Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 30 September 2013

Tak boleh update blog kalau macamni..


Assalamualaikum w.b.t.. Biarkan gambar bercerita je la.. Boleh? Hehe.. Kalau berkeadaan dalam dalam gambar tu, memang tak dapat update blog la jawabnya.. Hehe.. Tapi alhamdulillah.. Zara bukan jenis yang selalu nak duduk dalam dukung atau riba.. Kadang-kadang tu ada la.. Macam dalam gambar tu.. Perkara biasa kan.. Hehe..

#Situasi dalam gambar tu bila dia terkejut sedar dari tidur.. Nak tenangkan dia semula..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Siap la ko !


Assalamualaikum w.b.t.. Siap la ko! Akanku cari dan bunuh! Fuyoooo... Itu la ibaratnya bila dapat tahu Zara digigit nyamuk atau nampak nyamuk berterbangan di sekeliling Zara.. Mungkin itu perasaan seorang bapa dalam menjaga anaknya.. Macamtu juga la ibu dan bapa kita menjadi kita.. Tak boleh nampak nyamuk sikit.. Dah risau anak kena gigit.. Itu baru nyamuk.. 

#Entri ini ingin menyampaikan motif, sayangilah ibu bapa kita.. Bagi yang berjauhan, jom telefon bertanya khabar mereka sekarang!

Read more ...

5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part I


Fakta Menarik Tentang Kucing | Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni Eraz nak share 5 fakta menarik tentang kucing.. Mungkin ada yang belum tahu tentang perkara-perkara yang melibatkan kucing ni.. Ini diantaranya :
  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari..
  2. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg..
  3. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada laluan itu muat atau tidak untuk dilalui.. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang.. Kesian kucing tu nanti..
  4. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata..
  5. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing..
Sesetengah fakta tu memang menarik.. Antaranya tentang misai tu.. Dulu-dulu ingat misai tu untuk membantu kucing menghidu.. Rupa-rupanya ada sebab lain.. Tapi ada orang pernah cakap yang jangan sesekali potong misai kucing.. 

Read more ...

MBA OUM

MBA OUM

Master of Business Administration, Open University Malaysia | Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Perancangan untuk menjadi pelajar atau dengan kata nak sambung belajar dan sambil bekerja akhirnya tercapai.. Permohonan Eraz untuk sambung belajar ke peringkat Master dalam bidang Business Administration akhirnya tercapai.. Jabatan di tempat kerja juga akhirnya meluluskannya.. Alhamdulillah.. Harapnya perjalanan untuk habiskan program master dalam 2 tahun ni tiada gangguan.. Kenapa MBA OUM menjadi pilihan? Ada alasannya..

Read more ...

Loading blog makin OK ke?


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat satu entri bertajuk Mohon komen tentang kelajuan loading blog ni.. Semua yang respon entri berkenaan memberi komen memang loading blog Eraz jadi lambat.. Adoi.. Apa dah jadi ni.. Jadi, Eraz cuba buang beberapa coding yang mungkin jadi penyebabnya.. So sekarang, adakah masih lambat atau dah kembali seperti biasa.. Mohon respon..


Read more ...

Fed up ar


Assalamualaikum w.b.t.. Betul ke tak tajuk entri malam ni.. Bukannya apa.. Serius fed up dengan line internet ni.. Slow giler.. Kadang-kadang putus.. Aiyoooo.. Sejak dua menjak ni memang line internet broadband ni tak betul sikit.. (Tertaip perkataan tak manis tadi, tapi delete semula).. Haha..

#Teman Zara tidur je la.. Good Night!

Read more ...

Sunday, 29 September 2013

Siapa yang ambil spek papa ?


#Sayang gambar ni gelap sikit sebab snap masa on the way balik rumah.. Petang sangat!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Siapa paling popular sekarang ?


Assalamualaikum w.b.t.. Ini sekadar santai petang untuk hari ini.. Eraz snap gambar ni dari Kosmo, 29 September 2013 hari ni..Cuit cuit Ahad ! Korang rasa, siapa yang paling popular sekarang? Jom baca dialog mereka yang suka sembang-sembang ni..

"Kau rasa sapa yang paling glamor sekarang ni, ramai orang nak bergambar dengannya?"

Jawapannya ialah ...

"Pak guard kat Subang Airport"

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Hari kami bertiga outing !


