Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 31 March 2013

(GAMBAR) Fenomena Skypunch

Assalamualaikum w.b.t.. Fenomena Skypunch.. Sebenarnya, ini pertama kali Eraz dengar tentang Fenomena Skypunch ni.. Semua ni tahu apabila semasa 'merayau' di Facebook tadi.. Seorang kawan USM Eraz dulu, Ejull Makim telah upload 4 keping gambar tentang Fenomena Skypunch ni.. Jadi Eraz printscreen untuk info pembaca blog ini.. Dibawah Eraz dapat info daripada google..

Secara saintifiknya, kejadian skypunch ini berlaku, apabila suhu air di dalam awan itu berada di bawah paras beku, tetapi air dikawasan yang akan berlakunya skypunch itu tidak dibekukan lagi kerana kekurangan zarah penukleusan ais. Air akan membeku apabila zarah penukleusan ais sudah mencukupi. Apabila sebahagian air mula untuk membeku, berlaku proses penolakan antara molekul ais dengan ais yang lain seperti jatuhnya kepingan domino. Akibat proses Bergeron, wap air yang di sekeliling ais tersebut mula membeku dan jatuh bersama-sama dengan ais tersebut.

Bergeron proses ialah proses pertumbuhan hablur ais yang berlaku pada fasa awan campuran (mengandungi campuran air sejuklampau dan dan ais) di kawasan-kawasan yang mana tekanan wap sekeliling jatuh diantara tekanan wap tepu melebihi air dan tekanan wap tepu melebihi ais. Maka berlakunya proses penyejatan air yang cepat dan pertumbuhan kristal ais yang cepat melalui mendapan wap. Kristal ais terbentuk dengan pantas lalu jatuh ke bumi.

Kejadian skypunch juga boleh berlaku akibat berlakunya gangguan dalam kestabilan lapisan awan akibat  jet atau kapal terbang yang melalui awan tersebut. Gangguan tersebut membuatkan proses yang telah dinyatakan lalu menghasilkan fenomena skypunch. Maka skypunch bukanlah kejadian yang aneh atau pelik tetapi fenomena yang biasa berlaku. Maka bersyukurlah dapat melihat salah satu daripada keindahan ciptaan Tuhan.

Kredit : http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2012/05/22/awan-dah-runtuh-dah-akhir-zaman-ke/

#Teringin nak tengok semua fenomena ini dengan mata sendiri..


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

KEEK - Laman Sosial Video Berdurasi 36 Saat

Assalamualaikum.. Rasanya mesti ramai yang pernah dengar tentang Keek ni.. www.keek.com.. Satu laman sosial terbaru.. Jika instagram hanya boleh upload gambar, tetapi untuk keek, untuk video.. Dari mana Eraz dapat ayat berdurasi 36 saat tu?

Idea untuk entri tentang Keek ni lepas dengar satu topik di Hot FM.. Ramai yang berkongsi pendapat yang positif.. Tak lama lagi mesti akan menjadi fenomena macam instagram kot.. Dengarnya dah ramai artis yang sign up macam Tomok, Lisa Surihani dan lain-lain..

#Jom try skodeng keek! Jujurnya, Eraz baru je dengar tentang KEEK dalam 2,3 minggu lepas.. Macam malu je nak upload video sendiri.. Takut jadi syok sendiri! Haha..


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Peraturan baru Pos Laju - Harga ikut ukur lilit la pula!

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah hari ni dapat cuti untuk gantian kerja semalam.. Jadi as usual, balik kampung la.. Tiap-tiap minggu balik kampung.. Cuma hari ini perlu selesaikan satu perkara tertunggak iaitu pos kan hadiah untuk seorang 'adik' di PD.. Hadiah kahwin..

Kesnya dah pos sebelum ini tetapi dipulangkan sebab dikatakan tidak dapat dihubungi.. Itu dengan GDEX.. So hari ni pilih pos dengan pos laju la.. Tiba-tiba dapat info baru dari kakak kaunter pejabat pos katanya, disebabkan kotak tu besar tetapi berat yang kurang, harga kena kira lilit.. Alahai.. Peraturan baru la pulak..

Tapi kakak tu bagus sebab dia tolong kirakan dulu dan tanya setuju ke tak dengan harga tu.. Lepas dia beritahu harga, terkejut juga tapi malas la fikir lagi.. Kira pos la je la.. Tak kan nak hantar sendiri kan... Hehe..

Sekarang ini jika kategori kotak besar tapi muatan kurang, harga ikut ukur lilit.. Harap maklum semua.. Jangan terkejut... Adios Amigos! Settle kes ni, mau balik kampung! Settlekan beberapa perkara sebab nak pergi KL esok...


