DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 30 March 2015

Mia Ahmad | Pelakon Hati Perempuan

Mia Ahmad

Mia Ahmad | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya drama Teman Lelaki Upahan dah habis.. Bagi Eraz sendiri, impaknya tak sehebat drama-drama popular sebelum tapi not bad sebab dengannya boleh tahan trending jugak.. Tak terkesan pada Eraz mungkin sebab Eraz sendiri tak tengok.. Wife ada la update sikit-sikit masa tengok Episod Akhir baru ni.. Apa-apa pun, penganti drama berkenaan dan muncul ialah Hati Perempuan.. Tajuk tu belum dapat menarik minat lagi.. Pelakon? Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad..

Eraz pernah buat entri pada Syarul Ridzwan sebelum ini.. Boleh refer SINI.. So hari ni nak memperkenalkan heroinnya pula.. Memang masa tengok promo sebelum ni, tertanya-tanya, siapa perempuan ni kan.. Tak pernah tengok pun.. So tadi terdengar rakaman panggilan lebih hangit di HotFM.. So baru la tahu nama dia ialah Mia Ahmad..

Antara drama lakonan Mia Ahmad ialah Romi Cinta Julia (TV3), Rindu Awak 200% (TV3), Atie Setan (Astro Prima & Maya HD), Ku Tak Rela (TV3) dan Hati Perempuan (Akasia TV3).. So kita tengok hasil lakonan dia untuk drama Akasia, Hati Perempuan bermula hari ini.. Ok ke tak.. Trending ke tak.. Boleh lawan Zara Zya ke? Ayda Jebat ke? Hehe.. Mana tahu rezeki Mia Ahmad..
Read more ...

Saturday, 28 March 2015

Cara hilangkan PENAT


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang pergi kerja awal pagi.. Tapi sempat kejutkan Zara sebab nak hantar dia dan mama nya ke rumah mertua.. So memang tak sempat nak main-main sebab tidur pun di ganggu kan.. So pergi keje dengan isyarat bye bye je la.. Seharian tinggal dan kebetulan semalam ada hal berkaitan kerja sampai ke malam, memang balik lambat la.. Selalu nya kalau dah balik lambat dan kebetulan Zara dah tidur, bangun pagi esok mesti dia merajuk..

Tapi nasib baik Zara belum tidur lagi semalam dalam pukul 10 masa Eraz nak pergi jemput mereka.. Bila dengar Eraz masuk, terus dia menuju ke Eraz, peluk dan berdukung.. Yang penat tadi terus hilang entah ke mana.. Hehe.. Magik!

Read more ...

Kamukah Jodohku ?


Assalamualaikum w.b.t.. "Bila kita sudah berkenan pada seseorang, jangan kita tanya pendapat orang lain tentang paras wajahnya.. Dia handsome atau tidak, dia cantik atau tidak.. Jangan cuba-cuba tanya. Sebab nanti kamu akan kecewa.. Kerana dimata orang lain mungkin takkan sama dengan mata kita yang nampak wajah orang yang kita suka dengan wajah yang luar biasa indahnya..

Allah jadikan mata kita ini, bila tengok jodoh kita, mata kita saja yang akan nampak betapa istimewanya dia.. Orang lain takkan nampak sebab bukan pasangan mereka.. Macam kita nak makan nasi di sebuah restoran, mesti banyak pilihan lauk.. CITARASA kita mesti takkan sama dengan kawan kita atau orang lain.. Mungkin kita suka makan budu, kawan kita suka makan sambal belacan dan orang lain mungkin suka makan tempoyak.."

Read more ...

Friday, 27 March 2015

Setia dengan Botol Susu MAM


Assalamualaikum w.b.t.. Masa isteri mengandungkan Zara dulu, dalam pada kami survey-survey botol susu yang terbaik untuk bakal anak sulung, terjumpa la MAM.. Ternyata Zara guna sampai la sekarang botol susu MAM ni.. Apa yang kami nak elakkan berlaku ialah kembung perut.. Alhamdulillah, Zara memang tak kena kembung perut.. Salah satu ciri botol susu MAM ialah ada satu komponen yang boleh mengelakkan angin berkumpul dalam botol susu semasa baby hisap.. Rujuk entri INI..

Jadi untuk adik Zara ni juga, kami akan mulakan dengan MAM.. Harapnya dia pun tiada masalah.. Kat Kelantan, agak susah nak cari yang set 3 serta puting yang kita nak.. So kali ni Eraz terpaksa la order online.. Alhamdulillah, tak sampai 2 ke 3 hari, dah sampai kat tangan.. Puting botol susu untuk adik Zara dah ada, cuma puting susu gantian untuk Zara, belum ada stok lagi.. Tapi belum masa perlu tukar, cuma untuk standby.. 
Read more ...

