DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 31 July 2013

Terima Kasih Remy ..


Assalamualaikum w.b.t.. Entri ini khas ditujukan kepada blogger Remy sebab bagi hadiah di atas bersama kad raya.. Barang ni dah sampai lama tapi sebab Eraz masih bercuti isteri bersalin, jadi hari ni baru dapat.. Hadiah ni sempena main-main teka contest untuk Masterchef Selebriti Malaysia 2 di blog beliau.. Rujuk entri INI.. Terima kasih bro..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Dah ada anak rupanya ..


Assalamualaikum w.b.t.. Masa check contact list LINE pagi tadi, muncul satu nama sabahat baik Eraz semasa kat USM dulu.. Kami terpisah disebabkan oleh keadaan.. Saje try-try tanya keadaan dia.. Sekali dia jawab.. Try respon sekali lagi kot-kot dia respon lagi.. Dia reply lagi.. Alhamdulillah.. Baru ingat nak uninstall LINE tu.. Tapi bila jumpa sahabat lama ni, biar la dulu..

Rupa-rupanya dia dah kahwin.. Anak sulung dah setahun dah.. Alahai.. Lama giler tak jumpa dan bertanya khabar.. Dia ada anta kad kahwin dia, tapi kenapa tak sampai.. Huhu.. Apa-apa, alhamdulillah dia bahagia sekarang.. 

#Labu !

Read more ...

Tuesday, 30 July 2013

Drama Kisah Cinta Episod Akhir (Episod 13)

Drama Kisah Cinta Episod Akhir (Episod 13)

Drama Kisah Cinta Episod Akhir (Episod 13) | Assalamualaikum w.b.t..  Satu lagi drama yang Eraz tak sedar bahawasanya dah episod akhir malam ni iaitu Drama Kisah Cinta di slot Lestary TV3.. Sebelum ini follow drama ni tapi bukan secara langsung sebab tengok yang rekod je.. Kalau siapa-siapa yang tak tengok episod malam ini, endingnya ada yang happy dan mungkin ada yang tak happy..

As usual, kebanyakan episod akhir drama melayu akan happy ending.. Sedikit jalan cerita atau sinopsis drama Kisah Cinta episod akhir (episod 13) ni, antaranya Shah (Shaheizy Sam) dan Azalea (Fazura) akhirnya berkahwin juga.. Ibu Azalea telah membuat pengakuan bahawa mereka sebenarnya bukan adik beradik seperti yang diberitahu sebelum ini.. Tetapi satu lagi rahsia besar yang diberitahu ialah Azalea sebenarnya bukan anak kandung kepada Zainal.. Hoho.. Antara yang sedih ialah Julie (Nadia Aqilah) nampaknya masih menaruh harapan kepada Shah dan akhirnya kecewa.. Azahari (Nazim Othman) pula menyerah diri kepad polis lepas melakukan banyak kesalahan.. That's All..

#Tenang melihat zuriat darah daging sendiri tidur nyenyak.. Syukur semuanya OK! 

Read more ...

Selesai pendaftaran !



Assalamualaikum w.b.t.. Memandangkan hari ni hari terakhir Eraz dalam Paternity Leave bagi suami, so berusaha juga pergi membuat surat beranak dan MyKid.. Alhamdulillah, walaupun 'bergelut' dalam jammed jalan raya sikit, tapi berjaya sampai ke jabatan pendaftaran sebelum tutup..

Nak dijadikan cerita, sebab nak cepat-cepat ke jabatan pendaftaran tu, boleh tertinggal e-kad kahwin.. Tertinggal sebab abang yang fotostat tu tak bagi semasa buat bayaran.. Sib baik bawa dua-dua sekali.. So semasa proses pendaftaran tu, guna yang isteri punyer.. Dalam kepala berharap proses tu settle cepat sebab nak pergi ambil kad tu.. Nasib baik proses agak cepat, so sempat la pergi kedai tu sebelum tutup.. Fuh!

