Saturday 31 August 2013

Sesuatu yang di luar jangkaan ..

Assalamualaikum w.b.t.. Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.. Percayalah! Redha la dengan apa yang akan berlaku ataupun telah berlaku.. Insyaallah, Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik daripada itu.. Positifkan diri supaya diri kita tidak kecewa yang teramat sangat..


Read more ...

Kisah Tok Kadi dan Pengantin di Terengganu


Kisah Tok Kadi dan Pengantin di Terengganu | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz nak share satu cerita dengan korang.. Terpulanglah korang setkan genre cerita ni apa.. Jangan lupa baca sampai habis..

"Sebelum akad nikoh, tok kadi nok ngesoh name IC pengantin laki. Kadi kabo nok tanya soklang skit. Pengantin laki debor nyak nyak doh ning."

Kadi: Lame doh ke knal hok puang ni?
Pengantin: Dalam 2 tahun doh saya kenal dia ustak.
Kadi: Hoo molekla..mesti gi dating sokmo ork?

Pengantin: Kadang2 je ustak. Dia duk Teghanu, saya duk KL.
Kadi: Doh, dok jupe, org muda lening kalu ngorat duk wat sek sokmo la ni?

Pengantin: Manade Ustak! Harang kang tu! Astopirullah, wat sek mende Ustak.
Kadi: Bakpe harangnye?Kang ada niat nok nikoh? wat sekla...barang free!

Wali pengantin: Hoii!! mung tok kadi! jgn wat aib anok nantu aku depang org rama gining!!!!

Kadi: Cer wak mari talipong mung aku nok cek. (Kadi mintak hp pengantin).
Pengantin: Tepon saya, ikut suka saya la nak save mende pong!!

Wali: Wi la ke ustak tepong mu Awang, takut mende kalu mu dok wat sek. **pengantin ketor abih pale lutut**

**Kadi muke meroh merang tahang maroh tengok isi tepong**

Kadi: Doh ni fail natang mende ni? wat sek la ning! ke orang panggil mende?

***Wali dgn jemputang bikah bangun bejerebak atah blakang kadi nok tgk fail dlm tepon pengantin".. rama-rama pakat kata, "Horrr..WHATSAPP!!"

Read more ...

Teknik Sendawakan Bayi

Teknik Sendawakan Bayi

Teknik Sendawakan Bayi | Assalamualaikum w.b.t.. Selain daripada entri kemerdekaan yang dibuat oleh majoriti blogger Malaysia, Eraz nak selit satu info yang mungkin berguna kepada ibu bapa muda atau sesiapa yang baru jadi ibu dan bapa.. Sendawakan bayi ni penting untuk mengelakkan apa-apa benda yang tak diingini berlaku.. 

Teknik Sendawakan Bayi

  1. Meniarapkan baby di mana perut baby di atas riba anda, pegang kepalanya dengan sebelah tangan lalu tepuk belakang badannya dengan tangan yang lain
  2. Pegang bayi menghadap dada anda berhampiran bahu. Gunakan satu tangan untuk menyokong kepalanya dan satu tangan lagi untuk menggosok belakangnya
  3. Sekiranya bayi sudah mampu mengangkat kepalanya, tegakkan badan baby dan menghadapkan bayi ke luar anda. Kemudian beri sedikit tekanan lembut kepada perut baby ketika anda berjalan di sekeliling bilik bersama baby

SUMBER : bambam2u

Read more ...

Friday 30 August 2013

Keranamu Malaysia



Assalamualaikum w.b.t.. Petang tadi Eraz ada update entri tentang Penterjemahan Kemerdekaan.. Masa on the way balik kerja tadi, terdengar lagu-lagu merdeka di radio.. Antaranya ialah Bahtera Merdeka.. Malam ni, sempena malam ambang merdeka, jom dengar lagu ni sekali, dua kali ke, tiga kali ke, empat kali ke, atas korang.. Haha.. Selamat Hari Merdeka.. Sama-samalah kita hargai kemerdekaan negara kita!

Keranamu Malaysia

Salah satu lagi yang betul-betul naik semangat nyanyi ialah Keranamu Malaysia.. Lagu ni la kami duk nyanyi masa merdeka semasa di USM.. Terutama masa menyambut Malam Ambang Merdeka di DTSP.. Banyak kenangan dengan lagu ni..

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

Read more ...

Penterjemahan Kemerdekaan yang korang perlu tengok !


Entri sempena Hari Kebangsaan / Kemerdekaan 2013

"KEMERDEKAAN" tanahair yang diterjemahan dalam seni lukisan..