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 30 March 2013

Juara Fear Factor Selebriti Malaysia 2013 - Hairul & Dazrin

Akhirnya, sampai juga Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir malam ini.. Juara untuk Fear Factor Selebriti Malaysia adalah milik Hairul dan Dazrin.. Tempat kedua pula pasangan On Air iaitu Hafizul dan Hefny.. Zoey dan Dafi serta Ajak dan Elfira nampaknya tersingkir sebelum ke segmen terakhir Fear Factor Selebriti Malaysia episod akhir malam ni..


#Terjawab! Malam ni Eraz sempat tengok segmen terakhir sebab petang tadi bersama isteri, ma, abah dan abang pernah melawat bapa saudara di HRPZII.. Selepas itu bawa mereka ke rumah sebab nak solat Maghrib.. Sebelum mereka balik Machang, keluar makan dulu.. Lepas ni baru boleh tengok rakaman Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir untuk tengok sang juara - Hairul dan Dazrin..


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Akhirnya dapat orang baru ..


Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya dapat orang baru? Bukan baby ya sebab masih lagi dalam kandungan.. Tapi rakan staf yang baru.. Last kami terima kemasukan staf baru di bahagian pentadbiran pada tahun 2008 yang dulu.. So sekarang tahun 2013 baru la dapat seorang.. Lepas ni mungkin takde dah kot..

Selama ini Eraz hanya seorang diri dengan jawatan sekarang.. Tetapi tahun lepas, seorang staf telah naik pangkat (kategori special).. Tahun ini dapat seorang lagi kawan tetapi jawatan yang agak senior yang transfer daripada KL.. So alhamdulillah, tugas yang dipikul selama 6 tahun itu telah ada yang dapat dikongsikan.. Diharapkan selepas ini, keadaan akan jadi lebih clear..

Sebenarnya, perkataan 'hijrah' masih ada dalam diri.. Insyaallah, usaha itu tak akan berhenti walaupun mendapat rakan staf yang baru.. Alasannya, biarlah Eraz sahaja yang tahu.. Tak nak bercerita tentang cerita orang lain.. Doakan bersama..

#Maaf sekarang lebih kepada entri personal yang mungkin tidak ramai yang suka

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Klinik hampir settle ! Tinggal report ...

Assalamualaikum w.b.t.. Klinik? Bukan klinik merawat ya.. Tapi program Klinik Peperiksaan bagi persediaan kepada pelajar baru.. Datang awal-awal pagi ni sebab nak pastikan program hari ini berjalan lancar... Menjadi staf pertama sampai ke office.. Aiyooooo... Tapi yang penting, alhamdulillah program pertama pagi ini berjalan lancar.. Tentang kehadiran, semua atas pelajar la.. Tunggu nak buat report la nanti..

Pukul 11.00 am pula ada meeting.. Welcoming staf baru yang baru sahaja transfer daripada HQ KL.. Insyaallah akan senang bekerjasama sebab dah biasa dengan staf berkenaan sebelum ini.. Dan extranya dia orang Kelantan juga..

#Kena siapkan banyak kerja hari ini sebab Isnin dah kena terbang ke KL untuk kursus.. Jadi, mungkinkah akan balik lewat?? Harap-harapnya tak..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Friday, 29 March 2013

Ayu Raudhah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki



Jika entri sebelum tentang Irma Hasmie yang baru melahirkan bayi lelaki sulungnya, pada tengaharinya pula, Ayu Raudhah pula selamat melahirkan bayi sulungnya juga bayi lelaki.. Alhamdulillah.. Berita Ayu Raudhah bergelar ibu ni dilaporkan oleh OhBulan..

Nampaknya tahun ni macam ramai yang melahirkan anak lelaki.. Dua kawan Eraz, Irma Hasmie semua anak lelaki.. Sekarang Ayu Raudhah.. Fasha Sandha pun berkemungkinan juga melahirkan bayi lelaki.. Isteri Eraz? Tak pasti lagi sebab masih menyorok.. Hehe..

Tahniah sekali lagi kepada Ayu Raudhah dan suami atas kelahiran bayi lelaki ini dan doakan semua bakal ibu atau ibu yang sedang hamil sekarang selamat melahirkan bayi masing-masing.. Begitu juga yang sedang berusaha untuk mendapatkan bayi.. Usaha tangga kejayaan.. Insyaallah rezeki korang akan muncul..



Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

(Gambar) Irma Hasmie Selamat Melahirkan Anak Pertama



Irma Hasmie selamat melahirkan anak pertama mereka... Tahniah kita ucapkan kepada Irma Hasmie dan suaminya, Redza kerana telah menjadi ibu bapa selepas Irma selamat melahirkan anak pertama mereka pagi tadi.. Berita ini Eraz dapat tahu daripada entri blogger Zamani Abe.. Semoga menjadi ibu bapa yang baik kepada anak berkenaan.. Insyaallah..