#Bila dah siap MyKid tu, rasa macam panjang pulak nama anak Eraz ni.. Hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Check Jaundis / Kuning



Assalamualaikum w.b.t.. Jaundis ataupun orang biasa sebut penyakit kuning memang perkara biasa untuk kanak-kanak baru lahir.. Tapi jika terlalu tinggi, boleh bahayakan baby itu sendiri.. Tadi kami diarahkan bawa Zara ke Klinik Kesihatan terpilih untuk check tahap Jaundis atau kuning.. Keputusan papar ada kuning tapi ditahap biasa, tidak perlu ke hospital untuk dimasukkan ke dalam wad.. Hanya 100 lebih kurang dari 200..

Kalau masuk wad, sah-sah kena letak bawah lampu.. Jadi, selagi lagi pada hari Khamis ni perlu ke klinik lagi untuk semak tahap kuning.. Sementara ada hari ni dah esok, kena bagi susu sebanyak yang mungkin, sekerap yang mungkin..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Tidurlah kasih ..

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat pagi semua! Haha.. Wish selamat pagi tu sebab ini entri pertama hari ni.. Alhamdulillah, hari ni menjadi hari ke-6 Zara muncul dalam hidup Eraz.. Alhamdulillah juga sebab dikurniakan seorang anak yang baik je.. Lepas 40 hari ni, tak tahu la lagi kot2 bangun menangis tengah malam.. Sekarang hanya bangun untuk minum susu je..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday, 29 July 2013

Our baby girl, Nur Zara Faleesya


Assalamualaikum w.b.t.. Mulanya ingat nak publish lepas-lepas ni gambar anak Eraz.. Tapi permintaan kawan-kawan samada di Facebook dan Blog memang tak dapat nak hampakan selepas Eraz publish entri INI.. Jadi ini anak sulung kami a.k.a puteri sulung kami, NUR ZARA FALEESYA.. Semoga Zara menjadi anak yang baik dan solehah.. Insyaallah..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Rentetan Segmen Twitter ERAZ FADLI


Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya Eraz nak umum pemenang Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli ni pada hari Rabu petang hari tu lagi.. Tapi disebabkan oleh isteri Eraz hampir nak bersalin, jadi tertangguh dengan secara tak sengaja.. Jadi Eraz nak mohon maaf kepada semua peserta.. Keputusan peserta bertuah akan diumumkan selepas Eraz masuk kerja sehari dua lagi.. Maaf ya sebab nak uruskan hal isteri dan baby girl.. 

Walaupun tak ramai yang join tapi alhamdulillah rakan di Twitter bertambah.. Memang dalam jangkaan sambutan sedemikian kerana twitter ni, tak ramai blogger yang aktif.. Tapi tak salah mencuba kan.. Jadi, kepada dua pemenang bertuah nanti, tunggu.. Assalamualaikum..

Read more ...

Sunday, 28 July 2013

Happy Birthday untuk Isteri Tersayang !


Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Hari Lahir untuk isteri tersayang.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki.. Hadiah paling bermakna untuk hari lahir kali ini ialah dengan lahirnya anak sulung kami.. Alhamdulillah.. Love u!

Read more ...

Saturday, 27 July 2013

Terima Kasih kepada Kak Mialiana


Assalamualaikum w.b.t.. Jika tadi Eraz membuat entri Terima Kasih bro Zamani Abe, tapi kini untuk Kak Mialiana.. Terima kasih Kak Mia kerana entri khas tentang kelahiran puteri sulung kami beserta doa untuk kami.. Kak Mia sebelum ini merupakan seorang mentor kepada Eraz dalam membantu Eraz dalam menjadi blogger yang lebih berjaya.. Terima kasih Kak Mia.. Siapa yang belum membaca entri Kak Mia itu, boleh klik SINI..

Read more ...

Terima Kasih bro Zamani Abe


Assalamualaikum w.b.t.. Terima kasih kepada blogger Zamani Abe sebab sudi membuat entri khas tentang kelahiran anak pertama Eraz.. Zamani salah seorang kawan yang sentiasa bertanya khabar bermula dari isteri Eraz masuk wad hinggalah bersalin.. Terima kasih bro.. Balik raya nanti, insyaallah boleh jumpa 'anak saudara' anda.. Siapa yang belum baca entri berkenaan, boleh baca di SINI..