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni hari kami bertiga outing.. Selain nak bawa Zara dapatkan suntikan, kami ada satu dua plan untuk cari sesuatu untuk Zara dan mamanya.. Untuk papanya, tak de kot.. Hehe.. Dalam masa yang sama, mamanya dah lama tak keluar kan.. Maklum lah orang berpantang sebelum ni.. Kalau keluar pun masa pergi rumah ma abah.. So hari ni, bawa dia 'makan angin' tapi tak boleh lama la sebab Zara masih kecik!

Read more ...

Zara nak kena suntik !


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni umur Zara dah masuk 67 hari.. Alhamdulillah.. Sepatutnya last week kami dah kena bawa Zara untuk dapatkan suntikan masuk umur 2 bulan.. Tapi awal-awal memang plan nak pergi hari ni, sebab memang selalunya hari Ahad Eraz cuti! 

Readylah Zara untuk dapatkan suntikan.. Don't worry yang Zara, papa dan mama ada.. Be cool.. Like your papa.. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Drama Ummi Episod Akhir (Episod 13)

Drama Ummi Episod Akhir (Episod 13)

Drama Ummi Episod Akhir (Episod 13) | Assalamualaikum w.b.t.. Drama Ummi di TV3 ni memang dah lama tayang.. Tapi sekali pun tak pernah sempat tengok.. Masa tu tak berapa sesuai kot.. Ataupun maybe drama ni nampak macam 'berat'.. Bila tengok dari segi produksi dan pelakonnya, nampaknya mantap.. Pagi tadi tertengok promo, rupanya dah sampai episod akhir a.k.a episod 13 pada hari ni, Ahad, 29 September 2013.. Rasanya lepas siaran Konsert Jom Heboh!

Di bawah ni Eraz dapatkan sinopsis drama Ummi ni di episod akhir ataupun episod 13 :

Ummi diculik dan Mei Ling tersecera semasa cuba menghalang kejadian tersebut.. Amir (Amir seorang budak tempang yang hidup mengemis tetapi amat suka membaca) tidak dapat melakukan apa-apa dan dia begitu sedih dengan apa yang berlaku..

#Rasanya macam tak tengok pun jugak malam ni.. :)

Read more ...

Mohon komen tentang kelajuan loading blog ni ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sebenar Eraz perasan masa kat office semalam, loading blog Eraz macam slow berbanding sebelum ini.. Bila balik dari kerja, online kat rumah samada dengan laptop atau tab, macam sama je dan mungkin lagi slow.. So Eraz tak sure samada itu masalah line internet kat sini atau memang loading blog ni dah makin slow..

Eraz nak minta tolong pembaca-pembaca blog komen seringkas yang boleh tentang surevey ni.. Korang boleh reply satu perkataan pun tak pe.. Reply lah lambat ke, cepat ke, ok je ke, macam biasa ke.. Ok! Terima kasih semua..

##Perasaan pelik!

Read more ...

Saturday, 28 September 2013

Bahasa Tangisan Bayi

Bahasa Tangisan Bayi

Bahasa Tangisan Bayi | Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi dengan neh, owh, ealrh, heh dan eh? Tak kan la dah lupa.. Entri sebelum ni je pun.. So sekarang, sila tengok gambar yang Eraz attchkan kat atas.. Itu la maksud-maksud kepada perkataan neh, owh, ealrh, heh dan eh bagi seorang bayi yang menangis.. 

Tiap-tiap satunya membawa maksud yang lain.. Yang mana mengantuk.. Yang mana lapar.. Yang mana kembung perut.. Sesiapa yang ada bayi, jom sama-sama kita perhatikan betul ke tak kebenaran kenyataan dalam gambar di atas OK! 

Read more ...

neh, owh, ealrh, heh dan eh


Assalamualaikum w.b.t.. Haaaa.. Apa neh, owh, ealrh, heh dan eh tu? Haaa.. Ini mungkin info baru yang Eraz nak kongsi dengan korang semua.. neh, owh, ealrh, heh dan eh merupakan bahasa untuk bayi semasa mereka menangis.. Untuk lebih detail, nanti Eraz buat entri khas jap lagi.. Menarik jugak ni.. Seriusnya, ini first time Eraz tahu pasal bahasa bayi ni.. Tungggggguuuuuuuuu...

Read more ...