Thursday, 26 March 2015

Guess untuk isteri


Assalamualaikum w.b.t.. Ini pemberian kecil untuk isteri lepas banyak handbag dia jadi mangsa banjir hujung tahun lepas.. Tengok dia duk repeat handbag lama tanpa ada yang baru, apa salahnya si suami hadiahkan sesuatu kan.. Lagi tu untuk kegunaan harian juga ke tempat kerja.. Alhamdulillah, lepas duk tilik dan tengok dua tiga jenama, warna itu warna ini, akhirnya Guess menjadi pilihan.. 

Lepas beli dan tengok dia pakai, memang kena dengan kebanyakkan pakaian dia dan selesa guna, so memang puas hati.. At least boleh buatkan orang tersayang happy, kita pun turut la happy.. Kan.. Wassalam..
Read more ...

Teman Lelaki Upahan Episod Akhir

Teman Lelaki Upahan Episod Akhir
Teman Lelaki Upahan Episod Akhir

Assalamualaikum w.b.t.. Diam tak diam, rupanya ramai juga peminat drama Teman Lelaki Upahan ni.. Eraz sendiri, masa mula-mula tengok, memang tak rasa tarikan tu.. Sempai ke sekarang.. Hehe.. Cuma wife la yang on off tengok drama ni.. Walaupun dia sendiri on off tengok, tapi tahu la sikit kot jalan cerita. Tup tup, rupanya hari ni dah Episod 28 iaitu Episod Akhir..

Semestinya ramai yang akan tunggu depan TV malam ni.. Apa yang Eraz tengok, watak Kyra pada mulanya memang boleh buat orang sakit hati.. Tapi dari masa ke semasa, memang nampak perubahan pada dirinya sampailah dia pakai tudung.. Sifat lemah lembutnya timbul.. Sebenarnya sikap angkuhnya sebelum ini bersebab..

Apa-apa pun, selamat menonton Teman Lelaki Upahan Episod Akhir malam ni.. Wassalam...
Read more ...

Keropok dari Mersing


Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tengok keropok macam tu kan.. Sebelum ni, Eraz tak pernah beli keropok panjang tu, beli yang keping sebab lagi best.. Kalau yang panjang tu, bila beli, selalu kena yang keras.. Tak ranggup.. Tapi lepas try pemberian rakan sepejabat ni, terus macam ubah selera.. Hehe.. Dia bawa dari Mersing.. Hasil perniagaan family.. Memang tak keras dan ranggup.. Zara pun memang suka la.. Memang papa terpaksa try sikit je dan berkorban simpan untuk anak.. Hehe..

Jarang dapat jumpa keropok yang sedap mahupun keropok keping.. Sama juga dengan keropok lekor.. Sesetengah keropok lekor tu, ada yang boleh buat kite gatal, ada yang jenis banyak tepung berbanding ikan.. Macam-macam.. Kalau kat Terengganu memang banyak pilihan tapi kena pandai pilih la.. Sesetengah tu, kedai tu memang ramai yang singgah beli, tapi bila kita yang beli, tak sedap pun.. Hehe..

Read more ...

Wednesday, 25 March 2015

"aku mesti makan belut"


Assalamualaikum w.b.t.. Pernah berkata dalam hati, "aku mesti makan belut".. Tapi sampai sekarang, tak berpeluang lagi nak makan belut.. Tapi, kalau tengokkan gambar di atas, ala-ala berkuah kan.. Tapi kalau Eraz, memang tak dapat nak telan pun.. Kalau makan pun, maybe yang belut goreng rangup! Hehe.. Kalau berkuah ni, tahu saje lah macamana keadaan belut tu kan.. Berbeza dengan yang goreng kan..

Mungkin lepas ni boleh survey-survey kedai mana yang ada menu belut goreng ni.. Kat Kota Bharu.. Jarang-jarang kot jumpa.. Ke mana-mana blogger Kelantan tahu tempat yang menarik?
Read more ...

Wordless Wednesday #129 | Apa itu GST ?


Read more ...

