Saturday 31 January 2015

Bila Zara menunggu di pintu rumah !


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah antara aktiviti petang Eraz bila balik kerja.. Kecuali balik lewat atau maghrib la.. Zara mesti akan menunggu depan pintu bila dapat detect kereta Eraz sampai kat rumah.. Tiada lain yang dia menunggu.. Iaitu keluar pakai kasut dan keluar jalan-jalan di kawasan taman kami ni.. Ke mana dia nak pergi, suka dia je.. Ke hulur ke hilir.. Sesekali jatuh tersepak sesuatu, bangun balik terus kan lagi.. Tak de nangis-nangis ni..

Alhamdulillah, ini kira aktiviti petang yang berfaedah la.. Walaupun masih berbaju kemeja dan tak sempat nak duduk rehat dulu, gunakan la masa yang ada yang anak.. Ini masa kecil.. Dah besar-besar nanti, tak tahu macamana kan.. Harapnya anak kecil ini akan selalu kenang kenangan zaman kecil ni sampai la dia dewasa.. Sekarang ya la, dia masih belum ingat lagi.. Maksudnya nanti masa di ingat.. Peace no war..
Read more ...

3 Hari Menanti Mati

3 Hari Menanti Mati | Assalamualaikum w.b.t.. 3 Hari Menanti Mati? Ini tajuk drama Cerekarama TV3 malam ni, 31 Januari 2015.. 3 Hari Menanti Mati.. Tajuk yang sangat menarik.. Pelakon? Ada Diana Danielle, Adi Putra dan Yana Samsudin.. Tengok dari trailer yang dah seminggu ada kat TV3 ni, nampak menarik.. Sinopsis, memang tak jumpa.. 

Tapi, dari apa yang Eraz tengok, ini lebih macam kisah seorang lelaki yang tidak dapat memberi zuriat.. Bila disahkan oleh doktor tentang perkara ini, ada beberapa peristiwa yang berlaku dalam rumahtangga mereka.. Sehingga campur tangan keluarga mertua.. Seterusnya datang insan lain yang dapat memenuhi impian, apa yang akan berlaku? Kena la tengok malam ni.. Hehe.. 

3 Hari Menanti Mati
3 Hari Menanti Mati

Read more ...

Kelebihan 'Mandi' Air Sejuk Campur Ais


Assalamualaikum w.b.t.. Mandi air sejuk.. Kalau boleh, memang nak elak kan.. Tambah-tambah masa bangun pagi, nak pergi kerja.. Tapi setakat ni, kalau memang mandi kat rumah, memang terus mandi air sejuk je.. Redah saje.. Ingat satu ketika viral di media sosial tentang simbah atas kepada dengan air berisi ais? Itu lebih teruk kot.. Tapi dalam pada teruk, ada kelebihannya juga.. Ini apa yang Eraz baca di Majalah Maskulin yang keluaran Januari 2015 kot..

Air Sejuk yang dipenuhi ais boleh merangsang titik biru pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan peraaan, dikenali sebagai noradrenaline.

Siapa sukarelawan nak cuba? Haha.. Eraz tak pernah buat lagi.. Tapi kalau ada peluang, nak try jugak kot.. Apa-apa pun, share apa yang dibaca.. Wassalam..
Read more ...

Thursday 29 January 2015

Zara Faleesya dan Telekung Kanak-Kanak


Assalamualaikum w.b.t.. Zara Faleesya, kalau kami pakai telekung ni, dapat la bertahan seminit kot.. Dalam masa dia pakai tu, memang tak duduk diam la.. Lari ke situ sini, kalau ada cermin, dia akan berhenti tengok diri sendiri.. Nak tengok cantik ke tak agaknya.. Hehe.. Ini semua Mama dia tempahkan khas untuk Zara telekung ni.. Siap ada nama lagi.. Bukan apa, nak biasa kan diri dia dalam pemakaian ni.. 

Sekarang ni pun alhamdulillah, kalau dia tengok mama papa solat, dia boleh ikut sama.. At least dia dah pandai hanya berdiri atas sejadah, angkat dia belah tangan dan cuba sujud walaupun sebenarnya dia meniarap.. Hehe.. Ada peluang, nanti Eraz snapkan gambar.. Teletah budak nak membesar...

Read more ...

Senarai Percalonan Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2015

Senarai Percalonan Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2015 | Assalamualaikum w.b.t.. Pagi-pagi buta ni, nak buat entri pasal Senarai Percalonan Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2015.. Rasanya ada orang yang tak sabar nak menunggu Senarai Percalonan Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2015 ni.. Kalau dulu, memang setiap anugerah kot Eraz review.. Tapi sekarang, tengok kelapangan je la sebab lebih fokus kepada entri sering dibaca oleh pembaca erazfadli.com..

Apa-apa pun, kepada mana-mana yang mencari Senarai Percalonan Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2015 kali ni, ini Eraz senaraikan semua yang tercalon dalam Top 5.. Antara yang Eraz support tercalon ialah Jihan Muse.. Hehe..

Senarai Percalonan Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2015
Senarai Percalonan Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2015

Artis Baharu Meletop
1. Ayda Jebat
2. Firman
3. Aman
4. Atikah Suhaimie
5. Amyra Rosli

Artis Lawak Meletop
1. Zizan Razak
2. Jep Sepahtu
3. Johan
4. Abam Bocey
5. Jihan Muse

Bintang Filem Meletop
1. Nelydia Senrose
2. Zizan Razak
3. Shaheizy Sam
4. Nora Danish
5. Bront Palarae

Couple Meletop
1. Scha & Awal
2. Rozita Che Wan & Zain Saidin
3. Aril AF & Puteri Erma Adlinda
4. Irma Hasmie & Redza Syah
5. Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

Drama TV Meletop
1. Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2. Kerana Terpaksa Aku Relakan
3. Hantu Selfie
4. Aku Ada Wali
5. Suamiku Encik Sotong

Filem Meletop
1. Abang Long Fadil
2. Mat Tudung
3. Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4. Sejoli
5. Penanggal

