Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 30 June 2014

Soft-Shell Crab with Salted Egg Yolk


Assalamualaikum w.b.t.. Masa puasa-puasa ni, nafsu makan tu biasa la.. Kalau tak dibendung, memang 'nahas la'.. Tapi alhamdulillah, sepanjang 2 hari berpuasa ni, makanan tak de yang membazir lagi.. Isteri masak memang cukup-cukup yang kami sekeluarga dan bekalan sahur sekali.. Terima kasih isteriku! Eraz selalu pesan, simple-simple pun tak pe, janji kenyang.. Kan dah tahu apa makanan kegemaran masing-masing kan..

Apa kaitanya gambar di atas tu? Soft-Shell Crab with Salted Egg Yolk.. Dalam kepala ni, memang terbayang makanan tu.. Yang tu, isteri tak boleh masak la sebab susah nak cari Soft-Shell Crab tu.. Kena order kat restoren la nampaknya.. Bila tu, tengok la camne.. Hehe.. Mana tahu time-time tak sempat nak memasak, boleh order kan.. Hehe.. 

Read more ...

Perancangan Allah Mengatasi Segalanya


Assalamualaikum w.b.t.. Perancangan Allah mengatasi segalanya.. MasyaAllah.. Tapi itulah takdir.. Hari ni Eraz nak jemput korang baca coretan ringkas dari blogger Rina Fatin tentang kisah beliau mendirikan rumahtangga dan sejurus esoknya, ayahnya pula meninggalkannya.. Ianya seolah-olah Allah menggantikan ayah dengan suami.. Klik LINK ini.. Jika tidak keberatan, boleh tinggalkan komen di sana.. Wassalam..

Read more ...

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014/1435H Bagi Semua Negeri Di Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014/1435H Bagi Semua Negeri Di Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014/1435H Bagi Semua Negeri Di Malaysia | Assalamulaikum w.b.t.. Seperti biasa, kalau di bulan Ramadhan, pasti ramai yang akan mencari Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014/1435H Bagi Semua Negeri Di Malaysia.. Oleh sebab itu, satu entri khas ni akan mengumpulkan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014/1435H Bagi Semua Negeri Di Malaysia.. Ianya disediakan olej Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.. Korang boleh download untuk negeri masing-masing di laman web rasminya..

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Perlis 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Kedah 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Pulau Pinang 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Perak 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi WP Kuala Lumpur & Putrajaya 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Selangor 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Sembilan 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Melaka 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Johor 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Pahang 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Terengganu 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Kelantan 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Sarawak 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Sabah 1435H / 2014
Klik DISINI

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi WP Labuan 1435H / 2014
Klik DISINI

Read more ...

Video menarik Demam World Cup

Klik Gambar untuk Video Penuh

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa dah tengok video World Cup Fever by JinnyBoyTV? Yang pasti, ramai giler pelakonnya.. Antaranya ialah Zizan Razak dan Vince AF1 dulu.. Video ni sempenan Demam World Cup ni.. Kalau nak tahu apa yang berlaku pada mereka yang mana hanya akan berlaku sekali dalam empat tahun, memang kena tonton.. Siap ada yang dapat kad merah dari girlfriend.. Bagaimana si Zizan tiba-tiba ke rumah Rueben Kang dan sesuatu telah berlaku.. Scene mereka dalam minit ke 4:00.. Apa-apa pun, ada masa luang sikit, jon tengok video menarik tentang Demam World Cup ni.. Klik sini untuk Video Penuh!

Read more ...

apo bondo eh ni edisi ramadhan

Apo bondo eh ni Edisi Ramadhan

Apo bondo eh ni Edisi Ramadhan | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam ada sangkut keyword ' apo bondo eh ni edisi ramadhan '.. Uik! Setahu Eraz, apo bondo ni eh ni sampai Episode 3 je.. Ke dah ada apo bondo ni eh ni sampai Episode 4 ? Cuba la buka game tu di Tab, tapi tak de lak di update untuk edisi Ramadhan.. Mungkin ada yang try and error.. Apa-apa pun, selamat mencaeri jawapan apo bondo eh ni edisi ramadhan jika ada dan Selamat Berpuasa! 

Read more ...

Sunday, 29 June 2014

Nama Islam Felixia Yeap

Nama Islam Felixia Yeap | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ada yang dah baca berita tentang seorang model berbangsa Cina akan memeluk islam pada hari ke - 5 bulan Ramadhan ni.. Ya, dia ialah Felixia Yeap.. Alhamdulillah.. Insyaallah akan bertambah seorang lagi umat Islam.. Apa yang Eraz dapat tahu, dalam satu temubual di Astro, Felixia Yeap telah ada nama Islam nya..

