Thursday 31 October 2013

Selamat Tinggal ..


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi dengan entri Selamat Tinggal Chat Box.. Malam ni entri Selamat Tinggal lagi? Hehe.. Kebetulan.. Hari ni hari terakhir untuk Oktober 2013.. Esok dah masuk 01 November 2013.. Bulan baru di tahun 2013.. Tinggal 2 bulan lagi nak masuk ke tahun 2014.. Fuh! Serius Eraz rasa memang cepat masa berlalu.. Bermula di awal tahun 2013, masa tu Zara masih dalm perut mamanya yang berusia hampir 8 minggu kot.. Tapi sekarang dah selamat dilahirkan dan berumur 3 bulan..

Alhamdulillah sebab banyak hal yang berlaku dalam tahun ni selain Zara dilahirkan, Eraz juga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat MBA.. Selain dari kegembiraan, ada juga yang kesedihan dan cabaran yang menimpa.. Insyaallah, dengan positifkan diri, semua akan yang negatif dan bertukar sebaliknya.. Mohon dari Allah supaya yang tidak baik itu berubah menjadi sesuatu yang gembira.. Hidup mesti diteruskan.. 

#Azam korang tahun ni dah tercapai ke?

Read more ...

Penat dan sakit badan ..

(Sumber : Google)

Assalamualaikum w.b.t.. Datang kerja hari ni memang rasa penat tu dari pagi.. Badan pun ada rasa sakit-sakit sikit sebab 'bersenam' berat semalam mengemas rumah untuk satu majlis esok.. Tidur pula tak cukup.. Dalam kepala ada perkara yang fikir.. Complete set! TAPI.. Eraz tidaklah macam dalam gambar kat atas tu.. Itu Eraz jumpa di google.. Takde la sampai tertidur macam tu.. Hehe..


#Banyaknya kerja kat office.. Adoii..

Read more ...

Doa Mengelak Kena Pukau ..


Doa Mengelak Kena Pukau | Assalamualaikum w.b.t.. Pukau.. Pukau ada banyak cara dan kesannya pun banyak.. Sangat takut jika ianya berlaku kepada diri sendiri mahupun keluarga serta kawan-kawan.. Jadi, Eraz cuba nak share dengan korang doa-doa yang boleh digunakan untuk kita semua dapat elak atau halang diri daripada terkena pukau.. Korang boleh klik SINI..

Read more ...

"Jangan kerja lebih lapan jam.."

(Klik untuk besarkan)

Assalamualaikum w.b.t.. Artikel di atas tu Eraz dapat selepas salah seorang kawan merangkap macam 'kakak' Eraz yang bekerja di branch Melaka melalui Facebooknya.. Masa dia bekerja di Johor sebelum memohon transfer ke KL dan seterusnya ke Melaka, memang kami sering kali bercakap tentang bidang kerja masing-masing di tempat masing-masing.. Seolah-olah sesi meluah perasaan la.. Kebetulan pula hari ini dia sharekan artikel ni di FB nya.. So Eraz ambil dan share dengan korang pula..

Lepas baca artikel tu, memang ada betulnya.. Ianya boleh dikaitkan dengan risiko mendapat sakit jantung.. Menurut pengkaji, sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa yang lama mempunyai risiko sebanyak 80 peratus untuk mendapat masalah kardiovaskular itu..

Jadi berhati-hatilah semua sebelum terlambat.. Nasihat ini juga untuk diri sendiri..

Read more ...

Selamat Tinggal Chat Box !


Assalamualaikum w.b.t.. Lepas sekian lama memerhatikan Chat Box di blog ni, akhirnya hari ni Eraz decide untuk buang terus dari situ.. Salah satu sebabnya ialah banyak iklan tah apa-apa yang masuk ke sini.. Memang lari dari niat asal untuk berchatting dengan pengunjung.. So! Selamat tinggal wahai Chat Box.. Sementara waktu mendapat idea, Eraz gantikan tempat kosong Chat Box tu dengan Blog Achieve..

#Eraz masih bertahan tak buang sebelum ni sebab entri INI..

Read more ...

Wednesday 30 October 2013

WW #31 | Yahoo.. Kelantan Cuti 04 November 2013


Read more ...