Etak Goreng Kicap


Assalamualaikum w.b.t.. Orang Kelantan panggil Etak.. Kalau orang luar dari Kelantan, panggil etak jugak ke? Kenangan dulu-dulu, dengan Ma, adik beradik, pergi cari sendiri je kat sungai.. Main gali dengan kaki, memang nampak terus etak.. Dulu-dulu air jernih sangat.. Tapi sekarang, air keruh je.. Pencemaran lagi.. So kalau nak makan etak, memang kena beli la kot.. Tapi sangat terhad la.. Etak salai, maybe ada di tepi jalan.. Aktiviti main sungai pun dah tak de sangat sekarang.. Budak sekarang tak macam dulu.. 

Bagi family Eraz dulu-dulu, Etak goreng kicap memang favourite.. Sebab ada kuah kicap sikit, then masin manis tu ada.. Tambahan pula isi etak tu dah masak dan tak keras.. Fuh! Dah mandi sungai, main air, terjun situ sini, memang confirm sampai rumah, lapar.. Kan., Tapi etak kalau cari sendiri kat sungai, tak boleh makan terus.. Ma mesti suruh rendamkan dalam air.. Biarkan sejam dua sebab nak bagi etak tu muntahkan pasir dalam badan dia.. Kalau tak, memang etak goreng kicap campur pasir la.. Hehe..

Jemput follow instagram @erazfadli
Read more ...

Tuesday, 24 March 2015

#Throwback Gambar Kahwin !


Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni Eraz guna handphone Acer Z150.. Tapi memory card guna handphone Nokia yang lama.. So dalam tu memang ada gambar-gambar lama.. Salah satu nya ialah gambar di atas.. Gambar yang ori clear la.. Tapi dalam memory card tu, memang dah sedia ada edit macam tu.. Tak tahu la edit guna apa.. Dah lupa dah.. Yang pasti, memang terimbau kenangan zaman kahwin dulu.. 2011.. 

1st time buat photoshoot gempak bagai.. Semua idea isteri.. Nak pose pun tak reti.. Kaku.. wife ok la sikit.. Tapi hasilnya memang membanggakan.. Nasib baik la album gambar kahwin kami tak tenggelam dalam banjir baru ni.. sempat Eraz selamatkan.. Kalau tidak, memang 'nangis' la.. Hehe..
Read more ...

Sekali lagi ke Manjaku Baby Centre


Assalamualaikum w.b.t.. Manjaku Baby Centre yang ada berhampiran Tesco, Kota Bharu memang salah satu tempat yang kami selalu pergi untuk dapatkan barang baby bermula semasa wife mengandungkan Zara lagi.. Dan ianya berterusan sehinggalah sekarang dan yang terkini ialah Jumaat lepas.. Tempat terakhir kami singgah untuk complete kan semua barangan bakal adik Zara ialah di Manjaku Baby Centre ni la.. Banyak jugak kot terborong.. Bukan memborong ya, tapi terborong.. Hehe..

Kat Manjaku Baby Centre tu pada pendapat Eraz ada banyak pilihan pakaian dan barangan 'teknikal.. Ya la, namanya pun memang satu centre khas untuk baby, memang banyak la.. Car Seat pun kami beli kat situ.. Yang lain, memang barang keperluan penting.. Botol Susu MAM, salah satunya kami try cari.. Tapi malangnya, stok tak banyak la.. Terpaksa la beli melalui online.. Sekali beli, terus dapatkan Set 3.. Senang..
Read more ...

Monday, 23 March 2015

Dapatkan SHAWL DEWI sebelum terlambat !

Assalamualaikum w.b.t.. Tercari-cari shawl cantik untuk tunang ke, akad nikah ke, majlis persandingan ke, jalan-jalan pun boleh, nak pakai ke tempat kerja pun boleh.. SHAWL DEWI semestinya akan menambahkan lagi kecantikkan korang pada hari bahagia nanti atau semasa keluar dari rumah.. 

Dengan hanya RM95 sehelai je kot.. Ada 10 pilihan warna yang sangat cantik..

Butiran SHAWL DEWI;
Status : PreOrder 
Saiz : 172cm x 79cm
Bentuk : Halfmoon 
Material : Chiffon Georgette
Material awning : Pearl + Swarovski

Tempahan ini ada PRE ORDER.. Tempahan akan dipos bermula 13 April 2015.. Jom dapatkan segera kerana tempahan adalah sangat terhad dan sangat terrrlajak laris. Tempahan akan ditutup pada 31 Mac 2015.. Jika berminat, jangan segan-segan PM di Facebook atau Whatsapp 0179773382 dengan segera sebelum tempahan ditutup.. Tawaran adalah sangat TERHAD

Boleh rujuk pilihan warna :

BEIGE

BRIGHT TURQOUISE

CAMEL

DUSTY PINK

OFF WHITE

PURPLE PLUM

PURPLE

ROYAL BLUE

SOFT GREY

SOFT TURQOUISE BLUE

Read more ...