Astaghfirullahaladzim, Bayi mati lemas dalam baldi ..


Bayi mati lemas dalam baldi | Assalamualaikum w.b.t.. Dalam pada duduk baca-baca surat khabar utama, terpampang satu berita yang sangat sedih yang mana berita berkenaan menyatakan seorang bayi telah ditemui mati lepas oleh abangnya di dalam baldi.. Astaghfirullahaladzim.. Tak boleh nak huraikan dengan kata-kata.. Berita lanjut, korang boleh baca di SINI..

Sama-samalah kita berhati-hati, berwaspada supaya kejadia-kejadian macam ini tidak berlaku kepada keluarga kita.. Mintak jauh.. Salam takziah kepada keluarga bayi berkenaan dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada bayi berkenaan..

Wassalam..

Read more ...

Video Lawak Jep Sepahtu dalam Super Spontan 2013, 27 September 2013


Video Lawak Jep Sepahtu dalam Super Spontan 2013, 27 September 2013 | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz tak nak tulis entri ni panjang-panjang.. Bagi yang belum tahu tentang ni, boleh tengok video ni.. Wassalam..

Read more ...

One more time !


Assalamualaikum w.b.t.. Kerja pagi ni bermula dengan jadi emcee.. Bukan apa, malas nak jadi emcee emcee ni.. Kalau memang dah tugas kerja jadi emcee, ok je.. Tapi.. Errmmm.. Nasib baik tak lama.. Kalau tak, memang tak boleh buat kerja lain la jawabnya.. BTW, harapnya hari ini tak ada banyak masalah sangat kat office.. Harapnya berjalan dengan lancar dan tak de kerja yang sangkut!! Insyaallah..

Wassalam..

Read more ...

Sempat layan Kampung Girl Episod 10


Kampung Girl Episod 10 | Assalamualaikum w.b.t.. Rupa-rupanya Kampung Girl dah masuk ke episod 10 hari ni, 27 September 2013.. Serius dah lama tinggal drama ni.. Dah terlepas pun episod Ainnur dan Ashraf kahwin.. Drama macam yang Eraz buat entri sebelum INI, kes kahwin paksa pada mulanya..

Episod malam ni nampaknya Ashraf dah mula menunjukkan rasa cintanya pada Ainnur.. Sebelum ni hanya Ainnur yang berusaha dan bersabar dengan Ashraf.. Sejak Ashraf menghalaunya dari rumah sebelum ini, Ainnur seolah-olah patah hati.. Sebab tu sekarang Ashraf yang cuba berbaik dengan Ainnur..

Nak cerita lagi? Haha.. Cukup la kot.. Nanti jadi skrip drama pulak.. 

Read more ...

Friday, 27 September 2013

Sayangnya Allah pada kita ..


Assalamualaikum w.b.t.. Masih lagi dengan entri bertemakan tazkirah sempena hari Jumaat ni.. Kali ini berkisar tentang taubat.. Taubat dalam Islam.. 

Sayangnya Allah pada kita.. Dia buka pintu taubat seluas-luasnya.. Walaupun kita ulang sejuta kali dosa yang sama.. Teruskan taubat.. Jangan putus asa.. 

-Ustaz Azhar Idrus

#Jangan pula kita sengaja mengulang dosa yang sama..

Read more ...

Lepaskan ia pergi ..


Assalamualaikum w.b.t.. Lepaskan ia pergi.. Ala-ala tajuk drama TV pulak bunyinya.. Tapi kisahnya memang boleh dijadikan idea untuk buat skrip.. Hehe.. Entri ini boleh bertemakan entri tazkirah sempena hari Jumaat yang mulia ni.. Mencintai dan dicintai..

Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita..

Lepaskan ia pergi..

Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik.

Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan hak kita..

Read more ...

Master of Business Administration

Master of Business Administration

Assalamualaikum w.b.t.. Master of Business Administration.. Mungkinkah perancangan ingin sambung belajar ke peringkat MBA akan terlaksana tahun ini? Harap-harapnya tiada masalah lain akan menghalang.. Amin..

Dah lama sebenarnya nak sambung belajar lepas konvo untuk degree pada tahun 2006 lepas.. Tapi sebab kekangan kerja dan susah nak dapat approval dari company, terpaksa tertangguh dan tangguh dan tangguh.. Green light nampaknya wujud pada tahun ini.. 

