Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 24 December 2014

TNB nafi Kelantan akan terputus bekalan elektrik

TNB nafi Kelantan akan terputus bekalan elektrik | Assalamualaikum w.b.t.. Itu yang terbaru Eraz baca di Sinar Harian secara online tadi.. Sebelum ni ura-ura tersebar yang Kelantan mungkin bergelap bermula malam ni sebab banjir besar yang melanda.. Jika betul sampai elektrik pun diputuskan, memang akan menjadi masalah kepada rakyat Kelantan.. Apa-apa pun, mungkin ini tidak mustahil cuma kita tunggulah berita rasmi..

Yang pasti, air memang makin naik di kawasan-kawasan tertentu.. Kawasan kampung Eraz pun tak terkecuali.. Terputus hubungan jalan nak keluar.. Dari tiga-tiga arah.. Air mula ada dibawah rumah.. Doakan semoga semuanya akan akan kembali ke asal.. Amin..

Read more ...

Info Banjir Kelantan | eBanjir

Info Banjir Kelantan | eBanjir
Info Banjir Kelantan | eBanjir

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum yang Kelantan dilanda banjir yang sangat besar seperti yang telah berlaku pada 2004 yang lepas.. Bandar Kota Bharu sendiri nampaknya air telah naik ke sehingga ke kawasan yang dah lama tak naik air.. MasyaAllah.. Di Gua Musang, nampaknya makin ok lepas teruk banjir 2, 3 hari lepas tapi masih ada air lagi.. Tapi Kuala Krai dah hampir tenggelam katanya.. Machang dan Tanah Merah pun sama masih lagi naik.. Rantau Panjang dan Tumpat, boleh kata semua tempat la..

Jadi untuk dapatkan laporan terkini untuk paras air Banjir di Kelantan mengikut sungai-sungai yang ada, boleh terus ke eBanjir Portal V1.01 - Kelantan di link INI.. Sama-sama kita doakan semoga semuanya akan baik pulih macam biasa.. Dan berharap juga tiada kemalangan jiwa yang berlaku.. Jadi, sama-sama kita berdoa..

Read more ...

Kelantan Belum Isytihar Darurat Banjir

Kelantan Belum Isytihar Darurat Banjir
Kelantan Belum Isytihar Darurat Banjir
Klik Untuk Bacaan

Assalamualaikum w.b.t.. Ramai yang kata dan ada pihak yang menggesa pihak Kerajaan Negeri Kelantan isytihar Darurat kerana banjir di Kelantan sangat-sangat merisaukan.. Banyak tempat dikatakan telah tenggelam dan ada beberapa jalan utama telah terputus hubungan.. Ada juga ura-ura yang kata sebuah stesen TV telah umumkan Kelantan Darurat.. Tapi sumber sahih tiada dijumpai.. Jadi anggap sahaja perkara itu mungkin tidak benar..

Apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Kelantan? Boleh klik SUMBER di bawah untuk bacaan.. SUMBER ini dan SUMBER Astro Awani berita Kelantan Belum Isytihar Darurat Banjir..

Read more ...

Keadaan Banjir di Kelantan


Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya banjir di Kelantan makin teruk.. Jam demi jam, minit demi minit, air makin naik.. Sehingga orang yang ada di pusat pemindahan pun, kena pindah lagi ke tempat yang lebih tinggi.. Lebih teruk sampai kena naik atas bukit.. Kampung Eraz di Machang pun teruk kali ni.. Dah lama tak banjir macam ni.. Call Mama pagi tadi, dia cakap yang air banjir dah nak sampai bawah rumah.. Harapnya banjir di Kelantan dan negeri-negeri lain makin surut.. Makin ramai yang menderita..
Read more ...

Monday, 22 December 2014

Happy 31st Birthday ERAZ FADLI


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tarikh 22 Disember muncul sekali lagi hari ni.. Alhamdulillah.. 22.12.2014.. Masih lagi diberikan masa dan peluang dari Allah untuk hidup di muka bumi ini.. Dalam pada family, kawan-kawan duk wish Selamat Hari Lahir, E'raz sendiri nak wish untuk diri sendiri, Happy Birthday ya ke TIGA PULUH SATU !! 31 dah ke.. Biar betul.. Baru rasa macam 13 tahun je.. Hehe.. Umur hanya angka kan, yang penting hati.. Haha.. So mesti ramai yang telah tahu E'raz ni dah masuk pangkat abang atau uncle ya.. Uncle? Errrmmmmm..

Read more ...