Kata Error, tapi Published !


Assalamualaikum w.b.t.. Kes ni berlaku semalam.. Masa tu Eraz tengah menaip entri untuk join Segmen: Pencarian Boglist Bulan November sambil memegang Zara yang nak landing atas Eraz.. Masa dah siap buat entri tu sedikit sebanyak, then try la submit.. Banyak error.. Eraz fikir pasal network la.. Sekalai beli yang kali ke-3 try submit tu, BERJAYA! Tapi bila berjaya pula, bila check, satu entri di draft dan tiga entri sama telah diupdate..

Adoi.. Sib baik perasan awal.. Kalau tak, mesti esok paginya pulak la baiki.. Kalau dah ada entri sama berulang kali, pelik kan.. Di masa depan, kena lebih berhati-hati.. Wassalam..

Read more ...

Wordless Wednesday #30


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Jom terjah blog dia ..


Assalamualaikum w.b.t.. Eraz nak jemput terjah blog blogger ni.. Semalam dia buat satu entri guna nama Eraz.. Nak tahu apa dia tulis? Jom ambil masa seminit dua untuk terjah.. Klik SINI.. Ayat last tu dia tulis, 'terima kasih papa Zara yang cute'.. Itu maksudnya papanya yang cute ke, atau Zara yang cute? Haha.. Just kidding.. Zara la yang cute kan.. Hehe..

BTW, terima kasih kepada blogger berkenaan.. 

Read more ...

Tuesday 29 October 2013

Macamana Papa nak buat assignment ni?


Assalamuualaikum w.b.t.. Masa snap gambar ni, Zara tengah tidur.. Tapi lepas Eraz letak je Zara atas tilam, buka mata.. Angkat balik.. Tidur.. Letak atas tilam, bukak mata.. Hehe.. So sekarang Eraz angkat balik.. Jawabnya tak buat assignment la papa.. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Segmen: Pencarian Boglist Bulan November


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau dulu-dulu, memang Eraz sangat aktif join segmen.. Tapi sekarang, masa tu kurang sikit.. Tapi kalau sempat macam malam ni, Eraz boleh join.. Tanda support.. So siapa-siapa yang nak join segmen ni, boleh klik banner di atas..

Read more ...

Worried & Question Mark !



Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi semasa di program Learning Is Fun, Eraz ada terima panggilan dari ibu.. Lepas mendengar cerita beliau, memang rasa tak masuk akal.. Tapi dalam masa yang sama, disebabkan perkara itu telah berlaku di depan mata, jadi RISAU.. Question Mark memang penuh dalam kepala.. Dari lepas mendapat panggilan tu, sampai sekarang terfikir-fikir.. 

#Doakan semoga semuanya ok..

Read more ...

Learning Is Fun !

Assalamualaikum w.b.t.. Berkaitan dengan entri pagi tadi.. Eraz masih di SK Simpangan, Tumpat Kelantan untuk satu program di sini.. Learning is fun! Ianya untuk beri pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah bahawa learning ni sebenarnya boleh jadi fun tapi kena dengan cara-cara tertentu..

Siapa setuju ia sangat penting? Kadang-kadang budak-budak judge belajar ni membosankan.. Itu mungkin sebab dia tak jumpa caranya..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

@ SK Simpangan, Tumpat

Assalamualaikum w.b.t.. Pukul 6.30 a.m dah mula keluar rumah untuk ke office then terus ke SK Simpangan, Tumpat.. Semua ni untuk satu program bersama budak-budak sekolah berkenaan untuk mendedahkan Learning is fun.. Harap-harap semua berjalan mengikut jadual sebab petang ni kena handle hal lain di office..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday 28 October 2013

Yati Ayam Percik


Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni dinner di Yati Ayam Percik yang ada di Kota Bharu ni.. Kebetulan rakan-rakan staf daripada KL datang ke Kelantan untuk urusan kerja, jadi kami bawa mereka rasa makanan dan masakan Kelantan.. Jadi tempat ni salah satu tempat yang menarik untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan yang tinggal di luar Kelantan untuk merasa masakan Kelantan.. Nasi Kerabu best!!

Read more ...

