti kerja sekarang, tak de komitmen, memang boleh fokus kot.. Tapi bila nak berhenti, memang tak 'nampak' lagi.. Sebab tu la kami bermula sikit-sikit dulu..

Wife akan selamanya bekerja di situ kot sebab at least ada salah sorang yang bekerja kerajaan.. Jawatan dan gaji sekarang ni memang tahap ok dan bekerja pula di Kelantan, memang sangat ok la.. Tapi tak kan sampai pencen nak kerja macam ni.. Hehe.. Kena move foward mencari income lain.. Itu yang difikirkan.. Yang pasti, tak kan resign selagi tak jumpa sesuatu yang dapat menjamin masa depan.. Itu pasti.. Kalau tak, nak makan apa kan.. Hehe..

Cabang bisnes ni memang banyak.. Nak jumpa yang kita minat, memang atas diri sendiri.. Tapi tak salah mencuba benda yang bukan dari bidang kita kan.. Mana tahu rezekinya di situ kan.. Mana tahu bermula dengan membantu, suatu hari nanti boleh jadi bos or bukak kedai.. Semua tu tak mustahil.. Sama macam artikel tikus tu la kan.. Siapa sangka tikus pun boleh jadi benda untuk dipasarkan..

Blogger pun sebenarnya boleh buat income yang menjamin kalau kita betul-betul fokus.. Terutama mana-mana blogger full-time.. Salah seorang yang menjadi icon untuk kita sebagai blogger berjaya ialah blogger INI.. Dia dah membuktikan kepada Eraz yang bekerja sebagai blogger ini bagus.. Tapi kena ada usaha la kan.. Usaha tangga kejayaan.. Lepas berusaha, berdoa dan tawakal..

Good Luck pada semua yang ingin memulakan bisnes yang diimpikan.. Mungkin bermula dari bawah dan kecil-kecilan.. Lepas ni kita tak tahu.. Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah manusia, tidak siapa yang tahu kan.. Fuh!

Pada yang nak tengok tudung atau shawl apa yang kami jual, boleh klik sini.. Ini ready stock punya.. Order hari ni, maybe lusa dah dapat.. Sempat la buat raya.. Hehe.. Murah je.. Berminat, boleh klik SINI.. Thank You..

Read more ...

Tudung INSTANT ROSMARIA | Ready Stock

Tudung INSTANT ROSMARIA | Ready Stock

INSTANT ROSMARIA Warna : Beige

INSTANT ROSMARIA Warna : Biru

INSTANT ROSMARIA Warna : Fushia Pink

INSTANT ROSMARIA Warna : Green

INSTANT ROSMARIA Warna : Maroon

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau semalam Eraz promote Shawl Lacey.. Tempahan yang itu masih lagi dibuka untuk umum.. Siapa cepat akan dapat hadiah extra yang memang tak rugi.. Rujuk entri Shawl Lacey | Raudhah (Tempahan dibuka).. Pada yang belum tengok, dinasihatkan klik tengok dulu.. Mana tahu terpikat di hati kan.. Special price..

Ok kali ni nak promote tudung yang ready stock.. Bayar hari ni, esok atau lusa mungkin akan dapat.. Kalau nak buat raya, jangan tunggu dekat raya sebab pos laju akan hentikan penghantaran bila hampir-hampir nak raya.. So beli awal-awal sebelum kehabisan stok.. Memang terhad.. Hanya 5 warna yang availalbe..

INSTANT ROSMARIA adalah khas dan eksklusif yang dikeluarkan oleh Raudhah.. Ciri-ciri INSTANT ROSMARIA yang membuatkan korang akan terpikat ialah :

- Ada warna pilihan yang super cantik (rujuk gambar di atas)

- INSTANT ROSMARIA special dan lain dari yang lain sebab ada bunga ros yang cantik di tepi tudung..

- INSTANT ROSMARIA adalah sejenis tudung Instant, tak perlukan jarum pun.. Sarung dan siap kejap ke.. Sangat sesuai terutamanya bagi mummy-mummy yang ada anak kecil tapi tetap nak tampil gorgeous.. Anak dara yang pakai pun mesti akan nampak bertambah manis..

- Material INSTANT ROSMARIA : Sakura Chiffon - tebal dan tidak jarang, mudah dibentuk, jatuh terletak dan boleh merenggang sedikit seperti material lycra..

- Material bunga INSTANT ROSMARIA: Bunga dari riben yang dijahit tangan dan dihiasi dengan sebiji pearl warna menarik untuk setiap kuntum bunga ros. Cantuman bungan dengan tudung adalah jahitan tangan. 

- Jumlah ros yang digunakan adalah sebanyak 20 kuntum untuk setiap INSTANT ROSMARIA.. 

