Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 30 April 2013

SEGMEN NASZ : NASZ CARI BLOGLIST MEI 2013



Assalamualaikum w.b.t.. Blogger Nasz.. Lama betul tak dengar cerita tentang blogger sorang ni.. Lepas kahwin, then isterinya pregnant dan selepas itu selepas melahirkan anak sulung mereka, Nasz terus macam hilang.. Sekali sekala je nampak dia komen di entri Eraz dan blogger lain.. Tup tup hari ni nampak Nasz buat SEGMEN NASZ : NASZ CARI BLOGLIST MEI 2013.. Jadi siapa yang berminat, boleh klik baner di atas..
Tentang blog ini? Blog ini biasa je.. Blog personal yang bercerita tentang apa yang Eraz rasa nak cerita.. Simple.. Betul tak?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Sathia Selebriti Ke 4 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ini merupakan Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 Episod 8.. Terjawab Sathiya menjadi selebriti ke 4 tersingkir pada malam ini.. Sedia maklum semasa ujian berpasukan semalam, Kumpulan Merah kalah.. Jadi Kenchana Devi, Norish Karman, Radhi OAG, Afiq Muiz, Celina, Pak Nil, Sathia dan Enot terpaksa ke pusingan penyingkiran malam ini..

Malam Episod 8 Masterchef Selebriti Malaysia 2 nampaknya bukan rezeki Sathia kerana tersingkir.. Sebelum Sathia, Yassin, Keroz Nazri dan Zain Saidin telah tersingkir.. Manakala pemenang malam ini ialah tidak diumumkan... Hehe..

Read more ...

Permohonan Maaf Secara Terbuka Zain Saidin kepada Chef Jo, Zubir, Adu di MeleTOP


Assalamualaikum w.b.t.. Eraz baru terbaca di Facebook Masterchef Selebriti Malaysia 2 menyatakan bahawa Zain Saidin & Chef Jo akan berada dalam MeleTOP.. Pasti ramai yang menunggu ni terutama yang follow Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 ni.. Apakah yang akan berlaku? Mesti ada penjelasannya.. Kena la tunggu MeleTOP jam 10 malam ini..

UPDATED !

#Permohonan maaf secara terbuka telah dilakukan oleh Zain Saidin di rancangan MeleTOP kepada ketiga-tiga Chef Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 kali ini iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.. Siaran langsung! Buang keruh, ambil yang jernih.. Harapnya akan jernih selama-lamanya.. Tindakan yang sangat bagus untuk terus maju dalam dunianya..

#Tibe2 teringat cerita drama Jodoh lakonan Scha Al-Yahya dan Dazrin.. Macamtu ke semua program realiti? Terserah kepada penerbit dan stesen TV.. Peace no war..
Read more ...

Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic

Assalamualaikum w.b.t

Segmen ini akan berlangsung selama 24 jam sahaja mulai pada jam ini. 
So besok pada pukul 12 Tengahari bertarikh 1 Mei 2013 akan TAMAT.
Segmen ini ditaja oleh Fizgraphic, EmasPutih, CikLyeen, Hakimie, Cimie, Alia dan Amirul.

Syarat-syaratnya : 

Buat entry bertajuk :
Segmen Topup 24 Jam Fizgraphic


Follow blog tersebut :

Like Fan Page

Follow Google +


Follow Twitter




WAJIB Copy paste coding entry yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruanganhtml post. *kalau x faham sila ikut step dibawah*




SIAP? Tinggalkan link entry di ruangan komen di bawah.

HADIAH : 
Top Referal
RM10 x 4

Random
RM5 x 8

SELAMAT MENJOINKAN DIRI!

Read more ...

Segmen: Blog Paly ajak masuk bloglist


Assalamualaikum w.b.t.. Ada peluang ni, Eraz nak join segmen anjuran blogger Paly.. Segmen: Blog Paly ajak masuk bloglist.. Siapa yang berminat, boleh klik banner di atas.. Eraz dah berkali-kali kot join segmen dari Paly ni.. Rakan blogger satu negeri.. Good Luck untuk semua!

#Support antara blogger

Read more ...

Hari Pertama di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni, hari pertama di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk taklimat kepada Guru-Guru KAFA Daerah Besut.. Semua berjalan lancar.. Tugas Eraz sebagai urus setia dalam masa yang sama Emcee.. Tak boleh lari sungguh dari Emcee.. Kalau boleh nak pencen dah dari Emcee ni..

Ini hari pertama.. Khamis hari kedua.. Bertolak dari pukul 6.45 am lagi dari office.. Bertolak dari rumah, lagi la awal.. Tugas kerja.. Macam ni la.. Esok cuti Hari Pekerja.. Lepas sampai je office petang ni, kena sambung kerja lagi.. Asyik kerja luar je, camne la kerja nak cepat siap..

Read more ...

Tabiat yang tidak baik ...

Mungkin korang boleh nilai sendiri melalui gambar di bawah..

Read more ...

Monday, 29 April 2013

Soft Shell Crab di The Ritz Boutique Restaurant

Soft Shell Crab di The Ritz Boutique Restaurant


Assalamualaikum.. Alhamdulillah, tengahari tadi sempat menjamu selera dengan salah satu menunya Soft Shell Crab di The Ritz Boutique Restaurant.. Terbaik! Selalunya makan nasi sepinggan, hari ni tambah satu lagi dan habis.. Haha.. Makin tembam la aku..