Felixia memberitahu ianya datang melalui mimpi.. Namanya akan bermula dengan huruf R dan R.. Dia telah memberitahu terlebih dahulu nama hujungnya iaitu Rania.. Sama-sama kita doakan semoga niat murni Felixia Yeap untuk memeluk islam di hari lahirnya pada 05 Ramadhan akan tercapai dan tiada halangan.. Amin..

Read more ...

Hujan lebat !

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanye bukan sekali, tapi dah berkali-kali kot hujan lebat plus angin kencamg dan plus lagi kilat petir.. Ada sampai sekali tu, masa Eraz on the way balik KB, pokok tumbang merintangi jalan raya.. Terpaksa la u-turn semula dan ambil jalan lain.. Dah la masa tu nak maghrib..

Hari Khamis baru ni, lain sikit dari segi masa.. Selalu semua tu berlaku petang atau malam.. Tapi khamis baru ni di tengahari.. Hari ni lak macam biasa waktu orang nak balik kerja tapi berbezanya di hari pertama puasa.. Terus terfikirkan keadaan gerai-gerai bazar ramadhan.. Mana la tahu dengan angin kencang, terbang gerai mereka nak mencari rezeki..

Kami memang jarang ke bazar Ramadhan.. Macam hari ni, alhamdulillah wife memasak.. Walaupun dalam keadaan sakit akibat cabut gigi, tapi masih mampu memasak.. Alhamdulillah.. Masak sikit pun dah ok bagi Eraz sebab kami berdua je kot.. Zara kecik lagi.. Sepanjang wife memasak, Zara memang kena duduk bermain dengan papa la.. Tak boleh ke dapur.. Hehe..

#Selamat berbuka puasa semua!

Read more ...

Ada apa dengan 'diari'?


Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya semalam terjumpa satu blog yang menulis tentang diari kisah hidup dia.. Cuba luang masa dalam 5 minit untuk baca apa yang dia tulis.. Rasa macam dapat faham dengan apa yang disampaikan.. Tapi blog berkenaan dah tak terupdate sehingga kini.. Last bulan puasa tahun 2006..

By the way, korang semua pernah ada diari? Atau sekarang masih menulis dalam diari? Bukan diari untuk hal kerja, tapi cerita personal korang? Jujurnya Eraz pernah ada diari.. Bila? Berkurun yang lama la.. Zaman semasa menunggu result PMR.. Lepas tu stop.. Timbul balik semasa menunggu result SPM.. Lepas di matrix sekejap.. Kalau baca balik, memang nak tergelak pun ada, tapi pengalaman kan.. Tak dapat di jual beli..

Tapi sekarang? Tidak lagi.. Tiada lagi diari bertulis.. Dah kurang masa nak menulis.. Lebih kepada membuat kerja-kerja office dan menulis blog ni je la.. Blog ni pun di kira diari.. Siapa masih menulis diari? Kenapa agaknya?

Read more ...

Lamanya berdarah..


Assalamualaikum w.b.t.. Berdarah? Apa yang berdarah? Sebenarnya semalam dalam tengahari macam tu kot, wife Eraz pergi cabut gigi.. Memang sakit, tak tahan so dia decide cabut saje la.. Gigi geraham.. Rasanya yang bongsu kot.. Cabutnya dah selesai tapi ..

Tapi Eraz nak tanya, kepada sesiapa yang pernah cabut gigi geraham, berapa lama gusi tu akan berdarah? Citerkan sikit pengalaman.. Terima kasih..
Read more ...

Saturday, 28 June 2014

Baju Melayu?


Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t.. 'Kenapa isteri aku ni amek baju Melayu?'.. Itu persoalan pertama yang bermain dalam kepala masa mula-mula tengok isteri ambil baju Melayu.. 'Buat ape?'.. Haha.. Itulah bila pelupa datang.. Dah plan nak pergi solat Tarawih malam pertama, alih-alih pagi ni dah lupa sebab kalut nak pergi kerja.. Hehe.. Kami akan pergi tarawih dari rumah Mak Mertua.. So awal-awal pagi, terus angkut la baju Melayu masuk dalam kereta.. 

#Berikutan dengan itu, jika tiada keuzuran, marilah kita semua menunaikan tarawih.. Selamat Bertarawih dan Berpuasa! Niat jangan lupa..

Read more ...

Percayalah!


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni hari terakhir kita semua umat Islam boleh makan di siang hari sebab esok dah mula puasa.. Percayalah! Eraz sendiri pun kadang-kadang rasa macam tak percaya.. Rasa macam baru je habis puasa tahun lepas.. Tahun ni dah muncul lagi.. Apa-apa pun, alhamdulillah.. Berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh kebaikan untuk kita semua.. Sama-sama kita jalani ibadah puasa sebaik mungkin..