- Saiz bukaan muka INSTANT ROSMARIA adalah 22 inci (boleh dipin jika besar)..

- Labuh INSTANT ROSMARIA boleh diubah samada nak menutup dada atau nak pendek mengikut citarasa masing-masing..

Kan banyak ciri-ciri menarik tu.. Sebelum ni pernah dibuka untuk PRE-ORDER tapi kali ini untuk ready stock.. Sebab tu terhad.. Cara pakai memang senang.. Kalau berminat, boleh terus sms atau whatsapp ke no. 0179773382 untuk detail macam harga, warna apa yang available.. Semuanya boleh dibincangkan.. Insyaallah korang akan berpuas hati dengan INSTANT ROSMARIA ini.. Wassalam..
Read more ...

Raya Aidilfitri Tanpa 'Dia'


"Tanggal 24 April 2015 lepas, di pagi Jumaat dan di bulan Rejab, kakak sulung Eraz telah kembali kepada penciptanya yang maha Esa.. Beliau pergi selepas hanya beberapa bulan disahkan mengidap penyakit kanser.. Masa dapat detect mengidap kanser, ianya dah bertahap 4..

Allah lebih sayangkan dia dan dia mampu bertahan selama beberapa bulan disamping family yang menyokong.. Sepanjang hayatnya, selain Ma Abah, Eraz memang membesar dengan dia.. Masih terdengar lagi suara dia masa dia sakit tetapi masih boleh bercakap.. Dia call beritahu apa yang dia nak cerita dan luahkan serta ayat yang takkan dia lupa ulang, perkataan sayang..

Dari kecik hidup bersama sehingga dia bekeluarga dan masih ada sentiasa dekat, kehilangan dia memang terasa.. Apa-apa pun, Allah masih sayangkan dia.. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada dia dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Wassalam.."

Assalamualaikum w.b.t.. Inilah entri yang Eraz tulis pada 28 April yang lepas.. Setelah lebih 2 bulan pemergian kakak sulung tersulung, dalam hati ni, dalam perasaan ni seolah-olah dia masih ada lagi.. Eraz yang kehilangan kakak tak sehebat perasaan ibu bapa yang kehilangan anak atau suami kehilangan isteri dan anak kehilangan ibu.. Jika adik ni yang rasa macam ni, tak tahu la apa lagi perasaan mereka..

Kalau tiba hari raya, kakak sulung Eraz ni la yang paling dulu menelefon adik-adik untuk bertanya bila nak balik kampung dan akan atur satu tarikh untuk berkumpul beramai-ramai sekeluarga.. Dialah yang pertama membuat 'makan-makan' untuk mengumpulkan family.. Perginya dia, memang rasa kehilangan di hari raya ni..

Ahad lepas sempat borak dengan Ma.. Tanya pasal hari raya.. Ma sendiri rasa hilang mood sikit nak beraya.. Ya la, first time raya tanpa dia.. Tapi apa kan daya.. Kami sebagai anak-anak ni akan cuba naikkan semua mood demi ma abah tetapi memori kakak sulung akan tetap bersama kami.. Dia pergi dengan cepat sehinggakan kami rasa baru sahaja dengar dia ketawa kerana dia sangat ceria orangnya..

Masa last berjumpa dengan dia, sempat dia pegang tangan tanpa boleh berkata apa-apa.. Dengan wife, dia pegang perut wife yang masa tu pregnantkan Adam, gosok perut seolah macam ingin mengucapkan selamat tinggal kepada baby dalam perut.. Masih ingat dia camne dia jaga Eraz dari kecik sampai la dia sendiri beranak pinak.. Tetap tak lupa kan adik ni.. 

Dalam pada kanser menyerang saraf otaknya, tak putus dia call dan memberitahu dia sangat sayangkan adiknya dan suara itu masih lagi bermain dalam fikiran ni sampai bila-bila.. (Noktah)

#Tak mampu menaip dengan lebih panjang

#Al-Fatihah

Read more ...

Thursday 25 June 2015

Murtabak Maggi

Murtabak Maggi | Assalamualaikum w.b.t.. Murtabak Maggi.. Jujurnya, baru semalam Eraz berjaya try Murtabak Maggi.. Tahu kewujudan Murtabak Maggi ni tahun lepas kot melalui sati program tv.. Lupa program apa tapi siap agar cara nak buat.. Tengok nya macam simple.. Dan wife masa tu kata boleh je buat sendiri janji ada bahan.. Disebabkan kekangan masa tu nak dapatkan bahan, harapan dan impian terkubur dulu..