Sunday, 21 December 2014

Siapa nak kereta macam ni?

Assalamualaikum w.b.t.. Orang majalah Maskulin ada upload satu gambar dibawah dan Eraz terus repost sebab menarik giler.. Kalaulah ada kereta yang ada macamni, memang hebat la rasenye.. Dah la kemas je kan.. Senang nak tukar-tukar.. Gosok siap-siap.. Tapi untuk orang bujang, boleh la kot.. Bagi yang dah kahwin ni, penuh barang anak kot.. Hehe..

#Kemaskan??

Read more ...

Sanggup jual anak !

Assalamualaikum w.b.t.. Masih lagi berita di muka depan Metro Ahad ni.. Pasal kes jual anak sebab hutang along.. Sah-sah tak waras bapak budak nih.. Kite yang waras ni, tengok anak demam ke, menangis ke, lapat ke, dah rasa macam sedih.. Inikan nak jual anak.. Mungkin dia terdesak tapi tak nak sampai nak jual zuriat sendiri.. Sanggup lagi bersusah demi kebahagiaan anak-anak.. Insyaallah.. Semua berita macam ni tak berulang lagi..

Read more ...

Imbas Kenangan sempena Sedekad Tsunami

Assalamualaikum w.b.t.. Tanggal 26 Disember 2014 ni, cukup sedekad peristiwa yang paling hebat diperkatakan di seluruh dunia ni berlaku.. Mesti individu dan keluarga yang terlibat ni akan ingat selama-lamanya peristiwa tu.. Korang macamana? Masa gempa bumi dan Tsunami tu berlaku, korang kat mana?

Kalau Eraz masa tu tengah belajar di USM.. Penang kan salah satu tempat yang sampai Tsunami tu.. Tapi masa tu kebetulan ada cuti Krismas sekali, Eraz balik kampung.. So masa tu memang ada kat Machang.. Gempa Bumi tu memang dapat rasa sampai ke Kelantan.. Pelik.. Rasa macam pening je.. Memang rasa goyang.. Cuba tengok simpanan air dalam bilik mandi, memang bergoncang.. Tak sangka pula ada gempa bumi besar sedang berlaku..

Salah sorang kawan baik Eraz yang ada di USM pula masa tu buat perancangan ke Batu Feringgi.. Memang dah on the way.. Tapi alhamdulillah sebab mereka tak sempat sampai sana, Tsunami yang sampai dulu.. Apa-apa pun, itu salah satu yang diingat semasa tarikh berkenaan..

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam dan Salam Takziah kepada mereka.. Amin..

#Kelantan masih hujan sekarang

Read more ...

Saturday, 20 December 2014

Friday, 19 December 2014

Rumpai Miang Mexico

Assalamualaikum w.b.t.. Masa nak balik kerja tadi, tiba-tiba je seorang staf keluarkan cerita pasal Rumpai Miang Mexico ni.. Terlepas berita sikit sebab baru je tahu pasal Rumpai Miang Mexico ni.. Lepas borak tentang bahayanya Rumpai tu, terus tertengok berita kat TV.. Setakat ni alhamdulillah di Kelantan masih belum wujud lagi.. Tapi tak mustahil.. Boleh membiak di mana saja kan sebab dah 4 negeri kot dijumpai.. Jadi berhati-hati.. Jangan tertukar dengan ulam yang boleh dimakan..

Read more ...

Dari Degree ke Master


Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni Eraz nak share tentang pencil case ni.. Inilah pencil case yang Eraz guna sepanjang belajar di USM dulu.. Biru tu memang warna favourite.. Lepas je habis, simpan saje-saje sebab tak de niat pun nak guna semula or sambung Master.. Ada lepas habis belajar dulu, dapat exam untuk PTN la, PTD la, so guna semula la.. Lepas dapat kerja, simpan je kat rumah..

Then tergerak hati nak sambung belajar semula sebelum umur 30.. Tapi hajat tercapai masa umur 30.. Hehe.. So gunalah semua.. Kira kenangan banyak nih.. Guna lagi sekarang masa exam sampailah insyaallah awal tahun depan habis Master.. Hehe.. PhD? Errrmmmm.. Tengah fikir lagi.. Dalam kepala terbayang DBA.. Kasi rehat dulu la..
Read more ...