Jika tahun lepas, dalam bulan puasa Zara lahir.. Jadi tahun ni, hampir-hampir kan Raya Aidilfitri tu, Zara cukup setahun.. Alhamdulillah.. Dah besar anak papa.. 3, 4 hari lepas tu, hari lahir Mamanya pula.. Hehe.. So papa decide, kita rai masa hari Raya Pertama la.. Makan biskut raya.. Hehe..

Read more ...

BMBR5103 - Business Research Methods


Assalamualaikum w.b.t.. Bermulalah musim sibuk fokus kepada assignment untuk Semester 3.. Untuk subjek BMBR5103 - Business Research Methods, kami kena siapkan dua assignment.. Sebelum memulakan buat assignment BMBR5103 Semester Mei 2014 ni, Eraz kena baca at least 10 journal-journal yang telah dipublish sebagai rujukan kepada tajuk yang Eraz pilih..

Setakat ni alhamdulillah dah jumpa sebahagai journal yang menarik dan kualiti yang agak ok serta lebih penting, kena bersesuaian dengan tajuk la.. Bila kerja, lepas tu nak study dan siapkan assignment, memang mencabar jiwa dan raga.. Haha..
Read more ...

Menguji kesabaran ..


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni pagi-pagi dah menunjukkan diri akan mengalami stress.. PErtama sekali masuk office, duduk dan buka on PC, sekali ada error.. Software window bermasalah la pulak.. Kepala duk fikir tentang dokumen kerja yang perlu dibackup.. Bukan sikit.. Lepas tu, bahan-bahan assignment yang telah dicari dan assignment yang telah dikemaskini..

Rilex dulu, tenangkan otak.. Kena cari makan dulu.. Nanti bertambah stress.. Tarik nafas, hembus.. Tarik nafas, hembus.. Positif-positif..

Read more ...

Friday, 27 June 2014

Tuhan, Jaga dia untukku ..


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba entri malam ni ala-ala nak jiwang sikit.. Pasti korang pernah dengar lagu terbaru Dato' Siti Nurhaliza kan.. Jaga Dia Untukku.. Kalau dengan lagu, memang best.. Lirik pun best.. Eraz cuba dengar satu-satu lirik.. 'Tuhan, Jaga dia untukku selamanya ku ada.. Mencipta syurga bersama menyayangi mendampingi dia'..

Apa yang pasti, itulah luahan dan perasan Dato' Siti semasa mendapat tahu suaminya, Dato' K cedera kemalangan di New Zealand dulu.. Masa tu Dato' Siti tengah buat persediaan nak buat konsert di Indonesia kot.. Sampaikan dia terpaksa tarik diri.. Boleh rasa betapa risaunya dia dari jauh dan mendoakan kesejahteraan suaminya..

Apa-apa pun, ini umumlah.. Kita sendiri akan automatik akan rasa macam ni kalau berjauhan dengan orang yang tersayang.. Semuanya kita serahkan kepada tuhan tetapi haruslah diiringi dengan doa.. Insyaallah semua kan ok..

Read more ...

CPUV Nuffnang : Ikea - June Sale Campaign #3


Assalamualaikum w.b.t.. Rabu lepas, Eraz ada update tentang CPUV Nuffnang : Stadium Astro World Cup.. Hari ni alhamdulillah.. Wujud satu lagi CPUV untuk memaparkan iklan  Ikea - June Sale Campaign untuk dikongsikan dengan rakan-rakan blogger yang lain.. Rezeki dipertengahan tahun untuk semua blogger dari Nuffnang..

#Berkongsi

Read more ...

Sedar tak sedar, dah Semester 3..


Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya tak sangka juga sebab di saat ini, Eraz dah masuk Semester ke-3 untuk program MBA di OUM ni.. Kalau sebelum sambung MBA ni, risau kot-kot tak dapat nak bagi tumpuan.. Ya la, kerja lagi, family lagi kan.. Alhamdulillah juga result kedua-dua semester sebelum ni pun baik.. So syukur..

Di Semester ke-3 ni, Eraz kena lebih fokus kepada banyak benda.. Ya la, kebanyakkan nya Eraz kena banyak mencari sumber journal di internet dan baca.. Kalau tak, memang tak dapat la nak siapkan assignment.. Apa subjek nya? Ini Eraz kongsikan :

BMBR5103 - BUSINESS RESEARCH METHODS
BMLW5103 - BUSINESS LAW
BMST5103 - STRATEGIC MANAGEMENT 

Nampak tak? Business Research Method tu memang memerlukan Eraz membaca banyak giler journal sebab kena buat ala-ala tesis.. Kedua lak, Law.. Kalau tak pening dengan akta-akta, memang tak sah la.. Haha.. Sekarang ni memang tengah sibuk dengan assignment.. Doakan yang terbaik ya.. 

