Tuesday 28 April 2015

Pergi Tak Kembali ( 1970 - 2015 )

Assalamualaikum w.b.t.. Tanggal 24 April 2015 lepas, di pagi Jumaat dan di bulan Rejab, kakak sulung Eraz telah kembali kepada penciptanya yang maha Esa.. Beliau pergi selepas hanya beberapa bulan disahkan mengidap penyakit kanser.. Masa dapat detect mengidap kanser, ianya dah bertahap 4..

Allah lebih sayangkan dia dan dia mampu bertahan selama beberapa bulan disamping family yang menyokong.. Sepanjang hayatnya, selain Ma Abah, Eraz memang membesar dengan dia.. Masih terdengar lagi suara dia masa dia sakit tetapi masih boleh bercakap.. Dia call beritahu apa yang dia nak cerita dan luahkan serta ayat yang takkan dia lupa ulang, perkataan sayang..

Dari kecik hidup bersama sehingga dia bekeluarga dan masih ada sentiasa dekat, kehilangan dia memang terasa.. Apa-apa pun, Allah masih sayangkan dia.. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada dia dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Wassalam..

Read more ...

Sunday 19 April 2015

#Zara Faleesya Keutamaan Sekarang


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah antara permainan baru yang Zara nak main kalau masa pergi rumah Tok Ma dia.. Kalau turun rumah je, pasti nak naik gelongsor ni.. Sebenarnya ini gelongsor lama.. Hak Milik Cik Sue dia masa kecik.. Sekarang ni Cik Sue pun dah lepas SPM baru ni.. Sekian lama Tok Bah dan Tok Ma simpan, kali ni pasang semula untuk bagi cucu sulung main.. Disebabkan masa kecil, memang kena pegang la dari naik tangga sampai la ke bawah.. Demi keselamatan.. Apa-apa pun boleh berlaku kalau tak jaga baik-baik kan..

By the way, gambar di atas tu bukan sebelum pergi kerja, bukan juga selepas balik kerja.. Tapi semasa break tengahari hari Jumaat.. Eraz yang memang kerja di hari Jumaat walaupun kerja di Kelantan.. So hari tu memang niat nak balik Solat Jumaat kar masjid yang area rumah.. Lepas je selesai Solat Jumaat, balik la sekejap jumpa mereka dengan niat bukan untuk makan, tapi nak tengok Zara.. 

Sampai je rumah tu, apa lagi, terus la minta nak dukung dan nampak gelongsor tu.. Dengan baju kerja dan lepas ni nak masuk office semula, layan la kerenah anak.. Risau berpeluh je.. Tapi nasib baik hanya berpeluh di muka.. Kalau di badan, memang kena mandi la.. Kalau tak, macamana nak masuk office semula kan.. 

Sejak dah jadi Papa ni, memang keutamanya pada Zara lebih.. Budak yang sedang membesar dan masa ni, memang mereka cepat sangat belajar.. Tengok apa yang kita buat sekejap je, mereka terus boleh tiru.. Kalau tiru yang baik-baik tak pe la.. Tapi kalau yang negatif? Minta jauh.. Jadi depan anak-anak memang kena sentiasa berhati-hati sebab sentiasa ada mata yang memandang..
Read more ...

Saya marah awak, bukan saje-saje ..


Assalamualaikum w.b.t.. Baru perasan kat posting di page facebook tu ada typo.. Tapi rasanya semua dah faham kot apa yang Eraz cuba nak tuliskan.. Sebenarnya ayat tu salah satu dialog dari drama Hati Perempuan di slot Akasia TV3.. Rasa macam dah lama Eraz tak follow drama Akasia tapi untuk kali ni, tiba-tiba memang follow hari ke hari walaupun kadang-kadang tengok lakonan pelakon-pelakon ni yang kurang menjadi.. Kenapa la agaknya?

Mungkin sebab pembawakan watak secara keseluruhan dan lakonan watak-watak tertentu.. Kalau dibacakan pada ayat yang Eraz attachkan tu, memang betul jugakkan.. Kadang-kadang kita bukan sengaja nak marah pasangan yang kita sayang teramat tu.. Tak kan la tak de sebab tiba-tiba nak marah.. Dengan niat sebenarnya nak tegur atau didik supaya lepas ni tak berlaku lagi..

Salah faham tu perkara biasa kot... Merajuk ke.. Tapi yang penting adalah kesabaran.. Kesabaran itu juga salah satu tiang yang boleh membuatkan sesebuah hubungan itu kukuh.. Drama ni boleh ditonton, nak ambil pedoman pun boleh tapi, ada tapinya.. Kena la ikut mana-mana yang positif.. Yang positif tu, jadikan pengajaran sahajalah..

Read more ...

Wednesday 15 April 2015

Sepetang Bersama #ZaraFaleesya


Assalamualaikum w.b.t.. Balik je kerja hari Sabtu baru ni, terus pergi ke rumah mertua sebab nak jemput wife dan #ZaraFaleesya.. Sampai je pintu pagar, tengok adik-adik ipar dan biras tengah duduk basuh kereta masing-masing.. Eraz je tak leh join sama sebab kerja di hari orang lain cuti kan.. Hehe.. Dalam ramai-ramai tu terselit seorang budak kecik ni.. Isk3.. Memang nampak dia la paling sibuk sekali.. Kiri Kanan jalan keliling kereta sebab nak gosok dengan span tu.. Hehe..

Masa Eraz sampai je, terus la snap satu gambar buat kenangan.. Lepas dah settle, semua, bilas la dia dengan air paip yang bersih sebelum naik mandi.. Tapi yang bestnya, dalam basah-basah tu, nak dukung dengan Papa.. Papa dengan baju kemeja kot lagi.. Haha.. Anak punya pasal, dukung je la.. Basah pun basah la.. Hehe..

Read more ...

Tuesday 14 April 2015

Bila berada dalam minggu EXAM !

Assalamualaikum w.b.t.. Beginilah jadinya bila berada dalam minggu exam.. Blog pun macam tak berapa nak update.. Instagram ada la sikit-sikit.. But its ok, minggu final exam ni akan berakhir pada Jumaat ni.. Walaupun lepas tu akan sibuk dengan kerja juga, at least lepas benan study kan.. Demi kemahuan, masa depan dan kerjaya, aku gagahkan juga..

Sekarang rasa macam nak demam pun ada.. Muka ni, kalau macam ala-ala stress, memang bertindak balas.. Hehe.. Jerawat la apa lagi.. Satu lagi ulser mulut.. Memang akan ikut.. Sabau je la..

#Esok paper Strategic Management! Good Luck!


Read more ...

Saturday 11 April 2015

Cik Puan Sinderella


Cik Puan Sinderella | Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tengok promo drama ni di Astro tapi tak tahu pula tayangannya malam ni kan.. Bukan apa, wife yang suruh rekod tadi.. Mungkin kalau terlepas malam ni, boleh la tengok lepas-lepas ni.. Apa yang pasti, ini macam drama kemunculan semula Ummi Nazeera selepas bertudung dan 'menyepikan' diri sebelum ni..