Tup-tup Murtabak Maggi ni muncul dalam fikiran Eraz lepas pergi round-round di Pasar Ramadhan baru ni.. So semalam sambil-sambil bawa Zara jalan-jalan di Pasar Ramadhan area Kubang Kerian, terpaksa satu gerai yang hanya jual Murtabak Maggi ni je.. Nampak dari luaran, memang mengiurkan.. Haha.. Tambahan pula di bulan Ramadhan kan.. Confirm! Hati kata nak beli..

Tanya harga.. RM 4.. Ok not bad.. Tak mahal.. So beli la satu.. Beli banyak kang, membazir pulak kan.. Orang dalam rumah tak ramai.. Juadah lain pun ada lagi.. Confirm punyalah tak habis.. Nak makan lepas Solat Tarawih pun belum pasti.. Kot-kot tak sempat nak sentuh kan.. Buat rugi je.. So beli satu..

Lepas je berbuka, terus bukan Murtabak Maggi ni dan try.. Fuh! Memang confirm akan beli lagi kat gerai tu kalau pergi.. Sebab? Memang sedap.. Eraz tak snap gambar Murtabak Maggi yang dibeli semalam sebab masa belum bungkus, memang cantik.. Warna warni.. Tapi bile dibungkus, memang hancur la hiasan.. So Eraz goggle, jumpa Murtabak Maggi di bawah ni..

Murtabak Maggi

Amacam? Nampak sedap kan.. Kalau korang nak buat sendiri, cuba goggle.. Pasti akan jumpa cara buat, bahan-bahannya sebab dan banyak entri di buat.. Eraz tak boleh buat sekarang sebab wife pun tengah dalam berpantang kan.. So beli je la dulu.. Tapi lepas ni insyaallah, akan sama-sama buat dengan wife.. 
Read more ...

Shawl Lacey | Raudhah (Tempahan dibuka)

Assalamualaikum w.b.t.. Shawl Lacey.. Shawl terbaru diperkenalkan.. sekali tengok memang melekat di mata sebab lain dari yang lain.. Dua kali tengok, maybe korang akan terasa nak beli.. Kalau betul, apa lagi, boleh sms atau whatsapp ke no. 0179773382 sekarang.. Siapa yang order dengan membuat payment penuh sekarang, akan dapat sesuatu yang lain yang boleh dipadankan dengan Shawl Lacey ni.. Tunggu apa lagi kan..

Eraz akan publishkan satu keping gambar Shawl Lacey yang terbaru.. Ada banyak warna yang boleh ditempah.. Warna apa yang ada? Harga berapa ditawarkan? Hadiah sampingan apa yang akan dapat? boleh sms atau whatsapp ke no. 0179773382 sekarang.. Kalau sempat dapat sebelum raya, boleh la melaram sakan untuk raya.. Tapi kalau tak sempat, boleh guna pakai untuk majlis-majlis hari raya nanti.. Atau nak pergi kenduri kawen kawan-kawan.. Ataupun pun juga untuk majlis pertunangan atau perkahwinan korang sendiri..






Shawl Lacey

Ini detail untuk Shawl Lacey :

Material : Eyelace laces
Saiz : 160cm x 62cm +/-
Bentuk : Shawl Panjang dengan end curve

Siapa ada masa untuk tonton video tentang Shawl Lacey ni, boleh klik video youtube di bawah :

Tertarik di mata tak? Atau nak beri kepada cinta hati? Atau nak hadiahkan pada ibu, kakak, adik, teman wanita dan lain? Boleh sms atau whatsapp ke no. 0179773382 sekarang.. Insyaallah berbaloi.. Seriusnya, Shawl Lacey ni terhad.. Kalau terlambat order, maybe HQ dan tutup tempahan.. Ruginya.. So?! Hehe.. Dapatkan Shawl Lacey segera.. Wassalam..
Read more ...

Pelajar Rempuh Kereta Polis Sebelum Melarikan Diri

Pelajar Rempuh Kereta Polis Sebelum Melarikan Diri

Pelajar Rempuh Kereta Polis Sebelum Melarikan Diri | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz dah tengok video pelajar rempuh kereta polis sebelum melarikan diri ni semalam di Facebook.. Mulanya ingat di luar negara.. Tapi dalam negara rupanya.. Lepas habis tengok, dalam kepada duk fikirkan macamana la kalau terjadi pada kita.. Ya Allah.. Minta jauh semua ni.. 

Ya la bayangkan, kita dah bagi tumpuan penuh semasa memandu.. Berhati-hati.. Mengikut peraturan dan lain-lain.. Tapi alih-alih datang pemandu lain yang buat onar dan boleh menyebabkan kemalangan.. Ya, ajal maut atau semua-semuanya yang berlaku ini ditetapkan.. Orang kata akan ada penyebabnya.. Tapi dalam pada itu, memang selalu mendoakan semoga perkara seperti ni jauh dari diri sendiri dan keluarga serta orang-orang lain juga..