Read more ...

Merokok dalam tandas !


Assalamualaikum w.b.t.. Merokok dalam tandas.. Korang pernah nampak tak tanda 'Dilarang Merokok Di Sini' dalam tandas? Tapi kenapa masa ada orang yang merokok dalam tandas.. Bayangkan korang masuk dalam tandas, then nampak macam berasap dan berbau.. Tak ke lemas? Selesa ke orang tu nak menggunakan tandas? Tak mustahi juga baju orang yang masuk tandas tu berbau sekali..

Mohon la, jika nak merokok, bolehlah ke kawasan yang sepatutnya.. Bukan tak bagi merokok sebab hak masing-masing.. Tanda pun, 'Dilarang Merokok Di Sini' bukan diharamkan merokok di sini.. Cuma kadang-kadang, kena la memikirkan orang lain sebab itu tempat awam.. Sebelum ni kes Merokok Dalam Restoran!

Wassalam..

Read more ...

Kawal mood anda ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ini lah gunanya ketenangan dan diselitkan dengan senyuman.. Kenapa Eraz cakap macamtu? Sebabnya ini berlaku pada Eraz hari ni.. Pagi-pagi lagi kena sampai office.. Memberi perkhidmatan kepada orang-orang yang baru nak kenal sistem ataupun ada segelintir yang tidak mahu mengikut peraturan..

Kalau kita tak positif, cuba berada dalam keadaan bertenang, pasti punya lah mood kita akan jadi tidak sabar dan mungkin akan meninggikan suara.. Jadi cuba senyum, bercakap dengan 'sopan', insyaallah semua akan terkawal.. Jadi sekarang ini masih terkawal walaupun sebenarnya perut lapar ni sebab belum breakfast! Haha..

#Tarik nafas dalam-dalam, hembus.. Senyum.. Boleh jadi cool.. Rileks!

Read more ...

Zara Zya, Pelakon Drama Love You Mr. Arrogant

Zara Zya, Pelakon Drama Love You Mr. Arrogant | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang tengok drama Love You Mr. Arrogant di TV3 mesti tertanya siapa heroin drama tu kan yang memegang watal Zaara Amira (macam nama Zara Faleesya pulak).. Mungkin ada yang pertama kali tengok dia.. Zara Zya..  Itu la namanya.. 

Rupanya Zara Zya ni pelakon lama.. Dengarnya dah 10 tahun berlakon tapi kurang mendapat perhatian.. Tup-tup kali ni untuk drama Love You Mr. Arrogant ni, dia menjadi heroin.. Mungkin akan slow-slow naik la kot macam Nadiya Nisaa tu kan.. Anzalna pun jadi pembantu dalam drama ni..

Zara Zya, Pelakon Drama Love You Mr. Arrogant

Biodata Profile Zara Zya

Nama Penuh : Zainurul Razia Bte Mohd Zainuddin
Nama Komersial : Zara Zya
Tarikh Lahir : 22 Oktober 1985

Read more ...

Thursday, 26 September 2013

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W | Assalamualaikum w.b.t.. Sempena malam Jumaat ni, Eraz nak share cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W yang Eraz dapat daripada Facebook.. Sama-sama kita yang sudah berkahwin mengikut sunnahnya.. Yang belum berkahwin tu, faham-faham sendiri la ya.. Wassalam..


Read more ...

Pintaku Yang Terakhir


Pintaku Yang Terakhir | Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya macam dah lama tak share lagu-lagu lama.. Mungkin blogger muda-muda tak pernah dengar antara lagu terbaik Dayang Nurfaizah ni.. Pintaku Yang Terakhir.. Video yang Eraz upload ni versi lelaki.. Lagu dan lirik yang betul-betul boleh buai perasaan.. Serius.. Cuba dengar..

Ingin ku pandang wajahmu
Di setiap ketika
Tiada jemu biarpun terluka

Ingin dibelai selalu
Bagaikan waktu dulu
Rasa bahagia dalam dakapanmu

Ku rindu
Wajah dan senyumanmu
Memberikan cahaya
Di dalam setiap mimpi-mimpiku

Kau pergi
Membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri
Dalam sepi

Lafazkan cinta dari bibirmu
Ingin kudengar sekali lagi
Lafazkan dari hati tulus dan suci
Serahkan cinta abadi

Oh bisikan rindu nada nan syahdu
Pintaku yang terakhir darimu
Pintaku hanya satu
Usah kau berlalu


#Jiwang la pulak petang-petang ni..