Drama Cik Puan Sinderella ini satu gandingan Ummi Nazeera dan Airel Zafrel.. Ramai la lagi pelakon lain Cuba cari sinopsis, tapi tak jumpa yang full.. Tapi yang pasti drama Cik Puan Sinderella ni berkisarkan kepada "Kisah kehidupan lucu seorang gadis remaja yang dikongkong oleh ibunya daripada dunia luar".. Kalau tengok, macam ada adegan lucu dan serius.. 

Apa-apa pun, selamat menonton drama Cik Puan Sinderella !

Read more ...

BMCB5103 | CONSUMER BEHAVIOUR


Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya bermula minggu penat otak dan badan sebab dah masuk ke minggu peperiksaan akhir.. Kertas pertama bermula pagi esok dan akan berakhir dengan kertas terakhir ialah pada Jumaat pagi.. Dalam masa seminggu ni, memang memerlukan semangat yang sangat kuat sebab kalau tak, memang malam je, tidur la jawabnya..

Eraz jenis yang tidak ambil cuti untuk siapkan assignment atau study untuk final exam.. Selalunya memang fokus study pada waktu malam lepas Zara tidur.. Kalau Zara tak tidur, memang tak boleh nak study.. Bukan sebab Zara ganggu, tapi Papanya tak boleh fokus..

Subjek pertama untuk Semester kelima ini ialah BMCB5103 | CONSUMER BEHAVIOUR.. Kalau nampak dari tajuk, memang dah nampak itu adalah salah satu subjek Marketing.. Memang tak dinafikan seronok mendalami ilmu subjek ni.. Tapi kalau lah dapat luangkan lebih masa, disiplin yang kuat, memang lagi seronok..

Tapi fokus 100% hanya boleh beri bila hampir-hampir nak final exam.. Itu la salah satu cabaran belajar sambil kerja ni.. 
Read more ...

Berangan jadi budak sekolah !


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti biasa, bila dah tiba masanya, perlu lah aturkan masa ke salon untuk guntin rambut.. Wife pun dah bagitau semalam, dia tengok rambut dah panjang.. Bukan malas nak g gunting rambut, tapi nak atur masa ke sana tu susah.. Kalau boleh, nak je kasi kerat dan kemas sepanjang masa kan.. Tapi sekarang, dah mula panjang balik.. Dan bila dan panjang ...

Bila dan panjang, wajah pun nampak lain.. Itu Eraz la.. Sebagai orang yang kerja dalam bidang yang tidak boleh berfesyen sangat bab-bab rambut ke office, kena la sentiasa sikat kemas.. Tak kisah la macamana, janji kemas.. Kalau rambut spike, bos tak suka walaupun Eraz sendiri suka.. Haha.. Eraz suka sebab nampak lebih muda dari umur.. Sape tak nak kan.. Hehe..

Jadi sekarang terpaksa adjust masa lepas office as usual.. Memang kalau masa gunting, Eraz akan minta potong spike.. Tapi bila ke pejabat, style tu akan diubah ke arah formal sikit.. Itu yang kadang-kadang jadi macam budak sekolah tu.. Haha.. Umur dah 32 tapi masih berangan nak jadi budak sekolah.. Apa kes.. Hehe..
Read more ...

Friday 10 April 2015

Tahniah kepada Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang dijanjikan semalam, hari ni Eraz akan umumkan dua blogger bertuah sebagai Pengomen Tegar untuk blog ERAZFADLI.COM sebagai tanda penghargaan.. Eraz dengan rendah hati ingin menghadiahkan sesuatu berupa wang tunai atau boleh ditukarkan kepada benda lain.. Daripada 10 senarai semalam, jadi mereka berdua ini menduduki dua tangga teratas.. Mereka adalah :


Mereka diminta untuk PM Eraz di FB (SINI) untuk memberi maklumat. Selain dari itu, 5 blogger yang menduduki 5 yang teratas juga akan dimasukkan di Bloglist Utama blog erazfadli.com selama dua bulan sebelum digantikan dengan Pengomen Tegar yang lain pula.. Mereka adalah :


Tahniah kepada mereka kerana berjaya menempatkan diri di tempat teratas.. Apa-apa pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi komen di blog Eraz.. Tunggu pengomen tegar blog ERAZ FADLI bulan April - Mei 2015 pula.. Terima kasih diucapkan kepada semua pengomen yang sudi singgah dan komen di blog Eraz..

#Tanpa korang, blog ni mungkin tidak bernyawa

Read more ...

Diari Pelajar MBA : Semester 5


Assalamualaikum w.b.t.. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya Ahad ni dah start untuk Peperiksaan Akhir Semester JANUARI 2015.. Semester ni memang rasa macam tak bersedia sangat.. Tak sama macam dengan semester-semester sebelum ni.. Mungkin ada kerja yang banyak dan urusan keluarga a.k.a personal yang bertambah, fokus untuk pengajian tergendala sedikit.. Tapi apa-apa pun, tak give-up di tengah jalan la.. Itu negative..

Itu hal peperiksaan akhir, ianya sama dengan tugasan.. Memang sangat sangat sangat last minute.. Ini salah satu cabaran kalau kita sambung belajar masa bekerja.. Memang kena bahagikan masa betul-betul.. Tapi kalau kita tak sahut cabaran, sampai bila nak gengam apa yang kita nak.. Kecuali memang tak de dalam target.. Tapi bagi mana-mana individu yang rasa tak perlu lagi sambung belajar, itu negatif.. Kalau ada peluang, kewangan yang ok, tak salah untuk mendapatkan ilmu..

Sekarang memang kita fikir, benda tu tak penting.. Tapi lepas-lepas ni, kita tak pasti kan.. Mana tahu lepas ni orang berlumba-lumba nak dapat apa yang kita lalui sekarang.. Kita masa tu dah lega.. Kan.. Apa-apa pun, itu hak masing-masing.. Macam Eraz, memang dah target kalau boleh, sebelum mencecah umur 30, nak ada masters.. Tapi tersasar juga la.. Sekarang dah umur 32.. Hehe..

By the way, entri ni hanya untuk diri sendiri.. Beri semangat untuk final exam.. Dah mungkin boleh memberi semangat orang lain jugak kan.. 

Read more ...

Thursday 9 April 2015

Kasut Berbunyi untuk Anak


Assalamualaikum w.b.t.. Kasut berbunyi.. Pernah dengar kan macamana bunyi kasut baby.. Kalau korang, suka beli yang berbunyi atau tidak? Yang berbunyi, banyak kelebihan jugak kan.. Salah satunya boleh detect anak ke mana tapi make sure tak lepas dari pandangan mata la kan.. Zara pun memang ada kasut berbunyi.. Pada awal-awal dia boleh 'kaki' dulu, memang boleh katakan kasut nak jalan-jalan semua berbunyi.. Biasa la kasut untuk baby kan.. Tapi.. Ada tapi juga..