Eraz sendiri tidak sabar nak menunggu saat itu.. Insyaallah jika tidak ada apa-apa aral melintang, Eraz dan isteri juga bakal menimang cahaya mata pertama pada Aidilfitri ni.. Sentiasa doakan yang terbaik..

Himpunan kisah Irma ini, boleh ke blog Zamani Abe

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Time-Time ni la nak Under Construction !

'Under Construction'.. Inilah sistem.. Kita yang menjadi user ni, gini la nasib nya.. Masa nak guna sistem berkenaan, tiba-tiba keluar notis under construction.. Tambah-tambah kalau kes tu urgent & important, memang naik darah juga la plus risau.. Harap-harap petang ni kembali OK.. Sabar menunggu..


'Thank you for your patience'.. Rasanya tadi dah hilang patience kot sekejap.. Tapi cuba cool je la.. Sebagai User, memang tak boleh nak buat apa selain buat report.. Sistem ni penting untuk Eraz guna hari ini bagi program di pejabat esok.. Melibatkan pelajar juga..


#Sedang cuba mengabaikan minda dari memikirkan perkara yang berlaku semalam..


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Kursus di KL lagi..


Assalamualaikum w.b.t.. Sekali lagi kena turun KL sebab kursus.. Kali ini 3 hari.. Terpaksa la tinggal kerja-kerja di pejabat untuk sementara waktu untuk memenuhi jemputan kursus ini.. Hampir-hampir nak masuk minggu peperiksaan bagi pelajar di sini, kena pergi kursus pulak..

Kursus camni sebenarnya bagus sebab dalam masa kita pergi kursus, pada Eraz, pada masa yang sama, otak boleh rilex.. Dengan kata lain, boleh lari dari masalah pejabat sekejap.. Fuh! Harap-harapnya takde la tunda ke apa.. 

Kursus kali ini untuk pendedahan kepada sistem baru yang akan diperkenalkan seluruh Malaysia.. Jadi, selepas pergi kursus ini, kena la bentang kepada semua staf yang ada di Kelantan ni.. Kena betul-betul faham la jawabnya.. Tambah-tambah kursus baru..

#Entri kursus INI je yang sempat Eraz 'rekod'kan dalam blog.. Yang lain, tak sempat nak cerita dalam blog!

Read more ...

Thursday, 28 March 2013

Drama Destinasi Cinta Sara di Astro Ria

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau siapa-siapa perasan, promo drama Destinasi Cinta Sara ni dah muncul seawal bulan Mac lagi.. Betul tak? Dari segi promo iklan, memang menarik perhatian.. Drama ni lakonan Remy Ishak, Nadiya Nissa, Alzana Nasir, Afiq Muiz.. Banyak kali juga nampaknya Remy Ishak digandingkan dengan Nadiya Nissa ni..

Satu lagi, Nadiya Nissa ni memang bagus la sebab berjaya dapatkan watak utama.. Rezeki Nadiya Nissa sekarang walaupun tak berjaya tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular walaupun masa tu tengah hot dengan drama Adam & Hawa.. Tapi, walaupun tak tersenarai dalam Top 5, Nadiya boleh berbangga sebab berjaya ada dalam Top 10.. ABPBH tahun depan, tak tahu la lagi nasibnya..

Berbalik kepada drama Destinasi Cinta Sara.. Sekarang sedang ditayangkan di Astro Ria.. Pertengahan jalan dah.. Untuk sinopsis, boleh baca sini :

Sara dan Liza adalah adik beradik.. Sara bekerja di butik pengantin.. Sara yang belum berkahwin sebenarnya memendam perasaan pada majikannya,Mikail.. Di saat Sara ingin memberitahu pilihan hatinya, Liza menyatakan dia menyukai Mikail.. Mengalah dengan adiknya, Sara bersedih kerana dia terpaksa melupakan cintanya pada Mikail.. Pada masa yang sama, Sara berkenalan dengan Iman ketika dia berebut menaiki teksi.. Iman yang tak percaya pada cinta mula tertarik pada Sara sejak dia mula membaca diari Sara yang tertinggal dalam teksi.. Dalam mengubat hati yang lara, Sara banyak menghabiskan masa bersama Iman tanpa menyedari dia mula jatuh cinta pada Iman.. Tapi tiba-tiba Iman kantoi dengan Sara.. Tentang apa? Tunggu kesudahannya.. Sinopsis dan gambar kredit kepada Admya..

Kesudahan drama Destinasi Cinta Sara ni, kena la tunggu pukul 11.30 malam kejap lagi.. Lagu OST untuk drama ni sama dengan drama Setia Hujung Nyawa iaitu Adamu nyanyian Najwa Latiff.. Sambung layan tengok tv.. Adios Amigos!!