Love You Mr Arrogant Episode 19 | 20 | 21 | 22

Love You Mr Arrogant Episode 19 | 20 | 21 | 22

Love You Mr Arrogant Episode 19 | 20 | 21 | 22 - Assalamualaikum w.b.t.. Seriusnya macam tak percaya hari ini dah Isnin sekali lagi.. Setengah orang, ok dengan masa yang cepat berlalu.. Setengah orang, tak suka.. Tapi macam-macamana pun, masa akan tetap berjalan.. Tak kan menunggu kita.. Errmmm.. 

Back to entry Love You Mr Arrogant Episod 19, 20, 21 dan 22 minggu ni.. Nampaknya konflik perasaan Zaara memang teruji bila Irham dipaksa oleh ibu mertuanya untuk bertunang dan berkahwin dengan Sherry.. Zaara terpaksa bersetuju demi kebahagiaan keluarga Irham.. Ibu Zaraa nampaknya berjaya menghidu perkara ni.. Apa akan berlaku lagi? Hehe.. Memang kena tengok minggu ni la..

#Kalau nak harapkan baca novel, memang tak la..

Read more ...

Perkataan ini yang Eraz maksudkan ..


Assalamualaikum w.b.t.. Perkataan inilah yang Eraz maksudkan dalam entri TADI.. Disiplin.. Kalau bukan disiplin, susah la kita nak atur diri kita.. Banyak contoh boleh dikaitkan.. Jika kita MALAS nak disiplinkan diri kita, maka rosaklah semua program yang telah dirancang samada untuk jangka masa pendek mahupun panjang.. Betul tak?

Eraz ambil contoh Eraz sendiri je.. Sekarang ni Eraz tengah sambung MBA kan.. Jadual untuk study, buat assginment memang dan sure punyalah dah ada kan.. Bayangkan kalau Eraz tak disiplinkan diri untuk ikut jadual tu.. Rasa-rasanya jalan tak? Pasti punyalah akan jadi kerja last minute semuanya.. Tak guna ada plan dan perancangan jika kita tak boleh disiplin kan diri untuk ikut!

Itu contoh.. Banyak la aspek lain yang boleh kita kaitkan.. So good luck semua.. Same to me..

#Tiba-tiba rasa entri ni serius giler.. Sebelum ni pun.. Haha..

Read more ...

Siapa lagi kalau bukan kita ..


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa lagi kalau bukan kita sendiri.. Masa.. Itu perkataan keramat.. Hanya kita sendiri yang boleh uruskan masa kita sendiri.. Memang orang boleh atur, tapi yang membuatkan masa itu berharga ialah kita.. Apa perkataan penting disebalik untuk kita berjaya uruskan masa dengan cemerlang?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Mesti cute giler!


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi-pagi terbayangkan ais krim? Ais krim Magnum pula tu.. Lepas yang coklat tebal kat luar.. Alahai.. Hujan-hujan pun mau makan ais krim ke? Hehe.. Dapat tahu yang Magnum sekarang ada keluarkan ais krim Magnum yang kecik atau dengan kata lain bersain mini! Pernah tengok gambar yang mini ni? Klik SINI.. Ada kat facebook Magnum..

Read more ...

Sunday 27 October 2013

Jadi babysitter dengan jayanya..


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi Eraz ada buat entri pasal hari ni Eraz jadi babysitter kepada Zara Faleesya.. Full-day.. Sorang-sorang ya.. So alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Semua teratur.. Boleh kata cemerlang la.. Hehe.. Sekarang mamanya dah balik.. So bukan sorang-sorang lagi la..

#Esok Zara akan kembali ke nursery..

Read more ...

Bila Izzue Islam Kecek Klate ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum yang Izzue Islam orang Kelantan kan.. Sebelum ni dia pernah berlakon dalam drama Senyuman di Kuala Lumpur dan bercakap 100% dalam bahasa Kelantan.. Kali ni dalam drama Sahabat di Astro Ria pulak.. Juga 100% kecek bahasa Klate.. 

Izzue memang orang pure Klate la sebab dalam pada dia kecek Klate, memang tak keluar sikit pun bahasa orang KL.. Kadang-kadang bila dengar dia kecek Klate, macam nak tergelak pun ada.. Tapi itu la bahasa kami.. Cintai bahasa Klate.. Haha..