Kalau beli jenis yang kuat sangat bunyinya, dia dah jadi mengganggu.. Betul tak? Sebelum ni, Zara punya memang biasa-biasa je bunyi.. Tapi lastest punya, seriau kuat.. Tambah-tambah kalau anak kita jalan kat cafe ke, kedai yang senyap ke dan sewaktu dengannya la.. Bila dah bunyi tu menguasai tempat, mesti ada orang yang tak selesa kan.. Jadi sejak umur dia nak masuk 2 tahun ni, memang kami dah tak beli kasut yang berbunyi ni.. Sama macam kasut yang terbaru ni, tak de bunyi dah..

Kasut baru ni memang suci bersih lagi.. So memang Zara duk main-main pakai dalam rumah.. Kasut yang lama masih ok lagi.. Size kaki pun tak berubah sangat lagi.. Barangan kanak-kanak ni memang sangat cantik.. Dalam cantik tu, harga pun boleh tahan cantiknya.. Tapi demi anak, setakat termampu, masih lagi cuba untuk penuhi kehendak.. Apa-apa pun, yang paling penting ialah besarkan dia dengan baik..
Read more ...

Benda Wajib Mesti Ada Dengan #ZaraFaleesya


Assalamualaikum w.b.t.. Bukan perkara yang luar biasa kalau budak-budak pegang bantal busuk atau benda-benda seumpamanya kan.. Ada anak jiran tu, memang tak boleh nak pisahkan dengan anak patung kain dia.. Mak dia nak basuh pun tak bagi.. Sampai demam-demam kalau tak de anak patung tu.. Perkara biasa tu kot berlaku pada rakyat kita.. Dan perkara yang sama berlaku pada Zara.. Bukan Bantal Busuk.. Bukan anak patung.. Tapi..

Tapi kain selimut dia masa kecil dulu.. Masa kecik-kecik dulu, Zara suka pegang-pegang kain lampin.. Kalau lepas hisap susu, memang dia suka pegang kain lampin.. Kami ingat saje-saje la kan.. Tapi bila besar sikit, Zara berubah pegang kain selimut dia yang lembut tu.. Aik!! Pelik ni.. Akhinya kami terpaksa terima, kain selimut tu memang tak boleh pisahkan lagi dengan Zara.. Tapi bukan setiap masa, cuma pada masa dia nak tidur..

Kami mesti bawa ke mana sahaja dia pergi sebab stand by kot-kot dia nak tidur, mesti dia cari.. Alahai.. Pernah sekali kami keluar rumah sekejap tanpa bawa kain tu, dia punyalah ngantuk nak tidur, tapi kain tu tak de.. Tak senang duduk la dia.. Menangis manja.. Sampai je rumah balik, terus kami berikan kain tu, dapatlah tidur.. So sekarang, kain selimut tu dan Zara memang tak dapat dipisahkan terutama masa nak tidur..

Bagusnya Zara ni, dia tak kisah pun kalau nak basuh kain tu.. Bukan kata nak bau macam tu.. Dia cuma tertarik dengan material lembut sahaja.. Kalau beli corak lain pun dia ok.. Dia terima.. So tak de la cerewet sangat kan.. Janji ada.. So memang kami dan stand by kain sama.. Kalau basuh satu, satu lagi ada untuk digunakan.. 

Kalau di nursery, kawan-kawan dia memang suka mengusik.. Sengaja ambil bawa lari apa semua kan.. Dan sebenarnya kain tu besar kot.. Selimut untuk baby kan.. Untuk mengelakkan dia jatuh terpijak, terpaksa la wife Eraz gunting sikit kasi kecik.. Alhamdulillah, Zara still boleh terima.. Dia cuna nak pegang je.. Fuh!

#Macamana la adiknya pulak nanti
Read more ...

Senarai Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI 12/2014 - 03/2015


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang Eraz janjikan semalam.. Hari ni Eraz akan annouce dulu Top 10 selepas dikumpulkan jumlah komen antara bulan Disember 2014 hingga Mac 2015.. Take time juga nak kira satu.. Terpaksa print dulu then tick satu-satu supaya tak de yang tertinggal atau salah kira.. Nanti jadi tidak adil pulak kan.. Tapi alhamdulillah, sempat senaraikan dan kira pagi ni..

Hari ni Eraz anak umumkan senarai Top 10 mengikut abjab dulu.. Bukan mengikut jumlah komen.. Jadi di antara Top 10 ini, ada yang akan dapat ganjaran kecil macam biasa sebelum ini.. Dan antara mereka akan ada yang masuk ke bloglist blog erazfadlidotcom.. Sebagai tanda satu penghargaan.. So untuk pagi ni, ini senarai mereka yang berjaya menduduki senarai Top 10..
Jadi untuk entri esok, Eraz akan senaraikan mengikut kedudukan jumlan komen yang ditinggalkan selama 4 bulan dan umumkan ganjaran kecil yang Eraz maksud kan.. Nak bagi yang grand-grand, belum mampu la.. Hehe.. 

#Tanpa korang, blog ni mungkin tidak bernyawa
Read more ...

Wednesday 8 April 2015

WW #131 | Made In Kota Bharu


Read more ...

Baskin Robbins @ KB Mall


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni Tutt Frutti yang mula di buka di Kota Bharu, Kelantan.. Dan sekarang ni mula, di KB Mall dah mula ada Baskin Robbins.. Dah lama perasan dibuka, tapi memang tak sempat nak singgah sebab ada je hal lain yang perlu disettlekan.. Pernah lepak rehat-rehat belasah Baskin Robbins ni masa pergi ke KL.. Tapi semalam .. 

Tapi semalam, lepas wife ada cakap nak makan ice cream Baskin Robbins, boleh cakap kategori mengidam la kan.. So lepas buat check up di Klinik O & G HUSM, terus bawa wife dan Zara ke KB Mall untuk tunaikan hasrat.. Memang pergi KB Mall semata-mata tu je.. Sampai sana terus ke Baskin Robbins dan selesai je, start enjin kereta, terus balik.. Tak de plan nak jalan-jalan atau shopping.. Kenapa? Sila baca perenggan seterusnya.. Hehe..


Satu, memang tak de dalam plan.. Cuma teringat ada orang mengidam dan niat nak bawak anak isteri makan ice cream.. Ingat kalau pergi pun, hanya Eraz dan Zara je..Tapi.. Boleh baca alasan kedua pula.. Dua, doktor bagi wife MC sebab atas nasihat doktor, wife perlu rehat lepas check up tadi sebab ada ambil sampel untuk satu ujian khas sebelum bersalin.. Doktor bagi MC, pasti ada reason kan.. Jadi perlu la berehat kan.. Sebab tu la tak de jalan-jalan or shopping.. Sebelum pergi buat check up tu pun, tak tahu pula akan dapat MC kan.. So memang sebelum petang tu, kasi wife rehat je la..

Rasanya dah banyak tunaikan apa yang wife mengidam masa pregnant kali ni.. Rasanya ada list lain lagi ke? Dah complete kot.. Alhamdulillah.. Wife mengidam tak de la benda-benda pelik kan.. Setakat ni, benda-benda yang boleh ditunaikan cuma perlu curik masa je.. Apa-apa pun, nak minta dari kawan-kawan juga, doakan semoga wife Eraz akan selamat melahirkan anak kedua kami nanti.. Amin..