Terharu mengenangkan perjuang-pejuang negara yang telah pergi dahulu berjuang demi nama "Malaysia"

Komen anda?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Botol Susu Bayi MAM

Botol Susu Bayi MAM

Botol Susu Bayi MAM | Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni hanya nak share dengan korang botol susu bayi pilihan kami untuk Zara.. Mula-mulanya niat kami beli hanya kot-kot susu ibu lambat keluar.. Alhamdulillah, susu ibu keluar pada hari ke-3 atau 4.. Jadi botol susu ni kami guna juga bagi susu ibu perahan.. Kenapa kami tertarik?

Jenama MAM ni model yang ada rongga-rongga atau lubang di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu.. Jadi ianya tidak akan mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol.. Insyaallah kurang la sikit kembung perut dan lain-lain.. Itu aspek utama.. Dari segi warna, agak menarik.. Korang boleh search google.. Harga, ok, berpatutan.. Anti Colic, BPA free, tidak mudah calar dan tidak mudah rosak.. Berkemungkinan besar mudah beralih dari breastfeed ke botol susu kerana putingnya lebih kurang sama..

Read more ...

Thursday 29 August 2013

Suka Gelak by Julia Jamaludin


Assalamualaikum w.b.t.. Lepas review blog yang pertama tadi, giliran untuk pemenang kedua meneka makanan dalam entri INI dengan pantas dan betul.. So pemenang kedua ialah pemilik blog juliajamaludin.blogspot.com.. Harapnya Julia suka dengan review ni..

Seperti biasa, Eraz akan jalan-jalan secara keseluruhan dalam blog berkenaan.. BIRU! Itu yang pertama Eraz nampak di blog Julia.. Boleh dikatakan blog ini blog personal juga tapi diselitkan dengan entri-entri yang berguna kepada semua..

Entri pertama yang Eraz jumpa dan baca ialah Usaha tangga kejayaan.. Betul kata Julia, semuanya rezeki Allah. Yang penting usaha. Kalau tak de, usaha lagi.. Kepada yang tidak memahami perasaan itu, mereka tidak tahu.. Mereka juga tidak tahu yang soalan yang diajukan itu sebenarnya boleh menguris hati.. Kepada Julia, sabar dan insyaallah, suatu hari nanti, akan tiba masanya.. Eraz doakan..

Entri lain yang menarik untuk korang baca ialah 4 Situasi Memalukan Kaum Lelaki.. Adakah betul mereka malu jika Bila terjatuh, Cinta ditolak, Poket kering dan Airmata? So tunggu apa lagi, sekarang ada masa kan.. Jom terjah blog Julia sekarang.. Tinggalkan jejak.. Untuk ke sana, boleh klik SINI..

#Bila tahu pemilik blog Suka Gelak ni bernama Julia, teringat pada best friend Eraz masa kat USM dulu, Nik Julianawatiafzan.. Lost contact!
Read more ...

My Life My Love My Heart by PermataBiru


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang dijanjikan, kepada sesiapa yang berjaya meneka makanan dalam entri INI dengan pantas dan betul, Eraz akan review blog mereka.. So pemenang pertamanya ialah pemilik blog www.permatabiru.my.. Firstly nak ucapkan tahniah sebab sekarang, pemilik blog berkenaan akan menimang cahaya mata kedua next year..

Eraz dah merayau-rayau di blog PermataBiru ni.. Boleh dikatakan blog ini blog personal yang ada memaparkan entri personal.. Dalam masa yang sama, terselit juga entri berkaitan isu semasa..

Masa merayau-rayau tadi, terjumpa entri tentang Tips Mendidik Anak.. Perkongsian yang bermanfaat.. Ada 22 tips yang boleh jika pelajari dan mungkin tak semua kita tahu kan.. Sebagai seorang isteri dan ibu, tidak mustahil dalam blognya ada entri tentang resepi.. Dalam resepi yang paling dicari orang ialah Resepi Ikan Bawal Masak Sos.. Eraz tengok entri tu berada di Top Popular Posts.. Ikan bawal, kalau goreng garing, memang semua bahagian la digigit.. Haha..

Sesiapa yang tak pernah ke blog PermataBiru ni, bolehlah terjah ke sana.. Mana tahu akan jumpa entri-entri berguna untuk korang.. Korang boleh klik SINI untuk terus ke sana..

#Dalam pada Eraz merayau-rayau ke sana, tak jumpa pulak nama betul pemilik blog permatabiru ni.. 

Read more ...

Pemenang JOM TEKA semalam !


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang Eraz janjikan, dalam entri Jom teka! Hadiahnya, Review Blog, Eraz ada letak gambar di atas.. Sebenarnya itu first time Eraz jumpa makanan tu berkeadaan macam tu dan ada berwarna oren.. Selalu berwarna putih je.. Bekas pula dari daun getah atau daun pisang.. Ataupun bekas kecik lutsinar.. Tapi kali ini makanan ni duduk dalam bekas sushi..