Siapa pernah try Soft Shell Crab? Share share..

#Pastikan halal! ;D

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Al-Kisahnya Faizal Tahir dan Norman KRU


Assalamualaikum w.b.t.. Kenyataan Faizal Tahir dan Norman KRU.. Rasanya salah satu berita yang kita dengar semalam.. Kes apa? Errmmm.. Kenyataan Norman KRU, memang Eraz ada dengar pagi semalam atau petang kot.. Dekat mana tu, Eraz tak sure.. Tetapi kenyataan dari Faizal Tahir tu, lepas Zamani84 update entri Kenyataan Norman KRU Dibidas Faizal Tahir?, baru Eraz sedar.. Kredit kepada Zamani84..

So, apa kata korang baca dulu ayat-ayat yang Eraz print screen kan di entri Zamani84 tu.. Sure masing-masing boleh menilai akan kata-kata selebriti itu.. Itu sahaja untuk entri ini..

Petikan kata-kata Faizal Tahir, "Kpd semua yang mempunyai agama dan percaya dgn Tuhan. Ingatlah, rezeki itu milik Dia. Dia boleh beri dan ambil sesuka Dia. Allah Maha Adil." Terbaik!!

Terdengar juga kes Azhar Sulaiman.. Ianya berkaitan dengan PRU-13.. Errmmmm... Rasanya tak perlu nak komen apa-apa sebab masing-masing ada pendapat masing-masing.. Betul tak.. Tapi nilailah sebaik mungkin.. Assalamualaikum..  

#Tertarik untuk utarakan isu di atas..
Read more ...

Sunday, 28 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Zain Saidin Selebriti Ketiga Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Terjawab sudah soalan bila Zain Saidin keluar atau tersingkir dalam Masterchef Selebriti Musim Ke - 2 ni.. Siapa yang tengok episod malam ini, memang nampak ketidakpuasan Zain Saidin terhadap juri iaitu Chef Jo, Chef Zubir & Chef Adu.. Apa yang dikatakan oleh Zain mungkin sedikit tidak patut.. Mungkin dia jenis yang terbuka, jadi terkeluarlah beberapa ayat yang tidak patut seperti penggunaan 'awak' yang ditujukan kepada ketiga-tiga chef dan tidak memberi peluang Chef bercakap..

Zain Saidin juga meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kemenangan Pak Nil a.k.a Datuk Aznil semalam sehingga mendapat imuniti kerana Pak Nil meminjam nasi dari Kenchana Devi.. Chef menjelaskan tentang situasi sebenarnya yang mana aktiviti pinjam meminjam sebenarnya melibatkan semua orang..

Secara kesuluruhan episod Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 memang hangat.. Scene last, Chef berbincang sesama mereka tentang hal tersebut... Untuk keseluruhannya, korang kena la tengok sendiri... Panjang berjela nanti kalau nak taip kat sini.. Hangat!

Read more ...

Semakan Online Keputusan Tawaran UPU Sesi 2013 / 2014

Semakan Online Keputusan Tawaran UPU Sesi 2013/2014
Semakan Online Keputusan Tawaran UPU Sesi 2013/2014
Assalamualaikum w.b.t.. Semua bekas pelajar SPM 2012 mesti berdebar-debar menunggu sampainya masa untuk membuat semakan keputusan tawaran UPU untuk sesi 2013 / 2014 ni.. Ini serba sedikit tentang info Semakan Online Keputusan Tawaran Kemasuakan Ke IPTA Sesi 2013/2014.. Para pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang  telah membuat permohonan UPU boleh baca info ini..

Anda boleh buat semakan pada :


Lepasan SPM 2012/ Setaraf :

  • Para Pelajar lepasan SPM / Setaraf Permohonan Kemasukan ke IPTA / Politeknik / ILKA / Matrikulasi Sesi Akademik 2013/2014 yang memaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan boleh dibuat pada minggu ke-3 pada bulan Mei 2013 ini


Lepasan STPM 2012/Setaraf :

  • Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Politeknik Premier bagi sesi 2013/2014 dijangka boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka pada minggu ke-2 pada bulan Julai 2013

Semakan Keputusan Ke IPTA
Cara Semakan UPU Secara Online :
Cara Semakan UPU Melalui SMS :
  • Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Tarikh Keluar Keputusan IPTA :
  • Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada minggu ke -2 pada bulan Julai  (STPM)
  • Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada minggu ke -3 pada bulan MEI  (SPM) Mungkin 17 Mei 2013


Note : Calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766.

Read more ...

Pengikut Sunnah Nabi

Insyaallah, mudah-mudahan menjadi salah seorang pengikut sunnah nabi

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di atas, Eraz print screen daripada Galaxy Tab Eraz.. Itu salah satu perbualan tentang isu nikah kahwin ni.. 'Insyaallah, mudah-mudahan menjadi salah seorang pengikut sunnah nabi'.. Kawan Eraz tu sedang mencari tarikh untuk bertunang dan selepas itu kahwin.. Susah sebab ada kekangan.. 