#Boy or Girl?

Read more ...

Wajib Baca | Khas Pengomen Blog ERAZFADLIdotCOM


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya macam dah lama Eraz dah bagi sedikit reward kecil kepada pengomen tegar blog erazfadlidotcom sebagai tanda penghargaan kepada mereka.. Ya la, tanpa mereka hadir ke blog ni dan meninggalkan komen sebagai suppoters, tak meriah la kan.. Firstly memang Eraz nak ucap TERIMA KASIH banyak-banyak pada pengomen yang sentiasa tinggalkan komen.. Ok.. Macam ni..

Kalau dulu, Eraz umumkan pengomen tegar setiap bulan dan beli ganjaran kecil sebagai tanda penghargaan setiap bulan kepada seorang blogger dan meletakkan link blog mereka di bloglist utama kepada senarai top 5 setiap bulan kan.. Tapi kali ni, Eraz nak buat pembaharuan sikit.. Apa pembaharuan? Tak de la ketara sangat.. Tapi mungkin akan buat senarai teratas akan berubah-rubah.. Gini..

Mulai bulan April 2015, Eraz akan kumpulkan jumlah komen untuk dua bulan dan umumkan sekali gus.. Maksudnya bulan April combine dengan bulan Mei.. Bulan Jun combine dengan bulan Julai.. Dan seterus.. Reward setakat ni masih kekal tapi insyaallah Eraz akan pilih bukan seorang, tapi mungkin Top 2 atau Top 3 sebagai tanda lebih kepada penghargaan..

So sebelum tunggu senarai gabungan Bulan April dan Mei 2015, esok Eraz akan annouce dulu senarai pengomen terkumpul bermula bulan Disember 2014, Januari 2015, Februari 2015 dan Mac 2015.. Semua yang terkumpul akan diumumkan esok.. Berapa orang akan dapat reward dan apa benda yang dapat, Jumaat Eraz akan publish.. Ok! 

Jadi harapnya akan ada pengomen tegar yang akan baca entri Eraz esok dan lusa ya.. Wassalam..

Read more ...

Tuesday 7 April 2015

Belalang Goreng


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa kat sini pernah makan belalang goreng? Kalau sekarang ni, masih ada lagi ke menu Belalang Goreng.. Kat Kelantan ni memang tak jumpa dah kot.. Kalau kat kampung-kampung, saya tak pasti.. Tapi memang masih ingat lagi keranggupan dan kesedapan Belalang Goreng.. Pernah cuba untuk pergi menangkap sendiri dengan kawan-kawan atau abang, tapi sampai ke besar ni, tak pergi-pergi lagi..

Cuma masa makan dulu, Abah atau Ma la yang dapatkan belalang.. Then Ma gorengkan.. Fikir dua tiga kali, macam pelik je makan belalang kan.. Tapi boleh je.. Semua ni cerita zaman dulu-dulu.. Akhir 80-an atau awal 90-an.. Lepas pada tu, seakan-akan tidak wujud dah menu ni.. Mungkin sebabnya sekarang ni, nak mencari belalang tu susah.. Kat kampung, senang la sikit kot..

Kalau kat kampung dulu-dulu, memang menu pelik-pelik.. Aktiviti pun macam-macam.. Yang tak berani pun jadi.. Mandi sungai, tak payah cakap la.. Sampai ada satu kali tu, nyaris lemas.. Nasib baik kawan jiran tu ada.. Dia sempat tarik kan.. Kalau tak, memang tak tahu la.. Ada sekali tu main sorok-sorok.. Sampaikan kepala benjol situ sini sebab kena 3 gigitan tebuan tanah.. Takut nak pergi klinik, tapi bila diugut kakak dengan perkataan mati, terus ikut ma abah pergi klinik.. Hehe.. Itu la antara pengalaman zaman kecik-kecik..

Wife pernah cakap, kalau anak terlebih aktif, sebenarnya ikut perangai Eraz.. Ya ke.. Hehe.. Pernah sekali jatuh dari tingkap sebab main layang-layang kertas..  Tinggi juga kot.. Tapi nasib baik jatuh macam seolah-olah duduk dan tanah kat situ, lembut.. Terus Abah dan abang angkat.. Syukur nyawa masih panjang..

Read more ...

Tertarik dengan Cheetah


Assalamualaikum w.b.t.. Cermin Mata ke Kaca Mata? Memang benda sama cuma ada sesetengah orang guna cermin mata, ada yang guna kaca mata.. So untuk entri ni, Eraz cuba gunakan kaca mata.. Bunyi macam 'kerlasss' lagi.. Haha.. By the way, sebenarnya memang dalam plan, Eraz memang nak beli satu kaca mata hitam.. Sebabnya Eraz memang jenis yang silau.. Kaca mata yang biasa putih sebelum ni memang lebihkan pada silau..

Jujurnya memang tak suka pakai kaca mata hitam.. Entah la, rasa macam tak sesuai je.. Tapi bila terpaksa, kena la beli.. So seperti biasa, bawa wife sebagai perunding imej dan try sebanyak mana yang boleh.. Kira nak pilih mana-mana yang sesuai la.. Akhirnya berkenanlah dengan kaca mata hitam berjenama Cheetah.. Kenapa? Jawapan paling tepat pada Eraz, kena dengan bentuk muka..

Dari luar memang nampak macam cermin tu macam biru.. Tapi as usual, dari mata pemakai, warna hitam la.. Yang paling penting juga, adanya perlindungan dari cahaya matahari yang bahaya.. Sebab tu tak rugi beli yang berjenama atau mungkin mahal sikit sebab demi keselamatan mata.. Nak bergaya, beli yang murah pun ok kan tapi keselamatan mata dan masa depan? Kena fikir tu..
Read more ...

Kacak Bergaya dengan Kaca Mata Hitam


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau ada yang mana-mana perasan, gambar Eraz memang berubah sejak dua menjak ni.. Apa? Haha.. Cermin mata hitam tu la.. Al-maklum la, baru beli kan.. Semakin handsome ke tak, tak tahu la.. So dengan cuaca panas terik sekarang, plus pula dengan silau yang melampau, dengan pakainya cermin mata hitam, memang boleh membantu..

Eraz ni jenis yang silau.. Kalau di bawah panas terik, memang mata tu seolah-olah macam tak nak bukak.. Dah la orang kata mata Eraz ni sepet, bergabung pula dengan cahaya panas terik, lagi la tak boleh bukak mata tu kan.. Hehe.. So solution nya ialah dapatkan cermin mata hitam.. Jujurnya Eraz memang tak suka dengan cermin mata hitam ni.. 

Jenama apa yang berjaya memikat hati.. Nanti Eraz cerita panjang lebar dalam entri seterusnya.. Kang kalau cerita dalam ni terus, mau ada muka surat seterusnya.. Hehe.. 

Read more ...

Monday 6 April 2015

Jihan Muse Kalah di #ABPBH2014 ??