Read more ...

Terima Kasih kepada Rakan Blogger


Assalamualaikum w.b.t.. Ramai yang sudah tahu yang isteri Eraz telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada hari Khamis baru ni.. Alhamdulillah.. Dan Eraz menerima banyak ucapan tahniah daripada family dan rakan-rakan blogger di entri INI.. Terima kasih banyak-banyak kawan-kawan.. Harapan Eraz agar korang mendoakan agar our cute baby girl akan cepat-cepat keluar wad untuk pulang ke rumah.. Amin..

Read more ...

Iklan Hari Raya PETRONAS 2013



Iklan Hari Raya PETRONAS 2013 | Assalamualaikum w.b.t.. Iklan Hari Raya PETRONAS memang jarang mengecewakan.. Kali ini Iklan Hari Raya PETRONAS 2013 memaparkan pengorbanan seorang ibu yang menggunakan kudratnya mencari duit demi menyediakan duit perbelanjaan menyambung pengajian untuk anak perempuan.. 

Iklan Hari Raya PETRONAS 2013 memaparkan pengorbanan seorang ibu. Tersentuh.. Teringat semasa di labour room baru ini semasa isteri Eraz sedang 'berperang' untuk melahirkan bayi perempuan kami, dia menggadai nyawa.. Betapa susahnya melahirkan anak.. Bermula dari situ, bermula la tanggungjawab sehinggalah bila-bila.. Sayangilah ibu bapa kita..

Read more ...

Friday, 26 July 2013

layan cerekarama, drama Qarina

Cerekarama, Drama Qarina | Assalamualaikum w.b.t.. Pada pada TV senyap tanpa di on, sempat layan drama Qarina dalam slot Cerekara TV3 malam ni.. Teringat masa iklan sebelum ini, drama Qarina ni lakonan Ashraf Muslim.. Penampilan pertama dia ke selepas sekian lama tak berlakon? Entah la.. So, cuba cari sinopsis drama Qarina.. Pelakonnya ada juga la yang kenal..


Sinopsis :

Kisah Qarina, anak bongsu daripada tiga beradik, Daniel dan Elfira.. Ibu bapanya terlalu materialistik dan gemar menunjuk-nunjuk apa yang dimiliki mereka supaya orang ramai mengetahui mereka kaya..

Ingin cuba layan drama Qarina ni sampai ke hujung.. Satu drama yang menarik dan mungkin akan memberi keinsafan.. Layaannn..

Read more ...

Alhamdulillah.. Officially Menjadi Papa..



Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Kurniaan Allah.. Semalam, 25 Julai 2013 pada jam 1.15 pm, lahir puteri sulung kami.. Isteri Eraz melahirkan baby berkenaan secara normal.. Diharapkan ibu dan baby akan cepat-cepat keluar dari wad! :D

#Beraya bertiga
Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Thursday, 25 July 2013

Isteri dan Baju Raya

Assalamualaikum w.b.t.. Bila tengok gambar-gambar baju melayu ni, teringat kata-kata isteri.. Eraz kata, tak perlu la baju-baju raya tahun ni sebab nak main dengan baby je jika lahir sebelum atau di hari raya.. Tapi isteri berkeras juga nak carikkan baju raya untuk suami walaupun dah sarat.. Katanya itu dah tugas isteri untuk sediakan kepada suami.. Tambah-tambah masa nak pergi solat raya kan..

Hari ni dia sedang 'berperang' untuk persediaan bersalin.. Seolah-olah macam dah tahu akan bersalin lebih awal jadi lengkapkan semua barang-barang untuk suami semasa dia dalam tempoh bersalin nanti..

#Doakan proses bersalin ni lancar dan ibu & baby selamat kedua-duanya.. Amin..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wednesday, 24 July 2013

Tuesday, 23 July 2013

Pernahkah korang rasa ...