Lepas sms punya sms, sebagai penutup, itulah sms dia.. Siapa yang tak nak kahwin, memiliki isteri atau suami dan memiliki anak sendiri kan.. Jadi, Eraz doakan kawan Eraz itu, juga kawan-kawan yang lain semoga cepat bertemu jodoh dan memiliki keluarga yang bahagia.. Amin..

Read more ...

Perkembangan Hamil 25 Minggu


Perkembangan Hamil 25 Minggu
Perkembangan Hamil 25 Minggu
Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Setiap hari Ahad, akan genap satu minggu.. Hari ini genap isteri Eraz hamil 25 minggu bersamaan 6 bulan 1 minggu.. Tak lama lagi akan masuk ke trimester ke - 3.. Insyaallah.. Diharapkan serta sentiasa berdoa agar perjalanan hamil isteri Eraz untuk anak pertama kami akan berjalan dengan baik sekali, perkembangan juga baik, sempurna sehinggalah bayi berkenaan lahir dengan sihat, sempurna dan baik.. 
Perkembangan Hamil 25 Minggu
Ini yang Eraz baca tentang perkembangan hamil 25 minggu adalah seperti di bawah : 
Perkembangan Hamil 25 Minggu
Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter.. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini.. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan.. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. .
Perkembangan Hamil 25 Minggu
Kredit Perkembangan Hamil 25 Minggu : Baby Center
Perkembangan Hamil 25 Minggu
#Doakan agar semua wanita hamil di seluruh dunia (termasuk isteri Eraz) akan berjaya mengharungi tempoh hamil dengan sempurna sehingga kelahiran.. Juga semoga semua pasangan suami isteri yang sedang berusaha  untuk mendapatkan zuriat, dipermurahkan rezeki.. Insyaallah..
Perkembangan Hamil 25 Minggu
Read more ...

Saturday, 27 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 - Cik Ta, Zain, Lydiawati, Sathiya ke Pusingan Penyingkiran

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke - 2 bermula dengan pusingan pertama dengan beberapa amaran daripada Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.. Pertama sekali mereka di beri amaran supaya memahami pertandingan tersebut.. Mereka dilihat suka meminjam dan berkongsi bahan dan barang.. So mereka diingatkan supaya tidak buat camtu lagi..

Pusingan pertama Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 berasaskan itik nampaknya menjadi rezeki Pak Nil a.k.a Datuk Aznil.. Pusingan kedua pula nampaknya pusingan berpasangan.. Pak Nil diberi peluang memilih pasangan antara satu sama lain.. Paling dia nak tengok ialah Rozita berpasangan dengan Zain.. Istimewanya, Pak Nil tak perlu masak apa-apa.. Hadiah menang pusingan pertama..

Pusingan kedua pula nampaknya berasakan Durian dan Ayam! Dua pasangan tercorot akan masuk ke pusingan penyingkiran esok.. Cat Farish & Syura menang kategori Ayam manakala Kenchana Devi dan Radhi menang kategori Durian.. Keputusannya, Zain Saidin & Rozita serta Ludiawati dan Sathiya ke pusingan penyingkiran esok!

Siapa bakal menjadi selebriti ketiga tersingkir di Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2, jawapanya esok..

Read more ...

e-Filing 2012

e-Filling 2012
e-Filling 2012
Assalamualaikum w.b.t.. e-Filing 2012 submited! Eraz dah isi lama dah sebenarnya e-Filing ni, tapi hari ni baru teringat nak submit.. Nasib baik belum sampai tarikh tutup nya lagi.. Jadi, siapa-siapa yang belum mengisi e-Filing bagi tahun 2012, baik buat sekarang sebelum terlambat! Tarikh tutupnya 30 April 2013 ni..
e-Filling 2012
Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Segmen Sabtu by Emas Putih Part #4

Assalamualaikum w.b.t


Hari ni, Uzu buat segmen Sabtu Part #4 
Segmen ini akan berlangsung selama 2 hari bermula
27 April 2013 jam 11.59 PM - 29 April 2013 / 11:59 PM
( 2 hari sahaja )

Syarat :

1. Follow blog  :

2. Like fan page :

 3. Follow G+ kat bawah ni



3. PALING WAJIB copypaste coding entry  yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruangan html post.   *kalau x faham sila ikut step dibawah*


Dah siap? Tinggalkan entry segmen anda di ruangan komen.

Hadiah : 


Top Referral

Topup RM10

Random
Topup RM5 x 9
Topup RM3 x 1

Selamat menjoinkan diri dalam Segmen Sabtu by Emas Putih Part #4 !!

# Sangat rajin Uzu buat segmen!

Read more ...

Biar gambar berbicara di Putrajaya


Assalamualaikum w.b.t.. Selamat pagi Sabtu semua! Semalam terbaca entri terbaru blogger Zamani84, Bukan Artis, Tapi Ramai Yang Ingin Merakam Gambarnya.. Menarik tajuk! So pagi ni cuba google gambar then jumpa gambar di atas.. So biarkan gambar berbicara di Putrajaya..


Read more ...

Friday, 26 April 2013

Malam Chicken Chop !

Assalamualaikum w.b.t.. Baru lepas selesai 'licin'kan Chicken Chop.. Ini bukan isteri mengandung yang mengidam, tapi bakal bapak budak ni pulak yang nak.. Haha..