Dalam 25 penyertaan dengan pelbagai jawapan, Eraz memilih dua pemenang sebabnya pemenang pertama menjawab dengan betul tapi tidak 100% penuh.. Pemenang kedua pula menjadi dengan betul dan tepat! So tak salah Eraz memilih dua pemenang.. Mereka ialah :



JAWAPANNYA : Tapai Pulut ! Sekali imbas, nampak macam Sushi kan.. 

Nanti Eraz akan review blog mereka berdua.. Kepada semua yang mencuba, jutaan terima kasih diucapkan.. Harapnya korang akan terus datang ke blog ini.. Assalamualaikum w.b.t..

#Entri ni sebenarnya dah terpublish semalam.. Tapi Eraz masukkan dalam draft balik.. So mungkin dah ada yang tahu akan ada dua pemenang.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wednesday 28 August 2013

25 penyertaan dalam JOM TEKA !


Assalamualaikum w.b.t.. Merujuk kepada entri Jom teka! Hadiahnya, Review Blog, Eraz terima 25 penyertaan dengan pelbagai jawapan.. Terima kasih sebab sudi memeriahkan entri berkenaan.. Mulanya Eraz nak publishkan komen-komen a.k.a jawapan-jawapan tu malam ni.. Tapi untuk tingkatkan debaran (konon la), Eraz akan annoucekan esok bersama dengan pemenangnya sekali.. Baru akan publishkan komen-komen a.k.a jawapan-jawapan tu.. So tunggu entri esok ya.. Janji! 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Jom teka! Hadiahnya, Review Blog..


Assalamualaikum w.b.t.. Eraz biasa makan makanan ni.. Siapa yang terpantas teka dan betul, Eraz akan review blog dia.. Ok? Last jawapan di terima, pukul 10:00 malam ni.. Jika ada banyak pilihan jawapan, hantar banyak komen.. Satu komen, satu jawapan.. Ala-ala game.. Semua komen, Eraz akan release selepas pukul 10:00 malam.. Selamat mencuba..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wordless Wednesday #21 : Nubhan AF6?

Nubhan AF

Nubhan AF

Nubhan AF

Nubhan AF

Kenapa letak gambar Nubhan untuk Wordless Wednesday kali ni? Apa kaitannya dengan pemilik blog ERAZ FADLI ni?

#Biar gambar bercerita

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Terima Bayaran Ketiga Dari Exabytes


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, rupa-rupanya pihak Exabytes dah bank-in bayaran ketiga pada 23 Julai 2013 yang lepas.. Sebab selalu pihak Exabytes bagi cek, tapi kali ini mereka terus bank-in.. Masih ingat entri Eraz tentang Permohonan 100 Blogger Ads Program? Selepas mendapat kontrak daripada Exabytes untuk meletakkan iklan di blog ini, cek pertama diterima telah diterima.. Selepas tamat kontrak 3 bulan pertama, pihak Exabytes menyambung lagi kontrak untuk 3 bulan seterusnya.. Dan sekarang dalam kontrak tempoh tiga bulan yang ketiga.. Mungkinkah ada kontrak 3 bulan seterusnya? Atas rezeki.. 

Read more ...

Tuesday 27 August 2013

11 hari kerja tanpa henti ..


Assalamualaikum w.b.t.. Gambar hiasan di atas tu ibaratnya la.. Hari ni kerja hari ke 11 berturut-turut.. Esok hari ke 12.. Kadang-kadang dapat rasa badan cam letih giler dah.. Sakit badan pun ada.. Dengan banyak kerja, dengan banyak benda kena fikir, lagi berjaga jaga budak kecik cayang tu, semua-semuanya la.. Tapi alhamdulillah tak pengsan lagi.. Insyaallah, hari Khamis ni dapat la rehat sehari kot sebelum Jumaat tu kerja semula.. Sabtu Ahad dapat cuti sempena Kemerdekaan.. Next week kursus lak.. Fuyoooo.. 

Read more ...

Terpaksa tinggalkan Zara untuk beberapa hari !


Assalamualaikum w.b.t.. Itulah yang akan terjadi.. Eraz terpaksa meninggalkan Zara untuk beberapa hari sebab terpaksa ke KL untuk kursus Module ke - 2 pada awal bulan 9 ni.. Bulan June lepas, Module 1.. Mesti tiap-tiap hari teringat pada budak kecik yang tembam tu.. Harap-harap masa tu Zara dah sihat dari demam.. Kalau tak, risau juga nak tinggal dia jauh-jauh.. 