#Isteri Eraz kata, Remy Ishak dengan Afiq Muiz ni seiras... Kalau tengok, memang betul la.. Sesuai berlakon jadi adik beradik.. Anzalna nampak macam budak-budak je dalam drama Destinasi Cinta Sara ni.. Nadiya Nissa, macam biasa..


Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Amalan Malam Jumaat Serta Kelebihannya


Amalan Malam Jumaat
Amalan Malam Jumaat Serta Kelebihannya

Assalamualaikum w.b.t.. Amalan Malam Jumaat Serta Kelebihannya.. Rasanya mesti ramai yang dah tahu.. Tapi Eraz terjumpa satu entri daripada Cik Pelangi yang menghuraikan beberapa amalan malam jumaat yang rasanya sangat rugi jika tidak dikongsi..

Kalau diikutkan kesibukan hari ni, memang tak sempat nak update blog.. Tapi tiba-tiba terlintas satu topik yang sesuai untuk hari ini.. Kebetulan hari ini hari Khamis.. Malam ini Malam Jumaat.. Jadi, mari kita sama-sama baca amalan malam jumaat yang disenaraikan..

Amalan Malam Jumaat Serta Kelebihannya :
  1. Membaca Surah Al-Kahfi ( Ayat 1-10 )
  2. Surah Yassin
  3. Memperbanyakkan zikir, doa dan selawat
  4. Solat Malam Jumaat
  5. Ahli kubur mendapat hadiah iaitu doa dari waris yang hidup
  6. Qiyamullail ( Solat malam )
  7. Bersetubuhan dengan para isteri 
Untuk huraian penuh bagi ketujuh-tujuh amalan malam Jumaat berkenaan, korang boleh klik SINI.. Ini pula link Perkongsian Pagi Jumaat..

Read more ...

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April


Tiba masanya untuk E'raz join Segmen : Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April.. Semua syarat telah dituruti.. Siapa yang berminat untuk join, boleh klik banner diatas.. Syarat yang sangat simple.. Kenapa nak masuk bloglist Fizgraphic?

Seperti yang korang tahu, blog Fizgraphic ada menyediakan tutorial.. Tutorial yang biasa dicari oleh semua orang TUTORIAL BLOG dan TUTORIAL PHOTOSHOP.. Selain daripada itu, cara penulisan Fizgraphic juga sangat menetapi pembacaan E'raz.. Selesa.. 

Kekuatan blog Eraz? Simple! Eraz menulis berdasarkan apa yang Eraz rasa perlu.. Mungkin juga dari segi penulisan tentang isu-isu semasa dan hal berlaku di sekeliling.. Ramai yang kata, blog ERAZ FADLI cepat loading.. Itu salah satu yang disukai ramai.. Yang lain, maybe blogger lain lebih tahu.. Insyaallah, Eraz akan update blog setiap hari.. Setakat ini, sehari, Eraz akan update blog at least 3 kali..

Dan ini cerita yang boleh E'raz cerita pasal blog Fizgraphic.. Apa yang paling E'raz nampak di blog Fizgraphic ialah latar belakangnya yang berwarna BIRU! E'raz memang salah seorang peminat warna biru, so memang sejuk mata bila tengok..

Read more ...

Segmen : 300 Bloggers


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang belum join segmen ini, boleh klik banner di atas untuk tengok syarat-syaratnya.. Segmen yang simple sahaja.. Sebelum ini Eraz pernah join segmen dari blogger ini iaitu di entri INI dan INI.. Jadi ini segmen ketiga dari Paly yang Eraz join.. So good luck untuk semua..!

Read more ...

Apabila Janin (Bayi Dalam Kandungan) Bersenam!


Masa tengah merayau di Facebook seorang kawan iaitu Nur Auni Omar (Nura Unie) yang dalam berpantang sekarang, terjumpa satu artikel yang disharekan oleh kawannya yang bertajuk Apabila Janin Bersenam.. Menarik gila.. Info yang disharekan dengan korang semua yang mungkin bakal menjadi ibu dan ayah atau untuk bacaan umum.. 

Gerakan pada janin di dalam kandungan selalunya dapat dikesan antara minggu ke-18 hingga minggu ke-22.. Janin itu juga sensitif terhadap persekitaran ibunya. Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.

Antara aktiviti yang yang mereka lakukan ialah :
  1. Menggeliat
  2. Janin Juga Melakukan Senaman
  3. Menghisap Ibu Jari
  4. Berpusing
  5. Mengetuk Janin
  6. Gerakan Di Tulang Rusuk
  7. Aksi ‘Hormat’
Kalau korang nak baca huraian tentang 7 pergerakan berkenaan, korang boleh klik SINI..

Sebelum ini Eraz pernah buat entri tentang : -
  1. Perkembangan Janin Dari Minggu Ke Minggu
  2. Kuasa Allah Melalui Kejadian Seorang Bayi (VIDEO) 
  3. 20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak
  4. 10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu !
Read more ...