Masa tengok video tu semalam, rasanya polis belum buat penangkapan kot.. Tapi bila malam tu, dengarnya seorang pelajar berusaia 21 tahun, pelajar kolej yang dikatakan memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.. Fuh! Dah tahu tak boleh memandu, jangan la memandu.. Kan dah menyusahkan orang lain.. Nasib baik tak de kemalangan jiwa.. Kalau lah ada bayi ke kanak-kanak ke kat dalam tu macamana.. 

Dalam video berkenaan, memang nampak kereta Volkswagen Polo yang memang dipandu laju dan tiba-tiba je dilihat memotong kereta perakam video di lorong kiri dan tidak dapat mengelak daripada melanggar kereta polis di depan dan di lorong yang sama pulak tu.. 

Diharapnya ia akan menjadi pengajaran kepada semua yang menonton dan membaca.. Kalau la kita mengantuk sebagai contohnya, sila berhenti tidur walaupun sekejap.. Diri kita mesti dapat rasa kalau kita betul-betul mengantuk mampu drive ke tak kan.. So sama-sama lah kita fikirkan untuk diri sendiri, keluaga dan orang lain juga.. 

Dah lama terfikir tak nak bagi orang tersayang drive sendiri ke mana-mana sahaja tapi apa boleh buat, masing-masing ada kerja dan bertugas di tempat lain-lain.. Selain tu ada urusan lain juga kan.. So berserah saje lah disamping berdoa pada Allah.. 

Read more ...

Wednesday 24 June 2015

Ibu bapa sibuk, anak terbiar

Assalamualaikum w.b.t.. Ibu bapa sibuk, anak terbiar.. Perkara ni la yang paling kena elak dalam satu family.. Eraz dan wife sebagai ibu bapa yang bekerja juga memang cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku dengan cuba ubah beberapa perkara dalam kehidupan seharian..

Hantar anak ke nursery adalah terpaksa kerana tiada pilihan.. Bila anak dah ada di nursery, separuh hari atau 10 ke 11 jam kita automatik tidak bersama anak dah.. Jadi lepas balik kerja sampai la sebelum anak-anak tidur, masa tu paling penting untuk digunakan.. Itu cara Eraz.. Kadang-kadang walaupun ngantuk, try untuk tidak tidur selagi anak belum tidur..

Cara lain yang Eraz buat ialah masa Eraz cuti seorang, tak hantar anak ke nursery.. Ramai kawan-kawan Eraz, bila isteri kerja, suami yang cuti, dia akan hantar anak ke nursery juga.. Bagi Eraz sendiri, ada perasaan tak sanggup.. Pada mulanya untuk jaga anak sorang-sorang, mungkin susah, tapi kalau dah biasa, ok la kan.. 

Sekarang muncul Adam.. Tak tahu lagi macamana keadaan nak jaga dua anak dalam masa yang sama masa cuti.. Tapi tetap nak sahut cabaran.. Masa macam tu la kita nak rapatkan lagi hubungan kan.. Zara, kalau masa Eraz tinggalkan dia 3, 4 hari sebab outstation, mesti dia akan merajuk.. Maybe sebab tinggalkan dia lama kot.. Lastest, kalau nak pergi tarawih pun dia mengikut.. 

Apa-apa pun, cara nak buat anak kita tidak terbiar atau kurang kasih sayang ibu bapa ni banyak.. Bergantung kepada cara kita masing-masing.. Kalau tinggal sendiri, lain caranya.. Kalau tinggal dengan family, lain pulak caranya sebab jagaan atuk nenek ni lain dari ibu bapa kan.. So, sama-sama kita ikhtiar kan..

Read more ...

Berpantang dalam bulan Puasa


Assalamualaikum w.b.t.. Mesti mencabar kan bagi kaum wanita / kaum ibu untuk berpantang dalam bulan Puasa.. Ya la, orang lain boleh makan makanan sedap-sedap masa berbuka, orang yang berkenaan pulak makan makanan berpantang macam ikan bakar dan lain-lain tu.. Sama juga untuk memasak..

Bayangkan orang yang berpantang tu terpaksa memasak.. Macamana la agaknya dia nak memasak makanan biasa untuk orang yang tidak berpantang tetapi dia sendiri tak boleh makan.. Fuh! Mencabar.. Kuih pun pelbagai dalam bulan Puasa ni.. Macamana la perasaan mereka ni kan.. Dah la lepas ni kena ganti puasa lagi.. Hehe..