Thursday, 18 December 2014

Tamat Final Exam Semester September 2014


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni last paper untuk final exam Semester September 2014.. Bermula hari Ahad lepas, lastnya hari ni.. Dua assignment dah siap, tinggal dua lagi assignment kena submit by next week.. Lepas tu baru boleh merdeka untuk Semester 4 ni.. Harapnya tak de halangan la nak siapkan.. Stress untuk final exam dah lepas.. 

Bagi pelajar-pelajar OUM Kelantan memang bermasalah hari ni sebab ramai tak dapat datang untuk exam sebab tak jangka air banjir naik sangat cepat.. Ada yang sangkut berjam-jam di atas jalan raya untuk menuju ke OUM.. Ada yang memang tak boleh nak turun rumah langsung sebab dah jadi mangsa banjir..

Nasib baik Eraz ok.. Boleh sampai sebaik mungkin walaupun ada sangkut sikit..
Read more ...

Pemain No 7 Thailand Charyl Chappuis dicari2?

Charyl Chappuis

Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya lepas perlawanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 semalam antara Malaysia dan Thailand, Pemain No 7 Thailand Charyl Chappuis dicari-cari? Kenapa? Nampak gaya macam wanita yang cari infonya.. Hehe.. Tak perlu Eraz hurai kenapa mencari si jejaka ni.. Korang dah ada jawapan rasanya kan.. Sabtu ni mesti trending lagu budak Thai ni.. Nak baca 10 Fakta tentang Pemain No 7 Thailand Charyl Chappuis ni? Klik SINI..

Read more ...

Penjual melalui Facebook dan Instagram kena daftar SSM

Penjual melalui Facebook dan Instagram kena daftar SSM

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah dengar dalam group Whatsapp semalam pasal ni.. Tapi teringat semula lepas terbaca post seorang kawan di Facebook.. Penjual melalui Facebook dan Instagram kena daftar dengan SSM.. Ianya satu langkah itu megelakkan peniaga penipu.. Ok, saya bagus usaha ni bagi pengguna yang membeli melalui Facebook dan Instagram.. Tapi apa pendapat peniaganya? 
Read more ...

Senarai 17 Laluan Ditutup di Kelantan

17 Laluan Ditutup di Kelantan

Asslamualaikum w.b.t.. Nampaknya berita banjir di Kelantan memang berita yang dicari tambah-tambah lagi berita tentang laluan atau jalan yang dihalangi oleh air banjir.. Dalam kosmo pagi tadi secara online telah update senarai 17 laluan dan jalan yang tak boleh dilalui oleh rakyat-rakyat Kelantan dan yang lain.. So sama-sama kita take note.. Kalau ada hal yang penting nak pergi ke mana-mana dan jalan tersekat, sila la ambil alternatif..


Read more ...

Eraz jadi mangsa banjir Kelantan juga?


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah keadaan di hadapan rumah dan laluan nak keluar ke jalan besar.. Hujan memang tak berhenti sejak semalam.. Angin pun kuat.. Tapi tak sangka sampai macam ni.. Tak pernah lagi kot jadi sampai macam ni.. Tengok-tengok pagi, depan rumah memang dah ada air.. Nasib baik tak sampai ke tempat letak kereta..

Tong sampah yang ada depan rumah pun hanyut.. Kami terpaksa redah juga air tu.. Sebab kerja dan Eraz sendiri ada last paper final exam hari ni.. Nasib baik kereta kami ok.. Memang dengar-dengar ramai yang dah jadi mangsa banjir.. Eraz ni kira alhamdulillah belum jadi mangsa lagi cuma laluan keluar je naik air.. Harap-harap cuaca makin ok.. Kesian pada mangsa-mangsa banjir nanti..
Read more ...

Sunday, 14 December 2014

Simptom first day exam !


Assalamualaikum w.b.t.. Kali dah masuk ke semester ke-4 program MBA Eraz.. Setiap kali first day exam, sure ada simptom yang sama.. Nak je keluar office, sure rasa nak muntah.. Tambah-tambah pagi tu tak makan apa-apa kan.. Perut kosong.. Nak makan, dah tak lalu dah.. Kepala duk fikir nak jawab soalan.. Hehe..

Tapi bila lepas first paper tu, ok la balik.. Masa duk dewan exam tu, dah ok sebenarnya.. Alhamdulillah paper hari ni berjalan dengan lancar.. Jawab semua, betul ke tak, lain kira la.. Hehe.. Hari ni turn Service Marketing.. Esok exam lagi.. Human Resourse Management pulak.. 

Read more ...

