DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 31 October 2014

Cerita Zara lagi ..


Assalamualaikum w.b.t.. Lagi cerita pasal Zara.. Kalau bukan pasal Zara, siapa lagi kan.. Nak cerita pasal diri sendiri, orang lagi la tak baca.. Kalau dulu, ya la.. Hehe.. Tengok gambar di atas, begitu sopan dia makan kek.. Guna sudu lak tu kan.. Hehe.. Macam papa dia.. Sopan.. Haha..

Tapi mula-mula ok la.. Lepas tu, sure akan guna tangan punya.. Hehe.. Biasa la budak kecil kan.. Tapi masa ni, makan dengan tangan, tak marah sangat la sebab kecik lagi kan.. Tapi dalam masa yang sama, perlahan-perlahan ajar dia guna sudu dengan betul.. Bukan senang nak bentuk kan, tapi kalau sabar, tidak mustahil dari kecil pandai gunu sudu.. Betul tak?? Peace..

Read more ...

Zara ganti Papa study ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ini kes semalam.. Balik je dari nursery tu, dia main-main lepas tu kami suapkan nasi.. Lepas makan, cam biasa, mandi, hisap susu, layan tengok TV.. Lepas tu Zara tertidur.. Penat main kat nursery la tu.. Tapi tepat pukul 9.00 malam, dia bangun la.. Apa lagi terus main la..

Selama ni memang Eraz letak buku kat atas tu, memang dia tak usik sebab dah ada buku pad dia sendiri.. Sekali semalam dia tarik semua buku Eraz ke bawah.. Mungkin dia lama tak tengok Papa baca buku tu kot.. Sebab assignment pun belum buat lagi kan.. Hehe.. Tapi alhamdulillah dia tak koyak.. Dia belek-belek je.. Eraz tak bagi lama, risau jari dia luka sebab buku macam tu kan tajam.. Betul tak.. Hehe..

Read more ...

Thursday, 30 October 2014

Zara dan Bedak


Assalamualaikum w.b.t.. Zara dan bedak, memang tak boleh dipisahkan sekarang ni.. Kalau jumpa bedak je, habis la kaki, tangan, muka dia sapa.. Extra lagi, habis lantai dia hiaskan dengan badak.. Sampaikan kadang-kadang tu, memang kena sapu dengan kain basah sebab tak nak badan lantai tu licin.. Kang ada orang yang terjatuh pulak kan..

Kadang-kadang tu, tak cukup dengan badan dia, kaki kami dan lengan kami pun dia nak tuang bedak.. Eraz pun relakan je la.. Dia pun dalam mood nak main kan.. Kalau kita tutup bedak tu, memang dia akan suruh bukak.. So bukak sikit je bagi keluar sikit-sikit.. Taktik!

Lagi satu yang bagus, Zara ni cepat belajar.. Sekarang ni, dia boleh ambil pampers dia then tuangkan bedak dalam pampers sebab selalu tengok mama, papa buatkan sebelum pakaikan pampers kat dia.. Lepas tu mula la terkial-kial nak cuba pakaikan pampers sendiri.. Mana boleh kan.. Apa-apa pun, budak di umur macam Zara ni, memang cepat belajar.. Jadi perkara atau perbuatan ataupun percakapan tidak elok, memang kena sorok sikit.. Kalau ada la kan.. Untuk kebaikan anak-anak kita juga kan.. Orang sekeliling pun sama la.. Risau dia terikut..

Read more ...

Lelaki Bodoh | Bogel dan Bayar RM 100,000

Lelaki Bodoh | Bogel dan Bayar RM 100,000
Lelaki Bodoh | Bogel dan Bayar RM 100,000

Assalamualaikum w.b.t.. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni.. Macam-macam boleh berlaku.. Kalau siapa-siapa tengok Harian Metro hari ni, terpampang berita tentang Lelaki Bodoh | Bogel dan Bayar RM 100,000.. Mungkin ada sebab kenapa individu ini atau kumpulan lelaki ini berbuat demikian.. Tapi perlu ke?? Sebagai buat, kena la fikir dulu akibatnya yang mungkin akan berlaku.. Menyesal tu, memang tak boleh buat apa bila duit dah habis kena tipu, gambar aib pula mungkin tersebar..

Sama-sama kita muhasabah diri untuk elakkan diri dari terlibat dengan aktiviti macam ni.. Sama-sama juga kita amalkan budaya sihat..

Read more ...

Wednesday, 29 October 2014

Tiada AFMASUK tapi AF Diserap Semula AF 2014

Assalamualaikum w.b.t.. Tak pelik kan bunyinya? Hehe.. Maklumat ni Eraz dapat daripada program Meletop malam tadi.. Pengetua AF 2014 telah memaklumkan bahawa tiada AF Masuk untuk AF 2014 ini.. Muktamad.. Akan tetapi, akan ada pelajar yang akan diserap semula berdasarkan pilihan fakulti dan produksi.. Semuanya akan terjawab di Konsert Minggu Ke 9 AF 2014 nanti.. Pelajar mana yang akan diserap semula? Mungkinkah Adel yang akan diserap? Mungkin Muna yang akan diserap semula? Mungkin juga Zarif yang akan menjadi pilihan untuk diserap semula? Semuanya bergantung kepada mereka..




Kredit Gambar : Yumida
Read more ...