Group Duo Meletop
1. Akim & The Magistrate
2. Forteen
3. Zizan & Kaka Azraf
4. Mawi & Dato' AC Mizal
5. Sleeq ft Joe Flizzow

Lagu Meletop
1. Mewangi
2. Jaga Dia Untukku
3. Matahari
4. Infiniti Cinta
5. Malaikat

Hos TV Meletop
1. Dato' AC Mizal
2. Zizan Razak
3. Nabil Ahmad
4. Neelofa
5. Datuk Aznil Haji Nawawi

Pelakon TV Meletop
1. Sharnaaz Ahmad
2. Zul Ariffin
3. Amar Baharin
4. Nelydia Senrose
5. Zizan Razak

Penyampai Radio Meletop
1. Johan
2. Haniff
3. Feeya Iskandar
4. Ray
5. Raja Azura

Penyanyi Meletop
1. Akim
2. Dato' Siti Nurhaliza
3. Hafiz
4. Shila Amzah
5. Hazama

Program Radio Meletop
1. JoHaRa Pagi Era
2. Pilih Hit Era
3. Petang Eraz
4. Morning Crew
5. Sinar Pagi

Program TV Meletop
1. Maharaja Lawak Mega 2013
2. Konsert Akhir AF2014
3. Anugerah MeleTOP Era 2014
4. Anugerah Juara Lagu ke-28
5. Ceria Popstar 2

Bintang Online Meletop
1. Emma Maembong
2. Zizan Razak
3. Dato' Siti Nurhaliza
4. Aaron Aziz
5. Hanis Zalikha

Fesyen Meletop
1. Fazura
2. Zizan Razak
3. Dato' AC Mizal
4. Wak Doyok
5. Nabil Ahmad

#Dalam taip entri ni, selalu typo Eraz tu jadi Eraz.. Haha.. BTW, Good Luck kepada semua Senarai Percalonan Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2015

Read more ...

Wednesday 28 January 2015

Wordless Wednesday #123


Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah..

Read more ...

Sunday 25 January 2015

Like Page / Status / Gambar Perkara Seks / 18SX


Assalamualaikum w.b.t.. Ini yang terjadi pada wife Eraz.. Ramai kawan dia beritahu pada dia yang dia banyak like benda-benda mengarut tentang seks dan perkara 18SX.. Mengarut! Kalau orang yang tak kenal, nampak notification macam tu, memang boleh buat orang fikir macam-macam.. Tambah-tambah kalau yang tengok itu bukan yang orang kita kenal.. Orang yang kenal baik dengan kita, mesti tertanya-tanya samada itu betul atau tidak..

Mesti ramai yang kena benda-benda macam ni kan.. Sure virus punya.. Eraz cuba cari timeline melalui FB Eraz, tapi tak jumpa.. Tapi kawan-kawan wife memang jumpa, siap print screen lagi.. Fuh! Harapnya tak berlarutan.. 

#Berhati-hati semua
Read more ...

Laptop tanpa MOUSE


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya lepas siapkan assignment Semester September 2014 baru ni dan sebelum dan selepas banjir, memang tak ON pun laptop ni.. Selepas sekian lama, sekarang ni on semula konon-konon nak update blog dan baca news.. Zara tengah tidur tu.. Kenapa tak guna TAB? Haaa.. Ini masalahnya juga.. Charger tab tertinggal kat office la.. So tab tak habis bateri..

Tajuk : Laptop tanpa mouse.. Sesetengah orang, memang takpe kalau guna laptop tanpa mouse.. Tapi orang tu bukan Eraz.. Serius.. Serba tak kena kalau nak guna laptop, tanpa mouse.. Rasa macam tak selesa, tak pua hati dan lain-lain la.. Nak menaip pun rasa macam tak selasa.. Padahal tak de kaitan kot.. 

Mouse sebelum ni dah rosak.. Tak sempat nak g beli lagi.. Kerja kerja kerja.. Sampaikan blog ni, dah berapa hari tak update.. Haha..
Read more ...

Wednesday 21 January 2015

Tips Elak Lemas

Tips Elak Lemas | Assalamualaikum w.b.t.. Gambar ni Eraz dapat di Instagram seorang kawan ni.. Dalam gambar ni memaparkan cara-cara kita untuk mengelak daripada lemas.. Mana tahu kot-kot berguna bila kita kecemasan tiba-tiba lemas kan.. Harapnya masa tu kita dapat bertenang.. So jom baca apa yang ada dalam gambar ni.. 

Read more ...

Wordless Wednesday #122

Read more ...

Tuesday 20 January 2015

Lagu Dahsyat | Caliph Buskers di Meletop

Lagu Dashyat | Caliph Buskers di Meletop - Assalamualaikum w.b.t.. Terbaek Caliph Buskers.. Kehebatan persembahan mereka, hari ni mereka sampai di program Meletop.. Pagi tadi rasanya mereka berada di Hot FM.. Alhamdulillah.. Nampaknya rezeki mereka lebih terbuka sekarang.. Siapa sangka kan.. AJL29 membuka mata semua terhadap Caliph Buskers..

Dalam program Meletop tadi, mereka perform satu lagu bertajuk Dahsyat.. Ini tak pasti samada itu lagu mereka atau penyanyi.. Tapi boleh tahan best juga.. Untuk video lagu Dahsyat ni, mesti akan ada kat youtube nanti.. Doakan semoga mereka akan lebih success.. Gunalah peluang sebaik mungkin..

#Ke lagu Dahsyat ni lagu Mojo?

Read more ...

Zara | Didikan Dari Kecil


Assalamualaikum w.b.t.. Didikan Awal atau Didikan Dari Kecil.. Itu yang isteri Eraz beritahu la.. Gambar tu kami snap masa Zara duk sibuk-sibuk nak pegang penyapu dan penyodok sampah tu.. Dalam masa sedang menyapu sampah di laman rumah, memang dia salah seorang yang suka menyebok time nak mengemas rumah.. Macam-macamana pun, nak juga satu penyapu dan satu penyodok.. Tapi fikir-fikir, bagi la dia pendedahan awal.. Mana la tahu bila dia dah besar sikit lagi, dia ingat apa yang dia buat dan lakukan lagi lepas ni.. Senang hati kami..