Saturday, 13 December 2014

Kerja, Assignment. Final Exam, Family


Assalamualaikum w.b.t.. Niat nak update entri awal pagi tadi tak terlaksana sebab masuk je office, terus buat kerja kerja kerja.. Hehe.. Sampaikan breakfast pun di'skip'kan oleh diri sendiri.. Alhamdulillah, pukul 1 tadi baru dapat luang makan nasi.. Hilang la 'kebulur' tu.. Alhamdulillah.. Sekarang masih lagi dalam tempoh lunch break..

Kalau siapa ke instagram erazfadli, sure nampak gambar di atas tu.. Eraz dah letakkan caption 'blackout'.. Sebenarnya dah dua kali office ni blackout.. Tak tahu kenapa.. Semalam salah satu bilik siap keluar asap lagi sebab di bahagian lampu tu hampir terbakar.. Pelik betul sehari dua ni.. 

Kerja then assignment.. Semester ni kena siapkan empat assignment.. Alhamdulillah satu dah complete.. Yang kedua tinggal nak edit je.. Yang ketiga dan keempat, kena submit by 22 Disember ni.. Sempat la kot.. Pening samada nak siapkan assignment or study untuk final exam.. Tapi terpaksa pilih study final exam sebab esok dah mula exam.. Ahad, Isnin dan Khamis merupakan paper Eraz semester ni.. Good Luck untuk diri sendiri..

Balik rumah, Eraz akan pastikan Zara tidur dulu, baru lah Eraz akan mula buat assignment dan study untuk final exam.. Kalau dia ada depan mata, memang tak jadi la.. Memang rasa nak g main dengan dia je.. Hehe.. 

Read more ...

Friday, 12 December 2014

Ini bukan takde kerja, tapi mengisi masa lapang..

Read more ...

Kena tipu ke?


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni, Eraz ada la beli satu barang untuk Zara melalui blog.. Kiranya bayar kepada satu individu la.. Malangnya selepas buat payment, sampai sekarang belum lagi dapat barangnya.. Bila whatsapp, katanya dia baru keluar wad.. Pertama kali tanya, masuk wad.. ok la.. Kedua tanya, masih ada masalah yang sama.. Tanya-tanya sampai la malas tanya.. Kalau betul-betul dia sakit, kita doakan semoga dia cepat sembuh..

Tapi bila dah makan masa berbulan, macam something wrong.. Nasib baik la harga barang tu tak mahal sangat.. Mula-mula excited nak tunjuk barang tu kat Zara.. Tapi sekarang, nak marah ada la.. First time kot terkena.. Status sekarang, saya tak tahu samada kena tipu atau dia memang betul-betul sakit.. Katanya stok memang ada.. Tapi tak kan tak boleh nak minta tolong sape-sape kan.. Apa-apa je la.. Wassalam..

Read more ...

Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014

Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014
Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014

Assalamualaikum w.b.t.. Masa duk baca message-message di Whatsapp dan lepas tu belek-belek Facebook, terjumpa satu artikel yang dikongsikan oleh Berita Harian Online.. Tajuk artikel membawa maksud yang adik Puteri Balqis baru sahaja menang Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014.. Wow.. Terbaik r.. Sebelum ni ada yang mempertikaikan kemenangan adik Puteri Balqis untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2014.. Apa-apa pun, tahniah atas kemenangan di usia muda..

Read more ...

Thursday, 11 December 2014

Gadis Mabuk Setelah Pesta | Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk

Gadis Mabuk Setelah Pesta | Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk

Assalamualaikum w.b.t.. Pernah dengar dan nampak kan dua isu berkenaan di Facebook? Gadis Mabuk Setelah Pesta atau Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk.. Satu peringatan telah dikeluarkan oleh MCMC supaya berwaspada.. Kenapa? Baca apa yang tertulis di dalam gambar di atas.. Berhati-hatilah kita..

Read more ...

Instagram | Follower korang mungkin berkurangan

Read more ...

Wednesday, 10 December 2014

Noor Hafizah Mohd Idrus

Noor Hafizah Mohd Idrus | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa Noor Hafizah Mohd Idrus ni? Tiba-tiba jadi viral di media sosial.. Rasanya dari semalam kot.. Tapi Eraz sendiri perasan hari ni.. Sedikit sebanyak tentang pemilik nama Noor Hafizah Mohd Idrus ni ialah merupakan seorang Kapten Juruterbang Wanita Air Asia Yang Bertudung.. Rasanya ia boleh menjadi inspirasi kepada wanita bertudung diluar sana untuk menggapai impian..