Buka Kedai Handphone ?


Assalamualaikum w.b.t.. Mana-mana Mall kita pergi, antara kedai yang sentiasa penuh dengan orang ialah kedai jual handphone.. Walaupun kat situ ada banyak kedai yang jual handphone, boleh katakan, semua kedai ada pelanggan.. Kira antara yang untung juga la kalau nak set up business kan.. Tapi kena la pilih tempat yang sesuai.. Kalau la Mall or tempat tu takde pengunjung, memang tak menjadi la.. Dan kalau tempat kedai tu bukan laluan utama di jalan raya, pun akan effect..

Kalau nak bukak tempat tumpuan ramai, confirm sewa pun mahal kan.. Lagi satu, modal pasti banyak kan.. Tapi tidak mustahil.. Errrmmm... Dalam kepala memang tengah mencari satu bisnes yang boleh diusahakan.. Tapi belum jumpa cabang yang betul..
Read more ...

Sunday, 22 March 2015

Shopping di Pacific HyperMarket KB Mall

Assalamualaikum w.b.t.. Lepas pergi Baby & Kidz Fair baru ni, kami terus ke Pacific Hypermarket KB Mall sebab kat situ di antara yang banyak pilihan terutama baju baby yang baru lahir dan umur setahun dua.. So hasilnya memang banyak la kami borong.. Tapi kesemuanya boleh katakan baju, seluar, sarung tangan, sarung kaki, topi dan 'adik-beradik'nya..

Tapi tetap tak lengkap list untuk adik #ZaraFaleesya ni.. Tetap kena ke tempat satu lagi untuk lengkapkan semua.. Nasib baik la keluar dengan wife je.. Kami terpaksa biarkan Zara tinggal dengan Tok Ma, Cik Su n Cik Lang hari tu sebab memudahkan dan mempercepatkan proses pembelian.. Pernah bawak dia sebelum ni, masa memang habis duk melayan dia..

#Zara, nanti Papa n Mama bawak pergi jalan2 sebagai ganti kena tinggal.. Hehe..


Read more ...

Saturday, 21 March 2015

Solat Jumaat di Masjid Muhammadi


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang plan nak keluar satu hari dengan isteri sebab nak beli semua barang dan alat untuk adik Zara.. Sebab hari Jumaat, kena la solat Jumaat kan.. Sementara wife menunggu di KB Mall, Eraz drive pergi di Masjid Muhammadi di Kota Bharu.. Isu yang Eraz nak bagitau kat sini, perkara biasa kot.. Tapi memang kerap kita tengok kan..

Siapa-siapa yang perasan, ada kan ramai jemaah yang hamparkan sejadah di luar masjid semasa mendengar khutbah dan masa solat Jumaat, terus dia solat kat situ.. Memang masjid nampak penuh semasa khutbah di baca, tetapi masa nak solat, bila saf dirapatkan, memang akan banyak ruang punyalah.. Lain la kalau memang masjid tu memang sah penuh kan..

Apa-apa pun, atas kehendak dan keinginan sendiri.. 
Read more ...

Baby & Kidz Fair

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam seminggu dua ni memang dah plan awal untuk kami ambil cuti sehari supaya dalam settle kan semua yang berkaitan dengan bakal adik #ZaraFaleesya yang bakal lahir nanti.. Bukannya apa, wife risau kalau-kalau dia bersalin awal sedangkan barang untuk baby belum complete beli.. Kang tak pasal-pasal kena pergi beli sorang kan.. For sure akan ada yang tertinggal kan..

Big boss dan rakan sekerja pun sporting sebab benarkan Eraz cuti di hari minggu dan kebetulan pula ada Baby & Kidz Fair kat Kelantan Trade Centre Kota Bharu.. Baby & Kidz Fair ni berlangsung selama 3 hari.. 19, 20 dan 21 Mac 2015.. Maybe tak semua boleh beli kat situ tapi al least akan ada sesuatu untuk di bawa balik.. So jom!


Read more ...

Wednesday, 18 March 2015

Wordless Wednesday #128

Read more ...

Myeongdong Street Cafe, Kota Bharu


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz sempat ke Myeongdong Street Cafe yang terletak di Kota Bharu berhampiran KB Mall.. Pergi sebab ada seorang kawan tu nak belanja.. Tak pernah juga try Korean Food ni, so apa salahnya kita try kan.. Tengok dari menu, memang tak biasa dan tak tahu mana yang dikategorikan sedap.. So serah saje pada kawan untuk order.. Lagipun dia nak belanja kan.. So inilah menu yang dibawah.. Gambar di bawah..