Read more ...

Oppo R827


Assalamualaikum w.b.t.. Salam pagi Jumaat semua! Entri pagi ni Eraz nak cerita tentang handphone terbaru Oppo R827.. Di beritahu yang handphone jenama ini antara yang terbaru yang sampai ke Malaysia.. Betul ke? Kat mana-mana kedai handphone, mesti ada iklan tentang handphone ni.. Eraz ada upload di Instagram gambar di atas.. Rujuk SINI..

Sumber memberitahu yang Oppo ni milik China.. Sampai ke Malaysia dalam bulan Mac atau April lepas.. Rasanya la.. Sebenarnya, sebelum ni duk survey tentang handphone yang best sekarang.. Nak beli.. Tapi bukan untuk diri sendiri.. Tapi untuk isteri.. Dia pakai Sony Ericsson.. Dalam kepala, nak rembat Samsung atau Lenovo je.. Sebab tu sebelum ni ada tanya di facebook tentang pendapat handphone Lenovo.. Ada positif, ada negatifnya.. So, sebelum ni KL baru ni, rembat la dulu.. Sampai rumah, memang penat sebab bekerja selepas waktu kerja.. Eraz ada cerita di entri INI..

Last-last bila sampai ke kedai, tanya itu, tanya ini, Oppo telah menjadi pilihan.. Alhamdulillah, nampaknya isteri pun ok je guna.. User friendly jugak la.. Gambar untuk camera, memang tip top samada kamera depan, atau belakang.. Rata-rata di semua kedai suggest untuk beli Oppo..

#Sendiri bila la nak tukar hp.. Setia lagi kot.. Hehe..

Read more ...

Thursday, 26 June 2014

Siapa boleh teka?

Assalamualaikum w.b.t.. Budak dalam gambar tu, tidak lain dan tidak bukan, Zara Faleesya la.. Penat bermain, tu yang ketiduran sekejap kot.. Kejap lagi, bangun la tu.. Tapi, siapa boleh tek, baju apa yang Zara pakai? Hehe..

Read more ...

Gambar Proton Zaara 2014

Gambar Proton Zaara

Gambar Proton Zaara 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya last month kot, adik ipar Eraz hantar gambar-gambar Proton Zaara yang bakal dikeluarkan oleh Proton pada tahun ini.. Cuba google berita rasmi, malangnya tak jumpa.. Tapi terjumpa entri-entri yang menyatakan Gambar Prototaip Proton Zaara yang tersebar sebenarnya.. Jadi tiada kesahihan la tentang betul atau tidak sebenarnya..

Gambar Proton Zaara yang tersebar ni ada EMPAT semuanya.. Selain gambar di atas, korang boleh tengok di entri INI.. Kenapa adik ipar Eraz hantar gambar Proton Zaara ni pada Eraz? Sebab nama anak Eraz kan Zara.. So sesuai sangat la kalau Zara pakai.. Tapi Zara kecik lagi.. Hehe.. Tapi kebetulan la.. Reka bentuk macam pernah dilihat.. Semua tahu kan..

Gambar Proton Zara ni tak pasti betul atau tidak.. Jadi tunggulah pengumuman rasmi nanti.. Wassalam..

#Eraz tak de plan lagi nak tukar kereta.. Siapa berminat dengan rekabentuk Proton Zara?

Read more ...

Wednesday, 25 June 2014

Kasih seorang abang ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum baca berita ni (klik SINI), jujurnya apa perasaan korang bila tengok gambar ni? Eraz juga seorang abang, seorang anak dan yang terbaru seorang bapa, rasa macam sebak bila tengok usaha si abang mendukung adiknya yang masa kecil dan berjalan sampai 500M.. MasyaAllah.. Berita lanjut, korang boleh klik link kat atas..

#Sekarang menjadi lebih sensitif kalau isu-isu macam ni

Read more ...

CPUV Nuffnang : Stadium Astro World Cup #2


Assalamualaikum w.b.t.. Baru ni Eraz ada update tentang CPUV untuk dikongsikan dengan rakan-rakan blogger yang lain.. Siapa belum baca, boleh tengok entri INI.. Hari ni nampak ada blogger update tentang dapat CPUV daripada Nuffnang.. Ianya dari Stadium Astro World Cup.. Alhamdulillah.. Rupa-rupanya dalam list Eraz pun dapat macam rakan-rakan yang lain.. Rezeki dipertengahan tahun..

#Berkongsi
Read more ...