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba dapat idea nak tulis tentang entri ni.. Mula-mula baca ayat di dalam gambar di atas dulu.. Senyum dan ucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih izinkan kita bersama mereka yang kita sayang.. Dapat tak maksud disebalik kata-kata tu?

So! Pernahkah korang diberi peluang untuk merasai suasana atau keadaan di mana ketika itu korang berseorangan dan jauh dari orang tersayang..? Mungkin korang berpisah sehari dua kerana isteri atau suami masuk wad or outstation.. Dan korang berseorangan di rumah tanpa orang lain.. Apa korang rasa? Sunyi? Sedih? Sebak? Percayalah bahawa itu hanyalah mungkin satu ujian dari Allah yang mana Allah mungkin ingin kita rasai awal jika orang yang kita sayang betul-betul tiada di samping kita..

Jadi, sayangilah mereka selagi kita diberi peluang untuk bersama dengan yang tersayang.. Percayalah kita sangat beruntung untuk rasa disayangi dan menyayangi.. 

Read more ...

Hidup seorang kanak-kanak ...

Assalamualaikum w.b.t.. Bila tengok budak-budak memang nampak mereka seronok.. Ya la, kecil-kecil lagi, masalah tak perlu difikirkan.. Tapi itulah lumrah.. Setiap manusia yang hidup akan ada masalahnya yang tersendiri.. Semua itu cabaran dan dugaan hidup.. Sentiasalah positif.. Peace no war..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Kate Middleton Selamat Bersalin Anak Lelaki

Kate Middleton Selamat Bersalin Anak Lelaki | Assalamualaikum w.b.t.. Sewaktu sedang menunggu no. giliran tadi, ternampak di berita tv tentang berita kelahiran bayi lelaki kepada pasangan Putera William dan Duchess of Cambridge, Catherine atau Kate Middleton.. Tadi juga mendapat berita seorang kawan yang baru sahaj mendapat anak kedua.. Alhamdulillah.. Sedang menunggu turn sendiri..

Yang pastinya lepas ini, mesti ramai yang mencari gambar anak lelaki Kate Middleton ni.. Sah-sah la eksklusif.. Kerabat DiRaja tu..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday, 22 July 2013

Drama Dahlia Episod Akhir (Episod 40)

Drama Dahlia Episod Akhir (Episod 40)

Drama Dahlia Episod Akhir (Episod 40) | Assalamualaikum w.b.t..  Rupanya malam ni drama Dahlia dah episod akhir.. So ambil peluang bersama isteri untuk layan.. Sebelum tak follow sangat drama ni.. Rekod pun tidak.. Tapi ada sesekali waktu sahur, ada tayang drama Dahlia ni.. So faham la jugak sikit-sikit.. As usual, kebanyakan episod akhir drama melayu akan happy ending.. Sama juga dengan drama Dahlia ni, akhir Dahlia berkahwin dengan Fuad.. Haliza meninggalkan kerana kemalangan.. That's all..

#Mungkin drama Dahlia ni tak sehangat drama Adam dan Hawa sebelum ini..

Read more ...

KB - KK, KK - KB


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni pagi-pagi lagi (kul 8.30 am) terus ke Kuala Krai bersama Dato' Pengarah untuk mencari penempatan baru selepas terpaksa lupakan tempat ini.. Selalu drive jauh-jauh ok je.. Tapi semasa balik tadi, terasa mengantuk giler.. Tapi alhamdulillah semua selamat sampai di pejabat KB lebih kurang kul 2.00 pm.. Mungkin sebab puasa kot.. Kalau tak, boleh juga minum-minum air atau kunyah gula-gula kan.. Selalu ok je.. Tapi mengantuk tu rasa masa dah hampir-hampir nak sampai.. 

Read more ...