Assalamualaikum w.b.t.. Orang duk menulis entri or berita dari semalam lagi.. Tapi si pemunya blog ni baru terhegeh-hegeh nak menulis entri bagi melepaskan apa yang terbuka di hati.. Sebenarnya lepas habiskan tengok apa yang dirakamkan semalam, dah nak tulis entri ni, tapi settlekan hal di rumah dan Zara, rasa mengantuk pula.. Risau terlebih tersengguk-sengguk kat office, masuk offie terus.. Pagi tadi tak sempat nak menaik panjang sebab ada meeting.. Kembali mengadap pc sebelah pentang dah..

ABPBH 2014 berlangsung dengan tak berapa jayanya pada Eraz semalam.. Kenapa? Pendapat Eraz sendiri, macam ada sesuatu yang tak kena dan rasanya tak akan diingati nanti.. Kenapa? Susah nak explain.. Ada beberapa perkara yang biasa-biasa je.. Pengacara? Rasa macam takde punchline yang best.. Biasa-biasa je.. Penyampai? Errrmmmm.. Entah la.. Persembahan? Entah la jugak.. Lagi dan lagi? Entah la lagi.. 

Apa-apa pun, antara yang mengejutkan Eraz adalah berkaitan dengan Jihan Muse.. Ramai yang meramalkan Jihan dapat mengulangi kejayaan lalu.. Tetapi rezeki bukan pada dia tahun ni sebab kalah Artis Komedi Wanita Popular?! Memang tak sangka.. Nasib baik kalah pada Didie Alias.. Tunggu la jugak kot-kot menang Pengacara Wanita Popular kan.. Tapi saingan sengit pada Neelofa.. Tapi takde rezeki juga.. Takpe Jihan, peminat tak kan lari..

Lagi yang tidak disangka ialah untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular.. Rasanya dia tak de lain jadi hero drama ke apa kot.. Tak tahu la kot-kot Eraz tercicir kan.. Rasanya ada lagi yang lebih popular kot.. Tapi orang kata, rezeki.. Artis Baru Wanita Popular memang boleh agak la.. Saingan sengit antara Ayda Jebat dengan Amira Rosli.. FC Ayda sangat kuat kot.. ‪

Pelakon Drama TV Lelaki dan Wanita Popular pun sama.. Drama apa agaknya yang menonjolkan mereka? For sure ramai yang nak Zul Ariffin yang menang.. Penyanyi Lelaki dan Wanita, dua-dua budak AF.. Adira dan Akim buat pertama kalinya.. ‪Abam Bocey antara kejutan terbaik memang terbaik bila menang Artis Komedi Lelaki Popular.. Ramai yang meramalkan Jep Sepahtu akan menang.. Lain-lain lagi, tak larat nak pilih..

Bagi Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam diumumkan memang sekali lagi lepas tewas pada Aaron Aziz tahun lepas.. Secara keseluruhannya, memang tak nampak mana-mana artis yang kuat untuk menang.. Semua nampak sama rata je.. Lain la kalau ada Dato' Siti Nurhaliza kan.. Hehe..
Read more ...

Kenapa Zara menangis semalam?


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dapat cuti ganti sehari jadi memang dalam plan nak bawa Zara balik kampung kat Machang untuk melawat atok nenek dia.. Bangun pagi-pagi macam biasa, breakfast, mandi dan dalam pukul 11 lebih kot baru boleh keluar rumah.. Biasa la kalau dengan anak kan.. Sampai rumah dalam pukul 12.30 gitu.. Borak-borak dengan abah dan kebetulan Ma dan adik tak de sebab ada kat Kedai Dobi adik.. So lepas makan, solat Zohor, terus ke Tanah Merah sebelum bertolak balik Kota Bharu..

Jadinya semalam, orang Kelantan kata Zara berona sikit.. Dalam kereta ok, tidur je.. Tapi dia terjaga masa nak sampai kat office wife.. Memang pagi tadi Zara nak mengikut Mama dia.. So wife Eraz terpaksa la tinggalkan kereta kat rumah sebab dah lewat kan untuk pujuk Zara.. Dan tiba-tiba plan nak pergi Jakel.. 

Macam dalam plan, kami ke Jakel sekejap lepas habis kerja sebab nak cari kain untuk pakai Raya Ma Eraz.. Alhamdulillah jumpa tapi terpaksa tinggalkan wife memilih sorang-sorang sebab Zara tak nak duduk diam kat sini.. Nak masuk lif, naik turun tangga.. So Papa nya la yang melayan.. Kalau ikutkan memang penat tapi terpaksa la melayan anak kan..

Sampai rumah sebelum Maghrib, macam biasa juga, mandi apa semua, ready untuk tidurkan dia.. Tapi tak nak tidur.. Nak main.. So layankan la.. Memang tak tengok ABPBH2014 sepenuhnya sebab tiba-tiba Zara macam merengek.. Dia nak tidur, tapi tak kena cara.. Tak pernah lagi macamtu sebab Zara jenis yang tak de masalah tu.. Kalau nak tidur, tak perlu ulit, dukung ke, cuma letak atas riba atau tilam, terus dia tidur..

Tapi semalam memang berlainan.. Ke hulur ke hilir kami buat untuk bagi dia selesa.. Sampaikan la dalam 11 lebih kot dia tertidur depan tv.. Tapi macam mengingau sikit.. Tepuk tepuk sikit kat paha, dia tidur balik.. Lepas je dia lena, baru la bawa masuk dalam bilik.. Alhamdulillah, dia tidur sampai pagi..

Musykil sikit perangai dia semalam dan risau akan berlaku perkara yang sama masa di nursery.. Bangun pagi tadi pun macam dia malas gitu nak ke nursery.. Ajak dia mandi, macam dia lengahkan masa.. Tapi tak nangis macam semalam.. Eraz hantar dia ke nursery pagi ni.. Untuk elakkan dia menangis kat nursery, elak tak letakkan dia dalam car seat tapi bagi dia duduk atas riba.. Sampai la ke nursery.. Nasib baik tak nangis..

Sebab risau, wife pergi jenguk sekejap tengahari tadi.. Pengasuh kata Zara ok, tak nangis.. Makan, main air.. Kira ok la.. Tapi sebab risau, wife pergi la jenguk jugak.. Masa pergi, Zara tidur, lepas tu dia sedar kehadiran mama dia.. Terus sambung tidur atas riba.. Tapi nasib tak baik, Zara menangis masa wife nak balik office.. Alahai..

Dalam kepala duk fikir pasal dia.. So nampaknya hari ni kena balik tepat pada masa.. Plan nak bawa dia jalan-jalan kat kawasan depan rumah.. Atau pun layan dia main air ataupun bola.. Gitu je la nak bagi dia lupakan apa yang berlaku hari ni.. Panjang lebar menulis petang ni.. Entri kosong ke, ada isi, terpulang pada pembaca.. Hehe..

Read more ...