Wife Eraz salah seorang yang sedang berpantang sekarang ni.. Masa kami nak berbuka puasa, dia join sekali tapi makan masakan yang sepatutnya la.. Sabarlah wahai isteri untuk 40 hari ini demi mendapat kesihatan yang baik kelak dan agar badan anda kembali asal macam dulu-dulu kala.. B akan support.. Nak makan apa? Bagitau je.. Akan cuba dapatkan walaupun hanya boleh makan yang bakar-bakar.. Air pun boleh minum yang panas-panas je..

Read more ...

Tuesday 23 June 2015

Tibe-tibe rasa cute !


Assalamualaikum w.b.t.. Ini kes buang malu demi anak.. Dah upload di FB tentang ni tapi rasa macam nak jadikan entri kat blog.. Ada masa sikit ni, so boleh la mengarang sikit.. Zara Faleesya memang salah seorang budak yang suka dengan Frozen.. Dari masa mula-mula movie tu muncul kot.. Sampai la sekarang.. Tapi sejak dua menjak ni, dia ada movie favourite yang kedua iaitu minions.. Hehe..

Masa on the way balik kerja baru ni, ternampak ada seorang budak perempuan yang pegang belon Frozen ni melintas jalan dari satu pasar ramadhan.. Tengok design dan warna, errrrmmmmm cantik juga.. Dalam hati kata, kalau bagi pada Zara ni, mesti dia happy.. So apa lagi, dalam pada malu-malu, berhentikan kereta jauh sikit sebab kereta penuh dah parking..

Jalan terus ke dalam pasar ramadhan cari belon tu dalam masa yang sama, beli la jugak sesuatu juadah untuk berbuka kan.. So lepas selesai, terus jalan kaki menuju ke kereta.. Memang rasa 'cute' giler r jalan pegang belon tu.. Dah la hari tu pakai baju merah.. Haha.. Cool je la walaupun malu demi anak..

Sampai je terus letak depan bilik air sebab Zara tengah mandi masa tu.. Dia keluar je nampak belon tu dan apa lagi, terus ambil la sebelum pakai baju.. Alhamdulillah, anak happy, bapak pun happy.. 

Read more ...

Monday 22 June 2015

Mensive Hair Tonic| Produk Terbaik Atasi Masalah Rambut

Assalamualaikum w.b.t.. Teruja nak publish entri ni sebab mungkint tak semua orang tahu akan satu produk ni.. Hari ni Eraz nak share kan satu produk rambut yang boleh kurangkan rambut gugur, kurangkan minyak atas kulit kepala, masalah kelimumur, masalah tumbuhnya uban dan lain-lain lagi.. Memang kalau melibatkan rambut dari hari ke hari, rambut makin hilang seri atau berkurangan, stress di buatnya..

Usia kalau dah makin meningkat dan tak buat penjagaan yang rapi, memang lama kelamaan akan mula lah evolusi kehebatan rambut asal. Sebagai contoh kalau lelaki, bermula dengan pakainya gel rambut yang berminyak, dalam masa yang sama akan mengakibatkan kelimumur dan keguguran. Sama juga dengan kaum wanita samada yang bertudung atau tidak..

Jadi, jom ambil sedikit masa yang baca apa yang Eraz akan kongsikan bersama korang semua tentang satu produk iaitu Mensive Hair Tonic. Mungkin ianya satu nama baru bagi korang.. Masalah rambut makin kurang memang boleh diatasi sebab ianya boleh melebatkan rambut..


Mensive Hair Tonic adalah hair tonic pertama berasaskan air.. Istimewanya Mensive Hair Tonic ni, 25 kali lebih serap ke akar rambut berbanding serum atau minyak.. Kenapa menggunakan asas air? Sebab pengggunaan minyak dan serum pada kulit kepala boleh membantu pertumbuhan rambut dan menyebabkan masalah kelemumur. Banyak artikel yang telah menulis tentang ini.. Cuba google.. Ditambah pula dgn cuaca Malaysia yang panas penggunaan asas air sangat selesa utk si pemakai.

Sesuai juga untuk kaum wanita


Dibuat menggunakan teknologi estrakter kini dan kaya dengan estrak herba bermutu tinggi seperti Ginseng, Apple Stemcell, limau purut, avocado, kelapadara, jojoba dan buah pala.. 

Ginseng

Sememang dah lama terbukti dari zaman kuno cina mampu membantu menguatkan akar rambut, merangsang pertumbuhan rambut dan mengelak pertumbuhan uban..

Apple Stemcell

Apple Stemcell pula adalah antara penemuan baru scientice mengenai kebaikan dia terhadap mengekalkan kesuburan rambut.