Manager kat Kenny Rogers ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Semalam big bos belanja makan besar.. Hari ni rakan office lak belanja makan kat Kenny Rogers di Tesco Kota Bharu.. Rezeki tak boleh ditolak.. Orang jemput, kita pergi la.. Insyaallah, ada rezeki lagi, kita belanja kat tempat lain pulak.. Last ke Kenny Rogers masa belanja wife sempena Mother's Day hari tu.. Sekali dengan Zara.. 


Masa kat Kenny Rogers tadi, rakan office kata dah macam manager kat situ.. Sebabnya uniform diaorang nak warna merah.. Hehe.. Kerusi pun merah.. Sib baik nampak tuan masa ambil gambar.. Haha.. Mood berbaju merah hari ni..


#Alhamdulillah kenyang.. 

#Jom ramai-ramai tempah Serunding terbaik Kelantan

Read more ...

Tempah Serunding Terbaik Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.. Serunding Daging dan Ayam.. Pasti korang pernah dengar kan.. Pernah rasa yang original punya dari Kelantan? Pasti akan rasa perbezaannya.. Kalau tak percaya, cuba try Serunding Daging dan Ayam dari Serunding Warisan Kelantan ni.. Tambah-tambah bulan Puasa dah nak sampai ni, boleh standby.. Tempah awal-awal.. Serius, kalau masa sahur tak berapa selera nak makan, boleh try makan nasi di samping serunding, pasti berselera.. Kalau nak makan serunding sahaja pun, boleh..



Dapatkan Serunding Daging dan Ayam yang sedap dan menyelerakan di Serunding Warisan Kelantan.
Boleh di hidangkan dengan pelbagai hidangan; 
Ketupat, Lemang, Pulut Kuning, Nasi Impit, Nasi dan makan begitu saja!
Bagi mereka yang “travel”, serunding ini senang untuk dibawa serta menjimatkan anda!! 
Rasanya yang luar biasa pastinya memukau anda!!

Harga SERUNDING:

DAGING:
120 G= RM 10
250 G = RM 23
1/2 KG= RM 33
1 KG= RM 57

AYAM:
120 G = RM 11
250 G = RM 25
1/2 KG = RM 35
1 KG = RM 60

Juga disediakan harga pakej..

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi;
SMS / Whatssap : 0179087756, 0179773382

Read more ...

Tuesday, 24 June 2014

Kusinero Cinta Episode 14 | Kenapa tak buat entri?

Kusinero Cinta Episode 14

Kusinero Cinta Episode 14 | Assalamualaikum w.b.t.. Ada yang PM Eraz tanya, kenapa tak buat entri drama macam dulu? Tulis ala-ala sinopsis tiap-tiap episod.. Yes, dulu ya.. Sekarang tidak lagi kot sebab tak larat dah.. Memang fokus terus kepada benda-benda yang personal, tentang lifestyle dan juga parenting.. Review drama dah tolak tepi.. 

Di Astro Mustika sekarang ada tayang drama bersiri Kusinero Cinta yang dah masuk Episode 14.. Not bad.. Satu drama yang boleh diikut.. Sinopsis? Confirm! Kalau korang google, memang akan jumpa.. Silap-silap ada full drama kan.. Eraz memang layan la juga drama ni, tapi macam biasa, yang rekod la.. Tengok live tu memang boleh bilang dengan jari.. Hehe..

Apa-apa pun, kepada semua peminat drama Kusinero Cinta ni, selamat layan drama di sekarang di Astro Mustika, Channel 134.. Sure tahu drama ni ada pelakon popular dan siap ada dari filipina lagi.. 

#Nak sambung bersihkan peti ais!

Read more ...

Pemenang | Blogger Terpilih untuk Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Setelah buat entri pengumuman semalam, hari ni Eraz berjaya listkan semua blogger yang terpilih untuk direview oleh erazfadlidotcom.. Jadi seramai 12 blog telah terpilih dan insyaallah, as soon as possible, Eraz akan publish entri review berkenaan.. Ini senarai mereka yang terpilih..
  1. http://www.bubblynotes.com/
  2. http://lepakwithcoffeelover.blogspot.com/
  3. http://www.aimisyahirah.com/
  4. http://fiqansz.blogspot.com/
  5. http://www.mamamursyid.blogspot.com/
  6. http://amysigadisweird.blogspot.com/
  7. http://coretanhatikathy.blogspot.com/
  8. http://ibuberbicara.blogspot.com/
  9. http://sayaabel.blogspot.com/
  10. http://nurul-izwa.blogspot.com/
  11. http://ainimrashihah.blogspot.com/
  12. http://flawlesssakura.blogspot.com/
Tahniah kepada mereka dan Terima kasih sekali lagi kepada semua yang join..

Read more ...