Kalau kat rumah pun sama.. Kalau nampak Eraz nak angkat bakul ke, apa ke, sibuk la dia nak pegang sama sampaila letak kat tempat yang sepatutnya..

Alhamdulillah, Zara sekarang dah sihat dari demam hari tu.. Serius sangat risau kalau demam di musim sekarang.. Macam-macam boleh jadi sebab Kelantan kan baru lepas banjir yang berlumpur.. Kadang-kadang udara pun berdebu.. So hari ni dan semalam, memang dia dah pergi nursery..

Read more ...

Bila ANJING menyalak tiba2!

Assalamualaikum w.b.t.. Sepanjang tinggal kawasan taman ni, tak pernah lagi dengar anjing menyalak.. Terutama pada waktu malam.. Tapi malam ni, lebih kurang dalam 8.30 pm, terdengar anjing menyalak di belakang rumah.. Aiyoooo.. First time dengar camtu, kesian la pada budak-budak kecik yang tak biasa bising macam tu..

Lagi satu, menyalak dari pukul 8.30 pm hinggalah sekarang 12.30 am.. Lama kan.. Memang kawasan belakang taman ni ada orang-orang cina.. Mungkin baru bela kot anjing tu.. Dia nak biasa kan diri.. Tapi yang ada anak kecik macam Eraz, kesian time nak tdo.. Apa-apa pun, Zara dah tdo skang, harapnya tak terganggu..

Read more ...

Monday 19 January 2015

Kenapa Qu Puteh tak trending?


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam berlangsungnya AJL29 yang setiap tahun berjaya menarik perhatian ramai.. Tahun ni tambah lagi dengan tajaan dari Dato' Dr Hajjah Hasmiza Othman atau dikenali lagi dengan Dato' Seri Vida.. Qu Puteh, barulah putih.. Tagline tu rasanya dah ramai giler yang boleh buat.. Tak mustahil, tahun 2015 ni merupakan tahun bertuah untuk Dato' Seri Vida.. Mana tak nya, dia berjaya menganjurkan banyak program hebat di TV kan..

Tapi peliknya, dalam banyak-banyak hal dalam AJL29 yang trending di Twitter, tak terselit pun keyword Qu Puteh ke, Dato'  Seri Vida ke kan.. Padahal ramai yang sampai menyampah dia tengok iklan dia di setiap masa di AJL29 ni.. Hehe.. Pelik kan.. 

#Jom ramai-ramai buat, Minumlah Qu Peteh! Baru la putih.. Hehe..
Read more ...

Istikharah Cinta Episod 16

Istikharah Cinta Episod 16 | Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lama tak buat entri pasal drama slot Akasia TV3 ni.. Sekarang ni sedang berlangsung drama Istikharah Cinta yang dah masuk ke Episode 16 sekarang ni.. Eraz tak follow 100% tapi wife Eraz tengok la jugak.. Heronya Zul Arifin dan Heroinnya Faye Kusairi.. Nama memang tak pernah dengar tapi muka macam pernah tengok sebelum ni..

Lakonan? Zul Arifin memang dah ada pengikut tersendiri.. Faye Kusairi pulak kadang-kadang macam kaku.. Pendapat sendiri la.. Nampaknya drama Istikharah Cinta tak boleh lawan drama Ariana Rose atau Love You Mr. Arrogant lagi kot.. Siapa yang nak tahu sinopsis drama Istikharah Cinta Episod 16 ni, boleh baca kat bawah :

Dina datang ke rumah ibu bapanya sebaik habis kerja.. Tujuannya, cuma nak minum teh dengan ibunya.. Sebaik sampai, Datin Amnah terus tanya Dina samada dia cakap dengan Airil atau tidak..

#Selamat menonton drama Istikharah Cinta Episod 16.. Kalau ada yang terlepas, pasti boleh Tonton Online Istikharah Cinta Episod 16 di mana-mana blog yang biasa upload video drama.. Banyak kot..

Read more ...

Tempat Ke-2 AJL 29 | Shila Amzah dapat liputan tak?


Assalamualaikum w.b.t.. Masih Aku Cinta memang salah satu favourite song Eraz.. Memang mengharapkan Shila menang walaupun bukan juara.. Al-maklum la lagu Patah Seribu di AJL 28 tak menang apa-apa kan.. Muzik pun ada kelainan semalam.. Ada elemen lagu cina pulak dengar.. Vokal pun ok.. Cuma ramai yang tak gemar dengan persalinan Shila Amzah je.. Alhamdulillah, Shila Amzah mendapat tempat ke-2 untuk AJL 29.. Bolot semua hadiah sebab dialah penulis lagu, dialah penulis lirik dan dialah penyanyi..

Tapi yang tak sedapnya. rasa-rasanya ada ke media akhbar tempatan yang akan membuat liputan akan kejayan tempat ke - 2 Shila Amzah ni? Sedia maklum yang Shila sekarang seolah-olah di boikot media tempatan lepas 'kes' baru ni.. Sampaikan Shila Amzah membuat keputusan untuk menarik diri dari ABPBH 2014.. Tndakan Shila Amzah tu, tak tahu la bertepatan atau tidak.. Mungkin dia dan family ada alasan tersendiri..

Masa Shila Amzah berjaya mendapat markah yang paling tinggi masa Separuh Akhir AJL 29 sebelum ni, tak de pun orang menulis pasal dia selain blogger.. Padahal liputan tu ada.. Cuma nama Shila, satu pun tak de.. Semoga Shila terus success dan mengharumkan lagi nama Malaysia di mata dunia..

#Masih rasa nak tengok persembahan Mojo dan Caliph Buskers

Read more ...