Dalam drama Sahabat ni, paling tertarik bila dia kecek Klate bila nak mula main muzik dengan geng-geng dia tu.. Orang KL cakap, satu, dua, tiga, empat.. Tapi dia, so, duo, tigo, pak!! Hohoho.. Layan video di bawah walaupun sound tak berapa nak dengar..


Read more ...

Rasanya Kelantan dapat cuti tak Isnin 4 November 2013 ni?


Assalamualaikum w.b.t.. Sempena Final Piala Malaysia tahun ni, rasa-rasanya Kelantan dapat cuti tak Isnin 4 November 2013 ni? Hehe.. Kalau lah Kelantan umum cuti peristiwa pada Isnin, 04 November 2013 ni, alangkah bahagianya kami.. Haha.. Boleh sambung terus ke 05 November tu.. Kan cuti Awal Muharam.. Hehe.. So kena tunggu kot-kot ada pengumuman pasal ni pada minggu ni.. 

Dalam pada itu, sedia maklum juara bertahan Kelantan akan melawan Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 3 November 2013 ini..

#Harap-harap ada..

Read more ...

Full-Day as a Babysitter


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni hari pertama Eraz akan jadi seorang babysitter untuk full-day.. Hehe.. Boleh je nak hantar ke nursery, tapi tak sanggup la.. Alang-alang dah cuti sehari ni, jaga je la anak sendiri.. Yakin boleh.. Mama dia dah mula kerja kan last week.. Tapi esok Zara kena ke nursery la sebab papa kerja.. So sekarang dah siap mandi apa semua dan alhamdulilah kena lena tu.. 

Read more ...

Saturday 26 October 2013

Cerekarama Stesen Kasih Syafiqa

Cerekarama Stesen Kasih Syafiqa

Cerekarama TV3 Stesen Kasih Syafiqa | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah tengok promo drama Cerekarama Stesen Kasih Syafiqa ni? Nampak memang drama berat.. Cuma lagi satu, Eraz confius sikit dengan tajuk drama ni samada Stesen Kasih Syafiqa atau Kasih Syafiqa.. Yang ada perkataan 'stesen' tu, Eraz tengok di menu Astro.. Tapi dalam Facebook pelakon utamanya, Syafie Naswip, dia tulis hanya 'Kasih Syafiqa'.. Itu tidak penting..

Apa-apa pun, ini sikit sinopsisi untuk drama Cerekarama Stesen Kasih Syafiqa ni.. "Hurairah sentiasa mendapat sokongan daripada ibunya yang tidak pernah sekalipun menyalahkannya ketika dipenjarakan namun begitu terselit juga rasa kecewa kerana masa depan anaknya itu mungkin gelap.."

Wassalam..

Read more ...

Pizza Hut | Cheesy Bites Trio

Pizza Hut | Cheesy Bites Trio

Pizza Hut | Cheesy Bites Trio - Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya dari sebelum pergi KL hari tu lagi dah beritahu isteri yang Eraz nak try Pizza Hut Cheesy Bites Trio ni.. Errmmm.. Hari ni nak try singgah beli!! Harap-harap best..! Siapa dah try? Disebabkan kami berdua je, Zara tak boleh makan lagi, try yang regular.. Nak call pizza hut PHD ke, nak beli je terus.. Errmmm..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Budak-budak masih guna ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Terfikir satu perkara.. Budak-budak sekolah sekarang masih guna ke Crayon? Hehe.. Zaman-zaman Eraz kecik di sekolah rendah dulu, guna la juga.. Sekarang ni tengah packing barang-barang cenderamata untuk budak-budak sekolah untuk program Learning is Fun!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Indah AF 2013

Indah AF 2013

Indah AF 2013 | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau peminat AF 2013, mesti kenal yang mana satu Indah.. Dulu Eraz suka follow AF.. Tapi sejak dah tua-tua ni, tak follow sangat dah.. Tapi disebabkan Astro banyak ulangan, so sesekali terserempak dengan ulangan.. Dalam ramai-ramai, Eraz paling suka nyanyian Indah.. 