#Tiba-tiba layan Primadona sebab nak dengar kata-kata ND Lala tentang topik Kahwin Atur..

Read more ...

Semakan Panggilan Temuduga UPU / UITM Sesi 2013 / 2014


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang sudah semak status panggilan temuduga ke UiTM atau IPTA lain? Eraz sebenarnya baru je tahu tentang ni.. Rupa-rupanya semakan panggilan untuk temuduga bagi program yang ditawarkan pada lepasan SPM sudah boleh dibuat bermula 22 April 2013 yang lepas.. IPT yang terlibat ialah UiTM, UM, UPSI, UPNM dan Politeknik.. Temuduga dijangka akan bermula pada 24 April hingga 05 Mei 2013.. Link yang boleh korang klik ialah http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/temu_duga.php

Bagi lepasan STPM dan setaraf, sebanyak 12 IPT yang terlibat.. Semakan panggilan temuduga itu boleh dibuat mulai 13 Mei 2013.. Temuduga dijangka akan berlangsung bermula 21 hingga 30 Mei 2013.. Antara IPT yang terlibat ialah UiTM, UKM, UIAM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM, UTHM, UPHM, UMT dan UPSI.. Korang boleh menggunakan link yang sama seperti di atas..

Sesiapa yang sudah membuat semakan panggilan temuduga berkenaan, tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan cuba lagi bagi yang tidak berjaya.. Insyaallah, rezeki korang pada program lain atau di universiti lain.. Insyaallah..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Shila Amzah Nyanyi Lagu Tema Chinese Idol, A Moment Like This


Assalamualaikum w.b.t.. Shila Amzah Nyanyi Lagu Tema Chinese Idol, A Moment Like This.. Wow.. Tapi sebelum itu, baca kes ini.. Tiba-tiba terbaca di Murai tentang Shila Amzah jatuh sakit.. Lama giler tak dengar berita tentang Shila Amzah, tup tup keluar artikel tentang Shila Amzah jatuh sakit.. Tapi kesnya tak la serius cuma perlu ke hospital dan dimasukkan air..

Dikatakan Shila Amzah jatuh sakit disebabkan oleh perubahan cuaca.. Selain daripada berita itu, berita baiknya ialah Shila Amzah juga telah siap merakamkan single cover version 'A Moment Like This' oleh Kelly Clarkson tetapi dalam versi bahasa Mandarin..

Lagu A Moment Like This versi Mandarin itu akan digunakan untuk lagu tema Chinese Idol yang pertama kali dibuat di China.. Itu salah satu yang boleh membanggakan.. Apa-apa pun, sama-samalah kita tunggu lagu Shila Amzah, A Moment Like This versi Mandarin itu..

#Lepas ni mesti ramai yang search link download mp3 dan official video klip lagu A Moment Like This versi Mandarin Shila Amzah ni..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Kerana Semakan Matrikulasi 2013 ...

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Disebabkan SEARCH KEYWORD, 'semakan matrikulasi 2013', ramai pencari jumpa entri ini, Semak Keputusan Permohonan Program Matrikulasi KPM 2013 / 2014.. Walaupun entri berkenaan di buat hanya 3 hari yang lepas, baru semalam menunjukkan pv yang tinggi.. Semalam menjadi salah satu PV yang agak tinggi.. Alhamdulillah..

Tahniah diucapkan kepada calon SPM 2012 yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Matrikulasi.. Bagi yang tidak berjaya, jangan lupa buat rayuan...Jika ada rezeki, insyaallah sangkut.. Ada siapa-siapa'di sini yang dapat Kolej Matrikulasi Melaka ataupun ex-student Kolej Matrikulasi Melaka?

Read more ...

Syukur, Alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t.. Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang untuk berjumpa dengan hari Jumaat hari ini dan masih diberikan peluang untuk terus hidup dimuka bumi ini.. Jom Solat Jumaat bagi lelaki-lelaki islam!

#Dua minggu lepas pakai baju biru, minggu lepas pakai hijau, minggu ni pakai baju melayu warna apa la pulak ni.. ;D

Read more ...

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My


Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Pagi Jumaat semua.. Alhamdulillah, sekali lagi kita bertemu di hari Jumaat, penghulu segala hari.. Entri hari ini Eraz nak mulakan dengan join satu segmen hebat iaitu 'Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My'.. Siapa yang nerminat, boleh klik banner di atas...

Ada banyak kelebihan jika korang join segmen ni.. Yang pasti, ini segmen yang sangat simple! Kelebihannya ialah TOP REFERRER juga akan membawa pulang cash/top up RM30 eksklusif dari fuh.my dan secara automatik akan dimasukkan kedalam bloglist! Selain daripada itu, purata PV blog Fuh.My itu secara harian mencapai 50,000 SEHARI, Google Page Rank 3.. Jadi for sure la blogger picisan macam Eraz jika massuk ke bloglist beliau, akan mendapat impaknya..