Biodata Penyanyi Caliph Buskers | Azmi Saat

Biodata Penyanyi Caliph Buskers | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya ramai yang mencari maklumat serta gambar tentang penyanyi kumpulan Caliph Buskers yang mempunyai vokal yang sangat hebat tu sehinggakan Kumpulan Mojo + Caliph Buskers memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL29 malam ni..

Ok! Salah seorang pembaca boleh Eraz ada menanyakan tentang biodata penyanyi Caliph Buskers ni.. Ini hasilnya.. Semoga dapat puaskan hati pembaca semua dan orang lain yang sedang mencari maklumat tentang penyanyi kumpulan Caliph Buskers ni..

Biodata Penyanyi Caliph Buskers

Nama : Azmi Saat
Asal: Johor Bahru
Pekerjaan: Vokalis / Penyanyi Utama Caliph Buskers dan penyanyi jalanan
Status: OKU (Kurang Penglihatan)
Lokasi: Bukit Bintang Kuala Lumpur

Sumber : http://www.melvister.com/2015/01/biodata-caliph-buskers-lagu-romantika-kumpulan-mojo-ajl29.html

Mana tahu suatu hari nanti, kumpulan Caliph Buskers ni akan mencipta nama di industri hiburan kita.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Siapa la tahu kan.. Tahniah sekali lagi kepada Kumpulan Mojo dan Caliph Buskers kerana memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL29 !

Read more ...

Sunday 18 January 2015

Caliph Buskers

Caliph Buskers | Assalamualaikum w.b.t.. Caliph Buskers? Apa? Siapa? Haaaa... Siapa tengok AJL29 malam ni, mungkin alert.. Inilah nama kumpulan yang bersama kumpulan Mojo semasa persembahan lagu Romancinta tadi.. Serius, bila dengar nyanyian penyanyi utama Caliph Buskers tadi memang meremang bulu roma.. Untuk yang tidak tahu, mereka semua sebenarnya OKU Penglihatan.. Tapi suara, memang menakjubkan..

Tiada mustahil kalau penyanyi utama Caliph Buskers boleh menang vokal terbaik sebab suara dia memang best!! Kira satu kejutan dari Edry dan Kumpulan Mojo untuk AJL29 kali ni.. Lepas ni, mana tahu Caliph Buskers akan muncul lagi di mana-mana program lain.. Terbaek dari Mojo dan Caliph Buskers..

#Caliph Buskers tengah trending sekarang di Twitter

Read more ...

Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 29

Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 29 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya AJL 29 kali ni memang banyak lagu menarik.. Serius.. Setakat yang ditengok sekarang, persembahan pun memang semua bertenaga dan boleh dikatakan tiada yang 'kosong'.. Kalau ikutkan pilihan sendiri, memang ada pilihan Juara, Tempat kedua dan Tempat ketiga tersendiri.. Tapi al-maklum la bukan juri profesionalkan.. Hehe..

Rasa-rasanya Dayang Nurfaizah boleh sangkut kot.. Shila Amzah.. Hafiz.. Lagu Lelaki dan lain-lain la.. Semua boleh dikatakan ada harapan..

Harapnya Indah Ruhailah terselit sama dalam senarai pemenang.. Kalau dapat vokal terbaik pun ok.. Haha.. Perasan tak lampu yang tergantung masa persembahan Indah tu jatuh lepas dia melantun vokal kemuncak..? Sengaja atau tidak? Dua-dua boleh.. Kalau tak sengaja, memang timing terbaek! Kalau sengaja, memang simbolik memaparkan kekuatan vokal Indah sampai jatuh lampu kaca tu.. Masa lampu tu jatuhkan Indah baru selesai 'tarik' suara dan pandang ke situ.. Wallahualam.. 

Apa-apa pun, tunggu sajelah dulu Keputusan Anugerah Juara Lagu ( AJL ) 29 kejap nanti.. Adios amigos!

#Sini hujan.. Harapnya siaran tak tergendala.. Tengok tunggu persembahan Shila Amzah ni..

UPDATE :

Juara AJL29 : Apa Khabar - Joe Flizzow & Sonaone

Naib Juara : Masih Aku Cinta - Shila Amzah

Tempat Ke - 3 : Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah

Persembahan Terbaik : Mojo - Romancinta

Read more ...

Spider Roll Sushi

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba rasa teringin nak makan Soft Shell Crab la pulak lepas tengok JJCM tadi.. Tapi dalam JJCM tadi, pengacara tu makan Spider Roll Sushi yang mana salah satu asasnya ialah Sof Shell Crab.. Kalau ikutkan pengalaman, memang selalu makan Soft-Shell Crab with Salted Egg Yolk.. Boleh bayang ni macamana rasa Soft Shell Crab campur rasa Salted Egg Yolk tu.. Aiyoooooo.. Ini dikira kategori mengidam ke????

Read more ...

Saturday 17 January 2015

Mak Muda

Mak Muda | Assalamualaikum w.b.t.. Special tajuk kan.. Mak Muda.. Macam-macam cerita boleh buat dengan tajuk entri Mak Muda ni.. Kalau Eraz cerita pasal ni, apa yang boleh dikaitkan? "Maria menjadi janda muda apabila bekas suaminya terlibat dengan kemalangan jalanraya.. Sebagai ibu tiri, Maria terpaksa berdepan dengan sikap Damie yang sering memberontak..".. Sinopsis drama Cerekarama Mak Muda TV3 sebenarnya..

Eraz dapat tahu drama Mak Muda ni, Anzalna yang berlakon.. Tahu pun sebab google je.. Sebab macam takde promo pon kat TV.. So tak sure samada drama Mak Muda ni drama baru atau ulang tayang.. Apa-apa pun, siapa nak tengok drama Cerekarama Mak Muda di TV3 ni, boleh la on TV pukul 9.00 malam ni.. Maybe best, maybe tak.. Peace!!

Read more ...

Kembali ke sekolah.. Eh!