Terjebak dengan Cosmoderm


Assalamualaikum w.b.t.. Pada mulanya, kami sekeluarga hanya gunakan Body Lotion sahaja.. Penggunaan tu bertambah kerap bila wife pregnant.. Kadang-kadang kulit akan jadi sensitif dan kering.. So dengan adanya Tea Tree Oil Magic Body Lotion ni, memang boleh hilangkan kulit kering serta gatal-gatal tu.. Sampai la sekarang wife Eraz duk guna.. Eraz sendiri kadang-kadang tu guna juga sebab Eraz pun jenis yang kulit sensitif juga.. 

Selain dari tu, orang pregnant ni kan datang lenguh situ sini.. Kalau jenis wife Eraz ni, lenguh di bahagian paha sampai la ke kaki sebelah kiri.. So dengan adanya Body Lotion ni, kami gantikan minyak urut.. Haha.. Senang nak urut kalau gunakan lotion.. Tak de la pedih kat kulit kan.. Selain dari tu, bertindak sebagai lotion juga kan.. Memang sangat bergunalah pada kami..

Pada yang masih belum guna lagi produk Cosmoderm ni, bau nya memang best.. Sehinggalah kami dapatkan Shower Gel pulak baru-baru ni.. Produk Cosmoderm ni memang terhad.. Tapi kat Guardian ada.. Tapi masa kami pergi cari tu, habis.. Jadi apa lagi, online kan ada.. Terus ke laman web Cosmoderm dan beli online.. 2, 3 hari lepas tu, terus sampai ke tangan.. Alhamdulillah, kami boleh guan sekeluarga.. Semestinya baunya salah satu yang menarik perhatian kami..
Read more ...

Sunday 5 April 2015

Isteri Separuh Masa Episode 4

Isteri Separuh Masa Episode 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Isteri Separuh Masa muncul selepas hangatnya drama Projek Memikat Suami sebelum ini ditayangkan di slot yang sama.. Pada hari Isnin, 06 April ini, drama Isteri Separuh Masa akan masuk ke Episod 4 dah.. Kalau ditengokkan jalan cerita, memang kita dapat rasakan memang jalan cerita macam sama.. Ala-ala kahwin paksa then akhirnya falling in love each other.. Kan.. Mungkin juga macam drama Projek Memikat Suami dulu..

Tapi menurut pelakon dan pengarahnya, kelainan sikit mungkin berbeza ialah kalau dulu, si isteri yang cuma memikat suami tapi kali ni si suami pula yang berusaha cuma memikat isteri.. Ok la, bolah la terima.. Kalau peminat Emma Maembong atau Aiman Redza Hakim mesti punya tak ketinggalan tengok dari awal sampai la ke akhir.. Tapi Eraz nak cerita kenapa Eraz rasa nak tengok drama ni.. Hehe..

USM.. Yes.. Antara tempat yang dipilih untuk membuat pengambaran ialah USM Penang.. Itulah jawapan yang terkeluar dari mulut Eraz bila isteri yang tak suka sangat drama Isteri Separuh Masa ni tanya, kenapa nak tengok.. So jawapan Eraz ialah USM.. Banyak juga scene kat sana.. Dalam masa menonton, sambil-sambil mengimbas kenangan la konon.. Haha.. Kebanyakn tempat yang dipilih, memang tempat biasa Eraz dan kawan-kawan lepak.. So itu la penyebab utamanya.. Haha..

Apa-apa pun, esok sudah masuk ke Isteri Separuh Masa Episod 4.. Yang mana sekarang Medina Izwani sedang belajar di USM dan dalam masa yang sama, suaminya Nazrin Shah menjadi lecturer di USM juga.. Mereka tidak tinggal bersama kerana Medina tinggal di hostel.. Tetapi sekarang terpaksa berpindah ke rumah suaminya sebab keluarga Nazrin ingin pergi ke sana.. Apa yang akan berlaku semasa keluarga Nazrin berada kat situ, kena la tengok esok.. Apa-apa pun, selamat menonton drama Isteri Separuh Masa Episod 4..

Isteri Separuh Masa Episode 4

Isteri Separuh Masa Episode 4

Read more ...

Terkesan dengan GST ?


Assalamualaikum w.b.t.. Bermula 01 April 2015, memang semua rakyat Malaysia terkesan dengan GST yang dikenakan.. Bagi yang gaji ber'kepok'-'kepok', mungkin tak rasa sangat kot.. Tapi bagaimana pula dengan hamba Allah yang tak bekerja kerajaan atau swasta atau lebih tepat hamba Allah yang tidak menerima gaji bulanan.. Ya memang, hidup memang kena diteruskan.. Makan tetap kena makan.. Lambat laun akan biasa dengan harga baru.. 

Lambat laun akan biasa dengan harga baru.. Ya, tapi sebelum biasakan diri tu, mesti la kena berhadapan dengan isu ni sampai la dah biasa kan.. Kita tengok angka 6% tu memang sikit.. Tapi jika dihimpunkan, banyak jugak kan.. Kalau barang-barang yang boleh dielak beli, tak de hal.. Bagaimana dengan barang yang wajib di beli? 

Semua 'bangkit' dengan gambar-gambar yang memaparkan GST pada bil dan resit yang mereka dapat.. Mungkin hanya untuk meluahkan perasaan kan.. Walaupun apa pun yang kita buat, GST tetap diteruskan.. Tapi kalau betul kita rasa ada keraguaan, boleh kemukakan bukti.. Mana tahu berguna untuk kita dan rakan-rakan yang lain..

Rasanya tak semua lagi kot yang faham akan APA ITU GST.. Bagi yang faham, mungkin mereka akan biasakan diri.. Tapi yang belum faham, mereka akan sentiasa bercakap tentang APA ITU GST sampai la isu ni tamat.. Apa-apa pun, terpaksa lah redha.. Apa lagi mau tulis? Errrrmmmm...

#Terpaksa terima
Read more ...

Fenomena Gerhana Bulan 04 April 2015

Fenomena Gerhana Bulan 04 April 2015
Fenomena Gerhana Bulan 04 April 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Antara fenomena yang Eraz nak tengok dengan mata kepala sendiri ialah Fenomena Gerhana Bulan.. Dan semalam ianya berlaku di Malaysia tetapi kalau Sabah, mungkin lagi jelas boleh tengok.. Yang pastinya, pertama kali dalam hidup, semalam Eraz sempat tengok versi di Kelantan.. Memang dalam kepala ada ingat akan berlakunya Gerhana Bulan malam ni 04 April 2015.. Tapi tak pasti samada di Kelantan boleh tengok atau tidak.. Dan alhamdulillah, semasa on the way balik rumah, terperasan sesuatu..

Apa yang sesuatu tu? Semasa tengok di langit, perasan macam ada belon udara berwarna putih.. Ingatkan ada la yang menggunakannya untuk event-event tertentu kan.. Tapi bila drive lagi dan lagi, belon udara tu macam bergerak.. Confirmkan dengan isteri dalam masa yang sama dah cerita tentang Gerhana Bulan ni.. Sekali memang betul, itu adalah bulan dan Gerhana Bulan sedang berlaku.. Errrmmmm.. Depan mata..