Jadi apa tunggu lagi, jom klik banne di atas untuk join segmen ini.. Usaha itu tangga kejayaan!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Thursday, 25 April 2013

Memey Suhaiza Kini Sah Bertudung

Memey Suhaiza Kini Sah Bertudung
Memey Suhaiza Kini Sah Bertudung
Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Seorang lagi artis wanita kita kini bertudung.. Beliau ialah Memey Suhaiza.. Sebelum ini Alyah telah berhijrah untuk bertudung, dan kini tibanya masa Memey Suhaiza pula berhijrah ke arah yang lebih baik.. Diharapkan makin hari, makin ramai yang melangkah ke depan dengan lebih baik.. Insyaallah.. Wanita Bertudung Adalah Lebih Baik Daripada 'Free Hair'.. Tahniah kepada Memey Suhaiza..
Memey Suhaiza Kini Sah Bertudung
Read more ...

Syabas !


Assalamualaikum w.b.t.. Gambar ni Eraz snap masa pergi Solat Jumaat di Masjid Kedai Lalat.. Sebelah masjid tu, ada sekolah.. Di sebelah pintu pagar sekolah tu, ada papan tanda ni.. SYABAS ! KERANA ANDA HADIR KE SEKOLAH HARI INI .. DATANG DENGAN HARAPAN PULANG DENGAN KAJAYAAN..

Harap-harapnya kata-kata tu dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar di sekolah tu dan siapa-siapa yang bersekolah, membaca entri ini.. Peace no war..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sudah Sampai Masanya ...


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum baca entri, terlebih dahulu kena rujuk gambar di atas.. Haha.. Sudah tiba masanya untuk aku tukar Galaxy Tab Case / Cover ni.. Sedih giler dah tengok.. Terjah kedai dengan bawa duit.. Duit lagi.. Duit ni asyik mengalir keluar je.. Bila la gaji nak masuk, pastu tak usik-usik kat dalam tu.. Harap-harap ada peluang besar untuk jana duit.. Demi masa depan dan anak isteri.. Insyaallah!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wednesday, 24 April 2013

Gwiyomi

Gwiyomi
Gwiyomi
Assalamualaikum w.b.t.. Gwiyomi.. Nampaknya selepas Gangnam Style dan Harlem Shake, munculnya Gwiyomi pula.. Eraz terfikir nak buat entri pasal Gwiyomi ni sebab artis-artis Malaysia seperti Nora Danish, Wawa Zainal, Nazim Othman pun dah buat video Gwiyomi ni.. Yang itu tak boleh nak komen la.. Korang search, tengok sendiri pelbagai versi Gwiyomi.. 
Gwiyomi
Sedikit latar belakang tentang lagu Gwiyomi ni.. Kredit kepada Wikipedia.. Lagu Gwiyomi merupakan lagu solo K-pop oleh penyanyi Hari dari Korea Selatan dan dikeluarkan 18 Februari 2013.. Ia telah diilhamkan oleh gerakan daripada sebuah ahli kumpulan lelaki Korea Selatan, BtoB bernama Jung Ilhoon.. Gerakan ini dipanggil 'Pemain Gwiyomi', dimana ianya menjadi meme Internet pada Oktober 2012 diikuti oleh penampilan pertama dalam menunjukkan pelbagai acara Korea Selatan di bawah SBS MTV bernama MTV Diary.. Gerakan ini juga telah memberi inspirasi kepada kebanyakan warga Asia untuk memuat naik versi mereka tersendiri ke dalam internet..
Gwiyomi
Nampaknya, demam Gwiyomi ni tak surut lagi.. Lepas ni mesti akan keluar banyak lagi video Gwiyomi dari rakyat-rakyat Malaysia atau artis-artis Malaysia.. Di Youtube, memang berlambak video Gwiyomi ni.. Search je nak yang jenis macamana..
Gwiyomi
#Gambar di atas ialah salah seorang orang Malaysia yang membuat video Gwiyomi
Gwiyomi
Read more ...

Besar tak semestinya power ..

Besar tak semestinya power ..

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Pagi Rabu untuk semua yang membaca entri 'Besar tak semestinya power ...' ni.. Besar? Apa yang besar? Sila baca dulu ya.. Gambar berkenaan Eraz snap daripada majalah Wanita yang isteri Eraz baca.. Tajuk ni ada di muka depan ni.. Hehe.. Besar tak semestinya power .. (Tajuk memainkan peranan lagi macam topik INI).. Bukan besar apa, isu nya tentang rumah besar, kereta besar dan benda-benda lain la..

Dr. Tuah, seorang motivator terkenal ini memberikan pendapatnya tentang isu Besar tak semestinya power ni.. Bila baca-baca, memang isu ini ada dalam kehidupan kita sekarang ini.. Setiap orang nak memiliki rumah besar, kereta besar dan lain-lain benda yang besar.. Tapi adakah dia mampu?

Jangan hanya sebab nak tunjuk power dengan memiliki kereta or rumah besar, kehidupan anak isteri terabai, tak cukup makan, tak cukup pakai.. Biarlah berpada-pada.. Janji hati senang.. Jika ada duit lebih, ada perkara yang lain yang boleh dibuat yang mana mungkin akan mendapat kebaikan bersama.. Betul tak? Contohnya, boleh fikir sendiri..

#Fikir-fikirkan..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Segmen Topup 24 Jam by Emas Putih Part #2


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi-pagi hari ni, Eraz nak join satu Segmen Topup 24 Jam by Emas Putih Part #2.. Siapa yang berminat, boleh klik banner di atas.. Blogger Emas Putih ni memang selalu menganjurkan segmen.. Dan setiap segmen, disertakan dengan hadiah seperti top-up.. Begitu juga dengan segmen kali ini, siapa yang bertuah, akan dapat top-up free.. So, jom kita ramai-ramai try! Adios Amigos..