Instagram Lara Alana

Instagram Lara Alana

Assalamualaikum w.b.t.. Apahal tiba-tiba buat entri pasal Instagram Lara Alana ni? Minat ke? Ke minat mak ayah dia? Haha.. Tak de la.. Sebab teringat apa yang Awal beritahu kenapa dia buat akaun Instagram Lara Alana ni.. Salah satu sebabnya ialah sebagai diari untuk kehidupan anaknya yang bernama Lana Alana tu.. Itulah ibu dan bapa.. Tiada yang lain selain untuk anak-anak..

Lebih kurang apa yang Eraz buatkan di blog ini.. Label : Diari Nur Zara Faleesya akan terus bernyawa sebab ianya akan menjadi bacaan kepada Zara Faleesya bila dia besar nanti.. Dari situ, dia tahulah akan susah payah, suka duka sepanjang dia membesar.. Macamana pula dengan adik-adik Zara nanti? Akan muncullah Label lain kot.. Hehe.. 

#Terima kasih kerana membaca..

Read more ...

Tuesday, 28 October 2014

Bila Hati Berbicara Episod 1 | 2 | 3

Bila Hati Berbicara Episod 1 | 2 | 3
Bila Hati Berbicara Episod 1 | 2 | 3

Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna dah berakhir semalam.. Jarang drama Akasia sampai ke Episod 32 ni.. Dan akhirnya drama Bila Hati Berbicara muncul malam ni dengan Episod 1.. Tak pasti lagi sambutan drama ni macamana.. Nampak dari segi pelakon, ada pelakon baru dan lama.. Antara pelakonnya ialah Syafiq Kyle, Atikah Suhaime, Idzham Ismail, Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Hafreez Adam, Emelie Hanif.. Orait.. Ini Eraz boleh berikan sedikit sinopsis kepada korang untuk drama Bila Hati Berbicara Episod 1, 2 dan 3..

Bila Hati Berbicara Episod 1 - Emir seorang pemaju hartanah yang berjaya dan amat mementingkan darjat dan keturunan.. Tania pula seorang gadis biasa yang tinggal di kawasan setinggan.. Apakah yang berlaku apabila mereka bersaing?

Bila Hati Berbicara Episod 2 - Di pejabat Emir, dua wakil syarikat mengadu dikasari orang kampung dan seorang gadir.. Emir mentertawakan mereka tetapi juga turut memarahi mereka..

Bila Hati Berbicara Episod 3 - Kilang tempat Tania bekerja heboh apabila kisah kawasan penempatan mereka disiarkan oleh akhbar.. Pengambilan kawasan tersebut oleh syarikat Emir membuatkan Tania naik angin..

#Selama menonton Bila Hati Berbicara Episod 1 | 2 | 3

Read more ...

Peluang ada depan mata, tapi ..


Assalamualaikum w.b.t.. Peluang yang sudah ada depan mata, tapi tak digunakan sebaik mungkin.. Menyesal? Tak de gunanya kan.. Peluang keemasan memang jarang yang datang dua kali.. So, tingkatkan keyakinan diri untuk grab peluang tu.. Kalau tidak, memang menyesal la..

Kenyataan di atas tu boleh digunakan dalam banyak bidang.. Personal, kerjaya dan lain-lain.. Eraz sendiri pernah ada beberapa peluang yang rasanya disiakan.. Semua di sebab kan malu.. Malu tu telah memakan diri untuk laksanakan.. Nasib baik itu bukan perkara yang melibatkan masa depan.. Hanya untuk suka-suka.. Hehe.. 

Apa-apa pun, mari kita sama-sama yakinkan diri untuk tidak lepaskan peluang.. Anggap tiada peluang kedua lagi.. Peace no war..
Read more ...

Renungan untuk Hari Tua


Assalamualaikum w.b.t.. Perlu ke Eraz taip panjang-panjang untuk menghuraikan apa yang tersirat dalam gambar di atas? Tak perlu kota kan.. Nanti ada pula yang tak selesa dengan penulisan ni.. Jadi Eraz serahkan kepada semua untuk menilainya sendiri.. Jangan pula kita jadi macam nenek di dalam gambar di atas.. Insyaallah.. Wassalam..
Read more ...

Atikah Suhaime, Pelakon Drama Bila Hati Berbicara

Atikah Suhaime, Pelakon Drama Bila Hati Berbicara | Assalamualaikum w.b.t.. Atikah Suhaime bukanlah pelakon baru di Malaysia.. Yang pasti dah banyak jugak kot drama dan filem yang dia berlakon.. Tambah-tambah lagi sebab dia salah seorang artis yang selalu muncul untuk filem MIG sebagai MIG Talent.. Kali ni, mungkin nama dia akan mula dikenali sebab drama terbarunya, Bila Hati Berbicara akan muncul di TV3 nanti..

Apa yang pasti, Atikah Suhaime ni pernah tercalon untuk Artis Baru Wanita Popular untuk ABPBH 2013 yang mana masa tu dimenangi oleh Zara Zya.. Dengan kata lain, Atikah Suhaime ni dah dikenali ramai la jugak tu..

Atikah Suhaime, Pelakon Drama Bila Hati Berbicara

Biodata Atikah Suhaime

Nama Penuh : Nurul Atikah Mohd Suhaime
Nama Komersial : Atikah Suhaime
Tarikh Lahir : 15 Mac 1991
Asal : Singapora

Read more ...

Monday, 27 October 2014

Klon Ustaz

Drama Klon Ustaz


Drama Klon Ustaz | Assalamualaikum w.b.t.. Drama sekarang ni dah banyak yang boleh memberi pengajaran dan teladan kepada penonton.. Cuma ia bergantung kepada si penonton tu sendiri untuk mengambil sesuatu yang positif untuk kehidupan masing-masing..