Read more ...

Terasa nak lepak kopitiam !


Assalamualaikum w.b.t.. Bila kat office ni sibuk giler, banyak benda kena fikir, muncul la rasa macam nak lepak kat mana-mana kopitiam best.. Borak-borak release tension.. Kalau bujang-bujang dulu, ya la.. Lepas kerja, selalu juga singgah mana-mana kopitiam.. Lepak dengan staf-staf lain.. Bincang pasal masalah negara.. Hehe..

Tapi sekarang mana boleh amal dah.. Masing-masing dah ada family.. Ada anak.. So masa mesti la kena spend bersama family.. Berharga tu.. Dah lam pergi kerja pagi-pagi lagi, balik pulak petang dah.. Kena la guna masa sebaik mungkin kan.. Kalau nak lepak pun, masa pergi kursus.. Masa tu boleh la jumpa kawan-kawan.. Kalau sekarang, hari bekerja, memang dah penat r sikit nak keluar.. Umur dah tua dan ada komitmen kat rumah kot..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Ranking Alexa.com Blog ERAZ FADLI #9

Assalamualaikum w.b.t.. Seperti minggu-minggu sebelum ini, Eraz akan update kedudukan blog ERAZ FADLI ni untuk Alexa.com.. Kedudukan minggu lepas adalah Global Rank : 125,574 dan Rank MY : 751.. Rujukan SINI.. Jadi selepas seminggu, ini ialah kedudukan terkini..

Global Rank : 110,933
Rank MY : 548

Alhamdulillah.. Hari ni Eraz semak sekali lagi yang kedudukan Global Rank dan Rank My meningkat lagi.. Alhamdulillah.. Harapnya semakin hari semakin meningkat la.. Mana-mana blogger yang ingin membuat semakan, boleh semak di SINI..

#Harapnya juga Eraz akan cuba untuk kekalkan prestasi blog ni.. 

Read more ...

Long Sleeve Shirt


Assalamualaikum w.b.t.. Dari hari ke hari, plan nak keluar ke mall untuk cari baju, seluar, kasut sememangnya tak terlaksana lagi.. Dari hari sebelum puasa lagi kot.. Seriusnya memang Eraz nak sangat keluar pergi beli baju baru terutama yang long sleeve.. Bukan apa, rasa macam dah lama giler tak keluar shooping dan beli baju baru ni..

Alasan paling kukuh ialah sekarang ni masa yang terhad.. Tambah-tambah dengan lahirnya Zara, masa memang banyak pada dia.. Lagi satu, tak kan kecil-kecil lagi dah nak dibawa ke Mall yang ramai orang kan.. Kesian dia.. Dan lagi, kalau ke Mall, sah-sah kena habiskan masa yang lama sikit..

Tup-tup terfikirkan Best Buy di Zalora Malaysia.. Iklan TV Zalora tu memang sentiasa bermain dalam kepala ni la.. Mana la tahu kot-kot ada yang berkenan.. Ada kawan pernah beli baju long sleeve di situ..  Lagi satu secara online je kan.. Memang kemudahan internet ni mudah.. Kat office, kat rumah, semua boleh access.. Dengarnya harga ok sebab dah ramai kawan-kawan yang shopping..

#Harap-harap terlaksana nak shopping baju long sleeve
Read more ...

Heboh isu isteri Mat Yo dan Surat kepada PM


Heboh isu isteri Mat Yo dan Surat kepada PM | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni memang heboh dengan isu isteri Mat Yo dan surat kepada PM oleh seorang wanita tu.. Pagi-pagi lagi masa masuk office nampak 3 orang staf office berkumpul duk mengadap iPad.. Rupa-rupanya duk tengok video yang berkaitan dengan kes Mat Yo dan isteri serta pengawal keselamatan tu.. Eraz memang tak ambil pot pun.. Sampai sekarang belum tengok video tu dan baca berita di surat khabar...

Lepas kecoh dengan isu tentang surat ke Perdana Menteri.. Ini lagi satu hal.. Eraz dah dapat link blog yang letak surat tu.. Sekali buka, giler panjang berjela-jela.. Terus give up nak baca.. Kalau pendek-pendek, memang spend la jugak masa nak baca kan.. Tapi sebab panjang, bye bye je la.. Mungkin esok boleh baca kot.. Kalau nak baca, kena baca time mula-mula sampai office.. Kalau tak, errmmmm..