#Tajuk kursus kali ni : “PEAK PERFORMING EXECUTIVE DEVELOPMEN​T PROGRAMME: MODULE 2: “UNDERSTAN​DING DIFFERENT PERSONALIT​IES AND HOW TO IMPROVE RELATIONSH​IPS AND PERFORMANC​E (EQ)
Read more ...

Suhu Badan Normal Bayi

Suhu Badan Normal Bayi

Suhu Badan Normal Bayi | Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin ada yang sudah baca entri semalam tentang Zara Faleesya demam.. So hari ini Eraz nak share tentang suhu normal bagi seorang bayi.. Kalau ikutkan web BabyCenter 

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 36.5 darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah C pada waktu petang.

Semalam dah bawa Zara ke klinik.. Mengikut pada Dr., Zara bukan kategori demam lagi, tapi hampir ke arah itu.. Suhu badan Zara tak melebihi 37.7 darjah C pun.. Selesema tu ada sikit.. Tapi sebagai ibu bapa, mesti la risau kan.. Dr. dah back-up dengan ubat dan cool fever.. At least, better cegah daripada terus demam teruk kan.. 

#Harap-harap suhu badan Zara akan berkurang dan kembali normal..

Read more ...

Monday 26 August 2013

Zara Faleesya demam ..



Assalamualaikum w.b.t.. Semalam badan Zara macam panas sikit.. So pergi klinik tadi, suhu badan 36 lebih.. Malam ni macam panas lagi.. Dah bagi ubat yang Dr. bagi tadi.. Tampal cool fever sekali bagi reda panas.. Harap-harap tak sampai 37 darjah celcius lebih.. Doakan semoga Zara cepat OK.. Amin..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Kenapa blogger Paly berharap Eraz jangan marah?



Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin ada yang dah perasan atau mungkin belum.. Blogger Paly telah buat satu entri khas petang tadi tentang Eraz.. Apa dia kata? Kenapa dia berharap Eraz jangan marah? Jom terjah dan komen ramai-ramai di entri INI.. Semua ini bermula dari entri INI..

#To bro Paly, terima kasih untuk entri tu.. Best! Haha..

Read more ...

Subway Surf : New High Score #2


Subway Surf : New High Score #2 | Assalamualaikum w.b.t.. Ingat sebelum ni Eraz pernah buat entri pasal Subway Surf : New High Score? Masa ber'high score'kan 432,420.. Tapi sekarang dah mencapai 785,220.. Betapa gigihnya bermain.. Haha..

#Game masa dirumah lepas solat Isyak.. Zara tak meragam, boleh la layan.. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Papa Zara dah tak laku ..


Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin ada yang masih ingat dengan entri Salam Jumaat yang Eraz create Jumaat lepas.. Entri gambar Eraz pakai kopiah.. Rujuk entri INI.. Kalau dulu, orang nak tengok la juga Papa Zara yang tak berapa nak ensem ni kan.. Haha.. Tapi bila dah ada Zara, orang dah tak nak tengok dah.. Hehe.. Semua nak tengok gambar Zara je.. Buktinya tengok antara komen di atas.. Hehe.. Takpe-takpe.. Blog ni akan jadi blog Zara kot nanti.. Hehe..

#Apa-apa pun, Eraz nak ucap terima kasih banyak-banyak pada yang selalu support blog personal macam Eraz ni.. Terima kasih banyak-banyak.. Walaupun korang lebih nak tengok Zara, sekali sekala, bapaknya nak interframe juga.. Hahahaha.. Peace..

Read more ...

Sunday 25 August 2013

Pesan Rasulullah : Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini

Pesan Rasulullah : Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini

Pesan Rasulullah:Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini | Assalamualaikum w.b.t.. Artikel "Pesan Rasulullah : Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini" Eraz jumpa di Facebook seperti yang Eraz print screen gambar di atas.. Jadi rasanya mungkin akan berguna untuk pembaca di luar sana untuk baca.. Jika ada ketidaktepatan fakta, mohon maklumkan ya.. Terima kasih..

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum Lelaki :

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”

  1. Wanita Ananah : Wanita yang banyak mengomen itu dan ini.. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati..
  2. Wanita Mananah : Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga.. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar..
  3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada.. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu.. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya..
  4. Wanita Hadaqah : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki.. Dia tenguk apa saja dia mahu.. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak..
  5. Wanita Basaqah : Ada 2 makna.. Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri.. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia.. Suka melawa.. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas.. Wanita begini juga suka dipuji-puji.. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.. Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya..
  6. Wanita Syadaqah : Banyak cakap, tidak menentu lagi bising.. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja..

SUMBER
Read more ...

PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN

 
Setelah 4 bulan menyepi tanpa sebarang segmen akhirnya Kathy muncul lagi dengan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN.. Kali ini Kathy mencari bloglist untuk bulan September sehingga Disember 2013.. Semua akan di bloglist di Kathy Bloglist dalam kategori bloglist 4 bulan.. Namun ada syarat-syarat yang perlu di penuhi untuk melayakkan anda menjadi bloglist kathy iaitu

1. Mempunyai blog dan aktif update entri.. Buat entri segmen bertajuk PENCARIAN  BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN

2. Follow blog INI dan INI 

3. add G+ 

4. like fanpages 


5. Setiap penyertaan akan di bloglistkan setelah segmen berakhir.. Dua orang peserta bertuah yang di pilih secara random akan di review blognya dan menerima hadiah misteri dari Kathy..

6. Segmen bermula pada 25 Ogos 2013 sehingga 30 Ogos 2013 jam 11.30 malam.. JOM PAKAT JOIN RAMAI-RAMAI..

Read more ...

Saturday 24 August 2013

Cerekarama, Malaikat Di Pintu

Cerekarama, Malaikat Di Pintu

Drama Cerekarama, Malaikat Di Pintu | Assalamualaikum w.b.t.. Malaikat Di Pintu, daripada tajuk, memang menarik.. Dari segi pelakon, bila adik ipar beritahu lakonan Awie dan Yana Samsudin, errmmm.. Macam ada sesuatu yang tak kena.. Tapi, belum tengok, belum tahu kan.. Mungkin watak yang sesuai untuk diaorang.. Minggu lepas baru je drama Abang Long vs Kak Yong lakonan Yana siar di slot yang sama.. Memang laku la dia..

Sebelum layan tu, jom baca sinopsis dulu.. Lepas tengok promo di TV3, Eraz try la cari sinopsis sebab tajuk macam best kan.. So jumpa sinopsis di blog PEREKACERITA.. 

Ridwan sebelum ini dibesarkan di rumah anak yatim. Namun kini ibu saudaranya, Zai akan mengambil Ridwan untuk dijaga. Walaupun sudah beberapa tahun berkahwin, namun Zai dan Mus tidak dikurniakan anak. Mus kurang senang dengan kehadiran Ridwan namun dia mengikut sahaja permintaan isterinya kerana tidak mahu bertelagah. Walaupun Ridwan merupakan seorang anak yang baik dan patuh pada kata, Mus tetap tidak senang kerana baginya Ridwan merupakan orang luar. 

Zai mula berbincang dengan Ummi untuk menghantar Ridwan semula ke rumah anak yatim selepas hari raya nanti akibat desakan Mus. Sepanjang Zai di tempat kerja, Ridwan dibiarkan sendirian di rumah sehingga dia bertemu rakan baru iaitu Alif. Mereka berdua mendapat idea untuk mengumpul duit dengan melakukan perkhidmatan seperti membersihkan halaman rumah, mengutip botol, plastik dan surat khabar lama. Pada sebelah malam pula, mereka menjual bunga api dan mercun ‘pop pop’. 

Suatu hari, selepas membersihkan halaman Cik Munah, Ridwan dan Alif memberanikan diri pergi ke sebuah rumah yang tidak mereka kenali. Sejurus tiba di rumah tersebut, Ridwan memberanikan diri membuka pintu. Tiba-tiba mereka ternampak kelibat seseorang yang menakutkan. Sebelum mereka sempat melarikan diri, mereka telah ditangkap penghuni rumah tersebut iaitu Tok Bad.

Sebelum tu layan bola, Kelantan lawan Terengganu dulu.. Apa agaknya keputusan malam ni? Minit ke 10 nampaknya dah 1-0.. Kelantan dahului.. Hehe..
Read more ...

Macam tak nampak matahari..

Assalamualaikum w.b.t.. Seminggu dua ni memang sangat sangat sangat busy dengan kerja.. Boleh katakan tak nampak matahari.. Mana tak nya, pergi pagi sebelum matahari naik, keluar office pula lepas matahari terbenam.. Tak sangka juga musim kali ni menjadi sangat sibuk.. Cuti pun sama.. Setakat hari ni, dah 8 hari berturut-turut kerja tanpa cuti.. Rasanya akan berlarutan sampai cuti Merdeka, baru boleh cuti..

Sabar je la demi mencari rezeki untuk anak isteri dan keluarga.. Kadang-kadang kurang bermakna hidup hari tu sebab pergi kerja, Zara tidur.. Balik kerja, Zara tidur.. Nasib baik anak papa bangun tengah malam.. Boleh juga tengok mata dan bermain..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Cara lembutkan hati ..