TV9 ni banyak juga drama best cuma kadang-kadang macam Eraz sendiri, jarang ON TV9 dan disebabkan itu, jarang alert dengan drama yang best.. Macam contoh drama malam ni, Klon Ustaz lakonan Syahrul Ridzuan dan Anzalna Nasir.. 

Drama Klon Ustaz mengisahkan tentang Amir, merupakan pelajar universiti dan merupakan pelajar nakal.. Peribadi Amir tidak sebaik mana tetapi pertemuan dengan Mastura yang kebetulan mahu ke surau telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.. Keperibadian Mastura begitu tertib, bertudung labuh dan menjadi contoh muslimah yang baik mencairkan hati Amir yang tidak keruan memandangnya.

Lepas niat asal untuk berubah menjadi baik hanyalah untuk memikat Mastura, tapi akhirnya menjadi seorang insan yang betul-betul baik dan tidak lagi mungkin menjadi klon Ustaz.. Drama ni masih lagi bersiaran di TV9.. Jadi kalau rasa-rasa nak tengok, boleh la tukar channel ke TV9 sekejap!! Wassalam..

Read more ...

Turn Yakult ..


Assalamualaikum w.b.t.. Yakult.. Salah satu minuman yang baik untuk perut.. Sejak dua menjak ni memang Eraz selalu belikan Yakult ni.. Memang tak putus bekalan dalam peti ais.. Selain Eraz sendiri dan isteri yang suka, Zara Faleesya pun sama juga sukanya.. Cuma kami lebihkan beri jenis yang ini berbanding dengan yang biru sebab yang itu lebih masam.. Nanti sakit la pulak perut anak kesayangan hamba tu.. Setakat ni, Zara alhamdulillah..


Read more ...

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod Akhir | Episod 32

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod Akhir | Episod 32
Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod Akhir | Episod 32

Assalamualaikum w.b.t.. Eh! Rupanya hari ni dah hari terakhir untuk drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna.. Dengan kata lain, drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna dan masuk ke Episod Akhir.. Sebanyak 32 episod dipertontonkan dan ada la nampak kehangatan yang diberikan.. Mula-mula mungkin suram tapi akhirnya mampu jadi bualan.. Ramai yang dah tahu endingnya macamana sebab dah ada dalam novel kan..

Apa-apa pun, drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod Akhir atau Episod 32 ini akan memaparkan, Sarah telah menerima surat cerai daripada Luqman dan apakah Melina akan tahu bahawa selama ini Zieta memang menaruh dendam lama dan telah merancang untuk memerangkap Luqman dan Sarah? Korang kena la tengok malam ni pukul 7.00 malam di TV3.. Wassalam.. #Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episod Akhir atau Episod 32
Read more ...

Eco-Friendly Mosquito Killer & Air Purifier


Assalamualaikum w.b.t.. Entri di Isnin.. Mulanya nak mulakan dengan entri ini sebab entri ni pendek je.. Tapi terpublish kisah lain.. Hehe.. Apa-apa pun, berbalik kepada entri yang pendek dan nak minta pendapat kot-kot ada dikalangan yang membaca ni pernah membeli dan menggunakan Eco-Friendly Mosquito Killer & Air Purifier ni.. Banyak rasanya di pasaran sekarang ni kot.. Fungsi, membunuh nyamuk!! 

Blues ke semua? Relax relax.. Buat apa yang korang rasa seronok dulu.. Jangan stress dulu di pagi hari, nanti effect sampai ke petang.. Rugi la nanti..
Read more ...

Folder Gambar dalam Galaxy Tab Hilang !!!


Assalamualaikum w.b.t.. Folder Gambar dalam Galaxy Tab Hilang !!! Giler tak frust kan.. Terutama sekali gambar Zara dari kecil sampai la besar.. Video Zara masa dalam perut Mama dia, sampailah besar sekarang.. Aduh.. Nape la jadi macamni.. Tiba-tiba je hilang seolah-olah macam di format..

Asalnya cuba application Whatsapp yang corrupt.. Restore la semula.. Tunggu lebih setengah jam kot baru 100%.. Sekali bila on, semua message hilang.. Aik! Tinggal group je.. Dalam group pun semua message dah hilang.. Tak pe, message je kan..

Tiba-tiba nak on galeri gambar.. Hah!!! Semua hilang???? Giler frust.. Gambar sendiri, ok la. Gambar Zara dalam tu???? Koleksi peribadi?? Huhu... Dan sekarang ni, kalau nak snap gambar baru, application camera tu ok, tapi tak dapat save sebab no items katanya.. Errmmmm..

Siapa ada pernah alami perkara camni?? Boleh ke dapatkan semua gambar-gambar tu?? Eraz guna Samsung GALAXY TAB 7.0 plus.. Tak boleh kerja lain dah ni kot.. Browser internet pun dah tak boleh bukak di Tab ni.. Takpe la, itu boleh format kot.. Kes gambar ni.. Alahai.. Frust giler!!! Siapa ada pengalaman or tutorial cara nak kembalikan jika dapat diselamatkan??

Read more ...