Lagu yang dia nyanyi masa Konsert 1 dan Konsert di antaranya yang terbaik setakat ni.. Cuma untuk Konsert 6 semalam, Eraz tak tengok, jadi tak tahu dia nyanyi lagu dan samada best atau tak.. Masa konsert 1 tu, Indah nyanyi lagi Ku Akui manakala konsert 3 tu lagu Pelitaku.. Cuba cari video di youtube, tapi tak jumpa.. Kalau dulu, cepat je orang upload di Youtube.. Tapi tidak sekarang..

Motif upload gambar di atas? Itu sebabnya nak beritahu yang Eraz pernah download lagu Indah ni masa dia jadi artis rakaman bawah SRC dulu.. Tajuk lagu dia, Dengarlah Kekasih.. Memang ada di Youtube.. Dia pernah ada full album sebelum ni tapi tak berjaya popular.. Itu yang masuk AF tahun ni kot.. 

#Rezeki di mana-mana

Read more ...

Ku Kembali..


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz kembali pejabat hari ni lepas 4 hari tak masuk office.. 4 tak masuk tu, bukan bercuti.. Kalau bercuti, best la jugak kan.. Tapi kursus.. Masuk je office, macam biasa la, bertimbun dokumen atas meja yang perlu disahkan.. Pening sekejap! Haha.. Nak sambung buat kerja dulu..

Read more ...

Friday 25 October 2013

Jangkaan Keputusan Separuh Akhir ke 2 Piala Malaysia Kelantan lawan ATM


Jangkaan Keputusan Separuh Akhir ke 2 Piala Malaysia Kelantan lawan ATM | Assalamualaikum w.b.t.. Keadaan seperti yang diatas tu memang telah dijangka.. Ini semua sempena perlawanan bola antara Kelantan dan ATM untuk Separuh Akhir Kedua malam ni.. Gambar tu Eraz petik di mStar Online.. Untuk Eraz bersesak-sesak macam ni, sorry la.. Baik tengok dengan family di rumah..

Tapi paling dipuji ialah semangat mereka! Tak kira umur, semua ada.. Cuma tentang kelakuan, susah nak komen.. Apa-apa pun, macam tajuk entri di atas, apa keputusan yang korang inginkan? Bagi Eraz semestinya Kelantan yang akan menang dan mara ke peringkat akhir kan.. Lawan dengan Sarawak atau Pahang? Tak tahu la tu..

#Sama-sama kita tunggu keputusan bila habis perlawanan nanti..

Read more ...

Bajet 2014 | Apa pendapat anda ?

Bajet 2014

Bajet 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Bermula pukul 4.00 petang tadi, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan apa isi kandungan penuh yang terkandung dalam Bajet 2014 atau ada yang menyebut Belanjawan 2014.. So apa pendapat korang?

Eraz selalunya memang tak dapat tengok siaran langsung.. Apa yang Eraz buat untuk dapatkan full isi kandungan, belilah surat khabar Nasional seperti Utusan Malaysia untuk baca.. Tapi jika ada bajet yang menarik, sure akan naik dalam FB punyalah! Hehe..

Read more ...

5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part II


Fakta Menarik Tentang Kucing | Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi Eraz pernah kongsikan 5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part I? Kali ni Eraz nak share 5 lagi fakta menarik tentang kucing.. Mungkin masih ada yang belum tahu tentang perkara-perkara yang melibatkan kucing ni.. Sangat-sangat menarik!

Ini diantaranya :
  1. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza..
  2. Pada 1800-an, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah.. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung.. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini.. Haha..
  3. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw..
  4. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki..
  5. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan.. Korang tergolong dalam golongan 25% ni tak rasa-rasanya?
Errmmmm.. Menarik kan.. Ada juga kucing jadi posmen di zaman dulu.. Macamana dia tahu rumah orang-orang tu ya.. Hohohoho..

Read more ...

Tazkirah Jumaat | Redha


Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuautu yang tidak dijangka..

Assalamualaikum w.b.t.. Sempenan hari Jumaat ni, Eraz nak kongsi sesuatu yang boleh dikategorikan tazkirah untuk hari Jumaat.. Hari ni berkisarkan pasal redha dan kekecewaan di hati.. Apa yang pasti, cuba positifkan.. 