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam sempat pergi gunting rambut.. Kasi pendek macam budak sekolah.. Itu masa office la.. Kalau luar office, boleh ubah fesyen.. Hehe.. So hari ni, bila gunting rambut, cukur misai janggut terus rasa macam budak sekolah menengah.. Haha.. Koya muda sikit.. Tapi semua staf kat office tegur la bila dah gunting rambut.. Mana tak nya, sebelum berbulan tak gunting rambut.. Memang nampak panjang la jadinya.. Hehe.. 

Kredit : Instagram

Read more ...

Semester Ke-5 MBA bermula !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, bermula Januari 2015, dah masuk ke Semester ke 5 untuk program MBA.. Dengan kata lain, ini merupakan semester terakhir dah sebenarnya.. Rasa macam cepat giler masa.. Tup tup dah semester akhir.. Harapnya semua berjalan dengan lancar dan tiada yang sangkut.. Sekarang ni masih menunggu keputusan peperiksaan akhir Semester 4 baru ni..

Untuk semester terakhir ni, Eraz akan ambil dua subjek iaitu BMCB5103 (CONSUMER BEHAVIOUR) dan BMMS5103 (MARKETING STRATEGY).. Memang dua-dua subjek majoring untuk Marketing.. Debaran tu ada di semester akhir sebab samada boleh konvo cepat ke lambat, semua atas semester akhir ni juga.. 

#Next week akan bermula pengajian

Read more ...

Friday 16 January 2015

Bila lelaki berbaju baru ..


Assalamualaikum w.b.t.. Gambar ni Eraz ada upload dalam Instagram sebelum ni.. Terjumpa kat Facebook.. Rasanya gambar ni memang ada situasinya dalam kehidupan seharian.. Kalau bukan pada diri korang, mungkin pada orang sekeliling.. Lelaki ni, beli baju baru jarang-jarang sekali.. Tapi bila dah beli baju baru yang cantik, padan dengan tubuh, mesti rasa nak pakai setiap hari ni.. Itu yang dimaksudkan dalam gambar tu.. Anak isteri setiap hari baju pakai baju lain.. Apa maksud tersirat agaknya? Hehe..

Read more ...

Kesian anak papa ..

Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t.. Malam semalam, Zara demam.. Bila bangun pagi tu, nampak macam ok sikit.. Bila tengahari, panas semula.. So bagi ubat.. Nampak ok, boleh main apa semua sampai la ke malam.. Bila tiba malam, badan dia panas balik.. Memang tak lepas dari kami basahkan tubuh dia, letakkan kain basah atas kepala, bawah belakang, celah ketiak.. Lepas bagi ubat.. Nampak pagi ni demam tu macam kebah lepas bagi ubat je..

So pagi-pagi lagi, terus bagi ubat.. Nasib baik mama Zara cuti hari ni, so Zara tak perlu la ke nursery ke apa.. Boleh Mama dia tengokkan.. Tapi Zara pulak tak nak dengan Mama.. So memang lewat lagi sekali la ke tempat kerja.. Last-last, pukul 8 lebih kot baru dia ok dan nak duduk dengan Mama.. Confirm-confirm lambat sampai office.. 

#Kul 9 baru muncul di office.. Aiyoooo... Tapi tak pe, janji anak ok.. Lagi risau kalau ke office, anak duk menangis je..

Read more ...

Thursday 15 January 2015

Termometer diperlukan semula !

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam bila balik dari nursery, badan dia panas.. Kami syak maybe Zara berjangkit dengan kawan-kawan di nursery tambah-tambah lagi sekarang memang banyak dan musim demam di Kelantan.. Semuanya lepas banjir besar baru ni.. Bakteria banyak.. Ya lah, berlumpur apa semua kan..

Tapi alhamdulillah selepas lap badan, bagi ubat, Zara tidur lena dan panas tu hilang.. Masih ada rasa panas tu, tapi tak sekuat semalam la.. Jadi standby ubat je la.. Zara memang dah lama tak demam.. Sejak umur setahun ni, memang dia tak pernah demam lagi.. Semalam baru la kami guna semula termometer.. Simpan sebab dah lama tak demam..

#Tak senang duduk bila anak demam

Read more ...

Kemalangan Nahas | Bas Terbalik & Terbakar di Tapah

Kemalangan Nahas | Bas Terbalik & Terbakar di Tapah - Assalamualaikum w.b.t.. Bangun pagi tadi, masa bukak tab melilau di FB, terbaca berita tentang nahas kemalangan bas yang terbalik dan terbakar di Tapah ni.. Bas berkenaan bertolak dari Kuala Kurau ke Genting Highlands.. Dikatakan tujuh orang terbakar dan ramai cedera.. Semasa entri ni ditulis, senarai nama mangsa masih belum diketahui..

Bila dengar tentang ada kemalangan bas camni, memang merisaukan terutama bila ada ahli keluarga yang naik bas.. Eraz memang dah serik naik bas tapi kalau terpaksa, kena la jugak kan.. Sama-sama kita doakan agar tiada lagi nahas kemalangan macam ni lagi..  Amin..

Read more ...

Tuesday 13 January 2015

Isu Gadis Bertudung Dipeluk Artis Kpop Disiasat Jawi

Isu Gadis Bertudung Dipeluk Artis Kpop Disiasat Jawi
Isu Gadis Bertudung Dipeluk Artis Kpop Disiasat Jawi

Assalamualaikum w.b.t.. Isu gadis bertudung dipeluk artis Kpop sebenarnya dah jadi viral sejak semalam atau kelmarin kot.. Tapi Eraz baru dapat tahu berita ni semalam.. Videonya baru sempat tengok pagi tadi tapi tak sepenuhnya la.. Apa-apa pun yang terbaru, isu gadis bertudung dipeluk artis Kpop ini akan disiasat oleh pihak JAKIM.. Memang dari semalam orang ramai memohon pihak JAKIM mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya..