Tidak Benar Wak Doyok Pilih Kasih & Tidak Adil #AF2014

Tidak Benar Wak Doyok Pilih Kasih & Tidak Adil #AF2014
Tidak Benar Wak Doyok Pilih Kasih & Tidak Adil #AF2014

Assalamualaikum w.b.t.. Semuanya gara-gara gimik yang dilakukan oleh produksi AF2014 malam ni di Konsert AF 2104 Minggu Ke 8 berkaitan dengan Wak Doyok.. Semasa tiga jejaka AF 2014 membuat persembahan Trio, iaitu Azwan, Ewal dan Zarif, pihak Astro telah siarkan video tentang lawatan Wak Doyok ke bilik pelajar lelaki AF 2014.. Dan hasilnya seperti yang ditunjukkan dalam video berkenaan la.. 

Selepas itu, Wak Doyok telah naik ke pentas AF dengan membawa 4 bag yang berisi sesuatu untuk diberikan kepada pelajar lelaki AF 2014.. Tiga yang baru membuat persembahan memang sah-sah dapat tapi lagi satu yang extra adalah untuk Aman.. Nampak tak yang Firman tidak dapat apa-apa..

Ini yang buat ramai peminat Firman dan orang luar mungkin yang tidak puas hati dan menyatakan bahawa Wak Doyok ni pilih kasih.. Wak Doyok ni tidak adil.. Anak tirikan Firman la.. Kaitkan negeri Sabah la.. Macam-macam la keluar.. Kalau tak percaya, boleh tengok twitter.. Eh eh eh.. Tak pasal-pasal Wak Doyok kena lepas lakukan gimik tu..

Sebenarnya itu hanyalah gimik dihasilkan oleh AF 2014 untuk program berkenaan.. Ada la sebabnya tu.. Yang pasti, Astro menekankan yang Wak Doyok akan datang lagi next week.. Ada kejutan la kot untuk Firman.. 

Jangan orang di luar sana, janganlah kita terus memberikan kata-kata yang tidak enak kalau tidak tahu puncanya.. Kesian la pada orang yang tidak bersalah.. Betul tak?? Wassalam..

Read more ...

Sunday, 26 October 2014

Nina & Zarif Tersingkir AF 2014

Nina & Zarif Tersingkir Minggu Ke 8 AF 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Memang dalam kepala terfikir yang Zarif akan tersingkir malam ni sebab Nina dan Aman memang di tangga selesa selalunya di akhir konsert.. Ternyata betul jangkaan yang Zarif tersingkir malam ni di minggu ke 8.. Tapi rupanya bukan seorang.. Tapi dua..

Nina juga tersingkir bersama Zarif di Konsert AF 2014 Minggu Ke 8 ni.. Disebutkan oleh Zizan & FBI bahawa Azwan, Nuha dan Aman ialah bottom 3 tetapi rupanya hanyalah drama kerana mereka sebenarnya Top 3.. Mungkin ramai yang ada pilihan masing-masing untuk tersingkir, tapi biasalah AF, undian SMS memainkan peranan..

Mungkin akan ada AFMasuk untuk AF 2014 ni? Tidak mustahil sebab masih ada satu minggu lagi mereka akan beraksi di pentas sebelum ke final.. Atau mungkin minggu depan tiada penyingkiran dan mereka berlima ini yang akan ke final.. Semuanya tak mustahil.. Inilah Akademi Fantasia, Realitinya di sini..

Diharap pihak Astro dapat bagi semua juri peluang untuk komen bagi setiap peserta sebab komen dari  Dato' Ramli MS sebenarnya sangat bernas dan bagus.. Bandingkan saje komen beliau dengan juri yang lain semasa persembahan lagu Ceritera Cinta nyanyian semua Nuha & Firman tadi..

#Lain penampilan dan wajah Yana Samsuddin di Konsert AF 2014 Minggu Ke 8 malam ni..

Read more ...

Pampers & Susu

Assalamualaikum w.b.t.. Pampers dan Susu, itu dua benda yang perlu dikenalpasti setiap masa.. Memang tak boleh biarkan stok habis.. Bayangkan pampers habis.. Sah-sah kencing merata dan berak atas lantai or tilam la.. Hehe.. Susu pun sama, lapar la anak kita kan.. Zara memang kami gunakan Drypers dari newborn.. Pernah try jenama yang lain-lain, tapi merah punggung jadinya.. Susu pulak ditukar ikut umur dan peringkat..

Kalau korang baru berkahwin or nak tambah anak, inilah barang penting.. Yuran nursery pun sama.. Sorang berapa kos.. Kalau dapat anak kedua da ketiga, bertambah lagi kan.. Tapi jangan risau, Allah itu maha Esa.. Dia berikan kita rezeki samada seorang, dua orang atau sekali gus macam kembar itu bersebab.. Maknanya kita mampu.. Cuma bergantung kepada kita untuk dapatkannya..

#Baru sekejap tadi keluar pergi beli stok pampers dan susu sebab hampir habis..

Read more ...

Konsert Minggu Ke 8 AF 2014

Konsert Minggu Ke 8 AF 2014
Konsert Minggu Ke 8 AF 2014

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni dah masuk ke Konsert Minggu Ke 8 AF 2014 dengan kata lain juga, minggu suku akhir.. Kehangatan AF memang tidak sama macam dulu.. Tapi still ada followernya yang tersendiri.. Betul tak.. Dalam 7 pelajar yang tinggal, tak pasti la siapa yang akan berada di takhta.. Cumanya, setiap minggu selepas konvo, dari awal mula-mula masuk, sampailah ke last week, Azwan lah yang sentiasa di No. 1.. Dia ke juara? Entah la labu..