Cara lembutkan hati | Assalamualaikum w.b.t.. Entri permulaan hari ini Eraz mulakan dengan mutiara kata.. Pagi-pagi lagi sampai office, terus kena uruskan taklimat pada hari ini.. Tengahari hingga petang pula, kena menjadi ketua pengawas.. Berbalik kepada mutiara kata kali ini, sila baca dalam gambar di atas atau di bawah : 

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Siapa setuju..? Bayangkan jika ada seseorang yang sedang 'panas' ingin marah sebab ada masalah yang dia hadapi.. Kita try layan dia dengan bagi pendapat atau penyelesaian secara berhemah dan percakapan yang lembut.. Insyaallah, dia juga akan 'lembut'.. Jom try!

Read more ...

Friday 23 August 2013

Al-Fatihah kepada Saudara Mohamad Hafiz Hakimi Mohamed ..


Empat Sekawan Maut | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz baru mendapat berita yang saudara Eraz iaitu Cucu Saudara kepada Abah Eraz, Mohamad Hafiz Hakimi Mohamed (asal Kampung Kaabah, Machang) telah meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki oleh arwah bersama tiga kawannya iaitu Fauzairi (asal Kampung Wakaf Bata), Muhammad Fakhrunizam Ibrahim (asal Kampung Kaabah) dan  Muhammad Noranas Nordin (asal Kampung Wakaf Bata) bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer 54.4 jalan Kota Bharu-Machang-Jeli seawal pagi tadi..

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada keempat-empat sekawan ini.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

Read more ...

Terlambat ku sedari kau teramat bererti ..


Terlambat ku sedari kau teramat bererti | Assalamualaikum w.b.t.. Macam lagu Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, Eraz sempat capture lirik lagu tu dengan 'Terlambat ku sedari kau teramat bererti ..'.. Lepas google dan dapatlah tahu yang itu lirik lagu Setelah Kau Tiada - Cakra Khan.. Bila baca lirik penuh lagu tu, memang la menyentuh perasaan.. 

Tak sempat ku mengerti 
Kau tunjukan arah saat ku tersesat 
Beri cahaya saat ku sendiri dalam gelap 
Namun waktu tak pernah rela menunggu 
Hingga akhirnya kau pun pergi 

Terlambat ku sadari kau teramat berarti 
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti 
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Baru ku teringat kau hembuskan angin 
Saat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringan 
Namun tak pernah aku hiraukan semuanya 
Hingga kini pun kau tiada 

Terlambat ku sadari kau teramat berarti 
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti 
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Biarkan ku hidup dalam penyesalan ini 
Sampai nanti kau akan kembali
Terlambat ku sadari kau teramat berarti 
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti 
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada 

Terlambat ku sadari kau teramat berarti 
Terlambat tuk kembali...... 
Dan tuk menanti 
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Yang tak kan mungkin pernah ada

Yang penting, apa yang boleh kita belajar dari lirik ni, jangan la sia-siakan masa.. Hargailah orang yang kita sayang.. Jangan sampai terlambat.. Jangan tunggu 'dia' sakit, baru nak hargai.. Hargailah sekarang.. Tak akan rugi apa-apa..

#Teringat pada satu iklan raya!

Read more ...

Kisah Seorang Lelaki 4 Orang ISTERI


Kisah Seorang Lelaki 4 Orang ISTERI | Assalamualaikum w.b.t.. Masa merayau-rayau di Facebook tadi, terjumpa satu perkongsian daripada kawan-kawan.. Mula tengok tajuk, 'Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI', mungkin sesuatu yang lawak atau biasa-biasa je.. Tapi bila baca habis, baru la dapat pengajaran.. So, jom sama-sama kita baca..

Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI

Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian..
Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian..
Isteri ke empat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang..

Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.
‘Mahukah kalian menemaniku di alam kubur..??

Isteri ke-4 : ‘Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu.’
Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja.’
Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab :
‘Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu.’

Siapa isteri pertama hingga ke empat?
Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita
Isteri ke 3 - Teman-teman kita
Isteri ke 2 - Keluarga kita
Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Hari Kebangsaan / Merdeka 2013

Hari Kebangsaan / Merdeka 2013

Hari Kebangsaan / Merdeka 2013 | Assalamualaikum w.b.t.. Tanggal 31 Ogos 2013 ini, Malaysian akan menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka yang ke 56.. Alhamdulillah, selama ini bumi Malaysia aman damai.. Logo dan Tema Hari Kebangsaan Ke 56 2013 ialah MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..

Kisah permulaan Hari Kebangsaan / Merdeka 2013.. Bila teringat akan hari merdeka ni, lega sikit sebab dapar cuti lepas kerja kerja kerja.. Hehe.. Pada mulanya pihak kami perlu menghantar satu pasukan untuk perbarisan.. Tapi nasib baik surat itu kami terima last minute.. So memang bermasalah la bagi pihak kami untuk mengumpulkan ahli-ahlinya.. Dalam masa yang sama, Dato' Pengarah juga tak available pada hari tu.. Macamana nak bagi tabik hormat kan.. So, dapat la kami cuti!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10


Read more ...