Drama Anugerah Dendam Yang Terindah

Drama Anugerah Dendam Yang Terindah
Drama Anugerah Dendam Yang Terindah

Drama Anugerah Dendam Yang Terindah | Assalamualaikum w.b.t.. Pada TUESDAY, 18 SEPTEMBER 2012 yang lepas, Eraz ada buat entri tentang (GAMBAR) Gabungan Terbaru Aaron Aziz dan Nadiya Nissa : Anugerah Dendam Yang Terindah.. Selepas sekian lamanya berita drama Anugerah Dendam Yang Terindah tersebar, akhirnya pada 25 JULAI 2013 ini akan ditayangkan di Astro First Saluran 480.. 

Tentang sinopsis, jalan cerita, senarai OST drama Anugerah Dendam Yang Terindah ni, Eraz tak berapa sure sangat.. Eksklusifnya drama ni ialah ditayangkan di Astro First.. Nampaknya siapa-siapa yang nak tengok, kena la langgan.. Apa-apa pun, itu sahajalah info yang Eraz boleh beritahu.. 





Read more ...

Sunday, 21 July 2013

Boikot Ayam


Assalamualaikum w.b.t.. Semua ni sekadar petikan daripada Cuit Ahad di Kosmo Ahad hari ni tentang Boikot Ayam.. Hehe.. Rasanya ayam masih laku lagi kot di pasar-pasar dan pasar Ramadhan.. Apa-apa pun, nak jemput korang join Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli sambil menang top-up!

Read more ...

Video perlu tonton hari ini


Read more ...

Ashraf Muslim / Wan Sakinah / Alvin and Vivian antara yang hangat !

Ashraf Muslim / Wan Sakinah / Alvin and Vivian antara yang hangat !

Ashraf Muslim / Wan Sakinah / Alvin and Vivian antara yang hangat | Assalamualaikum w.b.t.. Kenapa Eraz menggunakan tajuk entri dengan perkataan Ashraf Muslim / Wan Sakinah / Alvin and Vivian? Itu adalah kerana 3 keyword berkenaan adalah yang sedang hangat dicari sekarang oleh rakyat-rakyat Malaysia.. 

Kes En. Ashraf Muslim adalah berkait rapat dengan Pn. Wan Sakinah yang rasanya tak perlu dihuraikan lagi manakala Mr. Alvin dan Miss Vivian dengan kes yang timbul saat umat islam menyambut ramadhan baru ini sehinggalah sekarang membawa ke kes mahkamah..

Apa-apa pun, nak jemput korang join Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli sambil menang top-up! ;)

Read more ...

Saturday, 20 July 2013

Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli

ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua terutama kepada pengguna Twitter..  Segmen ini akan bermula pukul 11:00 Pagi Sabtu - 20 Julai 2013 hingga 3.00 Petang Rabu - 24 Julai 2013 sahaja..

Tanda penghargaan bagi yang join Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli ini, DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. PALING PENTING Follow Twitter ERAZ FADLI
  2. Jika berminat, boleh follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  3. Buat tajuk entri Segmen ERAZ FADLI bersama Twitter @erazfadli..
  4. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
Coding Entri :



Cara nak paste coding entri :



#Eraz tidak menjangkan penyertaan yang ramai kerana tak semua blogger mempunyai twitter.. Jadi mungkin anda lebih bertuah jika join..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

SENARAI PESERTA :

  1. http://munauwaratul.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  2. http://www.mialiana.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  3. http://nora-norasyimahsaifullahoifficialblog.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  4. http://zamani84.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  5. http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  6. http://myblogsantai.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  7. http://adudupurple.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  8. http://www.cikfie.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  9. http://www.paly.my/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  10. http://peloporpropaganda.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  11. http://www.kisahemasputih.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  12. http://fakhruru.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  13. http://arol123.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  14. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  15. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  16. http://inasazali.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  17. http://adhiemenulis.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  18. http://ienaazaidi.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  19. http://akuainkausiapa.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  20. http://diariesgadhissepet.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  21. http://www.ayuinsyirah.my/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  22. http://colourfulofainilife.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  23. http://ikalib.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  24. http://norminieza.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
  25. http://eyradzuhairah.blogspot.com/2013/07/segmen-eraz-fadli-bersama-twitter.html
Read more ...