Apa-apa pun, di Konsert Minggu Ke 8 AF 2014 ni, dikatakan minggu lagu pilihan produksi dan media.. Kira genre pun pelbagai lah.. Pasti kalau peminat setia AF2014 dah tahu lagu nyanyi pelajar kegemaran mereka kan.. Bagi yang belum, ini tajuk lagu yang akan mereka nyanyi..

  1. Firman - She's Gone (Steelheart)
  2. Ewal - Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
  3. Azwan - Cinta Nusantara (Sheqal)
  4. Aman - Kasih Latifah (Spider)
  5. Zarif - Romancinta (Mojo)
  6. Nina - Rescue (Yuna)
  7. Nuha - Kisah Donggeng (Stacy)
#Konsert Minggu Ke 8 AF 2014
Read more ...

12 Bandar Bakal Tenggelam

12 Bandar Bakal Tenggelam | Assalamualaikum w.b.t.. Ini gambar yang dikongsikan oleh seorang kawan di group Whatsapp.. Eraz memang tak beli paper hari ni.. Ianya berkenaan dengan senarai 12 bandar yang bakal tenggelam berikutan cuaca sekarang ni.. Bila dengar berita macam ni, agak menyeramkan.. Apa-apa pun, untuk berita penuh, korang kena google la.. Insyaallah jumpa..

Read more ...

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Assalamualaikum w.b.t


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 


Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Read more ...

Saturday, 25 October 2014

Tip untuk turun berat

Assalamualaikum w.b.t.. Tips ni Eraz jumpa kat Instagram.. Eraz tak pasti boleh pakai ke tak tapi korang boleh cuba k.. Tapi camne kalau kawan kita tu nak belanja tempat yang best.. Ada makanan favourite kite.. Ai.. Macam nak guna rezeki jangan di tolak je.. Hehe.. Apa-apa banyak cara yang boleh digunakan untuk turunkan berat ni.. Tapi pastikan yang sihat, jangan memudaratkan badan.. Wassalam..

#Cuba nak layan Mr. Istikharah kat TV3 tapi TV dah dikuasi oleh permaisuri hati kami.. Hehe..

Read more ...

Dua beranak demam ..

Assalamualaikum w.b.t.. Salam Maal Hijrah semua.. Sehari dua ni, memang ramai orang demam.. Musim kot.. Mula-mula Zara yang baru je Eraz ambil dari nursery, pegang badan cam panas-panas.. Pergi paginya, ok je tak demam.. Tapi balik nursery, panas pulak.. Rupa-rupanya kat nursery ada budak demam.. So berjangkit kat situ.. Mama Zara pun sama.. Lepas Zara demam, dia pula yang demam.. Memang nampak la dia tak larat.. Takpe, Papa seorang yang bagus! Eh! Hehe.. Papa boleh jaga kedua-duanya dengan baik..

Read more ...

Cerekarama Mr Istikharah TV3

Cerekarama Mr Istikharah TV3
Cerekarama Mr Istikharah TV3


Assalamualaikum w.b.t.. Sempena sambutan Maal Hijrah pada 25 Oktober 2014 ini, satu drama khas di TV3 yang akan mengisi slot Cerekarama akan disiarkan.. Drama berkenaan bertajuk, Mr Istikharah.. Apa yang Eraz google, sinopsis drama Cerekarama Mr Istikharah ini lebih kurang macam ni, "Seorang Ustaz (Amar Asyraf) yang menjadi idaman kepada gadis terutamanya rakan karib, Mastura (Cristina Suzanne) dan Aisyah (Amyra Rosli). Pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka berdua untuk menarik perhatian ustaz itu." Kredit : engkumuzahadin..

Berdasarkan jalan cerita, rasanya ini salah satu drama yang boleh kita tengok kerana bukan drama yang kosong.. Mana tahu melalui drama seperti ini, kita akan dapat sesuatu.. Insyaallah..

Read more ...

Sabtuday #5 | Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t.. Salam Maal Hijrah semua.. Semoga tahun ini memberikan kita lebih ketenangan, lebih rezekinya dan lebih segalanya atas semua usaha yang dilakukan.. Kepada yang bercuti, gunalah hari ini sebaik mungkin untuk diri anda dan keluarga.. Wassalam..


#Semoga kita semua dapt Hijrah ke kehidupan yang lebih baik.. Insyaallah..

Read more ...

Johan Juara Super Spontan 2014

Johan Juara Super Spontan 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Berakhir malam ni program Super Spontan 2014.. Pemenangnya adalah tidak lain dan tidak bukan, Jihan Muse..!! Eh!! Itu pilihan Eraz je.. Hehe.. Pemenang betulnya di tempat pertama ialah Johan.. Tempat kedua pulak, mulanya ingatkan Shuib, sekali dapat kat Syahrul.. Shuib terpaksa ambil ke tiga.. Kurang meriah sikit final ni sebab tak de Jihan Muse.. Eh!! Hehe.. Ramai yang stress tengok bola malam ni.. Betul tak? So Eraz layan Super Spontan je la.. Adios Amigos..

Read more ...

Friday, 24 October 2014

Gegar Gempak Festival | Kota Bharu Kelantan

Gegar Gempak Festival | Kota Bharu Kelantan
Gegar Gempak Festival | Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.. Gegar Gempak Festival satu lagi festival yang sedang berlangsung di Kelantan Trade Centre, KTC, Kota Bharu Kelantan sekarang ni.. Festival ni bermula pada hari ni dan esok bermula pukul 10 am - 10 pm.. Siapa-siapa yang nak shopping, boleh la berkunjung ke sana.. Mana la tahu jumpa yang dikehendaki.. Siapa yang nak jumpa artis favourite pun boleh pergi sebab kat sana akan jumpa Nubhan, Siti Nordiana, Yatt Hamzah dan lain-lain lagi.. Sama-sama kita meriahkan..