Ini antara fungsi-fungsi yang korang kena tahu :

1) mengurangkan rambut gugur
2) menguatkan akar rambut
3) membantu pertumbuhan rambut baru
4) mengurangkan minyak pada kulit kepala
5) mengurangkan kelemumur
6) mengurangkan pertumbuhan uban


Cara Pemakaian :

Cara pakai sangat mudah, selepas mandi, keringkan rambut, spray sahaja kekulit kepala.. Urut sedikit dan biarkan dia serap ke akar rambut.. Berbau wangi, rasa menthol dan berangin yang akan menyegarkan kulit kepala..


Tonton Iklan Youtube

Apa yang Eraz dengar dan baca, dah banyak testimoni positif yang tertulis.. Result positif boleh dilihat sepantas kurang dari 14 hari.. Jom baca antara testimonial yang telah ada..




 

Mensive hair tonic tidak datang dgn set pun sebenarnya dan tidak perlu shampoo pelebat.. Lagi? Juga tidak perlu serum pelebat, cukup hanya spray mensive hair tonic 2-3 kali sehari... Enough.. Sebotol 60ml tahan untuk 1-2 bulan.. 

Dan juga ianya hak milik bumiputera,  bertaraf GMP serta berdaftar dengan KKM.

No KKM. : NOT150100714K

Sekali lagi nak ulang, produk ini Unisex, sesuai juga untuk wanita bertudung.. So tunggu apa lagi, untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaa, boleh la klik atau hubungi no. yang tercatat di bawah.

Untuk Maklumat Lanjut:


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi no Telefon ini : 01113229050

Read more ...

Sunday 21 June 2015

Happy Father's Day !

Assalamualaikum w.b.t.. Happy Father's Day kepada semua bapa-bapa di Malaysia atau seluruh dunia.. Maybe hari ni akan jadi hari istimewa korang.. Tahun 2015 ini, hadiah Father's Day Eraz ialah Adam Fitri.. My hero.. Alhamdulillah dari saat dia lahir hingga saat entri ini ditulis. Adam dikurniakan kesihatan yang baik dan tidak menyusahkan Papa langsung.. Insyaallah Papa akan jaga, didik dan bagi semuanya untuk jadi anak yang soleh..Begitu juga pada Zara..


Dalam masa yang sama, jasa Abah Eraz yang jaga Eraz dari kecik sampai la sekarang ni walaupun dah berumahtangga.. Banyak jasa yang diberikan sampai tak terbalas.. Antara kenangan yang Eraz pernah share tentang Abah Eraz ialah melalui entri INI.. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada Abah.. Amin.. Begitu juga dengan arwah bapa mertua.. Walaupun beliau telah meninggalkan kami, Eraz sempat merasa hidup bersama beliau.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.. 

Read more ...

Saturday 20 June 2015

Bila anak merajuk !

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam entri INI, Eraz ada ceritakan yang Eraz kena ke KL sebab ada training yang Eraz pernah tolak sebelum ini.. Jadi kali ni memang tak boleh nak tolak sebab kalau tolak pun, mesti kena panggil lagi lepas ni.. Cuma kali ni pergi dengan rasa yang tidak best.. Kalau dulu, Eraz outstation, mesti Mama dia yang hantarkan ke nursery.. Tapi kali ni Mama Zara pun dalam berpantang so kena la minta tolong Tok Ma yang hantarkan.. 

Seperti yang dijangka, memang dua-dua hari tu, Zara menangis meraung sebab tak nak stay kat nursery.. Selalu Eraz yang hantar, Zara ok je.. Cool je masuk main dengan pengasuh dan kawan-kawan.. Bila dengar berita ni, memang kesian giler kat dia.. So nak tak nak, Eraz kena juga habiskan training ni dan balik secepat mungkin.. Tak sempat nak Papa nak jalan-jalan carik pasal kali ni demi anak.. 

Sampai je rumah, Zara tengah tidur.. Lepas je dia bangun, nampak je Eraz, merajuk la pulak.. Alahai.. Ambil masa sikit untuk pujuk, and then terus ok.. Kembali asal.. Inilah anak.. Ini baru sorang yang besar, lepas ni Adam pulak yang besar, dua-dua bergantung kat kaki kot.. Hehe..

Read more ...

Thursday 18 June 2015

Ber'fisioterapi' di HUSM



Assalamualaikum w.b.t.. Inilah jadinya kalau cuba mengangkat barang berat dengan cara yang tidak betul.. Dulu pernah berlaku tapi bukan sakit on the spot dan berterusan.. Telan je Panadol Extend terus ok.. Tapi kali ni, telan Panadol Extend 2 papan pun, masih tak ok.. Risau kot-kot berlaku benda yang tak ingini nanti, wife minta pergi ke HUSM untuk check up.. 