Wednesday, 27 March 2013

Contest Header Paling Sempoi 2013 By NabilaMedan


Assalamualaikum.. Nabila Medan kembali dengan segmen terbaru iaitu Contest Header Paling Sempoi 2013 By NabilaMedan.. Jadi, sesiapa yang berminat untuk join, boleh klik banner di atas.. Untuk satu-satu contest yang mempunyai hadiah, semestinya bersyarat untuk follow dan like blog / facebook pengajur.. Alhamdulillah, semua peraturan telah dituruti..

Klik banner untuk dapatkan link

Read more ...

Segmen : Saya Nak Di Bloglisted oleh Cik Misya!


Assalamualaikum w.b.t.. Aimi Syahirah a.k.a Cik Misya.. Dia seorang blogger yang Eraz kenal di alam maya yang sangat rajin join segmen blogger-blogger lain.. Pada pendapat Eraz, itu merupakan salah satu tanda support kepada semua blogger yang anjur segmen.. Cik Misya ni pernah juga anjur segmen pantas.. Contohnya Segmen : Review 8 Yang Terpantas by Cik Misya!.. Eraz sempat join segmen berkenaan dan berjaya di review oleh dia di link INI..

Jadi hari ni, Cik Misya sekali lagi anjurkan Segmen : Saya Nak Di Bloglisted oleh Cik Misya!.. So! Jom ramai-ramai join sebab segmen ini memang simple.. Tidak memerlukan banyak masa.. Siapa yang berminat untuk join, boleh klik banner di atas.. Tag bro Zamani84..

Good Luck!
Read more ...

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir dah hujung minggu ni.. Rasa macam baru je la gi program Fear Factor Selebriti Malaysia ni kat TV.. Dah 13 minggu rupanya.. By the way, empat pasangan peserta yang berjaya melangkah ke peringkat akhir kali ini.. Mereka adalah :-
  1. Dafi & Zoey
  2. Hairul & Dazrin
  3. Hefny & Hafizul
  4. Ajak dan Elfira..
Yang paling tidak sangka ialah Elfira la.. Satu-satunya wanita yang tinggal dan memiliki tubuh yang kecil, akhirnya dia berjaya melangkah ke Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir ni.. Ingat lagi Episod 12 baru ni, Elfira dan Ajak hampir tersingkir dan Elfira yang terlalu sedih sampai menangis teresak-esak tanpa dapat berkata apa-apa.. Tetapi, rezeki mereka masih ada..

Untuk Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir ni, masing-masing ada peluang untuk bergelar juara.. Masing-masing ada kekuatan masing-masing.. Daripada promo TV di Astro Ria dan Astro Mustika HD sekarang, nampaknya di episod Akhir ni nampaknya sangat mencabar.. Apa-apa pun, kena tunggu Sabtu ni juga la pada pukul 9.00 malam.. Janji temu dengan Fear Factor Selebriti Malaysia Episod Akhir..

Read more ...

ERAZ FADLI Bakal jadi PAPA !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Allah s.w.t telah kurniakan kepada Eraz dan isteri satu rezeki yang tak ternilai.. Eraz bakal jadi bapa / papa / ayah / daddy tak lama lagi.. Alhamdulillah.. Sekarang ini isteri Eraz sedang hamil 20 minggu / 5 bulan dah.. Selepas membuat medical check-up semalam di HUSM, isteri dan baby dalam kandungan, sihat.. Alhamdulillah..

Jika tidak ada aral melintang, isteri Eraz dijangka akan bersalin pada hari Raya Aidilfitri 2013 ini iaitu bulan Ogos 2013.. Isteri Eraz dapat tahu pregnant selepas membuat ujian air kencing menggunakan test UPT pada pukul 4.00 pagi.. Lepas positif, terus dia kejut Eraz.. Memang terkejut dan happy giler la.. Mula saat itu, memang dah tak boleh tidur sampai la pergi kerja.. Ada satu entri yang Eraz gunakan tajuk 4.00 a.m.. Klik SINI.. Hari itu la kami tahu yang kami bakal jadi ibu bapa..

Doakan semoga isteri dan bakal baby Eraz dalam perut berjaya mengharungi perjalanan lagi 4 bulan lebih sebelum bersalin / dilahirkan.. Semoga semuanya berjalan dan berkembang dengan baik.. Semoga isteri Eraz selamat melahirkan bayi yang sihat, sempurna, baik serta soleh hendaknya.. Amin..

Read more ...

Tuesday, 26 March 2013

Rehat Sebentar Bersama ...

Kit Kat! Salah satu favourite Eraz.. Hari ini hari cuti tetapi memang bangun dari pukul 5 am, lepas tu keluar rumah ala-ala pergi kerja, sampai rumah pula dah nak gelap! Memang rasa penat tu..