Sekali tengok memang tak sangka yang Noor Hafizah ni seorang juruterbang.. Tapi itu tidak mustahil kan.. Apa-apa pun, cerita di sebalik Noor Hafizah Mohd Idrus ni boleh dibaca di entri Syazwan.. Bila baca-baca, dia merupakan bekas pelajar Matrikulasi Londang rupanya.. Apa-apa pun tahniah..

#Berapa umur Noor Hafizah ni ya? Cuba teka..

Noor Hafizah Mohd Idrus

Noor Hafizah Mohd Idrus

Read more ...

Annual Leave masih berbaki 36.5 Hari !!


Assalamualaikum w.b.t.. Di akhir-akhir tahun ni, ramai yang merebut peluang untuk habiskan Annual Leave masing-masing.. Ramai yang pergi bercuti ke sana ke mari.. Eraz sendiri, setakat entri ni ditulis, Annual Leave masih berbaki 36.5 Hari lagi.. Haaaa.. Banyak kan.. Tapi tiada satu pun plan nak bercuti.. Kenapa? Errrmmmm.. Setiap tahun memang akan burn macam tu je.. Kita tak macam orang kerja kerajaan, boleh kumpul-kumpul Annual Leave kan.. Sangat sangat sangat sedih bila kelayakan ada, tapi tak boleh nak gunakan..

Read more ...

Tuesday, 9 December 2014

Caffeine dalam minuman popular Malaysia

Caffeine dalam minuman popular Malaysia | Assalamualaikum w.b.t.. Senarai dan gambar ni Eraz dapat dari group rakan sekolah Whatsapp.. Maklumat ni mungkin berguna kepada rakan-rakan yang 'ketagih' dengan bahan senarai di bawah.. Ada dalam senarai dibawah yang Eraz tak sangka.. Ingatkan tak de, sekali banyak juga kandungan Caffeine rupanya.. Nasib baik jarang-jarang je ambil.. Hehe..

Read more ...

Susu Terakhir Si Kecil

Assalamualaikum w.b.t.. Awal pagi tadi isteri Eraz menerima message dari adiknya yang mana diberitahu bahawa anak kawan baiknya meninggal akibat tersedak susu.. Eraz pun kenal kawan adik ipar tu.. Memang terkejutlah.. Tak sangka langsung.. Selalu terdengar di akhbar je.. Tapi kali ni yang berada di akhbar tu ialah dikalangan kawan-kawan kita yang dikenali..

Perkara ni berlaku pagi tadi.. Seawal pukul 5.00 pagi.. Ibu bayi berkenaan masih lagi dalam pantang maksudnya bayi berkenaan masih lagi baru dilahirkan.. Apa-apa pun, semua itu telah ditentukan.. Takdir.. Kalau korang nak baca cerita penuh, boleh baca di bawah.. Eraz print screen dari harian metro online di bahagian mutahir.. Sama-sama kita sedekah al-fatihah kepada bayi berkenaan dan Salah Takziah kepada keluarganya..

Read more ...

Monday, 8 December 2014

Bila dapat panggilan mesyuarat di hari cuti ..


Assalamualaikum w.b.t.. Apa perasaan anda bila hari korang dah apply cuti, dah approve dan tiba-tiba dipanggil untuk meeting..? Haaaa.. Dalam keadaan yang happy-happy pun boleh jadi suram kan.. Ya la, kalau dah dapat cuti, mesti la ada plan tersendiri kan.. Bukan duduk saje-saje.. Macam Eraz sendiri, kalau ada staf yang sedang bercuti, jika berlaku apa-apa perkara yang melibatkan tugas hakiki beliau, nak call tanya tu berfikir 4, 5 kali sebab risau mengganggu.. Kecuali yang betul-betul urgent..

Bos, kita kadang-kadang tak boleh baca apa yang difikirkan mereka.. Mungkin pengalaman dan banyak.. Umur pun berbeza.. Keadaan keluarga yang berbeza.. Cara hidup yang berbeza.. Kan.. Kita ni, umur pun boleh kata muda lagi, baru set-up family, cuti pun susah, cuti selalu diganggu.. Jadi memang memerlukan cuti yang 'aman'..

Bila dah cuti, nak la luangkan masa dengan anak, isteri dan family yang mungkin memerlukan 'pemerhatian' kita.. Fuh! Serius memang stress kalau ada benda yang mengganggu masa cuti.. Itu yang kadang-kadang, handphone tu susah sikit nak berjawab kalau cuti.. Malas serabutkan kepala.. 
Read more ...