Thursday 22 August 2013

Drama Cinta Jannah Episod 6

Drama Cinta Jannah Episod 6

Drama Cinta Jannah Episod 6 | Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai yang tengok drama Cinta Jannah lakonan Aeril Zafrel, Nelydia Senrose kan.. Eraz selalu tak sempat nak tengok full sebab kadang-kadang sampai rumah dah pukul 7 lebih.. Cuma hari ini Eraz sempat tengok full.. Ada dua soalan yang Eraz nak tanya.. Kot-kot ada siapa-siapa yang boleh jawab..

Soalan :
  1. Jannah kena rogol dengan abang ipar dia ke?
  2. Kenapa ibu Jannah macam marah masa Jannah nak bersalam dengan ibunya ketika nak 'lari' dari rumah tu?
Terima kasih kepada boleh beri jawapan.. Hehe..

Read more ...

Penat wei..


Assalamualaikum w.b.t.. Beberapa hari ni bermula Sabtu lepas, memang boleh rasa badan ni penat sangat.. Bermacam-macam aktiviti dan kerja kena buat sekarang.. Rasanya ini akan berlarutan ke bulan September 2013 nanti.. 

Contohnya hari ini, pagi tadi terlebih dengan jaga exam.. Dah sampai 12.30 pm.. Kul 2.00 pm terlibat dengan majlis kat sini.. Jadi emcee.. Jadi emcee ni dari Isnin lepas.. Sampai la Jumaat ni.. Pastu bersambung 2 minggu lagi.. Sekarang ni pulak, juga exam lagi sampai 5.30 pm.. Itu jadual hari ni ya.. Tak termasuk dengan kerja-kerja di pejabat.. Setiap hari, kul 7 pm baru sampai rumah.. Semalam menggila sikit sebab kul 8 pm baru sampai..

Cuti? Lagi la tak tahu bila.. Maybe next week.. Maybe juga Hari Merdeka ni kot.. Alahai.. Sabau je la.. Zara juga la pengubat.. Balik rumah dengan letih-letih.. Tapi bila tengok isteri dan anak, Zara, hilang semua tu.. Walaupun tertidur agak awal.. Tapi malam-malam bangun sebab Zara suka bangun malam.. Walaupun Zara tak kejutkan papa dan mama nya dengan menangis, tapi kami tetap bangun teman dia.. Alhamdulillah kerana Allah kurniakan Eraz semua ni..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Super Spontan 2 / 2013

Ketam Konfius vs Semut Sentap | Super Spontan 2013
Ketam Konfius vs Semut Sentap | Super Spontan 2013

Ketam Konfius vs Semut Sentap, Super Spontan 2 / 2013 | Assalamualaikum w.b.t.. Tahun lepas, Zizan sudah menjadi Juara Super Spontan 2012.. Nampaknya tahun ini Super Spontan muncul lagi.. Ada muka lama dan juga muka baru.. Nama kumpulan pun dah tukar.. Ketam Konfius dan Semut Sentap.. Senarai peserta? Ada kat bawah tu..

  • Kumpulan Ketam Konfius yang diuruskan oleh Razif Hashim akan dianggotai oleh Along Raja Lawak, Yus Jambu, Shuib Sepahtu, Nabil Raja Lawak, Suhaimi Yusof, Munir dan Almy Nadia
  • Kumpulan Semut Sentap yang dikepalai oleh Rashid Salleh akan disertai oleh Ajak Shiro, Tauke Jambu, Rahim, Johan Raja Lawak, Eko SayWho, Jep Sepahtu dan Noorkhiriah

Read more ...

Wednesday 21 August 2013

Kasi saya tidur dulu ya papa ..


Assalamualaikum w.b.t.. Gambar tu Eraz snap beberapa hari lepas.. Hari ni genap Zara berusia 27 hari.. Sekejap je nak masuk sebulan.. Dah sebulan, kena pergi klinik kesihatan untuk bagi suntikan.. Masa snap gambar ni, Zara tengah tidur.. Selalunya memang macam tu sebab nak simpan tenaga untuk bangun 'main' tengah malam.. Dalam pukul 2.30 pagi ke, 3.00 pagi ke.. Walau apa-apa pun, Papa & Mama akan tetap layan Zara.. Peace.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Berita Bas Persiaran Jatuh Gaung Di Lebuh Raya Karak

Berita Bas Persiaran Jatuh Gaung Di Lebuh Raya Karak



Berita Bas Persiaran Jatuh Gaung Di Lebuh Raya Karak | Assalamualaikum w.b.t.. Baru je terbaca berita tentang Bas Persiaran Jatuh Gaung Di Genting Highland.. Terkejut! Dah tengok dua tiga gambar yang beberapa blogger upload.. Diberitakan sebuah bas persiaran dari Genting Highland ke Kuala Lumpur telah terhumban ke dalam gaung lebuh raya Karak kira-kira pukul 2.20 petang tadi..