By the way, itu antara dua topik hangat untuk hari Rabu, 25 September 2013..
Read more ...

Wednesday, 25 September 2013

Kenapa wanita berperangai pelik ketika mengandung ?


Assalamualaikum w.b.t.. Percaya atau tidak bagi kaum-kaum lelaki bahawa kadang-kadang semasa isteri kita sedang hamil, perangai mereka kadang-kadang pelik? Hehe.. Melalui satu gambar yang Eraz jumpa ni, ada satu soalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus.. Korang boleh baca dalam gambar di atas..

Sememang pengorbanan seorang isteri atau ibu hamil ni sangat banyak.. Jadi kita sebagai lelaki dan suami, banyak-banyaklah bersabar.. Dia mengandungkan zuriat kita tu.. Kalau nak huraikan kat sini, memang panjang berjela la.. Cool k.. Tak rugi pun..

#Alhamdulillah Zara dah selamat keluar..

Read more ...

Santai Petang !


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau hari-hari sebelum ni atau minggu sebelum ni, Eraz akan update pasal drama Cinta Jannah untuk korang.. Tapi disebabkan semalam drama berkenaan dah habis, so hari ni Eraz nak kongsi satu cerita yang mungkin boleh menceriakan korang.. Jom baca.. Baca perlahan-lahan..
Mak : Lesen ! tolong beli santan !
Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !
Mak : Otak ! tolong mak beli santan !
Otak : Otak tgh berak la , mak !
Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !
Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !
Mak : Gila , tolong beli santan !
Gila : Ok , mak ! 
Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !
Gila : Ada apa , encik ?
Polis : Mana lesen ?
Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.
Polis : Kad pengenalan kamu mana ?
Gila : Kad pengenalan tgh main facebook.
Polis : Kamu tak ada otak ke ?
Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu.
Polis : Awak ni gila , ya ?
Gila : Ya..nama saya Gila..
Polis : @*@^#%!!
#Santai Petang

Read more ...

Aku dan Ambulans


Assalamualaikum w.b.t.. Bila ternampak ambulans, memang terus teringat pada kisah yang berlaku pada tahun 1995 yang dulu.. Lama dah tu.. Bukan apa, pada tahun itu la Eraz pertama kali naik ambulans dari Machang ke Kota Bharu.. Masa tu Ma Eraz yang temankan dalam ambulans.. 

Eraz di kejarkan ke hospital Kota Bharu sebab kena jalankan pembedahan segera untuk buang apendiks.. Entah macamana boleh tiba-tiba ke penyakit apendiks dan serius.. Hari sebelumnya tu, sempat lagi ke sekolah dan bernasyid untuk program sekolah.. Balik sekolah tu yang tak tahan sampaikan Ma Abah bawak pergi ke hospital di Machang..

Alhamdulilah semuanya selamat selepas pembedahan dan terpaksalah tidak mengaktifkan diri untuk sukan selama sesekian waktu.. Itulah kisahku dengan ambulans..

Penyakit apendiks sebenarnya sangat bahaya jika tidak dikesan awal.. Bayangkan jika apendiks tu pecah dalam perut sebelum sempat melakukan pembedahan.. Jadi jika sesiapa ada simptoms ke arah penyakit apendiks, teruslah ke hospital untuk pemeriksaan.. 

Wassalam..
Read more ...

Kisah Menantu Terlampau


Kisah Menantu Terlampau | Assalamualaikum w.b.t.. Kisah menantu terlampau ni sebenarnya untuk pengajaran.. Kisahnya bermula selepas Mamat dan Minah selesai melangsungkan perkahwinan mereka dan bangun solat subuh untuk kali pertama selepas bergelar suami isteri..

Mamat dan Minah telah melangsungkan perkahwinannya

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah, bapa mertua Mamat, bapa Minah, mengejutkan semua orang di dalam rumah untuk solat subuh.. Semua orang yang ada pun bangun dan juga Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh..

Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya.. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam..

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya.. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.. Alhamdulillah, kira selesai la kan solat..

Akan tetapi..

Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?".. Lantas Mamat pun jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat ker? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi.."