Kesan Embun, Hujan & Panas Pada Kereta


Assalamualaikum w.b.t.. Ada dikalangan pembaca entri yang ada kereta tetapi setiap malam tidak berteduh..? Mungkin sebab parking di kawasan tak berbumbung atau rumah ada dua buat kereta dan salah satunya terpaksa parking dikawasan tidak berbumbung? Pasti ada kan.. Eraz ada baca-baca, jika ia berlaku pada jangka masa yang panjang, kereta berkenaan akan jadi berkarat, cat mungkin hilang serinya dan mungkin boleh 'makan body'..

Fuh dashyat.. Tips orang dulu-dulu, kalau kereta berembun, pagi-pagi tu siram dengan air dulu sebelum ke tempat kerja atau lain-lain.. Itu tips paling muda kan.. Eraz sendiri pun memang alami perkara macam ni.. Kesian pulak fikir kat kereta yang terpaksa berembun dan berhujan tu.. Kadang-kadang berpanas kan.. Hehe.. Sama-sama kita elakkan..


Read more ...

Pergaduhan Malaysia Vietnam di Piala AFF Suzuki 2014

Assalamualaikum w.b.t.. Apa nak jadi ni? Perlu ke ada adegan yang macam ni? Pergaduhan antara manusia, sampaikan ada yang tercedera.. Tambah-tambah lagi dikalangan penyokong bola sepak yang masing-masing tak kenal antara satu sama lain.. Sedia maklum yang di perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam, malam tadi sedikit pergaduhan.. Apa yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian, Insiden kecil itu berlaku ketika perlawanan memasuki minit ke-85, di mana Harimau Malaya waktu itu sudah ketinggalan 1-2 kepada Vietnam.

Punca di sebalik pergaduhan itu, kita pun tak pasti.. Apa-apa pun, kepada yang tidak lagi terlibat, jangan lah wujudkan lagi peristiwa macam ni.. Kesan akibatnya, kita tak tahu.. So, bersabar.. Untuk dapatkan tontonan semula dan keputusan serta ulasan, boleh ke LINK ini.. Wassalam..




Read more ...

Sunday, 7 December 2014

Dim Sum Fever is Back !


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya masam rasa nak makan Dim Sum ni kembali tambah-tambah lagi biasa isteri tersayang ni duk sebut-sebut.. Nampaknya kena set masa pergi masa lunch ni ataupun kalau ada masa cuti bersama-sama.. Pernah try Dim Sum di Hotel Renaissance dan Hotel Grand Riverview di Kota Bharu ni dulu. Dua-dua sedap tambah-tambah lagi, ada orang belanja.. Haha.. Kalau dulu pergi dengan kawan-kawan.. Tapi kali ni, kita pergi dengan anak isteri pulak!! Cool..

#Siapa yang suka Dim Sum jugak kat sini?
Read more ...

Cool giler persalinan ni ..


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang tengok AIM21 semalam, mesti perasan persalinan Zizan.. Ada tiga warna semuanya.. Terbayang kalau ada peluang pakai.. Agak-agak ok ke tak? Handsome ke tak? Hehe.. Eraz sendiri hanya ada sut hitam dan putih je.. Tapi putih sekali je kot pakai.. Yang lebihnya hitam.. Tapi, kalau ada sut cam kat atas tu, nak pakai bila kan.. Kita bukan artis pun.. Haha.. Cuma biasa sekali tengok tu, teringin la jugak.. Peace!!

Read more ...

Saturday, 6 December 2014

Sedalam Mana Cinta, Cerekarama TV3

Sedalam Mana Cinta, Cerekarama TV3
Sedalam Mana Cinta, Cerekarama TV3

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni turn drama Sedalam Mana Cinta akan disiarkan dalam slot Cerekarama TV3.. Kali ni lakonan Izzue Islam, Uqasha Senrose, Faralyna Idris dan Jasmin Hamid.. Baca tajuk drama ni, teringat lagu popular Safura dulu.. Rasanya OST drama ni guna lagu tu.. Apa-apa pun, boleh layan ni.. Kalau tak, rekod awal-awal.. Ada sikit sinopsis drama Sedalam Mana Cinta untuk korang baca..

Zaliya mengalami pening-pening dan muntah menyangkakan hamil tapi rupanya Zaliya mengidap sakit. Suaminya Ashraf berusaha mendapatkan wang untuk menampung kos rawatan yang mahal. Apakah yang dilakukannya? - Sinopsis Sedalam Mana Cinta, Cerekarama TV3

Read more ...