Bibimbab.. Memang betul-betul korean food la.. First time rasa dan ok, boleh tahun.. Bila gaul semua sekali, ada rasa pedas sikit-sikit.. Masam pun ada sikit.. Selalu tengok orang korea makan macamtu, so kita gaul la sekali.. Kalau nak makan macam biasa pun boleh kot.. Hehe.. Banyak lagi menu lagi, maybe next time boleh try lagi.. Siapa pernah ke sini??

Read more ...

Tuesday, 17 March 2015

Anak beranak bertemakan Purple


Assalamualaikum w.b.t.. Bangun je pagi hari ni, terus buat perkara-perkara biasa.. Zara pun bukan main awal lagi bangun hari ni.. Zara pun sebenarnya dah terbiasa dengan jadual ke nursery.. Hari cuti pun dia akan bangun awal juga.. Tak sama macam kecik-kecik dulu.. Kalau hari cuti, dia bangun lewat sikit.. Dah besar ni, memang dah jadi disiplin dia macamtu.. 

Tema baju kerja dan baju ke nursery hari ni.. Hari ni maybe kebetulan kot wife rasa nak pakai baju purple, Eraz pun nak pakai baju purple.. Dah alang-alang dua dah pakai baju purple, Zara pun, kita ambilkan la baju purple.. So sedondon la hari ni.. cuma tak sempat nak selfie semua.. Kereta lain-lain.. 

Read more ...

Monday, 16 March 2015

Doakan bersama ..


Assalamualaikum w.b.t.. 2, 3 hari ini, Eraz akan kembali ulang alik ke Wad 3 Utara HUSM kerana kakak Sulung dimasukkan ke wad sejak hari Ahad pukul 4.00 a.m.. Kami sekeluarga sentiasa memberi support kepada kakak dan mengharapakan dia akan sembuh.. Dengan izin Allah, insyaallah kakak masih boleh membesarkan anak-anaknya bersama abang ipar.. Siapa yang membaca entri ini, sama-sama doakan semoga kakak sulung Eraz cepat sembuh seperti sedia kala.. Amin.. Terima kasih semua..

#Tidak akan henti berharap
Read more ...

Bila beli kasut dengan Papa ..


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz dengan Zara pergi satu kedai kasut biasa Zara dengan Mama dia pergi.. Memang dah ada plan nak beli kasut baru sejak seminggu ni sebab yang lama tu nampak macam dah lama sangat.. Kasut sebelum-sebelum ni banyak yang warna pink.. Tapi kali ni, sebab pergi beli dengan Eraz, kita tukar warna ke biru.. Kenapa? Sebab mata Eraz ni, kalau biru, memang itu la yang paling cantik.. Hehe.. 

Budak kecik ni, kalau beli kasut ke, baju ke, bukan boleh pakai lama kan sebab cepat besar.. Jadi selalu kami akan beli sikit-sikit.. Lepas sebulan, beli yang lain pulak.. At least boleh monitor size kan.. Apa-apa pun, kasut Zara ni kalau boleh kena ada dua tiga tempat sebab kadang-kadang kalau ke mana-mana tertinggal, susah.. Kereta Eraz, wajib.. Kereta Mama, wajib.. Rumah sendiri wajib.. Dan satu tempat lagi di rumah Tok nya.. Hehe..
Read more ...

Sunday, 15 March 2015

#ZaraFaleesya

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ahad tanpa entri.. Itu yang mungkin berlaku.. Tapi Eraz tak kan biarkan ia berlaku.. Insyaallah.. Hari ni cuti.. Eraz bersama Zara.. Pagi2 dah keluar hantar Mama pergi kerja.. Mama nak manja2 dengan kami minta hantar.. Selalu drive je sendiri.. Tengahari pula keluar ke HUSM sekejap sebab melawat kakak sulong yang masuk wad.. Juga pergi ambil mama dulu sebelum tu..

Kejap lagi nak keluar lagi pergi ambil mama sekali lg.. Sebenarnya sedar tak sedar, usia Zara dah nak masuk 1 Tahun 8 Bulan hujung bulan ni.. Sekejap je masa.. Dulu duduk jaga dari kecil sampai sekarang dah buat jalan.. Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik dan anak yang baik.. Coming soon Zara bakal jadi kakak pulak..

Read more ...

Saturday, 14 March 2015

Anak Dara !