Read more ...

Tuesday, 23 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Keroz Nazri Selebriti Kedua Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas Yassin menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 Sabtu lepas, hari ini giliran Keroz Nazri menjadi selebriti kedua yang tersingkir.. Sebelum itu, permulaan program Masterchef Selebriti Malaysia malam ini dengan mengumumkan pemenang Cabaran Luar semalam.. Kumpulan Biru yang diketuai oleh Norish Karman nampaknya menang besar.. Kumpulan Merah yang diketuai oleh Celina pula kalah! Mereka terpaksa ke pusingan penyingkiran Masterchef Selebriti Malaysia malam ini..

Daripada 9 orang ahli kumpulan merah hanya 5 orang yang perlu mengharungi pusingan penyingkiran.. Sebelum Celina memilih, Aznil dan Syanie telah merelakan diri untuk masuk ke pusingan penyingkiran.. Selepas itu, Keroz, Afiq Muiz dan Rozita Che Wan juga merelakan diri.. Akhirnya hanya mereka berlima akan mungkin tersingkir malam ini.. Celina, Enot, Lydiawati, Kenchana Devi terselamat.. Tema Masterchef Selebriti Malaysia malam ini ialah pengat!

Rezeki Keroz dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 sampai malam ini je.. Kerelaan Keroz untuk masuk ke pusingan penyingkiran nampaknya membawanya pulang.. Siapa selebriti ketiga yang akan tersingkir Masterchef Selebriti Malaysia 2 ni, next week la jawabnya.. Haha..


#Siapa Keroz Nazri ni? Apa yang Eraz tahu, dia seorang penyanyi dan komposer / pencipta lagu.. Pernah tercalon dalam Anugerah Industri Muzik untuk Artis Baru Terbaik.. Biodata dan Latar Belakang, kena google sendiri la.. Peace no war..
Read more ...

Semak Keputusan Permohonan Program Matrikulasi KPM 2013 / 2014

Assalamualaikum w.b.t.. Bagi semua calon yang telah menduduki SPM pada tahun 2012 yang lepas, mereka yang memohon untuk melanjutkan pelajar ke program Matrikulasi KPM, boleh membuat semakan status permohonan atau kemasukan pada 25 April 2013, Khamis ini..

Keputusan status permohonan ke program matrikulasi itu boleh disemak melalui laman web http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm/ .. Manakala semakan guna SMS pula dengan menaip
MOE < jarak > MAT < jarak > NO.K.P
dan hantar kepada 15888..

Apa yang Eraz jumpa masa google tadi, rayuan ke Program Matrikulasi 2013/ 2014 bagi calon yang tidak berjaya, boleh dibuat melalui laman web http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013.. Bagi calon yang berjaya ke program Matrikulasi dijangka akan mendaftar sekitar minggu-minggu terakhir di bulan Mei 2013..

#Teringat kenangan belajar di Kolej Matrikulasi Melaka bagi Batch Mac 2001 yang lepas... Batch pertama program Matrikulasi satu tahun.. Pack giler jadual kelas dan aktiviti masa tu..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Kanak-Kanak 4 Tahun Ketagih iPad Jalani Rawatan Psikiatri


Assalamualaikum w.b.t.. Kerana iPad, kanak-kanak 4 tahun kena jalani rawatan psikiatri? Eraz tak sempat nak belek or baca akhbar hari ni.. Tapi salah seorang staf di sini cerita tentang kes iPad ni sebabnya kat sini ada beberapa staf yang pakai iPad.. Terkejut juga so terus capai akhbar tu.. Ini hasil bacaan... Kes ini berlaku di London..

Seorang budak perempuan berusia empat tahun di sini, terpaksa menjalani rawatan psikiatri kerana ketagih bermain iPad, sekali gus membuktikan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak terhadap gajet elektronik.. 

Pakar psikiatri yang merawatnya, Dr. Richard Graham dari Klinik Capio Nightingale di London berkata, kanak-kanak itu merupakan satu daripada sejumlah 'pesakit' daripada golongan itu, yang menunjukkan sikap memberontak selepas menggunakan peralatan tersebut sejak kecil.. Dr. Graham berkata, kanak-kanak itu ketagih permainan video dalam iPad dan menunjukkan simptom mengamuk apabila peralatan tersebut diambil daripadanya.

Berita lanjut, korang boleh klik SINI.. Jadi kepada ibu bapa sekali, berhati-hati la..

#Fikir sejenak.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Jom Like BEN ASHAARI




Assalamualaikum w.b.t.. Ini bukan permintaan daripada siapa-siapa.. Hanya inisiatif untuk membantu rakan blogger BEN ASHAARI.. Simple sahaja.. Tak memerlukan banyak masa pun.. Gi kat SINI dan klik LIKE BEN ASHAARI.. That's all.. Jom!!

Maklumat lanjut tentang ini, boleh pergi ke link di bawah..


Bantuan anda untuk klik button Like amatlah dihargai..

Sekian, terima kasih..
Read more ...