'Ubat' hari ni ..

Read more ...

Selesai sebabak !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah selesai sebabak.. Tapi next week ada event lagi.. Boleh kata tiap-tiap minggu la.. Bila la nak fokus siapkan assignment dan study untuk final exam ni.. Next week dah final exam.. Apa-apa pun, syukur alhamdulillah majlis tadi berjalan dengan lancar.. Rasa dah penat sebenarnya tapi apa kan daya, tugas.. Sekarang dah masuk office semua.. So entri ni, Eraz nak share dua keping semasa majlis tadi dengan tema batik merah.. 



Sumber : Instagram
Read more ...

Friday, 5 December 2014

Maharaja Lawak Mega Minggu 4

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni sempat la menyelah on off tonton Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 4.. Tak tumpu 100% sebab tumpukan perhatian pada assignment.. Tapi kalau ada yang menarik, mata akan fokus la.. Malam ni bertemakan Parodi.. Kalau minggu lepas, memang peserta dikritik hebat.. Hanya Bocey yang menyerlah.. Tapi minggu, tak tahu nak komen apa juga sebab rasa tak 'panas'.. Ada la satu dua group yang ok..

Bintang paling banyak dapat kat Zero.. Eraz terlepas, mungkin kalau tengok pun, yang dah rekod nanti.. Man of The Match malam ni pulak dapat kat Abam Bocey.. Memang diaorang diantara yang ok malam ni.. Dan siapa tersingkir? Fazura mengumumkan tiada penyingkiran pada Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 4 ini..

Read more ...

Satay Ikan @ Lok Ching


Assalamualaikum w.b.t.. Sehari dua ni memang teringatkan Satay Ikan a.k.a Lok Ching ni.. Sama la dengan wife.. Semalam ada bincang nak order sekotak terus.. Haha.. Lepas tu berkumpul dengan family, bakar beramai-ramai.. Kalau makan Lok Ching ni lepas-lepas bakar dan cicah dengan sos manis berwarna merah tu, memang best r.. Hehe.. 

#Entri santai petang sebab sekarang masih lagi di pejabat

Read more ...

Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous

Assalamualaikum w.b.t.. Salam pagi Jumaat semua.. Hari ni Eraz nak join segmen.. Mana-mana jumpa yang menarik dan senang, terus masuk la.. Sebenarnya segmen ni segmen copy paste je.. Tapi untuk buang gian menulis, taip la sikit-sikit untuk intro.. Haha.. Jadi, Eraz nak ajak korang sertai GA RM150 Zalora Voucher terbaik ni dari SueAKGoGeous.. Buat enam langkah-langkah berikut :

  1. Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'.
  2. Publishkan entri tersebut dan masukkan URL ke ruangan komen di bawah.
  3. Follow blog SueAK.
  4. Follow Google Suriana abdul kadir.
  5. Klik sini sini sini sini sini dan sini tunggu sehingga hadis loading.
  6. Masukkan blog SueAKGoGeous ke dlm bloglist anda.

Satu pemenang utama akan mendapat Online Voucher Coupon Code dari Zalora bernilai RM150.


Manakala dua pemenang saguhati akan mendapat Marybrown Lunch Box.. Tarikh GA ini ialah dari 21/11/2014 sehingga 12/12/2014. Tiga pemenang bertuah akan diundi dengan random.org dan akan dimumkan pada 13/12/2014.

Read more ...

Thursday, 4 December 2014

Misi mencari Baju Batik Merah !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, last minute punya decision, Eraz dan wife sepakat keluar masa lunch break ni untuk carik baju batik merah.. Semuanya gara-gara nak pakai untuk satu majlis Sabtu ni.. Nak keluar lepas office, kesian pada Zara pulak kot-kot dia nak tidur ke apa kan.. So, untuk masa sejam ni, guna sebaik mungkin untuk cari.. Dah ada dua target untuk ke mana dan alhamdulillah berjaya dapatkan di butik yang pertama.. 

Eraz tak kisah akan corak cuma tak nak la nampak 'tua' sangat kan.. Itu yang bawak isteri sebab dia dah jadi perunding imej Eraz sekarang.. Try saiz, M memang cun-cun.. So piliha design, orait jumpa.. Rasanya dalam 15 ke 20 minit je kot kat butik tu.. Sempat makan tengahari dulu sebelum masuk office.. 