Gambar Malam dan Siang


Assalamualaikum w.b.t.. Apa yang Eraz baca tentang gambar ini ialah gambar yang telah diambil oleh satelit yang mana memaparkan perbezaan kawasan malam dan siang.. Menarik!

Read more ...

Friday, 19 July 2013

Abby Abadi Sudah Berkahwin.. Tahniah!

Abby Abadi Sudah Berkahwin.. Tahniah!

Abby Abadi Sudah Berkahwin | Assalamualaikum w.b.t.. Baru sebentar tadi Eraz ke blog Kisah Emas Putih baca artikel Sebenarnya Dah 12 Hari Dia Sah Menjadi Suami Saya - Abby Abadi.. Eraz rasa gambar dan kenyataan itu bersumberkan Instagram Abby Abadi.. Mungkin Abby Abadi akan memberi kenyataannya nanti tentang Majlis Pernikahan, Majlis Perkahwinan / Persandingan nanti.. Tunggu dan lihat.. Tahniah Abby..


Read more ...

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran


Peristiwa Nuzul Al-Quran | Assalamualaikum w.b.t.. Bersempena 26 Julai 2013 pada Jumaat depan iaitu 17 Ramadhan tahun ini yang mana merupakan Hari Nuzul Al-Quran, jadi untuk entri kali ini, Eraz nak kongsi tentang peristiwa Nuzul Al-Quran.. Mungkin semua pembaca sudah tahu akan peristiwa Nuzul Al-Quran ni.. Tapi tak salah untuk bacanya sekali lagi..

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Read more ...

Thursday, 18 July 2013

Buah Nona

Buah Nona

Buah Nona | Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ini Eraz ada buat entri tentang buah Pisang Kaki.. Tapi arini nak share dengan korang dengan satu buah lagi.. Iaitu buah Nona.. Jika pisang kaki dulu ada yang pernah dengar, ada yang tak pernah dengar.. Tapi untuk buah Nona camne? Yang pasti, memang buah sedap!! Terbaik.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Cuti bersama-sama dengan ..


Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah hari ini dapat lagi cuti bersama-sama dengan isteri tersayang.. Kenapa? Sebabnya hari cuti kami sebenarnya tak sama.. Isteri Eraz macam biasa cuti Jumaat Sabtu, tapi Eraz memang selalu kerja hari Jumaat Sabtu.. Ahad baru cuti.. Macam hari ni merupakan cuti ganti sebab kerja Jumaat Sabtu.. Hehe.. Mungkin ada yang tak faham kan.. Hehe.. Abaikan..

So hari ni akan digunakan sebaik mungkin.. Pertama sekali untuk berehat la.. Terutama untuk isteri Eraz yang sedang sarat tu.. Dua tiga hari lagi nak masuk minggu ke 37 hamil.. Fuh! Jika dulu lambat giler rasanya masa berjalan menunggu ke kehamilan bulan ke - 9.. Tapi bila dah sampai hujung-hujung ni, makin cepat masa berjalan.. Harapnya semua akan berjalan dengan lancar dan selamat sehingga permata kami selamat dilahirkan..

#Esok lusa, kena kerja macam biasa.. So hari ni, balik umah Ma Abah di Machang untuk berbuka!! YES!!
Read more ...

Entri Ilia Iryani Shuib Muncul Semula Semalam ..

Ilia Iryani Shuib

Ilia Iryani Shuib | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa Ilia Iryani Shuib? Semasa tengah tengok keyword yang di cari semalam, muncul keyword Ilia Iryani yang mana terus masuk ke entri Wanita Yang Bernama Illya Iryani yang Eraz buat pada 10 Mac 2012 yang lepas.. Lepas selak-selak risik, patut la sebab Ilia Iryani Shuib ni muncul dalam rancangan Panorama di TV1 semalam.. Korang kenal dia?

Ilia Iryani sebenarnya seorang penunggang motosikal aksi lasak.. Sseorang wanita tu.. Sebelum ni dia pernah muncul dalam filem Adnan Sempit 2.. Dan juga bekas pelajar USM Penang rupanya.. Kalau tengok dari gaya bercakap, memang tak sangka la dia boleh lakukan aksi lasak bermotosikal ni.. Tapi lepas je dia naik moto, terus dah tak macam dia semasa bercakap.. Memang hebat la.. Nak tengok video dia membuat aksi lasak? Klik SINI..