Pemenang Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta


Assalamualaikum w.b.t.. Masih ingat dengan Segmen ERAZ FADLI Sempena Pageview 1 Juta? Jadi hari ini, tanpa melengahkan masa untuk menaip entri ini panjang-panjang, Eraz nak umumkan DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Mereka adalah : 



Siapa pemilik no. 10 & 46? Korang boleh semak di SINI..

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua..Mereka perlu message detail seperti no. handphone dan jenis prabayar kepada Eraz di SINI untuk Eraz laksanakan janji itu..

Sekian,

TAHNIAH!
Read more ...

Monday, 22 April 2013

Masa-masa ni la dia nak uji kami ....



Assalamualaikum w.b.t.. Ini bukan ujian yang berat.. Cuma masalah kereta je.. Kereta isteri Eraz tak hidup la pulak pagi ni.. Takde bagi hint apa-apa pun.. Melayan lagi la duit gaji.. Nasib baik gaji dah nak masuk.. Rasanya masalah bateri.. Kalau dah tukar bateri, memang nak baiki semua la termasuk brek..

Anggap je bernasib baik.. Bayangkan kalau kereta mati di tengah-tengah jalan atau kat traffic light.. Lagi parah kan.. Banyak kemungkinan boleh berlaku.. So, percayalah apa-apa yang berlaku dalam hidup kita, ada hikmahnya.. Insyaallah..

#Kira-kira duit gaji.. ;D

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Kenapa 'Cuaca Panas' di Cameron Highlands?

Perlawanan 5 Penjuru PRU-13

Assalamualaikum w.b.t.. Cuaca panas di Cameron Highlands? Tajuk entri tu Eraz ambil daripada laporan Metro Ahad semalam.. Mulanya tengok tajuk, memang nak tahu la kenapa kan.. Pelik juga kenapa cuaca jadi panas di Cameron Highlands.. Ingatkan Kelantan je cuaca panas sekarang.. Baca punya baca, terjawab la sudah..

Rupa-rupanya hanya tajuk memainkan peranan.. Bukan cuaca panas yang itu.. Rupanya berkait rapat dengan PRU-13 ni.. Kerusi Parlimen di Pahang paling meriah di Cameron Highlands dengan saingan 5 penjuru.. Itu rupanya.. Cuaca panas la sangat.. Haha..

#Alahai.. Tajuk berjaya menarik perhatian peminat alam semulajadi ni.. Haha..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Perkembangan Hamil 24 Minggu

Perkembangan Hamil 24 Minggu
Gambar Hiasan & Kredit : Buku Diari Hamil
Perkembangan Hamil 24 Minggu

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Semalam genap isteri Eraz hamil 24 minggu bersamaan 6 bulan.. Diharapkan serta sentiasa berdoa agar perjalanan hamil isteri Eraz untuk anak pertama kami akan berjalan dengan baik sekali, perkembangan juga baik sehinggalah bayi berkenaan lahir dengan sihat, sempurna dan baik.. Sekarang bayi dalam kandungan sangat aktif 'bermain' tak kira masa.. 

Apa yang Eraz baca tentang perkembangan hamil 24 minggu adalah seperti di bawah : 
Perkembangan Hamil 24 Minggu
Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang. 
Perkembangan Hamil 24 Minggu
Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 
Perkembangan Hamil 24 Minggu
Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

Kredit Perkembangan Hamil 24 Minggu : Baby Center

#Doakan agar semua wanita hamil di seluruh dunia (termasuk isteri Eraz) akan berjaya mengharungi tempoh hamil dengan sempurna sehingga kelahiran.. Juga semoga semua pasangan suami isteri yang sedang berusaha  untuk mendapatkan zuriat, dipermurahkan rezeki.. Insyaallah..
Perkembangan Hamil 24 Minggu
Read more ...

Sunday, 21 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2, Yassin Selebriti Pertama Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Yassin menjadi selebriti pertama yang meninggalkan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2 malam ini.. Melalui entri INI, selain Yassin, peserta lain yang terpaksa masuk bertarung di pusingan penyingkiran ialah Kenchana Devi, Sabhi Sadhi, Zain Saidin dan Radhi OAG..

Ramai yang menyangka bahawa tiada penyingkiran pada malam ini kerana Masterchef Selebriti Malaysia 2 ni masih baru lagi start.. Sangkaan yang tidak tepat sama sekali! Selebriti lain yang menunggu diluar semasa pusingan penyingkiran diumumkan ingat Yassin hanya bergurau.. Hakikatnya, memang betul..

#Komen Chef Jo tentang Zain Saidin

Read more ...

Senarai Calon PRU-13 Negeri Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.. Entri khas ini Eraz nak senaraikan Senarai Calon PRU-13 Negeri Kelantan.. Kepada Negeri Kelantan je? Sebab Eraz anak jati Kelantan.. Sedia maklum bahawa semalam telah sempurna penamaan calon bagi PRU-13.. Kalau nak senaraikan semua, penuh la entri ini.. Tapi kalau korang nak semak juga Senarai calon PRU-13 Negeri Sarawak, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, korang boleh klik link INI..