Sebenarnya Eraz ingat tak nak beli dah baju batik ni sebab jarang-jarang pakai kan.. Macam rugi je.. Tengok koleksi, memang tak de warna merah.. So terpaksa la beli juga.. Kalau pakai pun, seminggu sekali je kan.. Lagi pun stok dah banyak.. Plan nak pakai biru je, sekali semua officemate ada baju batik merah, so terpaksa la cari juga walaupun last minute.. 

Read more ...

Gelaran Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik

Gelaran Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik

Assalamualaikum w.b.t.. Ini salah satu berita hangat di internet dan akhbar online sekarang.. Tak perlu diwar-war tapi macam semua orang automatik tahu.. Berita memang cepat tersebar.. Eraz try google je, baca tu belum.. Haha.. Nak keluar sekejap dengan isteri tersayang sebab ada misi.. Hehe.. So siapa nak baca berita tentang Gelaran Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik tu, boleh google je.. Confirm akan jumpa entri dari blogger dan akhbar online..

#Lunch Break
Read more ...

Gaya orang tengok TV


Assalamualaikum w.b.t.. Lost.. Itu yang Eraz rasa sekarang.. Memang 'lost' semua.. Mood, semangat dan lain-lain.. Tak tahu la kenapa.. Macam ada sesuatu yang tak kena.. Rasa macam nak marah orang pun ada.. Serabut giler rasanya kepala ni.. Semalam dah sakit kepala seround kat office.. Hari ni rasanya macam nak coming soon jugak ni.. Dah rasa sikit-sikit..

By the way, dalam pada rasa 'lost' tu, belek-belek gambar Zara di dalam PC ni.. Ada banyak juga gambar yang sempat di snap untuk simpanan.. Ini salah satu yang Eraz snap masa Zara tengah layan tengok Frozen.. Siap ambil batal kan letakkan bawah dagu lagi.. Masa ni kami tengah siap-siap nak keluar rumah satu family.. Mau jalan-jalan..

Bila-bila kami sekeluarga ni dapat keluar jalan-jalan atau bercuti.. Serius serabut kepala otak ni.. Teringin nak lari dari semua ni sekejap.. Tapi sekarang ni tengah serabut nak siapkan assignment, next week nak final exam dah.. Kerja pulak, baru ni handle perlawanan boling.. Lepas tu hujung minggu, jamuan makan kat hotel.. Lepas tu Open Day pulak.. Entah bila ada masa freenya.. 

Read more ...

Tuesday, 2 December 2014

Zara Faleesya catwalk !


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya macam dah lama tak cerita pada Zara Faleesya di dalam blog ni.. Bukan tak de cerita tapi tak sempat nak mengarang.. Ini gambar semalam.. Masa ni duk main jalan-jalan dengan Zara di depan rumah.. Dah pakai cantik-cantik sebab nak pergi join jiran-jiran tetangga kenduri kahwin..

Biasa la budak kecik baru dapat 'kaki' kan.. Nak jalan je.. Tak de dah merangkak.. Satu lagi, tak nak ni papa mama pegang.. Orang takut jatuh je.. Kalau jatuh, pandai bangun sendiri dan sapu tangan.. Alhamdulillah.. Zara membesar dengan baik..

Read more ...

Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI Bulan NOVEMBER 2014

Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI Bulan OKTOBER 2014

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Macam biasa, Eraz akan umumkan blogger yang tersenarai dalam Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI secara Bulanan.. Kali ini ialah Pengomen Tegar Blog ERAZ FADLI Bulan NOVEMBER 2014.. Berikut adalah senarainya..
  1. Kathy R'bain 
  2. Mohamad Khairil
  3. Diana Rashid
  4. Mardiah Diana
  5. Ct Noraishah 
  6. Etuza Etuza
  7. Nadia Johari
  8. AMIIZAA
  9. Akif Imtiyaz
  10. Farah Waheda Wahid

Tahniah kepada Kak Kathy R'bain kerana berjaya menempatkan diri di tempat teratas.. Jadi seperti biasa sebagai penghargaan, Eraz akan hadiahkan top-up RM 10 kepada beliau.. Tanda penghargaan kecil.. Apa-apa pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi komen di blog Eraz..

Kepada semua Top 5 yang tersenarai, blog mereka semua akan dimasukkan ke dalam Bloglist Eraz sepanjang bulan Disember 2014.. Tunggu pengomen tegar blog ERAZ FADLI bulan Disember 2014 pula.. Terima kasih diucapkan kepada semua pengomen yang sudi singgah dan komen di blog Eraz..

#Tanpa korang, blog ni mungkin tidak bernyawa

Read more ...