#Ada mana-mana blogger yang dah pergi or nak pergi esok?

Read more ...

Terima kasih Zara ..


Assalamualaikum w.b.t.. Zara ni alhamdulillah tak de perangai sangat kalau nak tidur atau apa-apa.. Kadang-kadang, kalau dia tidur kat rumah pukul 8 lebih or 9, memang sampai pagi la dia tidur.. Bangun untuk minum susu je.. Ada kadang-kadang je dia akan tidur pukul 11.30 or lebih sikit.. Itu pun selalunya sebab dia main dengan aunty-aunty dan lain-lain kat rumah mertua or mak Eraz.. Tapi bile masa dia tak nak tidur dan main sampai pukul 11.30 tu, kita la juga tak boleh tidur nya.. Kalau tak, seluruh rumah la kena kejar.. Ke situ ke sini dia pergi.. Tambah-tambah bila dia jumpa port baru nak main.. 
Read more ...

Batu dalam isi perut ikan

Assalamualaikum w.b.t.. Lihat sahaja gambar ini dah saksikan apa yang didapati dari dalam isi perut ikan yang diwar-warkan oleh seorang pencinta alam.. Dunia semakin terjejas.. Kredit @maskulinmag #erazfadlidotcom #kelabbloggerbenashaari #isihatianokkelate #PencintaAlam


Kredit : Instagram
Read more ...

Segment Blog Review by Sally Samsaiman


Assalamualaikum w.b.t.. Di pagi Jumaat ni, Eraz nak join dan support rakan blogger kita, adik Sally Samsaiman untuk segmen terbaru dia, Segment Blog Review by Sally Samsaiman.. So siapa nak join, boleh klik banner di atas.. Untuk syarat-syarat, boleh tengok di bawah.. Senang saja.. Kalau tengokkan senarai peserta, memang dah ramai la join.. Terbaik Sally.. Abe sentiasa support!!!

Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Segment Blog Review by Sally Samsaiman
  3. Letak banner dan link kan ke entry ni.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 21st Oktober - 26th October 2014 (11.59 pm waktu Malaysia) 
Read more ...

Thursday, 23 October 2014

Zara nampak lebih matang dan berdikari?


Assalamualaikum w.b.t.. Zara nampak lebih berdikari dan matang sekarang.. Ayat ni dibuktikan oleh pengasuh-pengasuh di nursery dan kawan pejabat.. Camne tu.. Dulu kat nursery, dia manja sangat dengan sorang pengasuh ni.. Tapi sekarang ni tak, dia boleh main dengan semua orang.. Dulu, takut kalau dia tengok orang yang dia tak kenal.. Tapi sekarang, Zara cuba nak adapt dengan orang tu.. Kenapa agaknya tu.. Zara nak adik ke? Nak jadi kakak kot ni.. Hehe.. Apa-apa pun, alhamdulillah dengan perubahan tu.. Tapi dengan kami, dia masih manja lagi kadang-kadang tu.. Ada je perangai baru dia buat..

Read more ...

Koleksi terbaru Zara ..


Assalamualaikum w.b.t.. Anak Patung.. Ini koleksi terbaru Zara.. Dapat je anak patung ni, memang dia main betul-betul.. Kalau cap anak patung tu tercabut, terus dia suruh orang terdekat tolong pakaikan.. Ada masa dia dodoikan anak patung ni macam yang kami buat semasa dodoikan dia.. Dan ada ketika, dia cuba pakaikan pampers.. Letak kan bedak dulu, then hamparkan pampers.. Inilah budak-budak, cepat betul dia belajar.. 

Apa yang pasti, masa tidur, dia tak de la nak pegang anak patung ni.. Masa main je kami bagi.. Malam-malam, kami akan letakkan anak patung ni elok-elok.. Itu pesan orang tua-tua.. Tak baik..

#Zara nampak lebih berdikari dan matang sekarang? Kenapa ya?

Read more ...

Wednesday, 22 October 2014

Wordless Wednesday #108

Read more ...

COOLBLOG


Assalamualaikum w.b.t.. Coolblog antara yang selalu Eraz beli.. Walaupun kadang-kadang tu minum sampai tak ingat yang benda tu sejuk, sampai menyirap naik ke kepala dan sampai sakit kepala.. Melampau tak.. Haha.. Apa-apa, kalau dulu hanya satu dua kiosk je yang ada.. Tapi lepas brand ni melonjak naik namanya, memang ramai yang sudah buka kiosk atau kedai.. Nampak nya coolblog ni memang digilai terutama remaja macam Eraz.. Remaja kah aku? Haha.. Adios Amigos..

Read more ...

Tuesday, 21 October 2014

Budak khusyuk tengok TV


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah dia Zara.. Kalau masa dia khusyuk tengok TV dengan cerita favourite, memang dia akan diam je.. Yang menyandar kat sofa tu, Eraz yang buatkan.. Selalunya dia duduk je atas carpet tu.. Kalau masa ni, nak buat apa-apa kerja pun boleh.. Ya la, orang dah besar kan.. Dan sekarang, dah ada mainan baru.. Eraz baru beli.. Setakat ni Zara tak boring lagi main dengan mainan tu.. Nampak kan apa yang dia pegang.. Macam-macam dah dia buatkan.. Apa yang di buatkan? Jap lagi boleh cerita..