Monday, 23 June 2014

Keputusan Blogger Terpilih untuk Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI Diumumkan Esok


Assalamualaikum w.b.t.. Pertama sekali Eraz nak minta maaf sebab baru sekarang boleh umumkan pemenang untuk Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI.. Semua peserta memang buat entri yang terbaik.. Eraz memang baca satu-satu semua entri yang terhasil.. Untuk tidak membuatkan pemilihan entri itu pilih kasih, Eraz jemput seorang internal punya juri.. Hehe.. Adil la kan.. So semua senarai pemenang akan keluarkan esok.. Jemput lagi esok untuk senarai blogger pilihan..

Read more ...

Ambil MOOD plus betulkan urat saraf !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selamat sampai di Kuala Krai.. Sejam lebih jugak kot drive tadi sebab banyak lori dan ada kereta yang 'bersiar-siar'.. Hari ni bertugas di branch Kuala Krai.. Bila sorang-sorang, memang rasa macam bosan je.. Dah la lama tak masuk office sebab training di KL.. Masuk-masuk lak terus bertugas di branch bukan induk..

Ini mood pagi la, sekarang dah ok.. Semangat!! Pandang ke langit, memikirkan apa yang perlu difikirkan.. Sambil betulkan urat sebab drive jauh giler.. Sib baik tak sampai dua jam.. Itu belum balik lagi..  Petang ni harap ok.. Wasssalam..

#erazfadlidotcom #Work #TugasHakiki #Selfie
Gambar di ambil dari Instagram.. Jemput ke Instagram Eraz : http://instagram.com/erazfadli


Read more ...

Sunday, 22 June 2014

Mesti ada !!

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau Eraz ke luar negeri, maksudnya outstation la, pasti dalam kepala set sesuatu.. Kalau tak lakukan, tak lengkap la outstation tu.. Apa dia? Sah-sah la dah tahu berdasarkan gambar tu kan.. Sesuatu untuk Zara Faleesya.. Paling tidak pun, pakaian..

Ya la, anak baru satu, macam-macam beli.. Anak dua lak camne? Sama jugak la kan.. Mana boleh lain.. Hehe.. Alhamdulillah, setakat ni semua baju yang dibeli, muat-muat.. Sebab bayi ni cepat membesar.. So risau tak muat je kan..

Gambar tu hasil pencarian papa Zara di KL baru ni.. Masa ni keluar sorang je.. Semata-mata dan dapatkan pakaian untuk Zara.. Senang dan bebas memilih.. Hehe..

Read more ...

Lilo & Stitch

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulilah hari ni cuti selepas sampai dar KL semalam.. Alhamdulillah juga, wife pun apply cuti hari ni.. So! Kami bertiga cuti.. Ada plan? Semestinya.. Tapi sekarang masih di rumah.. Tengah layan filem di HBO ni.. Lilo & Stitch..

Stitch merupakan satu kartun favourite Eraz dari tahun mula-mula filem Lilo & Stitch dikeluarkan.. Sampaikan kawan-kawan di USM dulu panggil Eraz, Mr. Stitch.. Di Friendster dulu pun sama.. Memang di panggil Mr. Stitch.. Koleksi tu, tak payah cakap la.. Best friend sure tahu.. Sekecik-kecik mana pun Stitch, Eraz pasti akan nampak walaupun dari jauh.. Itu kata kawam-kawan la..

Zara sekarang ni pun ada baju Stitch.. Eraz beli sendiri.. Dan ada yang kawan-kawan yang hadiahkan.. Koleksi Stitch Eraz lepas ni, automatik akan jadi koleksi Zara la kot.. Tapi, adakah Zara akan suka Stitch? Jeng jeng jeng..

Read more ...

Saturday, 21 June 2014

Tamat edisi kali ini ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tamat 'edisi' ke KL kali ini.. Dalam pukul 3.35 ptg tadi, Flight MH 1396 kalau tak silap, selamat mendarat di Airport KB.. Hari ni memang sampai awal di KLIA sebab pergi bersama dengan rakan-rakan yang lain walaupun lain negeri.. Semangat berkawan tu..

Dalam group tu, flight Eraz yang paling lewat.. Nasib baik tak delay.. Lepak la sorang-sorang sambil menunggu masa tiba.. Sempat la selfie sedikit sebanyak sebab nak hantar kat Whatsapp.. Tunjuk kat Zara.. Sib baik juga Tab full charged.. Kalau tak, memang boring la.. Tapi sesungguhnya, masa memang lambat berjalan tadi.. Hehe..

Read more ...

Roti Gardenia

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah sekarang Eraz dah ada kat KLIA.. Sekejap lagi akan fly ke Kota Bharu.. Doakan perjalanan Eraz selamat sampai dengan sempurna.. Eraz ke KLIA dengan empat orang.. Seorang ke Kota Bharu.. Seorang ke Miri dan Dua orang lagi ke Penang.. Masa lebih kurang sama je semua..