Lepas jumpa doktor yang pertama kali, terus doktor minta ke Unit Pemulihan untuk sesi fisioterapi.. Lepas tu baru x-ray dan jumpa Pakar Otto.. Hari ni hari pertama untuk fisioterapi dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan katanya perlu lengkapkan 12 sesi.. Uik! 12 sesi.. Harapnya sebelum sampai 12 sesi, dah ok.. Tapi kalau tak ok, risau juga.. 

Read more ...

Sunday 14 June 2015

Rela dalam terpaksa !

Assalamualaikum w.b.t.. Live Update dari Airport Kota Bharu.. Selalu memang tak ramai orang masa ni tapi hari ni sebaliknya.. Rasanye sebab hari ni last cuti sekolah untuk negeri-negeri luar dari Kelantan kot.. Nampak semua golongan ada.. Aku join sekali? Oooo tidak.. Ikut hati memang tak nak pergi KL ni.. Tapi sebab sebelum ni dah tak pergi, so kali ni terpaksa..

Bukan bercuti makan angin, tapi ada training.. Kali ni rasanya paling berat nak pergi.. Kenapa? Perasaan ingatkan anak tu tebal.. Takde Papa, kena minta tolong Tok Ma or mak saudara Zara la hantar.. Mama tak boleh jalankan tugas lagi sebab berpantang pun belum habis lagi.. Harapnya Zara akan cool dan tak nangis..

Baby Adam? Ok la sikit sebab Adam still duduk dengan Mama di rumah kan.. Itu yang kali ni rasa nak habiskan secepat mungkin training ni dan balik terus! Keluar pagar je dah pelik rasanya.. Hehe.. Hati dalam taman betul..

Read more ...

Saturday 13 June 2015

USM Selepas 10 Tahun


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau tengok gambar kat atas tu, apa motif bergambar membelakangkan bangunan putih dan dengan Zara kan.. Itu bangunan Pusat Pengajian Sains Komputer USM Penang.. Bangunan yang Eraz dan kawan selalu 'lepak' dari tahun 2002 hingga 2005.. Alhamdulillah, kebetulan wife ada hal di USM Penang, so apa lagi, ambil peluang round USM imbau kenangan la..

Mula-mula rasa macam pelik juga duk round-round dengan anak.. Ya la, kalau student USM, tak kan duk jalan dengan anak or dukung anak kan.. Pergi ke tapak konvo tu, Zara terus ke DTSP.. Dari DTSP, ke library dan terus ke cafe bistro.. Last jalan-jalan ke dewan kuliah S, T, U rasanya.. Memang ramai pelajar tengok pelik kot sebab jalan-jalan dengan Zara.. 

Yang penting puas hati sebab dapat jalan dan snap beberapa gambar kenangan.. Bila pulak nak datang, tak tahu bila la tu kecuali wife ada urusan kat sane lagi.. Reunion pun tak tahu bila la ada kan.. Masing-masing dah ada komitmen, memang susah la..

Memang dah banyak berubah berbanding dulu.. Pelajar dulu dan pelajar sekarang pun lain hidupnya.. Rasanya pelajar universiti sekarang jauh lebih senang kot berbanding kami yang banyak kekurangan dulu.. Sebab tu la banyak masa lepak lab untuk siapkan projek or assignment.. Lepak library untuk study.. Keluar release tension, ada tapi hanya Bukit Jambul Mall dan Prangin Mall je.. Hehe..
Read more ...

Friday 12 June 2015

Bila Zara jadi kakak


Assalamualaikum w.b.t.. Zara dapat adik seawal umur setahun 10 bulan dan dalam fikiran kami mengharapkan dia dapat 'terima' Adam.. Alhamdulillah, dalam 15 hari kelahiran Adam, Zara macam dah dapat faham yang Adam tu adik dia.. Tak pernah nak kacau.. Tak pernah nak jeles kalau Mama Papa dukung or riba Adam.. Kalau suruh sayang, terus cium kat pipi.. Kadang-kadang tu time dia geram tengok Adam, dia cuba untuk sentuh dahi, pipi.. Tapi setakat ni, alhamdulillah, semua ok..

Cuma sekarangnya peranan kami sebagai Mama dan Papa.. Dalam pada memberi perhatian kepada Adam yang masih baby tu, dalam masa yang sama kami perlu memberi lebih perhatian juga kepada Zara.. Sebabnya? Kami tak nak dia rasa kasih sayang kami terhadap dia hilang lepas lahirnya Adam.. Yang pasti, memang kadang-kadang tu Zara akan jadi lebih manja dari sebelum ni.. Maybe untuk dapatkan perhatian..