MasyaAllah.. Mengucap panjang Pak Haji.. Kantoi sudah Mamat pada awal-awal perkahwinan dia..

Pesanan : Kan dah kantoi.. Lain kali kalau nak berumahtangga, persiapkan la dengan asas / tiang agama tu dulu.. Perkara basic tu.. Peace no war..

Read more ...

Wordless Wednesday #26 : Ujian ALLAH

Ya ALLAH, jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaanMu..

Ya Allah, 
Jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaanmu..

Read more ...

Bayi Lelaki Lima Bulan Ditemui Mati Di Pusat Jagaan


Bayi Lelaki Lima Bulan Ditemui Mati Di Pusat Jagaan | Assalamualaikum w.b.t.. Lagi kes seorang bayi lelaki yang berumur 5 bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan.. Bayi berkenaan didapati sudah meninggal dunia semasa pengasuh hendak memandikannya kira-kira pukul 3 petang.. Mengikut bapanya, dia meragui punca kematian anaknya kerana anak berkeadaan sihat semasa dihantar ke pusat jagaan.. SUMBER

Kenapa banyak sangat kes kematian kanak-kanak sekarang ni.. Pelbagai kes yang kita dengar.. Perkara-perkara macam ni la yang akan membimbangkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan.. Untuk kes yang terbaru ini, puncanya masih lagi disiasat..

Read more ...

Tuesday, 24 September 2013

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz selalu praktikkan ayat di atas dalam banyak hal.. Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati.. Ayat ni lebih sinonim kepada perubatan pada mulanya.. Boleh kaitkan kan? Tapi sebenarnya bukan hanya digunakan untuk perubatan, tapi dalam semua hal sebenarnya.. Dalam apa-apa jua perkara pun..

Sebelum buat sesuatu perkara tu, fikir-fikirkan lah dulu.. Cuba kita bayangkan apa yang akan berlaku selepas apa yang kita yang buat dalam perancangan tu.. Jika perkara yang hendak dibuat sesuatu yang terlalu negatif,  baik elakkan.. Sure semua boleh faham dan tahu akan apa yang perlu dicegah.. Sebelum berlaku apa-apa yang tak diingini, better fikir dalam-dalam dulu..

#Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Read more ...

Cinta Jannah Episod Akhir (Episod 24)


Cinta Jannah Episod Akhir (Episod 24) | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni merupakan episod akhir atau episod 24 untuk drama Cinta Jannah di TV3.. Kalau ditengokkan pada promo yang ditunjukkan di akhir episod 23 semalam, banyak benda yang akan berlaku pada episod akhir ni.. Jika tengok semalam, Damia masih lagi tinggal serumah dengan Izaryl dan menjaga Tengku Zareena yang lumpuh setelah dia tidak diterima oleh keluarganya sendiri.. 

Selain dari itu, Nur Jannah ditemukan dengan Bonda.. Perut Nur Jannah sakit dan Bonda membawa Nur Jannah ke hospital.. Izaryl bermimpi yang Nur Jannah jatuh ke dalam lubang yang dalam dan meminta tolong.. Izaryl hanya melihat.. Nur Jannah meminta tolong dan menangis.. Izaryl tersedar dan badannya berpeluh.. Apakah maksud mimpi berkenaan? Kena la tengok Cinta Jannah Episod Akhir (Episod 24) hari ini.. 

Nelydia Senrose ni memang ada potensi yang pergi lebih jauh dalam bidang lakonan kalau dia pandai bawak diri dan memilih watak-watak yang meninggalkan kesan kepada semua penonton.. Tak mustahil dia akan jadi salah seorang pelakon wanita yang mempunyai nama suatu hari nanti..

Wassalam..

Read more ...

Lukisan 3-D Yang Sangat REAL!

Lukisan 3-D Yang Sangat REAL | Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya dah lama Eraz tak kongsi koleksi gambar-gambar menarik yang ada di seluruh dunia ni kot.. Sebelum ini Eraz pernah kongsikan koleksi gambar-gambar Lukisan di Jalan Raya dan Permandangan Dari Langit Patut Korang Tengok.. Gambar berkenaan memang sangat cantik!

Hari ini, Eraz berpeluang kongsi dengan korang koleksi Lukisan 3-D yang sangat real ni.. Cuba korang skrol ke bawah untuk tengok.. Apa komen? Jemput la singgah ke entri sebelum ini tu juga.. Eraz percaya masih ada yang belum tengok lagi..