Dari rumah ke HUSM.. Dari HUSM ke Ambank... Dari Ambank ke Kedai Nasi Ulam D'Bayam bersama kawan.. Lepas hantar kawan ke rumahnya sebab memang melawat keluarga dan atuk neneknya.. Then ambil isteri lepas tu ke airport jemput ma abah.. Lepas tu baru sampai umah, makan.. Lepas solat Isyak, plan nak tidur terus sebab esok kerja! Penat..

#Entri personal! Selamat malam dan Assalamualaikum..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Semangat 'Hello Kitty'

Kereta Semangat 'Hello Kitty'

Semangat 'Hello Kitty'.. Siapa-siapa yang tengok kereta ni, mesti takkan terlepas pandang punya.. Satu kereta ada gambar Hello Kitty dan siap backgroud lagi.. Depan, belakang, atas, bawah, tepi, semua ada.. E'raz sempat snap gambar kereta ni sebab kebetulan berhenti belakang di traffic light.. Memang betul-betul semangat 'Hello Kitty' tuan punya kereta.. Maaf ya kalau ambil gambar ni tanpa izin.. Kereta siapa la ni.. No. Plat pun memang menarik.. Adios Amigos..

Read more ...

Pengomen Tegar Bulan Mac 2013 (01 - 25 Mac 2013)


Assamualaikum w.b.t.. Hari ini, Eraz sekali lagi ingin buat entri tentang Pengomen Tegar blog ERAZ FADLI.. Masih ada 5 hari sahaja lagi untuk tutup tirai bulan Mac 2013.. Carta nampaknya naik turun berbanding dengan carta bertarikh 15 Mac 2013 yang lepas.. Rujuk SINI.. Terima kasih kepada blogger-blogger yang tegar memberi komen di setiap entri blog Eraz.. Eraz kategorikan sebagai 'Pemeriah Entri' maksudnya, komen korang sebenarnya betul-betul membuatkan entri Eraz hidup! Terima kasih banyak-banyak..

Berikut Eraz senaraikan Top 10 Pemeriah Entri / Pengomen Tegar blog ERAZ FALI sepanjang Bulan Mac 2013 (sehingga tarikh hari ini).. Kedudukan ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa.. Persaingan sihat.. Insyaallah, pada awal bulan setiap bulan, Eraz akan membuat entri khas mengumumkan siapa pengomen teratas.. Dan akan diberikan sesuatu.. 'Benda' apa tu, dalam entri berkenaan, baru Eraz akan maklumkan.. Salah satunya ialah blognya akan dimasukkan ke dalam Bloglist Utama Eraz sepanjang bulan berikutnya..

Dalam kepala Eraz sekarang, sudah ada satu 'benda' yang menarik untuk diberikan kepada pengomen tegar itu.. Apakah itu? Kena tunggu akhir bulan Mac 2013 atau dengan lebih tepat, awal April 2013 akan diumumkan..

Mereka adalah Top 10 Pengomen untuk Bulan Mac 2013 (01 Mac - 25 Mac 2013) - Akan berubah dari masa ke semasa..
Read more ...

Monday, 25 March 2013

Laa.. Bukan susah pun nak solat!!!

Laa.. Bukan susah pun nak solat!!!

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz jumpa satu gambar di Facebook masa tengah tunggu nak lunch.. Tajuk gambar tu 'Laa.. Bukan susah pun nak solat!!!'.. Rasanya macam menarik untuk disharekan dengan semua pembaca.. Betul tak dengan apa yang ditulis dalam gambar tu?

#Senyum

Diselitkan entri Eraz sebelum ini tentang Kelebihan Solat Subuh..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Emcee lagi ..



Assalamualaikum w.b.t.. 'Emcee lagi'.. Itu tajuk kali ini.. Kali ini majlis yang lebih kurang sama dengan entri yang Eraz tulis di SINI.. Kerjasama : Kursus Pengajaran & Pembelajaran Guru-Guru KAFA PPD Kota Bharu.. Sebelum majlis ini, ada la terlibat dengan majlis lain lagi.. Sama la macam taklimat..

Tak sure la kenapa menjadi pilihan.. Rasanya memang dah takde calon lain kot.. So jejaka ini la yang menjadi 'mangsa'.. Tak nak sebenarnya tapi terpaksa.. Malas! Haha.. Positifnya, bolehlah timba pengalaman kan.. Mana tahu lepas bergiat aktif.. Tapi sah-sah tak boleh cari makan.. Kira teruskan makan gaji je la.. Senang.. 