Gambar kat atas tu Eraz snap masa kami di USM Penang.. Kalau tengok dalam gambar tu, memang dah macam budak besar.. Tapi serius, masa Adam belum lahir, dukung Zara ke, riba Zara ke, memang rasa biasa je.. Tapi bila Adam lahir, dah biasa dukung Adam yang 3 kilo lebih tu, bile riba Zara, terus rasa yang Zara ni dah besar.. Sama juga kalau mereka tidur bersama..

Read more ...

Thursday 11 June 2015

Our baby boy, Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Mulanya ingat nak publish lepas-lepas ni gambar anak Adam Fitri ni.. Tapi permintaan kawan-kawan samada di Facebook dan Blog memang tak dapat nak hampakan selepas Eraz publish entri INI.. Jadi ini anak kedua kami a.k.a putera sulung kami, MUHAMMAD ADAM FITRI.. Semoga Adam menjadi anak yang baik dan soleh.. Insyaallah..

Lepas ni rasanya akan muncul entri-entri berkaitan dengan Adam sebab masa mula-mula lahir baru ni, cara penjagaan Adam dan Zara dulu, memang berbeza.. Al-maklum la berlainan jantina kan..

Read more ...

Wednesday 10 June 2015

Kesian anak dara Papa..

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni hari ketiga #ZaraFaleesya ke nursery selepas cuti panjang lepas wife bersalin.. Kalau ikutkan hati, memang nak suruh dia duduk rumah je dengan Mama tapi kesian juga kat wife sebab tengah berpantang kan.. Nak lasak-lasak pun tak boleh.. Nak jaga baby kecik lagi kan.. So kami decide, Zara kena ke nursery..

Bukan apa, risau juga kalau lama-lama tak pergi, kang nanti sampai masa, tak nak pergi terus.. Lagi susah.. Hari Pertama ke nursery, nampak ok tapi lepas check dengan pengasuh, lepas Eraz hantar pagi tu, dia menangis jap.. Lepas tu muntah sebab kuat menangis kot.. Masa nak ambil petang tu pun menangis semasa kat pintu sebab budak-budak lain berebut nak keluar pintu.. Terhalang dia.. Hari kedua semalam, lebih baik.. Tak menangis.. So harapnya ok la hari ni kan..

Hari ketiga hari ni, di tangga rumah lagi menangis.. Adoi.. Zara Zara.. Terpaksa pujuk masuk kereta, manja-manja, letak atas riba, keluar je pagar rumah, dah tak nangis.. Sampai pula kat nursery, tak nangis tapi Zara bgtau tak nak ke nursery.. Tapi lepas dukung bawa masuk, dia nampak macam ok.. Harapnya dia ok sampai ke petang la hari ni.. 

Naluri seorang bapak gini la.. Kesian tengok anak tambah-tambah tengah menangis.. Yang tengah makan pun berhenti terus dan tak sambung-sambung dah.. Zara ni, kalau di rumah sendiri, memang dia berdikari.. Tapi kalau di rumah Tok Ma dia disamping ada mak saudara dia, memang dia terlebih manja.. Cool Zara cool.. Tunggu Papa pergi ambil petang ni..

Read more ...

Tuesday 9 June 2015

Syawal & Fiqa Pelamin Fantasia

Syawal & Fiqa Pelamin Fantasia | Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni terlambat sebenarnya.. Sebabnya kat TV dan annouce berapa hari dah pemenang, hari ni baru nak up kat blog kan.. Hehe.. Itu tak penting.. Bukan nak kejar trafik atau entri SEO.. Tapi hanya nak berkongsi apa yang diri ni rasa.. Eraz salah seorang yang tengok program Pelamin Fantasia ni.. Tapi bukan 100% tengok dan follow.. Tapi sempat rakam dan tengok bila ada masa..

Pertengahan program, dalam hati ni memang dah set kalau boleh, biarlah ada rezeki pasangan Syawal dan Fiqa ni menang.. Kenapa? Sebabnya mereka di antara pasangan yang Eraz tengok serasi.. Tambahan pulak gandingan tunangan ini antara seorang lelaki normal yang bekerja sebagai penternak dan dengan seorang wanita OKU pekak dan bisu.. Kalau tengok si Syawal ni, memang tahap kesabaran dia sangat tinggi.. 

Dalam banyak-banyak episod, episod yang paling menyentuh hati orang kata semasa episod semua peserta nak buat pre-wedding punya video.. Syawal dan Fiqa mendapat tempat ke dua masa tu.. Kalau Eraz yang jadi juri, memang pilih mereka jadi pemenang.. Tapi pasti juri ada kriteria mereka yang tersendiri kan..

Apa-apa pun, penamatnya, mereka selamat menjadi juara untuk program Pelamin Fantasia musim pertama.. Pasangan istimewa ini berjaya mengalahkan 9 pasangan yang lain dan dikatakan berjaya menitiskan air mata ramai yang menonton.. 


Read more ...