Siapa salah? Siapa silap? Secara logiknya, semua boleh jadi punca dan salah kot.. Tapi jika boleh berfikir secara 'waras' ketika itu, mungkin perkara macam ni tak terjadi.. Kepada gadis bertudung, mungkin sebab teruja, terlupa seketika perkara tu.. Apa-apa pun, perkara ni dipandang serius kerana ianya dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam serta boleh mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini. Banyak benda atau perkara boleh terjadi..

Apa-apa pun, sama-samalah kita beringat untuk masa akan datang..

Read more ...

Drama Swasta Zara Faleesya


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi ni terjebak dengan drama swasta Zara Faleesya.. Lambat la sikit sampai office.. Semalam rasanya dah tidur awal.. Tapi alih-alih pagi ni macam tak nak bangun pulak di dikejutkan pada pukul 7.00 pagi tadi.. Selalu bila buka mata, bagi susu sure minum.. Tapi kali ni, bangun dengan pejam mata dan tidur balik.. Guling-guling pun tak bangun.. Adoi.. Lambat la papa mama pergi keje..

Lepas bagi dia bertenang dalam pejam mata sekejap, try kejut balik.. Ok dia bangun tapi tak nak susu dan tak nak bukak baji untuk mandi pulak.. Selalu ok je.. Haaaaa.. Something wrong.. Hehe.. Mama dia cuba nak ambil dukung dan bawa ke bilik air, dia tak nak.. Nak duduk dengan papa.. Alahai.. Lepas pujuk-pujuk memang tak nak.. Try ajak tengok Frozen jap.. Ok, dia layan jap.. Bagi susu, ok, dia minum.. Mama dia ajak mandi sekali lagi, tak nak, tapi sib baik papa ajak, dia nak.. Fuh!

Terlebih manja dengan papa ni nampaknya sejak dua menjak ni.. Terpaksa la spend masa untuk mandikan dia, lapkan badan, pakaikan baju dan semua-semua.. Lepas kami semua siap nak keluar, baru la nak dengan mamanya.. Tapi hari ni turn Eraz hantar Zara.. So dalam kete dia tidur je dalam car seat.. Sampai separuh jalan, Eraz ambil letak atas paha dan dia sambung tidur sampailah ke nursery..

Nampak pagar nursery, dia macam nak menangis.. Cakap kat dia petang ni datang ambil balik, nampak macam ok.. Sib baik tak menangis.. Pengasuh dia hulurkan tangan nak dukung, dia ok.. Alhamdulillah.. So Zara, jumpa petang ni pulak!!!

#tiba-tiba teringat yang semalam Eraz ada beritahu Zara yang Eraz nak cuba minta cuti untuk spend masa dengan dia.. seolah-olah macam dia faham pulak dengan tindakbalas tak nak mandi apa semua tu.. hehe..
Read more ...

Monday 12 January 2015

Lokum Untuk Mama

Lokum Untuk Mama | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni wife on TV9 dan ada drama Lokum Untuk Mama.. Drama ni shooting di Turki.. Best ke tak, tak sure sangat sebab tengok on off.. Heroin drama ni bertudung.. Tapi ada scene yang macam over sikit.. Siapa yang tengok, mesti perasan punyer.. Apa-apa pun, entri di tulis sebab tertarik dengan apa benda lokum tu?

Try google Lukom.. Rupanya makanan turki.. Nampak dari gambar dibawah ni, memang sedap.. Al-maklum la tak pernah ke Turki, so memang first time la dengar benda tu kan.. Apa-apa pun, siapa yang tengah layan drama Lokum Untuk Mama ni, sure dah tahu apa itu Lokum..

Read more ...

Sisi Punggung Tercalar


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba masa nak balik kerja, tertengok ada calar kat tepi belakang kereta.. Adoi.. Hamba Allah mana la pulak yang kurang berhati-hati nak masuk or keluar parking sampai 'tercium' kereta orang ni.. Kalau tak dalam, ok la lagi sebab boleh sapu kan.. Ini nampak gurisan, memang dalam.. Tapi tak boleh nak kata apa sebab perkara dah berlaku dan tak tahu bila berlaku.. 

Fikir-fikir tak pe la, sikit je kot tapi sayang tu ada la sebab jarang-jarang biarkan 'kemalangan' yang boleh merosakkan kereta.. Apa-apa pun, syukur dengan apa yang masih ada.. Cuma sikit terkilan je la kerana perkara tu berlaku,  bukan disebabkan kita.. Errrmmmmm...
Read more ...

Saturday 10 January 2015

Mahar Cinta Alia

Mahar Cinta Alia
Mahar Cinta Alia

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba tergerak hati nak google drama Cerekarama TV3 apa malam ni.. Sebabnya rasa macam dah lama tak tengok.. Kalau tengok pun, mesti masa drama tak berapa nak best.. So lepas google dapat la info tentang drama malam ni.. Tajuk : Mahar Cinta Alia yang mana antara pelakonnya Julia Ziegler, Shukri Yahaya dan Emma Maembong.. Tengok dari trailer drama Mahar Cinta Alia ni, nampak drama berat.. Adakala best juga.. 

Sinopsis? Ini je dapat.. "Hezri baru saja menganggur dan buntu untuk mencari kerja baru kerana teman wanitanya, Juliana, seorang yang sering mengongkong dan suka mengarah.." Apa-apa pun, tengok malam ni je la.. 

Read more ...

Mohamad Nor Hafiz Yahya | Selamat Tinggal

Mohamad Nor Hafiz Yahya

Assalamualaikum w.b.t.. Good Bye Hafiz ... Ini staf paling bongsu di pejabat kami .. Lepas 6 bulan bekerja, dia dapat tawaran kerja dari SPA .. Katanya kerja tu memang diimpikan dari kecil .. Memang berat kami nak lepas sebab memang boleh akui dia pekerja yang bagus tapi rezeki dia dapat kerja lain dan akan menjamin masa depan dia .. Dah habis kursus dan jadi MA nanti, jangan lupakan kami .. 