Memang sangat jelas kelihatan untuk versi di mata orang yang tinggal di Kelantan.. Bulan itu seolahnya dipaparkan dalam image 3D.. Nampak macam bola.. Suram tak bercahaya macam biasa.. Tapi masa Eraz tengok tu, sudah ada sedikit cahaya di sebelah kiri.. Eraz follow sahaja bulan tu sambil drive dan bila sampai di rumah, kononnya cuba la snap guna camera handphone.. Al-maklum la nak buat rekod.. Tapi tak nampak melalui gambar tu.. Hanya dengan mata sendiri je boleh tengok.. Kalau ada camera yang canggih, sure boleh snap..


Gambar di atas boleh jelaskan bagaiman Gerhana Bulan ini boleh terjadi.. Selepas malam ini, mengikut apa yang Eraz baca, rakyat Malaysia boleh tengok sekali lagi Gerhana Bulan ini pada 31 Januari 2018.. Insyaallah kalau ada peluang ya.. Apa-apa pun, kuasa Allah sangat sangatlah besar.. Memang tak dapat nak berikan penjelasan dengan kata-kata.. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi ruang kepada Eraz sekeluarga yang hidup menghirup udara yang dicipta oleh Allah.. Sama-sama kita doakan semoga kehidupan kita semua baik-baik belaka...
Read more ...

Nahas Helikopter | Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Lima Lagi Terkorban

Nahas Helikopter | Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Lima Lagi Terkorban - Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang ada terima beberapa message yang sama tentang berita helikopter yang terhempas di Semenyih dan disenaraikan beberapa nama besar melalui Whatsapp.. Mula-mula tu ingatkan berita main-main la.. Biasa la media sosial kan.. Kadang-kadang tu ada yang mereka-reka cerita.. Tapi sebenarnya betul.. Terkejut juga.. Terus cari berita-berita sahih..

Antara mereka yang terlibat dan terkorban ialah Pengerusi PRIMA, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, Pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran, Ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang, Juruterbang, Kapten Clifford William Fournier dan Pembantu Operasi Pesawat, Aidana Baizieva.. Mengikut berita yang Eraz baca, semua mangsa nahas telah dikenalpasti dan dijumpai..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam dan salam takziah kepada keluarga mangsa.. Sejak dua menjak ni, kita di Malaysia rasanya banyak menerima ujian Allah yang melibatkan pengangkutan udara.. Apa-apa pun, sama-samalah kita berdoa agar tiada lagi berita seperti ini kedengaran dan semua perjalanan kita ke tempat destinasi serta pulang ke tempat asal selamat..

Nahas Helikopter | Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Lima Lagi Terkorban
Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (dua dari kanan) dan Datuk Azlin Alias (dua dari kiri)

Read more ...

Saturday 4 April 2015

Festival Mood Republik Tour Kelantan

Festival Mood Republik Tour Kelantan

Festival Mood Republik Tour Kelantan | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni berlangsungnya Festival Mood Republik Tour Kelantan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.. Istimewanya festival ini berlangsung sehari tetapi bermula pukul 9.00 pagi sehinggalah 12.00 tengahmalam.. Ada berita melaporkan festival ini ibarat tsunami festival fesyen di Kelantan.. Jadi pastinya akan ramai yang akan hadir.. Salah satu kumpulan yang akan hadir ialah ahli keluarga family mertua Eraz.. Hehe.. Katanya mereka akan keluar ke festival ini lepas Solat Asar..

Di sebabkan wife Eraz pun akan turut serta dan Eraz juga akan ke sana untuk jemput mereka, jadi Eraz surveu keadaan terkini Festival Mood Republik Tour Kelantan yang sedang berlangsung di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu tu.. Kat mana nak terjah.. Semestinya di instagram @moodrepublik.. Hasilnya memang mengejutkan.. Penuh manusia.. Samada gambar berkenaan itu hanya untuk sementara ramainya orang atau betul-betul.. Wallahualam..

Antara pengedar-pengedar tudung yang ada ialah Aidijuma, Radiusite, Cala Qisya, Sugarscarf, Jubahsouq, Zawara, Dreemika, Blossom Box Store, Minaz, Rina Salleh Clothing, Imaan Boutique, Liyana Jasmay, LeunieyNatasha dan Allya Mysara.. Banyak nama-nama besar kot.. So mesti kaum hawa akan teruja punya.. Beli atau tidak, lain kira.. Janji pergi.. Betul tak.. So ini hasil carian Eraz tadi..




Insyaallah, kalau ada peluang masuk ke dalam sana, Eraz cuba update #LiveUpdate di instagram.. Memang wajib pergi sebab nak jemput wife dan Zara.. Tapi masuk dalam lama ke sekejap, bergantung kepada keadaan.. Nak parking kat mana pun tengah fikir.. Pasti jem.. Tengah fikir.. Errrrmmmm...


Read more ...

Hati Perempuan Episod 5 | 6 | 7 | 8

Drama Hati Perempuan Episod 5 | 6 | 7 | 8
Hati Perempuan Episod 5 | 6 | 7 | 8

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lama tak follow drama TV3 Slot Akasia ni.. Tapi untuk drama baru yang bermula minggu lepas ni, Eraz ada follow dua tiga episod yang terakhir ni.. Mula-mula tengok promo, memang rasa tak tertarik.. Heronya memang Eraz kenal sebab pernah la tengok dia berlakon sebelum ni.. Tapi si heroin pulak, memang tak pernah tengok dia berlakon.. Kira mereka pilih di kalangan yang fresh la.. Serius tak tahu apa jalan cerita pun.. Tapi tahu la drama ni di adaptasikan dari novel..

By the way, Isnin ni dah masuk ke episod ke 5.. Kalau diikutkan jalan cerita, perjalanan menuju perkahwinan bagi hero dan heroin ni macam cepat la walaupun ada krisis dan cabaran situ sini.. Selalunya kalau jalan cerita macam tu, pasti ada konflik selepas ni.. Kan.. Tapi untuk episod seterusnya ni, Yuhanis mendapat tahu dari keluarganya yang keluarga Tengku Zaril telah berjumpa dengan keluarganya untuk urusan meminang..

Dalam masa yang sama, Yuhanis telah berjanji pada Tengku Zaril, kalau Tengku Zaril bermalam di kampung selama 6 hari kalau tak silap, dia akan menerima lamaran Tengku Zaril.. Kalau ditengokkan di situ, Yuhanis sebenarnya dalam diam juga menyukai Tengku Zaril kan.. Apa-apa pun, untuk perjalanan yang lebih lanjut, memang kena tunggu dulu la.. Siapa yang baca novel, pasti dah tahu kan..

Tentang pelakon utama.. Syarul Ridzwan memang dah ada nama juga la sebagai pelakon tahu.. Kalau tak, masakan boleh tercalon untuk Top 5 Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2014 yang akan berlangsung esok kan.. Dalam drama Love You Mr. Arrogant pun dia ada.. Cuma pelakon wanita a.k.a heroin tu, memang fresh.. Mia Ahmad.. Tapi dengarnya, follower instagram dia memang bertambah-tambah berganda-ganda lepas drama Hati Perempuan ni tersiar.. 