Read more ...

Ini lah dia kalau Papa tak larang !


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah Zara Faleesya, suka sangat tengok TV dekat-dekat.. Kalau Papa Mama tak larang, bertenggek la dia tak situ.. Kadang-kadang boleh pulak di menonggak dagu kat situ.. Tapi sebab memikirkan masa depan dan kesihatan mata dan maybe telinga, terpaksa la kami larang.. Kadang-kadang ada juga dia merajuk.. Tapi sekejap je.. Seronok sangat tengok TV dekat-dekat tu.. Ada masa dia berdiri betul-betul dekat decoder tu, nak tukar channel pun tak boleh.. Hehe..  
Read more ...

Monday, 20 October 2014

Pelangi Selepas Hujan !


Assalamualaikum w.b.t.. Tersirat tak ayat untuk tajuk entri tu? Pelangi selepas hujan.. Betul la kan.. Pelangi tak akan keluar kalau tak terlebih dulu hujan.. Berbalik kepada ayat di dalam gambar di atas.. Kebahagiaan, siapa yang tak nak kan.. Kesakitan dan kesengsaraan, siapa yang nak kan.. Tapi macam ayat tadi, pelangi tak akan muncul kalau tidak turunnya hujan yang sedikit..

Oleh sebab itu, segala apa cabaran dan dugaan yang telah muncul atau bakal anda hadapi, bertenang, insyaallah, anda akan dapat harungi.. Tiada yang mustahil dalam dunia ni.. Usaha tangga kejayaan..

Read more ...

Sunday, 19 October 2014

Adel Tersingkir AF 2014

Adel Tersingkir | Assalamualaikum w.b.t.. Inilah AF, selepas Muna yang dikatakan antara pelajar terbaik tersingkir, hari ni giliran Adel tersingkir di Minggu Ke 7 AF 2014.. Ramai yang memikirkan bahawa Nina yang bakal tersingkir tetapi selepas senarai Bottom 3 diumumkan, kali pertama Ewal dan Adel berada di tempat berkenaan bersama Nina.. Apa boleh buat kepada peminat Adel, inilah Akademi Fantasia.. Realitinya di sini..

Read more ...

Konsert Minggu Ke 7 AF 2014

Konsert Minggu Ke 7 AF 2014

Konsert Minggu Ke 7 AF 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum menulis tentang Konsert Minggu Ke 7 AF 2014 ni, rasanya hari ni, blog erazfadli.com ni suram sikit sebab tak de entri langsung di siang hari.. Yang ada cuma seawal pagi tadi iaitu entri ringkas INI.. Insyaallah, selepas ni akan cuba untuk kekalkan momentum seperti sebelum-sebelum ini.. Berbalik kepada Konsert Minggu Ke 7 AF 2014 ni.. Rasa macam cepat la pulak kan sebab dah masuk ke Konsert Minggu Ke 7 AF 2014..

Konsert Minggu Ke 7 AF 2014 memang belum mula lagi sebab baru pukul 8.15 pm ni.. Yang tersingkir pun tak tahu siapa lagi. Tapi yang pasti, temanya memang dah tahu.. Klasik.. Rasanya pernah pelajar-palajar AF7 diberikan lagu-lagu klasik tapi klasik kali ni lebih lama dari pelajar AF7.. Masa di AF7, memang pengkritik memberi komen rata-rata tak sesuai diberikan diminggu-minggu yang hampir ke final ni.. Mungkin di minggu yang awal sebab ada sesetengah lagu, tak mencabar vokal pelajar..

Tapi di Konsert Minggu Ke 7 AF 2014 ni, katanya ada lagu yang akan mencabar vokal pelajar.. Tapi tak tahu la dari segi kemeriahan.. Suram ke? Ok ke? Gempak ke kan.. So tunggu je la pukup 9.00 pm malam ni.. Eraz ni tak tahu lagi sempat tengok atau tidak.. Ada kemungkinan tertidur depan TV sebab rasa mengantuk dari tadi ni.. So antara dua lagi lah! Hehe.. Peace no war..

Read more ...

Alhamdulillah ..

Assalamualaikum w.b.t.. Dikurniakan lagi rezeki untuk meneruskan kehidupan di awal 19 Oktober 2014.. Hari ni as usual, cuti dan plannya hanya bersama Zara Faleesya.. Kalau ada luang, nak mula buat assignment..Itu pun masa Zara tdo je la kot.. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan semoga hari ni menjadi hari yang lebih baik untuk kita semua.. Amin.. Wassalam..

Read more ...

Saturday, 18 October 2014

Sabtuday #4 | Selfie dengan penuh masalah


Assalamualaikum w.b.t.. Selfie dengan penuh masalah.. Bukan masalah besar cuma ngantuk, banyak keje, assignment belum siap, terus jadi macam malas je.. Tp petang ni ken submit n present Bajet 2015! Fuh.. #erazfadlidotcom #kelabbloggerbenashaari #isihatianokkelate #atoffice #asianboy #hujungminggu #Selfie

#Ayat-ayat akhir, copy dari Instagram erazfadli..

Read more ...

Jihan Muse Tersingkir Super Spontan 2014 (Separuh Akhir)

Jihan Muse Bertudung
Jihan Muse Tersingkir Super Spontan 2014 (Separuh Akhir)

Assalamualaikum w.b.t.. Tertangguh nak taip entri sebaik saje Jihan Muse diumumkan tersingkir bersama Rahim R2 selepas kumpulan Mawas Berduri tewas kepada Biawak Laser dalam Super Spontan 2014 Peringkat Separuh Akhir.. Kenapa tertangguh? Sebab main dengan Zara.. Sekarang ni, Zara dah tidur.. Boleh sambung balik menaip apa yang ada dalam fikiran yang nak juga diluahkan..