Read more ...

Wednesday, 17 July 2013

Wordless Wednesday #13 : Sebelum & Selepas

#Gambar di atas sebelum diberi ubat, sebelum diberi makan, sebelum diberi rehat dan sebelum diberi main..

#Gambar bawah setelah diberi segalanya

Nama dia POU yang diabaikan oleh tuannya.. Haha..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sampul raya dan dapat tapi ..


Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya sampul raya a.k.a ampau dah ada.. Ini pemberian dari company.. Tapi duit raya belum ready lagi.. Haha.. Raya oh raya.. Tak sabar menunggu si 'kecik'..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wordless Wednesday #12 : Seriusnya


#Snap dari album majlis pertunangan adik! - Tahun 2011

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Tuesday, 16 July 2013

Ada ke Bonus Aidilfitri 2013 Kakitangan Awam ?


Bonus Aidilfitri 2013 Kakitangan Awam | Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi terdengar berita radio tentang Bonus Raya 2013 untuk penjawat awam yang katanya masih belum ada kata putus lagi.. Lepas terbaca di Berita Harian Online pun dengan tajuk artikelnya 'Bonus Aidilfitri belum dibincang'.. Ramai yang membuat andaian katanya mungkin tiada bonus raya tahun ni.. Antara ayat yang boleh dipetik dalam artikel di atas ialah : 

"Bagaimanapun, katanya, semua penjawat awam menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai lalu, yang boleh disifatkan sebagai bonus. "

Berdasarkan ayat di atas, ada kemungkinan tipis.. Betul tak? Tapi apa-apa pun boleh berlakukan.. Jadi, kita tunggu dan lihatlah apa pengumuman mereka untuk bonus raya tahun 2013 ini.. Eraz sebenarnya tiada kaitan pun dengan bonus Aidilfitri 2013 ni sebab bukan kakitangan kerajaan.. Tapi, jika ada, dapat la tempias juga sebab isteri merupakan kakitangan kerajaan..

Semalam kecoh ada artikel yang mengatakan bonus dapat pada 9 Ogos 2013.. Tapi lepas ramai yang baca dan komen, artikel berkenaan merupakan artikel tahun lepas.. Errmmm... No komen.. Perlu berhati-hati sebelum membuat apa-apa entri..

Read more ...

Awin Nurin Hamil & Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin ?

Awin Nurin Hamil

 Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin

Awin Nurin Hamil & Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin | Assalamualaikum w.b.t.. Awin Nurin Hamil & Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin sebenarnya antara dua keyword yang sangkut di blog ERAZFADLI.COM hari ni dan sebelum.. Nampak peminat Izzue Islam masih mencari-cari kisah artis favourite mereka.. Mungkin mereka tak puas hati kena Izzue berkahwin dengan pengurusnya, Awin Nurin.. 

Seterusnya hari ini pula muncul keyword 'Awin Nurin Hamil'.. Adakan ianya akan menjadi gosip terbaru nanti? Haha.. Entahlah.. Tapi jika benar ianya berlaku suatu hari nanti, tahniah la kepada mereka.. Rezeki Allah tu..

Apa-apa pun, Awin Nurin Hamil & Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin hanyalah search keyword yang sangkut di blog ERAZFADLI.COM..

Read more ...

Selamatkan yang ada ..


Assalamualaikum w.b.t.. Plan nak buat entri pagi tadi tidak kesampaian sebab ada banyak kerja plus dalam masa yang sama cuba transfer semua data-data penting external hard disk dan sesetengah tu, burn dalam CD terus.. Itulah langkah-langkah paling selamat untuk data-data tu.. Kecuali external hard disk tu rosak dan CD tu hilang, memang tak boleh nak buat apa dah la.. Pernah berlaku sebelum ni data penting hilang tiba-tiba tanpa back-up, memang stress giler!

Read more ...