Assalamualaikum w.b.t.. Wajah ni la diantara yang ditunggu lepas balik kerja.. Kadang-kadang, masa kat tempat kerja pun, terbayang-bayang.. Bukan apa, telatah tu menghiburkan walaupun dah penat kat tempat kerja.. Kesabaran memang kena berada di tahap yang tinggi untuk menjadi ibu dan bapa.. Kadang-kadang anak kecil ni macam-macam perangai yang boleh buat kita marah.. Tapi kena cool la kan.. Kalau marah pun, kena la sabar sebab dia kecil lagi kot.. Bukan pun boleh fikir macam kita..

Pernah sekali masa Eraz nak bagi susu kat Zara, dia mengelak.. Nak bagi dia pegang tapi dia lepas dan terus botol susu yang penuh dengan susu jatuh ke atas jari kaki.. Jatuh pulak atas kuku.. Memang terduduk r.. Rasa nak mengalir air mata.. Zara tengok je masa Eraz terduduk seolah macam rasa bersalah.. Tapi budak kecil, apa dia faham kan.. Hehe.. Sampai sekarang jari ni masih sakit.. Ada kesan biru-biru lagi.. Tapi cool je.. Walau apa pun, papa ok je.. 
Read more ...

Dialah Penyelamat !


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau tak de benda ni, memang tak sah untuk setiap orang.. Bukan Eraz nak kata semua orang ada or wajib ada, tapi majoriti ada sebab inilah penyelamat kalau handphone tak de bateri kan.. Ya la, tambahan sekarang, kebanyakan smart phone memang banyak sangat application yang boleh kata 'makan' bateri.. Contoh terdekat Whatsapp la..

Powerbank ni ada banyak jenis.. Yang besar, yang kecik.. Yang warna itu, warna ini.. Yang sesuai untuk lelaki, yang sesuai hanya untuk perempuan.. Yang murah, yang mahal.. Kan.. Tapi Eraz beli the on and only Pineng sebab dari testimoni, semua ok dan selama Eraz pakai ni, alhamdulillah tak pernah ada masalah..
Read more ...

Friday, 13 March 2015

Bila tukar hp untuk Whatsapp ..


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni decide untuk tukar 'main' Whatsapp di hp selepas sekian lama guna Galaxy Tab.. Bila dah login ke hp, memang message yang belum dibaca dan message penting di Tab tak boleh baca dah.. Tak sempat nak copy.. Dan lagi satu no. contact.. Sib baik boleh salin balik ke Sim.. Fuh! Lagi satu kesannya ketara ialah bateri.. Rasanya kalau guna Tab, tak de la % bateri tu cepat turun.. Errrmmmmm.. Ini yang rasa nak balik Whatsapp di Tab ni.. Hehe.. Apa-apa pun, kite try dulu.. Bab bateri, boleh backup dengan Power Bank dulu..

Read more ...

Thursday, 12 March 2015

Mrs. Eraz Fadli


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya sepanjang menulis blog dan aktif Instagram, Eraz tak pernah upload gambar wife.. Asyik gambar sendiri dan Zara Faleesya.. Tapi hari ni, nak up la satu gambar.. Ini kira nak #Throwback masa Hari Raya dulu.. Masa ni Zara Faleesya tak wujud pun lagi.. Kira balik kampung kat Terengganu, sebelah isteri, berdua la.. Ada juga yang tanya kenapa tak pernah nampak gambar isteri Eraz Fadli.. Saje, low profile.. Hehe.. Gambar ni Eraz snap dari DSLR.. 

#Anugerah Allah
Read more ...

Promosi Sinar Habib Dobi, Tanah Merah


Assalamualaikum w.b.t, Sinar Habib Dobi kini dibuka di sebelah Masjid Mukim Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan.. Sempena Promosi Pembukaan Sehingga April 2015, Cucian Biasa RM 2.50 / kg, Toto RM 7.90 / helai dan lain-lain cucian. Ada  juga diskaun menanti bagi pelanggan setia!

Pada yang berada berhampiran dengan Sinar Habib Dobi atau mungkin selalu ke sana, boleh ke Sinar Habib Dobi.. Jom try perkhidmatan terbaru yang disediakan.. Belum cuba belum tahu kan.. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi atau Whatsapp Puan Fadilah di talian 013-9987280


Read more ...

Wednesday, 11 March 2015

Le Tour de Langkawi LTDL 2015 Stage 4 Kota Bharu - Kuala Berang


Assalamualaikum w.b.t.. Kenapa tiba-tiba buat entri pasal Le Tour de Langkawi LTDL 2015 ni pulak? Saje je sebab tiba-tiba pagi ramai pulak yang berkumpul depan office ni.. Datang office pagi tadi dah pelik kenapa ada papan tanda 0 KM LTDL 2015.. Tak pernah lagi setakat yang dianjurkan ni, lalu or start kat sini kan..