As usual, kalau kawan-kawan Malaysia Timur, sure borong roti Gardenia.. Kawan tadi borong sampai dua kotak.. Katanya ramai yang pesan.. Ramai yang dah tahu kan pasal roti Gardenia memang tak masuk pasaran Sabah Sarawak.. Jadi ini dah jadi perkara biasa bagi mereka bila ke semenanjung..

@KLIA

Read more ...

Mentari pagi ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Diberikan peluang untuk melihat mentari hari ni walaupun masih di KL, bukan lagi di Kelantan.. Baru lepas breakfast di hotel ni sebelum check-out sekejap lagi.. Akhirnya habis kursus bersiri kami untuk group kali ni.. Alhamdulillah.. Mungkin lepas raya kena datang lagi untuk graduasi dan presentation pada GMC Members..

Bila nak mula dengan Module 1 last year, memang rasa kan lama giler nak habiskan sampai Module 5 this year.. Tapi bila dah sampai ke Module 5 ni, isk isk isk, rasa macam sekejap je pulak..

Biasa la psikologi.. Memang perkara biasa.. Betul tak?

Read more ...

Friday, 20 June 2014

Dah bangun ke belum agaknya..

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni kedua training hari ni.. Harapnya semua akan berjalan macam biasa.. Dah siap semua dan sekejap lagi nak turun breakfast dengan geng-geng yang lain kat bawah.. Pagi ni bangun-bangun terlintas nak update entri tentang Zara Faleesya..

Gambar tu masa kami main-main Rabu lepas.. Sebelum Eraz fly ke KL.. Dah bangun ke belum agaknya.. Hari ni Jumaat, tak perlu pergi Nursery.. Mama dia cuti.. Semalam memang dah call dengar suara.. Itu pun jadilah..

#Sebenarnya Eraz kena ulser mulut.. Kurang air dan cuaca panas sikit kot sekarang ni..

Read more ...

Thursday, 19 June 2014

Tamat hari pertama !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tamat hari pertama training di Sheraton hari ni.. Esok sambung sehari lagi.. Esok maybe agak fun sikit sebab ada a lot of game dan exercise.. Presentation memang tak lepas la.. So sekarang boleh rehat sekejap, solat Asar dan aktiviti malam ni? Belum decide.. Maybe keluar carikan sesuatu untuk budak kecik yang ada kat Kelantan tu..

Ini entri pertama hari ni sebab memang tak sempat nak update terus entri terbaru.. Perkara biasa kalau dah ada dalam training yang agak formal ni.. Lain la yang fun-fun or maybe yang ada outdoor..

Read more ...

Wednesday, 18 June 2014

Angry Bird dah bertukar menjadi gula-gula!

Assalamualaikum w.b.t.. Itu sebenarnya aktiviti di Balai Berlepas di Sultan Ismail Petra Airport.. Boring sorang-sorang so main-main ambil gambar dengan hasil apa yang beli Mart kat sini.. Niat asal masuk nak cari gula-gula Lot 100 yang lembut dan berwarna kuning tu.. Memang favourite.. Tapi tak de la pulak..

Tapi terjumpa dengan satu paket gula-gula yang juga bawah keluaran Lot 100 tapi jenis yang keras.. First time jumpa sebenarnya.. Mungkin baru keluar.. Gula-gula Angry Bird.. Haha.. Ada 5 warna mewakili 5 perisa.. Strawberry.. Lemon.. Mango.. Lychee.. Blackcurrant.. Target maybe kanak-kanak riang kot.. Tapi orang tua ni yang membeli nya.. Haha..

#Oh Zara Faleesya

Read more ...

Ke KL lagi petang ni ..

Assalamualaikum w.b.t.. Tahun lepas dan tahun ni la paling banyak Eraz ke KL untuk training.. Sebelum-sebelum ni kira biasa-biasa je la.. Kalau dulu masa bujang-bujang, ok je pergi lama-lama.. Tapi sejak ada anak ni, rasa malas pun ade, kire tak sabau nak balik la.. Hehe..

Apa-apa pun, training ni bagus untuk future kite.. Dalam CV pun kite boleh update kan.. By the way, kali ni training untuk Module 5.. Ini kursus bersiri.. Tajuknya "Peak Performing Executive Development Programme (Module 5): "Personal Effectiveness & Teaming For Excellence"..

Learning Log, sampai sekarang belum siap lagi.. Haha.. Bukan malas, tapi tak sempat la..

Read more ...

Akibat penat !