Ingatkan Jihan dapat la ke final.. Sekali kumpulan Mawas Berduri kalah la pulak.. Jadi berlaku la dua penyingkiran serentak.. Sentap juga rasa.. Haha.. Kecewa la sikit kan.. Hehe.. Selangkah je lagi nak final.. Tak pe, next year cuba lagi.. Mana tahu rezeki Jihan di final pulak kan.. Nak kata tak lawak, dua tiga minggu ni, memang menjadi permainannya.. Di awal dulu, Jihan nampak jarang dikeluarkan ke pentas.. Tapi bila dah sikit pemain, kerap pulak dia naik.. So, next year, mungkin akan lagi hebat sebab dah ada pengalaman tahun ni kan.. Hehe.. So!! Good Luck!!

#Dah macam ucapan untuk Jihan je..

Read more ...

Friday, 17 October 2014

Lesung Pipit itu Kecacatan?


Assalamualaikum w.b.t.. Lesung Pipit.. Siapa yang ada, memang boleh buat muka nampak lebih manis kalau senyum.. Betul tak.. Sebelum ni, isteri Eraz memang ada cerita yang lesung pipit sebenarnya adalah kecacatan.. Tapi kecacatan yang boleh buat orang nampak lagi menarik.. So, tak de masalah la kiranya berlesung pipit.. Eraz ada la sikit kot lesung pipit ni tapi Zara Faleesya, memang nampak.. Mama dia? Tak de kot.. Hehe..

Read more ...

Anugerah Planet Muzik 2014

Anugerah Planet Muzik 2014

Anugerah Planet Muzik 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Anugerah Planet Muzik 2014 rupa-rupanya malam ni.. Clash dengan Super Spontan ke? Nampaknya tak sebab channel lain-lain.. Mana satu pilihan korang? Dua-dua tak tengok?? Ok ok.. Fine.. Hehe.. Kalau Eraz, selalu layan Super Spontan.. Apa-apa pun, kalau dulu..

Kalau dulu, memang dari awal Eraz akan follow dan update entri tentang Anugerah Planet Muzik ni.. Dari mula percalonan, sampailah keputusannya.. Tapi sejak setahun dua ni, memang benda berkisar dunia hiburan dah kurang dalam blog erazfadli.com.. Tak de langsung tu tipulah.. Ada, cuma Eraz akan tulis mana yang Eraz rasa perlu or yang Eraz selalu tengok.. Dan maybe juga yang menarik untuk dibaca..

Macam contoh Anugerah Planet Muzik 2014 ni, memang tak tahu pun akan berlangsung malam ni.. Diaorag maybe tak buat promo kot.. Tapi siar kat Astro.. Mustahil Astro tak ambil tindakan drastik promote kan.. At least, terjual jugak iklan.. Entah.. Apa-apa pun, ini sekadar entri biasa.. Bukan nak ulas pasal percalonan Anugerah Planet Muzik 2014 atau keputusan Anugerah Planet Muzik 2014 yang akan berlangsung malam ni.. 

Read more ...

Thursday, 16 October 2014

Spontaneous Thursday #9 | Lemau


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni masuk je office, rasa macam lemau je.. Malas, penat dan lain-lain.. Sebelum datang kerja, bangun je pagi, Solat Subuh, mandi semua semua, otak ni ligat fikir tentang apa kerja yang penting dan urgent hari ni.. Sampai je office, terus rasa semacam.. On PC then tak tahu nak buat mana dulu.. On Galaxy Tab, baca-baca message-message Whatsapp yang mana tertunggak dari semalam.. Ribu riban.. 

Lepas tu makan Kit Kat sebagai breakfast.. Baru la boleh mula buat kerja satu persatu.. Ramai staf buat kerja luar hari ni.. So kat office, memang kena betul-betul pandai bahagi masa la.. Tiba-tiba teringat kat wife,, Eh! Apa lagi, terus call ajak lunch.. Berkejar keluar sebab lunch break kan 1 jam je.. Tapi alhamdulillah semua nya ok dah sekarang.. 

#First entri hari ni pun lambat muncul!
Read more ...

Kisah Proton Gen-2 Biru


Assalamualaikum w.b.t.. Masa on the way pagi ni, Eraz ter'follow' kereta Proton Gen-2 yang berwarna Biru.. Kenapa? Tak sengaja pun.. Sama jalan nak pergi kerja.. Cuma nak jadikan cerita, dulu dulu dulu, memang Eraz berkenan giler dengan kereta warna biru.. So masa mula-mula kerja dulu, dah pasang angan-angan nak beli kereta Proton Gen-2 yang bewarna Biru lepas tengok kereta sama macam kat atas tu di satu tempat..

Survey punye survey, masa keluaran awal tahun 2009 tu, tak de warna biru.. Frust la sikit sebab rasa memang cantik giler kalau dapat.. So grab la Proton Gen-2 yang berwarna lain.. So sampai sekarang kereta yang ada sekarang belum bertukar warna.. Hehe.. Jarang-jarang nampak atas jalan raya sekarang Proton Gen-2 Biru.. Kalau ada yang nak jual Proton Gen-2 Biru, tak nak sebab dah second hand.. Haha..
Read more ...

Wednesday, 15 October 2014