Tapi bila tiba masanya, memang tiba-tiba penuh kat depan ni.. Eraz keluar sekejap je la lepas tu tengok member ambilkan gambar, minta dengan dia.. Plan nak keluar masa diorang duduk kat depan tu, tapi terlepas.. Haha.. Apa-apa pun, hari ni dah masuk Le Tour de Langkawi LTDL 2015 Stage 4 dari Kota Bharu - Kuala Berang..

Teringin nak ber'sukan' macam ni juga tapi bukan full time la.. Kalau masa belajar kat USM dulu, memang biasa berbasikal untuk riadah.. Tapi bila dah tamat belajar dan kerja ni, naik basikal kat rumah je.. Hehe.. Janji berpeluh..


#LiveUpdate
Read more ...

Wordless Wednesday #127


Read more ...

Tuesday, 10 March 2015

Malas


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah yang terjadi kalau rasa malas tu datang.. Nak update blog jadi malas giler.. Kebetulan kat office ada kerja yang perlu dibuat kan.. Dalam kepala juga, ada dua tiga benda yang belum selesai.. Dah keluar tengahari tadi, centre tu tak dapat proses.. Kena g main centre kat Kota Bahru pulak.. Malasnya.. Dalam pada dalam kepala nak beli mouse, pun terlupa.. Alahai.. Full stop.. 
Read more ...

Gambar Paket Tuala Logo MAS | MH370

Gambar Paket Tuala Logo MAS | MH370
Gambar Paket Tuala Logo MAS | MH370

Assalamualaikum w.b.t.. Ini berita terbaru yang kita terima tentang kehilangan MH370.. Satu penemuan satu bungkusan tuala berlogo MAS di pantai Barat Australia mungkin boleh memberi petunjuk kepada kehilangan pesawat MH370 setahun yang lepas..Apa-apa pun, semua ni sedang disiasat untuk pengesahan..

Apa-apa pun, kena tunggu berita sahih.. Kita sama-sama doakan semoga Allah memberi sedikit pentunjuk untuk menyelesaikan permasalahan yang menjadi tanda tanya manusia di seluruh dunia..
Read more ...

Monday, 9 March 2015

Suamiku Encik Sotong Episod Akhir

Suamiku Encik Sotong Episod Akhir
Suamiku Encik Sotong Episod Akhir

Assalamualaikum w.b.t.. Masa entri ni di tulis, drama Suamiku Encik Sotong Episod Akhir dah tamat pun.. Walaupun tak follow setiap episod dari awal, adik-adik ipar dah ada bagi hint-hint apa yang berlaku di hujung episod sebab diaorang dah baca buku.. Biasa la kalau drama adaptasi dari novel kan.. Ending yang sudah dijangka, jalan ceritanya biasa sahaja.. Itu yang ditulis oleh orang yang bukan peminat drama Suamiku Encik Sotong.. Hehe..

Apa-apa pun, bagi yang menonton online, boleh klik SINI.. Selamat menonton..

Read more ...

Bila Ibu Berkecil Hati ..

Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tak bila ibu korang memasak, kamu tak makan..? Alasannya kenyang la, sekejap lagi la, baru lepas makan la dan macam-macam alasan kan.. Penat ibu memasak, tapi kita tak jamah.. Kita tak tahu kot-kot masa tu, memang ibu memasak khas untuk kita kan.. Lagi la dia kecik hati, tapi tak bagitau..

Tiba-tiba ada satu gambar ni melalui whatsapp.. Mendalam maksudnya ni.. Dalam gambar tu kata, sakit rasa ibu yang mana anaknya tak makan masakannya lebih sakit dari putus cinta.. Camne?? Ada betulnya jugak kan.. Kalau siapa-siapa ibu kat sini, sila komen..

Jadi lepas ni, pandai-pandai la korang k.. Adios Amigos..

Read more ...

Sunday, 8 March 2015

Harun Salim Bachik meninggal dunia

Harun Salim Bachik meninggal dunia | Assalamualaikum w.b.t.. Ini satu berita yang mengejutkan.. Rasa macam tak dengar dia sakit apa-apa.. Cuba baca apa yang ditulis di Roti Kaya, tapi tak boleh.. Apa-apa pun, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau dan Salam Takziah kepada keluarganya.. Eraz dapat confirmation tentang Harun Salim Bachik meninggal dunia ni melalui Twitter Astro Awani..

Read more ...