Read more ...

Rasa macam tak selamat je..


"2 orang awam maut, 2 cedera akibat ditikam secara rambang oleh seorang lelaki di Stesen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati"

Assalamualaikum w.b.t.. Rabu kita dikejutkan dengan pegawai bank wanita yang ditembak dan semalam pula kita dikejutkan dengan 2 mati ditikam secara rambang di stesen LRT.. Kadang-kadang terfikir, Malaysia selamat ke sekarang? Errmmm.. Berhati-hati dan beringatlah kita semua.. AlFatihah kepada yang maut.. Wassalam..

Read more ...

Thursday 24 October 2013

"Bro Ben Ashaari, aku setuju!"


Assalamualaikum w.b.t.. Ini hasil merayau di FB tadi.. Semalam tersebar gambar wanita, pegawai bank yang ditembak kan.. Hari ni pula videonya.. Ramai dah orang sebarkan gambar dan video tu.. Jujurnya Eraz memang tak tengok pun gambar tu sebab memang Eraz tak boleh tengok.. Katanya sangat ngeri kan.. 

Balik kepada tajuk entri ni, "Bro Ben Ashaari, aku setuju!".. Bro Ben ada buat status di FB tentang penyebaran gambar pegawai wanita yang ditembak tu.. Kalau boleh janganlah lagi sebarkan gambar berkenaan.. Baik kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.. Wassalam..

Read more ...

Rossa dapat gelaran Dato'

Rossa dapat gelaran Dato' ?

Rossa dapat gelaran Dato' | Assalamualaikum w.b.t.. Dalam pada duk baca-baca berita online, terbaca satu berita di mStar Online bertajuk Jamal Abdillah, Rossa Terima Gelaran Datuk.. First expression, terkejut! Tapi apa nak kata kan.. Pasti ada sebab-sebabnya.. Hehe.. Apa pendapat korang? Korang kenal Rossa kan? Penyanyi dari Indonesia tu.. 

#Rezeki

Read more ...

Kelebihan minum air masak

Kelebihan Minum Air Masak

Kelebihan Minum Air Masak | Assalamualaikum.. Minum air masak ataupun air suam.. Sure ramai yang tahu kelebihannya.. So melalui gambar di atas, Eraz nak share tentang kelebihan minum air masak sebelum tidur dan selepas tidur.. Masing-masing ada kelebihan masing-masing yang boleh membantu dalam menjaga kesihatan.. Jom kita amalkan!!

Sebelum Tidur
Segelas air masak mengelakkan serangan jantung dan strok

Bangun Tidur
Minum 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman

Read more ...

Ranking Alexa.com Blog ERAZ FADLI #13

Assalamualaikum w.b.t..  Rasanya macam dah lama tak update kedudukan blog ERAZFADLI.COM di Alexa.com.. Last update pada 12 Oktober 2013 yang lepas.. Jadi untuk kedudukan terkini, blog ERAZFADLI.COM alhamdulillah masih lagi berada di kedudukan bawah 400 untuk Traffic Rank in Malaysia dan berkedudukan 89,357 untuk kedudukan Global..

Eraz sedang cuba untuk kekalkan kedudukan di Malaysia sebab nampaknya ranking memang macam main saham.. Kejap ok, kejap tak ok.. Last week ada sekali tu dah sampai 360++..Tapi lepas pada tu, jatuh semula ke kedudukan sekarang.. But masih lagi bawah 400 la..

Bagi yang ranking Global, alhamdulillah sebab ianya masih lagi meningkat.. Walaupun tak banyak, tapi still boleh bersyukur.. Jadi mana-mana blogger yang ingin membuat semakan, boleh semak di SINI.. Wassalam..

#Harapnya juga Eraz akan cuba untuk kekalkan prestasi blog ni.. 

Read more ...

Hari Kedua.. Fuh!