Senarai Calon PRU-13 Negeri Kelantan (Rujuk Senarai Bergambar di bawah)

Petunjuk -
Parlimen : P - DUN : N

P.019 Tumpat - N.01 Pengkalan Kubor, N.02 Kelaboran, N.03 Pasir Pekan, N.04 Wakaf Bharu
P.020 Pengkalan Chepa - N.05 Kijang, N.06 Chempaka, N.07 Panchor
P.021 Kota Bharu - N.08 Tanjong Mas, N.09 Kota Lama, N.10 Bunut Payong
P.022 Pasir Mas - N.11 Tendong, N.12 Pengkalan Pasir, N.13 Chetok
P.023 Rantau Panjang - N.14 Meranti, N.15 Gual Periok, N.16 Bukit Tuku
P.024 Kubang Kerian - N.17 Salor, N.18 Pasir Tumboh, N.19 Demit
P.025 Bachok - N.20 Tawang, N.21 Perupok, N.22 Jelawat
P.026 Ketereh - N.23 Melor, N.24 Kadok, N.25 Kok Lanas
P.027 Tanah Merah - N.26 Bukit Panau, N.27 Gual Ipoh, N.28 Kemahang
P.028 Pasir Puteh - N.29 Selising, N.30 Limbongan, N.31 Semerak, N.32 Gaal
P.029 Machang - N.33 Pulai Chondong, N.34 Temangan, N.35 Kemuning
P.030 Jeli - N.36 Bukit Bunga, N.37 Air Lanas, N.38 Kuala Balah
P.031 Kuala Krai - N.39 Mengkebang, N.40 Guchil, N.41 Manek Urai, N.42 Dabong
P.032 Gua Musang - N.43 Nenggiri, N.44 Paloh, N.45 Galas


Kredit Senarai Calon PRU-13 Negeri Kelantan : Kosmo

Read more ...

Terima Cek Kedua Dari Exabytes

Terima Cek Kedua Dari Exabytes

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, semalam Eraz menerima cek kedua daripada Exabytes.. Masih ingat entri Eraz tentang Permohonan 100 Blogger Ads Program? Selepas mendapat kontrak daripada Exabytes untuk meletakkan iklan di blog ini, cek pertama diterima telah diterima.. Selepas tamat kontrak 3 bulan pertama, pihak Exabytes menyambung lagi kontrak untuk 3 bulan seterusnya.. Jadi alhamdulillah semalam, selamat mendapat cek kedua..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Zain Saidin Tinggalkan Masterchef Selebriti Malaysia 2

Zain Saidin Tinggalkan Masterchef Selebriti Malaysia 2

Assalamualaikum w.b.t.. Baru semalam buat entri tentang Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2, Esok Sudah Masuk Hari Penyingkiran.. Tup-tup masa belek Harian Metro hari ini (Metro Ahad), terbaca artikel tentang ulasan Chef Jo tentang punca Zain Saidin meninggalkan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke - 2.. Panjang lebar ulasan Chef Jo tentang ini..

Korang mesti dah tahu cerita ini kan.. So, tak perlu la Eraz cerita kenapa.. Berita penuh, memang kena beli Metro Ahad hari ini la.. Panjang berjela-jela.. Termasuk ada kisah epal dan susu.. Antaranya apa yang Che Jo beritahu adalah berpunca daripada sikap Zain Saidin sendiri.. Ada beberapa peristiwa antara mereka dan Chef Zubir dan Adu.. Apa-apa pun yang berlaku dan kisah disebalik, hanya mereka yang tahu.. Lepas ni mungkin Zain Saidin sendiri yang akan memberi kenyataan balas tentang hal ini..

#Berfikir 2, 3 kali sebelum nak buat entri pasal dunia hiburan sekarang ini.. Errmmm...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 20 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2, Esok Sudah Masuk Hari Penyingkiran

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 Episod 1, Esok Sudah Masuk Hari Penyingkiran.. Alahai, panjang giler tajuk entri malam ni.. Apa-apa pun, malam ini Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 sudah menyenaraikan 5 orang selebriti ke pusingan penyingkiran esok.. Mereka ialah Zain Saidin, Yassin, Sabhi Sadhi, Kenchana Dewi dan Radhi OAG..

Enot menjadi pemenang untuk pusingan pertama manakala Celina, bekas pengacara 3R nampaknya berjaya di pusingan kedua.. Siapa yang akan menjadi selebriti pertama tersingkir untuk Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2? Esok mungkin akan tahu..

#Tangan Rozita Che Wan terluka, dalam masa yang sama Zain sempat jenguk masa paramedik memberi bantuan

Read more ...

Jom Ke International Open College (IOC)

International Open College (IOC)

International Open College (IOC) sebenarnya sebuah IPTS (Pengajian Sepenuh Masa) yang baru dijenamakan semula pada tahun 2012.. Sebelum ini International Open College menggunakan nama Granada International College yang mana telah menapak di Malaysia sejak tahun 2010.. International Open College ini bertempat di Jalan 7/7B, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.. Siapa inginkan maklumat lanjut tentang International Open College ni, boleh terus ke web rasmi International Open College iaitu http://www.ioc.edu.my/ ataupun boleh datang ke mana-mana cawangan Open University Malaysia setiap negeri..

Program SEPENUH MASA yang ditawarkan ialah :
  • Diploma In Management
  • Diploma In Human Resource Management
  • Diploma In Accountancy
  • Diploma In Mass Communication
  • Diploma In Office Management

KLIK UNTUK BESARKAN

Read more ...