Masih muda, masa depan pun cerah.. Memang kami dah anggap dia macam 'adik' dan sangat berat nak lepas .. Apa-apa pun, good luck !! #erazfadlidotcom #kelabbloggerbenashaari #isihatianokkelate #kelantanese

Read more ...

Friday 9 January 2015

Mangsa Banjir Terdampar


Assalamualaikum w.b.t.. Ini salah satu mangsa banjir yang Eraz jumpa dalam toilet rumah Eraz lepas air banjir surut.. Terdampar mati.. Mungkin lemas dalam air lumpur.. Lipan.. Boleh tahan besarnya.. Kalau kena sengat, memang nahas la.. Menyeramkan.. Ini baru nampak sekor.. Lain-lain tak tahu la.. Harapnya semua dah berpindah tempat la.. 

Kat kampung-kampung lagi la.. Bukan setakat lipan, ular pun ada.. Ini diceritakan sendiri oleh abah ngan abang.. Semoga kita semua mangsa-mangsa banjir dijauhi oleh binatang bisa ni.. Amin..
Read more ...

Thursday 8 January 2015

Hilang | Tolong cari Mohd Iman Zafri & Nur Alysyah Zafiera

Mohd Iman Zafri & Nur Alysyah Zafiera
Mohd Iman Zafri & Nur Alysyah Zafiera

Assalamualaikum w.b.t.. Masa merayau di Twitter tadi, ramai dah retweet status yang diletakkan oleh Astro Awani yang melaporkan ada dua kanak-kanak hilang iaitu Mohd Iman Zafri dan adiknya Nur Alysyah Zafiera.. Bagi mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau mahu membantu pencarian, boleh hubungi ibu bapa Mohd Iman Zafri & Nur Alysyah Zafiera di talian 013-700 9064 atau 017-777 3985..

Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam semalam di sebuah deretan premis perniagaan di Jalan Pinang 52, Taman Daya, Johor Bahru.

Mohd Iman Zafri, 11, dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera, 9, didapati tidak kembali ke kedai tempat ibu dan bapanya bekerja selepas keluar untuk membeli sesuatu di kedai di tingkat bawah. - Astro Awani

Tak dapat nak bayangkan apa perasaan ibu bapa kedua adik ni.. Anak jatuh atau demam pun kita dah risau.. Anak terpaksa ditinggalkan di nursery pun sentiasa difikirkan.. Inikan pula hilang yang tak tahu apa keadaan mereka.. Sama-sama kita doakan semoga mereka berdua selamat..
Read more ...

Lebah mati tinggalkan Sengat !


Assalamualaikum w.b.t.. Ini satu lagi kisah yang berlaku pada Eraz malam baru ni.. Sebab lama sangat tinggalkan rumah gara-gara banjir, memang air cond tak on la.. Tapi bila dah balik rumah, waktu malam nak tidur, on la air cond.. Sekali keluar seekor lebah terbang.. Sib baik tak de sarang dalam tu, cuma dia sesat je.. Dalam 15 minit kemudian kot..

Ternampak lebah tu mati tepi katil.. Oooo ok.. Tak pe la, tak perlu halau la sebab dah mati.. So kejap lagi la ambil.. Sekali masa angkat Zara nak letak atas katil, Eraz terpijak tanpa sedar.. Mula-mula dah rasa sakit dan terus berdenyut-denyut.. Tahan lagi sebab Zara masih atas dukung dan try untuk letakkan Zara dulu.. Memang cepat pantas dia berdenyut-denyut.. Lepas berjaya letakkan Zara, baru la tengok sengat yang terpacak kat kaki tu dan terus buang.. Oooo.. Dia punnya berdenyut, memang 'best'.. Padahal lebah tu dah mati.. Isk2.. 

Terus sapu minyak gamat sebab risau akan bengkak.. Esok kerja kan.. Tidur malam tu memang dengan kaki berdenyut dan alhamdulillah bangun nak pergi kerja pagi tu, dah tak rasa berdenyut.. Boleh la pakai kasut.. Nasib baik seekor je.. Fuh! Terus teringat kisah zaman kecik.. Main sorok-sorok punya pasal, kena sengat tebuan tanah.. Hehe..

so moral of this story ialah kalau nampak lebah mati tu, terus la ambil buang.. Kalau kita yang tua ni terpijak, ok lagi.. Bayangkan kalau anak kecil macam Zara terpijak camne? Minta jauh semua tu.. 

Read more ...

Lagu Fazura - Sayangi Dirimu

Lagu Fazura - Sayangi Dirimu | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah dengar lagu Fazura - Sayangi Dirimu? Kalau cari MP3 mungkin susah nak jumpa kot.. Tapi kalau pergi kat Youtube pasti akan jumpa.. So kalau nak dapatkan MP3 Sayangi Dirimu - Fazura, convert je la.. Biasa la sebab dia pelakon, nak kata lagu tu mencabar, tak la juga.. Yang pasti memang cathy.. Kalau dengar lama-lama, kira ok la.. Tambah-tambah di chorus.. Untuk dapatkan lirik, korang boleh klik SINI.. 

Kalau ada yang tengok Facing Up To Fazura, dia ada maklum yang dia nak buat video klip.. Tapi sekarang ni memang tak muncul lagi la.. Kalau tengok kan kerja Fazura, pasti video klip dia ok kot.. Apa-apa pun, just share entri ni kot-kot korang nak try dengar lagu ni..

Lagu Fazura - Sayangi Dirimu


Lagu Fazura - Sayangi Dirimu
Read more ...

Wednesday 7 January 2015

Malaysia dijangka alami musim sejuk

Musim sejuk bakal landa Malaysia

Malaysia dijangka alami musim sejuk | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau tahun lepas, awal Januari kot, Kelantan terutamanya di Kuala Krai memang ala-ala musim sejuk.. Hari ni terbaca pula di Kosmo yang mana mereka melaporkan Musim sejuk bakal landa Malaysia sekali lagi.. Makin hari, makin pelik yang berlaku pada bumi kita.. Kadang-kadang benda yang tak dijangka.. Banjir teruk, cuaca sejuk, puting beliung.. Sama-sama kita doakan semohga tiada perkara buruk berlaku pada bumi kita ni.. Amin..