Assalamualaikum w.b.t.. Malam semalam seolah-olah macam tidur mati.. Lepas kerja, kami sekeluarga ke KB Mall.. Lepas survey barang, solat Maghrib, beli barang dan terus balik.. Tapi di sebabkan mungkin badan dan otak ni penat dan ligat kat office, memang rasa kepenatan tu..

Sampai je rumah, terus mandi dan Solat Isyak.. Lepas tu tolong isteri settle kan Zara sebelum tidur.. Sekali dah settle kan Zara, Eraz tertidur sampai la Subuh pagi ni.. Giler.. Tak sedar langsung.. Wife pun biarkan je.. Dalam pada si suami ketiduran, si isteri abaikan penat sebab duk kemaskan pakaian si suami untuk outsation.. Alahai.. Terima kasih isteriku.. Walaupun penat, berjaya dia selesaikan.. Bangun pagi tadi tengok dah selesai walaupun Eraz tahu dia pun penat macam Eraz..

Dan lagi satu, sebenarnya ada satu 'homework' berkaitan kerja masih belum siap.. Ingatnya nak siapkan malam semalam la lepas mandi apa semua.. Tapi, aduh! Terpaksa curik masa sesi pagi ni untuk siapkan.. Doakan semua berjalan lancar k.. Amin.. Wassalam..

Read more ...

Tuesday, 17 June 2014

Makeover di Jefferson KB Mall Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, bertempat di Jefferson di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan, Eraz berjaya menyempurnakan satu job review fesyen pakaian dan aksesori terkini yang ada di satu-satunya butik Jefferson yang di Kota Bharu Kelantan.. Alhamdulillah, dengan bantuan staf di sana, semuanya berjalan dengan lancar..


Secara umumnya, Jefferson sebenarnya telah memulakan perniagaan mereka sejak 20 tahun yang lalu, akan tetapi bermula tahun 2006, mereka telah bertukar konsep perniagaan lebih kepada konsep urban.. Eraz sendiri sememangnya seorang pengguna jenama Jefferson dari dulu lagi.. Sebab itulah selepas mendapat tawaran daripada pihak Jefferson, Eraz sangat gembira..


Kalau sesiapa yang biasa ke butik Jefferson di serata Malaysia, mereka sudah dapat mengenalpasti akan identiti yang dipaparkan oleh Jefferson.. Dan semestinya, jika korang masuk ke butik berkenaan, ianya jarang akan pulang dengan tangan kosong.. Bermula dari saiz M sehingga yang lebih besar, semuanya dijual dengan harga berpatutan dan pelbagai pilihan..


Pelbagai pilihan koleksi pakaian yang ada di Jefferson.. Antaranya untuk kasual, sport mahupun formal.. Bagi yang biasa berfesyen, korang boleh gabungkan pakaian berkenaan menjadi jenis fashion yang korang suka.. Terpulang.. Insyaallah tidak mengecewakan.. Kalau ragu-ragu, bawa la pembantu untuk membentuk imej korang..

Ok.. Hari ni Eraz nak kongsi hasil makeover fashion ke atas diri Eraz yang dilakukan di Jefferson, KB Mall Kota Bharu, Kelantan.. Alhamdulillah, dengan bantuan isteri tersayang dan adik, inilah hasil-hasil gambar yang boleh Eraz kongsikan dengan korang..


SPORT

Untuk sport, terdapat dapat pilihan baju t-shirt berlengan panjang atau pendek, aksesori topi dan cermin mata, kasut pelbagai warna serta jenis seluar untuk sport yang bersesuaian dan selesa.. Dan ini pula pilihan Eraz.. Mungkin agak ringkas, tetapi jika kita bermain dengan warna, ianya akan menjadi menarik..



KASUAL

Untuk kasual pula, korang boleh memilih pelbagai jenis dan corak baju dan seluar yang ada serta dipadankan dengan kasut dan aksesori lain.. Mainlah la dengan corak baju dan warna gabungan untuk menonjolkan imej sebenar korang.. Tapi ini pilihan Eraz..



FORMAL

Bagi tema formal, baju kemeja dan seluar yang kemas disertakan dengan tie dan kot yang boleh menampakkan kekacakan seseorang itu terserlah.. Ianya sagat sesuai untuk ke pejabat mahupun acara formal yang lain.. Dan ini pilihan Eraz..





Alhamdulillah, dengan persalinan Jefferson di badan Eraz, Eraz tampil dengan lebih yakin dan bergaya.. Untuk maklumat lanjut dan ingin mengetahui tentang fesyen terbaru Jefferson yang pelbagai, korang boleh di website dan laman sosial berikut :

Laman Web Jefferson : www.jefferson.com.my 
Laman Sosial Facebook : Facebook Jafferson 

Read more ...