#Tunggu masa lunch break!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Blog ERAZ FADLI : Ranking Bawah 500 Sites di Malaysia - Alexa.com #4

Blog ERAZ FADLI : Ranking Bawah 500 Sites di Malaysia - Alexa.com #4
Tarikh : 24 Mac 2013

Blog ERAZ FADLI : Ranking Bawah 500 Sites di Malaysia - Alexa.com #4
Tarikh : 25 Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya, semalam lagi Eraz nak buat entri ini sebab semalam, Eraz perasan kedudukan blog ERAZ FADLI berada di 490 MY.. Alhamdulillah.. Tetapi, disebabkan sibuk dengan aktiviti cuti (rujuk entri INI), terpaksa la forward entri ini ke hari ini..

Alhamdulillah, semak sekali lagi hari ni, kedudukan itu meningkat lagi walaupun tak banyak.. Kedudukan berubah dari 490 MY ke 475 MY.. Alhamdulillah.. Ini bermakna, blog ERAZ FADLI di dalam The top 500 sites in Malaysia.. Bagi kedudukan Global, blog ini berkedudukan 113,517.. Tak sangka juga.. Berbaloi menulis blog bila ranking sentiasa naik dari hari ke hari.. Insyaallah Eraz akan cuba untuk mengekalkan kedudukan atau meningkatkan lagi ranking..

Jadi sekali lagi, jutaan terima kasih sekali lagi kepada blogger-blogger yang selalu singgah ke blog ini.. Sokongan korang amatlah E'raz hargai.. Juga kepada blogger yang banyak memberi tunjuk ajar.. Thanx! Siapa yang ingin semak kedudukan blog masing-masing, boleh klik SINI..

Entri sebelum ini tentang kedudukan blog ERAZ FADLI di Alexa.com :

Read more ...

Sunday, 24 March 2013

Buku Irma Hasmie - SMILE

Buku Irma Hasmie - SMILE

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba terfikir untuk membuat entri tentang buku Irma Hasmie ni.. Buku ini sebenarnya dibeli oleh isteri Eraz masa dia buat medical check-up di HUSM baru ni.. Katanya dia dah habis baca.. Eraz tengok macam menarik.. So plan nak baca la.. Tapi sekarang belum sempat lagi nak baca..

SMILE
Skil . Motivasi . Inspirasi . Luar Biasa . Elegan
Kisah yang menginspirasi Irma, pasti ada tertawan juga.
Dari : Irma Hasmie, Zamri Mohamad

Bila dibelek semua dan tengok isi kandungan, ada 16 Kisah semuanya.. Insyaallah, jika kesempatan, Eraz kongsi dengan semua.. Tak pasti lagi tentang isi kandungan keseluruhan.. Siapa yang dah baca? Review sikit buku Irma Hasmie - SMILE ni..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Luka yang tiada dapat dirawat lagi

Luka yang tiada dapat dirawat lagi

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di atas ialah handphone Nokia Eraz yang ada kenangan tersendiri ni.. Nokia 5320.. Warna Biru.. Bukan handphone INI.. Dah lama sebenarnya bersama dengan telefon ni.. Rasanya dari bulan Januari 2009.. Pernah rosak dengan parah, tapi berjaya di selamatkan.. 

Kini, ada kesan luka yang tak dapat diselamatkan.. Perlukan handphone baru ke? Errmmmmm.. Kena tengok bajet dulu.. Skrin yang luka ni memang penyelesaiannya tukar skrin la.. Tapi macam tak berbaloi je..

Notebook masih belum OK.. Nasib baik ada Galaxy Tab yang berusia setahun lebih ni.. Dapat la juga online kat rumah dan update blog walaupun di mana anda berada..  

#Autopost!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Dalam perjalanan jumpa dia ni..



Eraz sekarang dalam perjalanan untuk jumpa dia ni.. Siapa? (Rujuk gambar di atas).. 4, 5 hari dah kot tak jumpa.. Dalam masa yang sama, Eraz bersama dengan seorang cikgu a.k.a kawan yang baru balik dari Kuching.. Boleh agak siapa? Blogger INI la.. 

Bersama dia, plannya nak jumpa seorang kawan lagi.. Siapa? Dia INI.. Cikgu juga ni.. Mengajar di Perak.. Juga balik kampung.. Banyak pula plannya hari ni.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 23 March 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12 di malam Earth Hour.. Earth Hour tutup lampu je, TV tak perlu tutup.. So boleh layan Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12 ni.. Malam ini ala-ala Separuh Akhir kerana minggu depan sudah episod 13 atau dengan kata lain, Final / Akhir..

Untuk segmen pertama Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12 ni, Hefny dan Hafizul On Air berjaya mendapat masa terpantas.. Akan tetapi, tiada imuniti.. Untuk segmen kedua dan keseluruhan Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12, nampaknya pasangan Dafi dan Zoey sekali lagi menjadi pemenang mingguan dan membawa pulang RM 10 ribu...