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni Eraz akan start hari kedua untuk kursus INI.. Adanya perkataan 'Fuh!' tu, bukanya kursus ni boring.. Kursus ni sangat berguna dan menarik.. Tapi memandangkan kena bermalam di sini, itu yang adanya perkataan 'Fuh!'.. Hehe.. Apa-apa pun tak sabau nak tunggu lusa.. Haha.. Good morning semua!! Semalam memang tidur awal dari kebiasaan sebab malas nak keluar p mana-mana.. Mau relax saje.. Tak percaya? Rujuk entri INI..

#Ceriakan diri anda..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wednesday 23 October 2013

Selamat Malam..


Assalamualaikum w.b.t.. Hanya nak publish entri tah apa-apa.. Hilangkan boring sebenarnya.. Selamat Malam semua.. Rasa macam awal giler nak tidur.. TV duk on drama Korea kat TV9.. Pemandangan malam pula dengan lampu-lampu kuala lumpur..

#Esok nak sambung kursus di hari kedua!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Nampak tak?



Assalamualaikum w.b.t.. Lepas Eraz snap gambar-gambar ni, hujan turun lebat juga.. Lepas tu lebih kurang lepas Maghrib, hujan reda.. Dah macam musim tengkujuh juga kat KL ni.. Tapi bukan itu motifnya Eraz buat entri ni...

Berbekalkan dengan tajuk 'Nampak tak?' tu, Eraz fokus pada kesesakan lalu lintas yang telah menjadi perkara biasa kat sini.. Jika tiada kesabaran dan tolak ansur, habis la..Nasib baik la Kelantan tak macam ni kecuali musim perayaan..

#Alhamdulillah..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sungai Bertam, Cameron Highlands | Dua Maut, 80 Rumah Hanyut Dalam Kejadian Limpahan Empangan

Sungai Bertam, Cameron Highlands | Dua Maut, 80 Rumah Hanyut Dalam Kejadian Limpahan Empangan





Sungai Bertam, Cameron Highlands | Dua Maut, 80 Rumah Hanyut Dalam Kejadian Limpahan Empangan - Assalamualaikum w.b.t.. Masa dalam kursus tadi, kawan dari branch Pahang beritahu tentang ada kematian dalam kes di Sungai Bertam, Cameron Highland sebabnya hanyut dalam kes kejadian empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet melimpah.. Terkejut juga sebab ianya berlaku di Malaysia kan.. Lepas tu siap ada yang meninggal lagi..

Apa lagi, terus la google cari berita.. Mesti nak tahu juga.. Diberitanya lagi, yang meninggal dua tu ialah rakyat asing.. Harapnya tiada lagi dengar berita maut lepas ni berikutan dengan limpahan empangan ni..


Read more ...

Liga Lawak Superstar vs Super Spontan


Liga Lawak Superstar vs Super Spontan | Assalamualaikum w.b.t.. Pada yang tengok Liga Lawak Superstar di TV3 dan Super Spontan di Astro, mesti tahu apa persamaannya.. Eraz rasa macam banyak giler sama.. Yang pasti, Liga Lawak Superstar mempunyai ramai dan pelbagai artis, masa siaran satu jam serta ada juri dan pemarkahan.. Manakala Super Spontan artis yang sememangnya ramai pada mulanya tapi akan tersingkir satu persatu, waktu siaran agak sama dan undian adalah dari penonton..

Game nya.. Sama kan.. Lebih kurang je.. Tapi geng Super Spontan lagi ok kot main.. Hehe.. Yang tak fahamnya, kenapa dua-dua rancangan bersiaran dalam pada jangka masa yang sama.. Errmmmm.. Dua-duanya ada Afdlin Sauki kan.. 

BTW, kita hanyalah penonton tapi Eraz hanya tengok sekali je Liga Lawak Superstar baru ni, itupun sebab rekod.. Super Spontan, memang tak pernah miss lagi kot.. 


Read more ...

Sikat rambut bayi, gigi akan jadi jarang..


Assalamualaikum w.b.t.. Sejauh mana kebenaran kata orang-orang tua ni? Siapa boleh kongsi pengalaman di sini? Pernah tak sikit rambut anak korang semasa bayi? Then apa jadi pada giginya.. Atau pada yang belum berkahwin, mungkin ada pengalaman dengan anak saudara or maybe akan kawan.. Silakan..

Read more ...