Read more ...

Wordless Wednesday #119 | Mangsa Banjir #Throwback


#Throwback
(Belum sempat bercerita di blog)

Read more ...

Tuesday 6 January 2015

01:00 am | Sesuatu Berlaku


Assalamualaikum w.b.t.. Bayang korang tengah tidur atau baru nak tidur dalam pukul 1.00 am.. Tiba-tiba kereta korang berbunyi alarm kunci.. On lepas tu duduk sekejap, bunyi off.. Ulang-ulang sampai 4, 5 kali.. Errrrmmm.. Apa yang korang akan fikir? Pertama, mungkin kereta jiran-jiran jika ada kereta yang sama.. Kedua, mungkin ada perompak atau pencuri yang mengumpan dengan main alarm kunci kereta tu.. Betul tak..

Benda ni berlaku pada Eraz semalam.. Lepas je dengar bunyi tu konsisten, pelik.. Nak keluar tengok dekat, risau ada orang sedang menanti untuk merompak ke apa kan sebab dah banyak kes macam tu.. So beranikan buka pintu je.. Grill tak bukak la.. Tengok kereta, memang lampu menyala sebab alarm tu on off.. Pelik.. Siapa tekan??

Haaaa.. Fikir-fikir dalam berdebar, teringat wife Eraz tadi masa menyimpan, terjumpa alarm kunci kereta spare dalam lumpur lepas air banjir masuk rumah baru ni.. Memang tak guna nak spare tu.. Lama dah.. So basuh just nak simpan la.. Rupa-rupanya yang dibasuh tu ada litar pintas sikit tu.. Lampu nyala.. Haha.. Terus bukak dan tanggalkan bateri.. Fuh!! Lepas tu tak bunyi dah.. Sib baik jumpa punca.. Kalau tak memang tak leh tidur dah rasanya..

So sampai sekarang, tak pasang-pasang bateri tu.. Kalau terjadi kat korang, dengar bunyi macam tu kat luar rumah, apa korang fikir?

Read more ...

Monday 5 January 2015

Pageview Mencapai 2,222,222


Assalamualaikum w.b.t.. Dalam pada buat kerja yang tertunggak sebab cuti bencana kan, ternampak PAGEVIEW blog erazfadli.com ni.. Alhamdulillah, sehingga saat entri ni ditulis, pageview mencapai angka dua juta dua ratus dua puluh dua ribu dua ratus dua.. Tiba-tiba muncul semua angka dua (2).. Satu yang boleh membanggakan Eraz sebab sejak jadi mangsa banjir ni, memang blog ni jarang nampak ada entri baru.. Tapi insyaallah, lepas ni akan kembali kepada sedia kala.. Insyaallah..

Read more ...

Konsert Akhir Gegar Vaganza #GegarVaganza

Konsert Akhir Gegar Vaganza | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz tengok Konsert Akhir Gegar Vaganza malam ni walaupun sebenarnya on off.. Persoalannya, kenapa Ifa Raziah tak menang??!! Hehe.. Just kidding.. Memang senarai pemenangnya memang terbaik di susun oleh pihak juri.. Maklum la ianya tidak dipengaruhi oleh SMS kan kecuali pemenang Persembahan Terbaik.. Sebab SMS, pemenangnya ialah Mamat Exist.. Tapi rasanya ada lagi persembahan orang lain lagi terbaik kot.. Tapi rezeki Mamat kan.. Tak boleh pertikaikan..

Berkaitan rapat dengan trending di Twitter sekarang, selain #GegarVaganza, nama peserta Mamat Exist, Rahmad Mega dan Ifa Raziah yang tersenarai.. Nama Juara Gegar Vaganza Musim 1 iaitu Ayai Illusi dan Naib Juara Gegar Vaganza iaitu Haleeda tidak tersenarai.. Apa-apa pun, dalam ramai-ramai artis yang join, memang sesuatu yang baru disajikan oleh dua orang artis ni.. Haleeda sebab dikenali dengan lagu balada tapi sebenarnya berjiwa rock! Ifa Raziah dikenali dengan dangdut tapi boleh bawa lagu genre lain dengan baik!!

#Mesti ramai akan join Gegar Vaganza Musim 2 nanti

Read more ...

Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha

Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha | Assalamualaikum w.b.t.. Kemunculan Hairul Azreen dalam Konsert Akhir Gegar Vanganza malam ni bukan mengejutkan.. Dia menari dan bla bla bla.. Tapi ending persembahan tu pelik.. Macam 'kosong'.. Sekali Nabil dengan Jihan Muse heret Hanis Zalikha ke pentas.. Hah! 'Drama' Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya kembali! Dah agak apa yang akan berlaku.. Jawapannya ialah tajuk entri ni la, Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha secara live dalam Konsert Akhir Gegar Vanganza..

Tak dapat tafsir muka Hanis Zalikha semasa lamaran tu di muka.. Mungkin terkejut.. Dua kali dia jawab 'Insyaallah'.. Tapi, sama-sama la kita doakan semoga 'masjid' berkenaan selamat dibina.. Amin.. Siapa nak tengkok video Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha secara live dalam Konsert Akhir Gegar Vanganza, boleh tengok kat youtube.. Pasti ada..

Nama Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tiba-tiba trending tu twitter.. Semuanya gara-gara Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha secara live dalam Konsert Akhir Gegar Vanganza..

Read more ...

Thursday 1 January 2015

Selamat Datang 2015


Assalamualaikum w.b.t.. Setelah beberapa hari 'hilang' dari dunia blog ni, hari ni insyaallah hari ni Eraz akan mula menulis.. Kiranya kembali kepada asal la.. Tambahan pula hari ni dah mula tahun 2015 dengan 01 Januari 2015.. Selamat tinggal 2014.. Dan Selamat Datang 2015!

Read more ...