Apa-apa pun, selamat menonton Hati Perempuan Episod 5 | 6 | 7 | 8

Read more ...

Penyebaran Video CCTV Budak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City Mall | Hentikan!!

Penyebaran Video CCTV Budak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City Mall | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang kecoh di media sosial tentang berita dan gambar seorang budak perempuan yang maut selepas jatuh eskalator di Kenangan Wholesale City Mall.. Gambar yang diambil di tempat kejadian disebarkan dan menjadi viral di seluruh Malaysia.. Melalui penyebaran tu sahaja dah sepatutnya tidak berlaku.. Tapi di alam serba canggih ni, cepat sangat orang sebarkan tentang gambar berkenaan..

Terbaru hari ini, penyebaran berleluasa tentang Video CCTV Budak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City Mall.. Rasanya sebagai orang yang bertanggungjawab, rakaman CCTV berkenaan tidak perlu didedahkan kepada semua.. Siapa yang mulakan penyebaran berkenaan tidak fikir ke apa kesan disebalik? Apa yang dirasai oleh keluarga mangsa.. Dan anda sendiri yang menyebarkan tu, tak terfikir ke apa yang anda akan dapat?? Sila renungkan..

Video CCTV Budak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City Mall
Sumber : Google

Sama-samalah kita hentikan penyebaran video yang tak mendatangkan hasil pada kita dan orang lain tu.. Kalau kita yang tak berkenaan ni tak sebarkan, semuanya tak akan menjadi viral.. Bila dan tersebar, video berkenaan akan kekal di dalam alam maya sampai bila-bila.. Apa perasaan contohnya ibu kepada budak berkenaan.. Dah la trauma sekarang dengan apa yang berlaku.. Lepas tu di alam maya masih ada video berkenaan sampai bila-bila..

Read more ...

#ZaraFaleesya dengan Suntikan 18 Bulan


Assalamualaikum w.b.t.. Aksi ni Eraz snap pada hari Khamis, 2 April yang lepas.. Tibalah untuk Zara untuk dapatkan suntikan terakhir iaitu untuk 18 bulan walaupun umur dia dah nak masuk 20 bulan.. Kenapa lambat? Sebabnya sepanjang hampir dua bulan ni, tiba masa kami plan nak bawa p klinik untuk dapatkan suntikan, mesti Zara demam, badan panas dan semua-semua.. So call minta nasihat doktor, biarkan dulu sehingga Zara betul-betul stabil..

Dan satu lagi alhamdulillah, sepanjang Zara dapatkan suntikan dari kecil hinggalah ke 18 bulan ni, Zara tak demam.. Sangat syukur sebab ada yang cakap, ramai budak or bayi yang demam lepas kena suntikan.. Pada awal-awal dulu semasa suntikan BCG, kami pergi ke Klinik Kesihatan dekat dengan rumah mertua.. Tapi lepas pada itu, kami memilih satu klinik untuk dapatkan suntikan sebab senang, mudah dan kadang-kadang tu cepat..

Tapi ada orang kata, dapatkan suntikan di klinik, memang tak de masalah.. Cuma mungkin ada klinik yang kurang mendalam membuat pemeriksaan.. Kalau pergi klinik kesihatan, mesti kena ikut tarikh dan masa yang ditetapkan.. Dan juga tak semestinya hanya untuk disuntik perlu pergi klinik kan.. Ada tu siap kena bebel lagi dengan nurse.. Tapi kami yang dua-dua bekerja ni kadang-kadang susah nak penuhi appoinment untuk ke klinik kesihatan.. Jadi terpaksa la memilih klinik lain..

Memang kebiasaan, untuk mendapatkan suntikan. wife Eraz tak pernah pergi dengan Zara je.. Mesti Eraz akan apply cuti pada hari yang dibincangkan.. So dengan adanya Eraz a.k.a suami a.k.a Papa sekali, senang la sikit masa nak kena suntik tu.. At least boleh la dukung-dukung ke, bagi support ke kan.. Zara menangis hanya masa jarum dicucuk je.. Mungkin terkejut kan.. Lepas tu, senyap la.. Alhamdulillah, jaga Zara sangat senang.. Dia tak menyusahkan kami dalam banyak hal.. Harapnya sampai besar la macam tu..

Dalam masa yang sama, kami mengharapkan adik kepada Zara ni pun akan mempunyai perangai yang sama dengan kakaknya.. Dalam menurut isteri, pregnant kali ni sangat berbeza.. Baby dalam perut memang berlainan keadaannya dengan Zara dulu.. Maybe boy.. Hehe.. Amin.. 
Read more ...

Friday 3 April 2015

Dapatkan SHAWL QISHA dengan Special Price hari ini !!


Assalamualaikum w.b.t.. Tercari-cari shawl cantik untuk jalan-jalan, ke tempat kerja, bertunang ke, akad nikah ke, majlis persandingan ke.. SHAWL QISHA mungkin pilihan terbaik!! Semestinya akan menambahkan lagi kecantikkan korang pada hari bahagia nanti atau semasa keluar dari rumah.. 

Ada banyak pilihan warna yang boleh dipadankan dengan baju.. Kalau tempah hari ni (03 April 2015), akan dapat percuma VEIL.. So dah tak payah beli lain kan.. 

Butiran SHAWL QISHA;
Status : PreOrder.
Saiz : 172cm x 79cm
Bentuk : Halfmoon 
Material : Chiffon georgette
Pilihan warna : Mengikut carta warna

Tempahan ini ada PRE ORDER.. Jom dapatkan segera kerana tempahan adalah sangat terhad dan sangat terrrlajak laris. Tempahan akan ditutup pada 05 April 2015.. Jika berminat, jangan segan-segan PM di Facebook atau Whatsapp 0179773382 dengan segera sebelum tempahan ditutup.. Tawaran adalah sangat TERHAD

Read more ...

Kitchen Set

Kitchen Set

Assalamualaikum w.b.t.. Kitchen Set.. Bukan untuk wife memasak di dapur, tetapi untuk anak dara Eraz yang sulung tu.. Sulung? Hehe.. Tak lama lagi nak dapat adik kan, so bertitle sulung la nanti.. Pernah sebelum ni beli permainan ala-ala hidang makanan.. Tapi yang kecil la.. Alhamdulillah, Zara main dengan jayanya.. Bangun pagi-pagi, mesti nak main benda-benda tu.. Apa dia? Boleh rujuk SINI.. Tapi untuk kali ini, Eraz up sikit jadikan alat hidang makanan tu kepada Kitchen Set..


Seperti biasa, Eraz banyak membeli online dengan Lazada.. So kali ni pun, kebetulan ada promosi dengan diskaun yang menarik, rembat satu dua mainan untuk Zara.. Salah satunya ialah Kitchen Set ni la.. Satu lagi tu, kami simpan dulu sebab umur tertentu sebab untuk peningkatan IQ.. Lepas je sampai kat tangan, terus balik pasang.. Dan hasilnya ialah seperti gambar di atas.. Dan Zara main ke tak?? Boleh rujuk gambar di bawah..

Read more ...