Turtle untuk Zara Faleesya


Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya dapat juga belikan Turtle ni untuk Zara selepas tertangguh dan kena tipu.. Eh!B eli secara online je ni.. Dalam masa tak sampai seminggu, dapat.. Lambat sebab beli hampir sangat nak cuti hujung minggu.. Ini kali kedua Eraz beli.. Kali pertama dah lama beli tapi dah macam kena tipu..

Masa tengok iklan kat blog.. Tanya-tanya ada stok ke tak, yes ada katanya.. Warna-warna tertentu la.. Memang sangat murah berbanding dengan yang lain.. Selalu shopping di Lazada, Lelong, Zalora dan lain-lain seangkatan kan.. Tapi hari tu, beli melalui blog.. Lepas buat payment, terus senyap.. Try message dua tiga kali, kata tak sempat nak pos.. Macam-macam alasan.. So dah berbulan-bulan, tak sampai.. Tak baiknya dia buat camtu.. Tapi tak pe la, dah lupakan kan.. Jadi sebagai satu pengajaran..

Memang cantik pasang benda alah ni.. Tapi kalau dapat pastikan dalam bilik tu memang gelap, memang lagi cantik.. Siap ada music lagi tu.. Tapi setakat ni belum membantu Zara untuk tidur, tapi buat sebagai mainan.. Hehe.. 
Read more ...

Aku dan Kucing

#throwback

Assalamualaikum w.b.t.. Just nak #throwback a.k.a paling belakang sikit hari ni.. Semalam teringat pasal satu video.. Terus search kat youtube.. Jumpa.. Bila menonton video kisah dua lelaki dan seekor singa tadi, memang teringat akan seekor kucing yang dibela dulu.. Memang dia wujud dalam hidup dari dia lahir sampai laaaaaaa......

Dari kecil, tak pernah buang air kecil or besar dalam rumah.. Berjaya kam ajar dia membuang di tempat yang sepatutnya.. Tempat tidur, memang dalam rumah.. Bebas.. Kalau waktu malam dia nak keluar, hebatnya dia, dia akan kejut Eraz or orang lain yang dia rasa perlu.. Perlu tu berkait rapat dengan pintu keluar atau tempat dia tidur malam tu.. Lepas tu settle semua, dia pasti akan ketuk pintu dengan caranya tersendiri.. Tolak-tolak pintu dengan kepala.. Bunyi seolah2 macam ketuk pintu..

Waktu pagi hari kerja, sure akan masuk ke bilik dan lagakan hidungnya yang sejuk ke pipi atau bahagian muka yang dia suka seolah-olah macam nak kejutkan Eraz.. Kalau hari cuti, memang dia seakan-akan tahu bahawa hari tu cuti sebab memang dia akan sama naik tidur kalau tak bangun awal.. Dan kalau nak tidur, dia suka tidur atas badan, atau dalam selimut di bahagian paha atau bawah ketiak..

Ini semua zaman sebelum kahwin.. Tapi sekarang tinggal kenangan.. Dan kenangan itu tak akan hilang buat selamanya.. Bela kucing di rumah sendiri? Tak tahu bila la sebab wife memang tak suka kucing dan anak masih kecik.. So tak sesuai lagi.. 
Read more ...

Umur Bersara dari 60 kepada 62 ?


Assalamualaikum w.b.t.. Isu ni dah jadi viral sekarang.. Isu umur bersara yang mana yang sebelum dah dinaikkan, dan sekarang, naik lagi dari umur 60 ke 62.. Ini semua salah satu usaha Cuepacs dalam tempoh meminta dipertimbangkan.. Kalau mereka ada alasan yang kukuh dalam menjaga kualiti kerja di umur 60 ke 62, apa salahnya kan.. Tapi pastikan betul-betul berkualiti la.. Ilmu IT, agak-agak macamana?

Dalam masa yang sama, makin hari, makin ramai anak-anak ambil SPM, ambil diploma, dapat degree, selain mencuba nasib di badan swasta, mereka juga semestinya nak mencuba nasib di badan kerajaan kan.. Siapa tak nak.. Tapi peluang kepada mereka yang bergelar fresh graduate, semakin lambat la dapat sebab ramai yang masih tidak bersara..

Apa-apa pun, ini just pendapat peribadi.. Apa-apa pun, terpulangkan kepada mereka yang berkenaan.. Agaknya 10 tahun lagi, umur bersara dah meningkat ke berapa? 70 tahun? Errrrmmmmmm.. #Selamat bercuti kepada yang sedang berhujung minggu.. Adios Amigos!!!

Read more ...