KREDIT : SUMBER

Read more ...

Alhamdulillah Dapat Cek Dari Churp Churp


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, mulanya ingat malas nak cash out lagi Churp Churp ni.. Tapi takpe la.. Simpan lama-lama kat situ, tak guna juga kan.. Churp Churp dah bagi peluang untuk cash out, kita cash out je la.. Tak de la sebanyak orang lain.. Tapi boleh la sebagai pendapatan sampingan..

Alhamdulillah, cek dari Churp Churp dah sampai, tapi belum sempat bawa ke bank lagi.. Tak sangka juga kali ni dapat hampir cecah RM 200.. Sekali lagi Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Churp Churp.. Siapa nak dapatkan pendapatan sampingan yang sama macam Eraz, boleh klik SINI untuk register dan follow step-stepnya.. Mana tahu korang akan dapat lebih daripada Eraz! Good Luck..

Read more ...

Adam AF, Fiza Elite Bakal Kahwin

Adam AF, Fiza Elite Bakal Kahwin | Assalamualaikum w.b.t.. Adam AF bakal berkahwin dengan Fiza Elite Khamis ni.. Berita ni Eraz dapat daripada adik ipar Eraz, Farah Alias.. Peminat setia Adam tu.. Lepas tu Farah link kan ke artikel BeautifulNara..

Mungkin ini satu berita yang mengejutkan dalam dunia hiburan terutama peminat Adam.. Tapi bagi Eraz, itu jodoh ketentuan Ilahi.. Jika itu jodohnya, alhamdulillah, sebuah masjid lagi akan didirikan.. Kita sebagai sesama umat Islam, doakan yang terbaik..

Untuk laporan gambar pernikahan Adam dan Fiza serta gambar majlis perkahwinannya serta persandingan, sure akan ada blogger yang update nanti..

Adam AF Bakal Kahwin Fiza Elite

Adam AF Bakal Kahwin Fiza Elite

#Sama-sama doakan ikatan perkahwinan antara Adam AF dan Fiza Elite kekal ke akhir hayat..

Read more ...

Misi mencari Nursery ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni tiba masa kami mencari nursery terbaik untuk Zara.. Kalau dah papa dan mama dua-dua bekerja, terpaksa la Zara duduk kat nursery walaupun umur baru 3 bulan.. Kesian memang kesian.. Tapi terpaksa.. Sebab itu la kami sedang mencari nursery yang terbaik untuk Zara bagi mengelakkan apa-apa yang tidak dikehendaki berlaku..

#Akan survey beberapa nursery sebelum buat keputusan.. Pergi ke tempat berkenaan dan lihat sendiri keadaan dan suasana..

Read more ...

Cari burger tepi jalan ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sememangnya burger yang dijual RM 2 ke RM 3 jika yang special sememangnya lagi sedap dari burger KFC, McD dan lain-lain.. Kepuasan tu lebih kepada burger-burger tepi jalan tu.. Tambah-tambah lagi jika orang tu letak lebih mayonis, kita beli double ke.. Alahai.. Meleleh air liur dibuat nya.. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday, 23 September 2013

Tiba-tiba sakit kepala ..


Assalamualaikum w.b.t.. Habis je waktu kerja hari ni tiba-tiba terus sakit kepala.. Macam tahu-tahu je habis waktu pejabat.. Dalam masa yang sama, mengantuk giler rasa.. Kesimpulannya, sakit kepala tu sebab banyak sangat kerja hari ni.. Kena settle itu ini.. Nasib baik sakitnya lepas office hour.. Kalau tak, tak de mood la nak kerja..

Mengantuk? Hehe.. Itu sebab tidur lewat dan tak cukup tidur je.. Tak cukup tidur? Its ok.. Demi Nur Zara Faleesya..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Hujan!!

Assalamualaikum w.b.t.. On the way balik kerja ni, hujan turun lebat.. Kesian pulak tengok penunggang-penunggang motosikal.. Disebabkan tiba-tiba je hujan, maka mereka terpaksa la berhenti untuk pakai baju hujan.. Tapi sebelum complete pakai baju hujan tu, confirm basah kuyup!

#Terus teringat kat Abah yang mana masa mula-mula kerja dulu, Abah minta belikan kereta terus berbanding moto.. Ini salah satunya sebab..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...