Dalam tragedi bas persiaran jatuh gaung ni, dilaporkan serama 10 orang ditemui meninggal dan 15 orang lagi cedera parah.. Dijangkakan nilai kematian mungkin meningkat.. Salam Takziah kepada mangsa yang telah meninggal dunia dan pada yang cedera, diharapkan semua kan ok..

#Terus teringat masa kali terakhir naik bas dari KL ke Kelantan dulu.. Bas langgar lembu.. Masa tu Eraz di kerusi depan sekali.. Nasib baik tak de apa-apa.. 

SUMBER
Read more ...

Wordless Wednesday #20


Published with Blogger-droid v2.0.10

Read more ...

Balik kepada entri Lori semalam ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi entri pasal lori ni dua hari lepas? Eraz tanya 'Korang nampak tak apa yang tak kena dengan lori di atas?'.. So ada yang kata, pancit, senget, kiri kanan kiri kanan sebab ngantuk dan lain-lain.. Sebenarnya, sepanjang Eraz follow lori ni, memang lori ni senget ke kiri.. Eraz rasa sebab tayar.. Tapi bukan pancit.. Menyeramkan bila lori ni belok ke kiri.. Astaqfirullahalazim.. Memang tak seimbang.. Sangat bahaya kepada pemandu lori dan pengguna jalan raya lain..

#Follow lori jauh sikit sebab nak memotong tak boleh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Read more ...

Tuesday 20 August 2013

Registration of erazfadli.com successfully renewed

Registration of erazfadli.com successfully renewed

Registration of erazfadli.com successfully renewed | Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Semua berjalan dengan lancar dan erazfadli.com telah berjaya diperbaharui untuk tempoh setahun akan datang.. Mula-mula tu risau juga kot-kot akan ada masalah yang timbul.. Mana la tahu kan.. Tak pasal-pasal, hilang domain ni.. Menangis tak berlagu la jawabnya.. Haha.. Tapi, alhamdulillah, semua OK!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Bulan Syawal ..

Bulan Syawal

Bulan Syawal | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau la Eraz tak tulis perkataan Bulan Syawal 12 atau guna tajuk Bulan Syawal tu, agak-agak korang tahu apa yang Eraz fokuskan? Hehe.. Eraz bukan jurugambar profesional untuk menghasilkan gambar yang bagus.. Hanya suka-suka.. Keindahan yang dicipta tuhan..

Tiba-tiba teringat masa kat USM dulu, kami enam sekawan baring di padang kawad sebab nak tengok bintang.. Atas dasar minat dan selain rapatkan hubungan persahabatan.. Dah lupa malam tu ada fenomena apa.. Yang pasti, tenang bila baring dan pandang ke atas tengok keindahan alam malam..

#Snap gambar guna tab sambil tunggu lampu hijau traffic light..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

CCRIS dan PTPTN

CCRIS dan PTPTN

CCRIS dan PTPTN | Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).. Apa kaitan? Pasti ramai yang dah tahu berita tentang PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.. Satu berita yang semua peminjan dan bakal peminjam PTPTN perlu tahu..

Dengan kata lain, peminjam PTPTN yang degil dan ingkar akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.. Ini kerana CCRIS ialah sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan..

Jadi berhati-hatilah semua wahai peminjam PTPTN.. Ada kemungkinan susah la nak buat loan nanti kalau tak bayar loan PTPTN.. Errmmmm...


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday 19 August 2013

Playboy vs Prayboy

Assalamualaikum w.b.t.. Hanya untuk perkongsian bersama.. Playboy vs Prayboy.. Jom baca ayat di atas.. :)

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Bila dah susut ..


Assalamualaikum w.b.t.. Selepas menjalani ibadah puasa sebulan yang lepas, seperti bulan-bulan puasa tahun sebelum ini, berat badan memang turun.. Effect nya, salah satu pada pakaian.. Semua dah jadi macam besar.. Susah ni nak naikkan semula.. Kena disiplin..

Nampaknya bulan depan la kot boleh start.. Sekarang masih dirumah mertua.. Hehe.. Balik rumah sendiri, senang sikit.. Dengan adanya Zara, harapnya membantu.. Kan Zara? Ya la.. Dukung dia yang sekarang dah 3 kg lebih, macam senaman dah tu.. Angkat berat.. Makin hari makin berat kan.. Hehe..

#Bila badan susut sikit, baju di badan rasa besar.. Tak selesa..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...