Pasangan atau peserta yang paling tercorot dalam episod 12 ini ialah Elfira dan Ajak.. Penentuan masa untuk episod ini adalah melalui gabungan segmen pertama dan kedua.. Elfira sememangnya sangat sedih menangis teresak-esak kerana diumumkan pasangan yang mempunyai masa paling lama sampaikan tidak dapat memberi sebarang ucapan.. Hanya diwakili oleh Ajak..

Akan tetapi, Aaron Aziz akhirnya mengumumkan tiada penyingkiran pada Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12.. Jadi minggu depan merupakan episod 13 iaitu Episod Akhir / Final! Pasangan yang berjaya ke final ialah Dafi & Zoey, Hairul & Dazrin, Hefny & Hafizul serta Ajak & Elfira..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Segmen Sabtu by Pn. Qaleshya & Emas Putih

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, Pn.Qaleshya & Emas Putih buat segmen simple yang mana bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, menambah follower, meningkatkan pageview, dan lain-lain.. Caranya simple. Dijemput semua join segmen ini.

Nak join?? Klik SINI


Syarat
1. Buat entry yang bertajuk Segmen Sabtu by Pn.QaleshyaEmas Putih
2. Follow blog ini dan blog Emas Putih
3. Like fanpage ini Permata_Hati
4. Copy paste code entry di dalam di bawah ke ruangan HTML post.

Copy coding yang disediakan di kotak kat bawah ni, dan paste ke ruangan HTML (so tak perlu copy banner, tak perlu susah2 buat entry, just copy paste code kat bawah, semuanya sudah siap,)

Read more ...

Tarikh dan Masa Earth Hour 2013 di Malaysia

Tarikh dan Masa Earth Hour 2013 di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai yang sudah tahu tentang Earth Hour 2013.. Di Malaysia juga, kita menyokong program ini.. Untuk tahun 2013, sesiapa di Malaysia yang ingin turut serta untuk program ini boleh bergelap bermula pukul 8.30 malam sehingga 9.30 malam.. Hanya satu jam pada malam ini, 23 Mac 2013! Info tentang Earth Hour : -

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008..

Untuk koleksi atau himpunan gambar Earth Hour 2013 di Malaysia, bermula pukul 8.30 malam ni, pasti ramai yang akan upload.. Jika sebelum-sebelum ini, ramai yang upload gambar dan video KLCC bergelap sempena Earth Hour..

#Sebelum ini Eraz sekeluarga menyokong program ni dengan bergelap.. Kipas jangan pula ditutup sebab panas nanti.. Kang tak pasal-pasal pengsan.. TV pun still on.. Contoh malam ni, boleh off lampu sambil tengok Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 12 ! Nampak gaya mereka bermain dengan sotong hari ini...

Read more ...

Cara Hilangkan Stress Yang Mudah !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah sebab masih lagi dikurniakan hari Sabtu untuk kita semua.. Eraz macam biasa, selepas sibuk dengan Regional Colloquium Tutor & Facilitators semalam dan hari-hari sebelum, hari ini masih bekerja.. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar.. 

Hari ni Eraz nak share satu lagi info cara hilangkan stress.. Untuk entri-entri sebelum ini, Eraz pernah kongsikan entri Info : Punca-Punca Stress dan Stress Di Tempat KerjaInfo : Tanda-Tanda StressInfo : Cara Mengawal Stress dan Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress).. Tapi hari ini pula cara hilangkan stress yang dikatakan sangat mudah.. Cuba baca..

Cara Hilangkan Stress Yang Mudah !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com



NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran

Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.

PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Naili : 013-3913 349
Emel  : nailishoppe@gmail.com

Alamat Premis :
Naili Shoppe
T00-UF2, Blok C
Pangsapuri Putra Damai
Jalan P11E Presint 11
Putrajaya

Business Hours :
Isnin – Jumaat ( 10 pagi – 9 malam )
Sabtu – Ahad ( 10 pagi – 8 malam )


Syarat Penyertaan Giveaway
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Like Fanpage NailiShoppe dan Add To Circle Google+ Naili S
  3. Like Fanpage Keledek Pedas dan Add To Circle Google+ Dennis Zill
  4. Buat entri bertajuk Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  7. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual.
  8. Giveaway ini akan berlangsung dari 12.01 pagi 23/3/2013 sehingga 11.59 malam 7/4/2013

Hadiah Giveaway - Wang Tunai Berjumlah RM 200.00
  • Pertama : RM 40 X 1 orang
  • Kedua : RM 30 X 2 orang
  • Ketiga : RM 20 X 2 orang
  • Keempat : RM 10 X 6 orang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh Naili Shoppe dan Mykeledek dengan kerjasama Mialiana.com
Read more ...

Friday, 22 March 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara


Assalamualaikum w.b.t.. MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER.. Menarik kan tajuk segmen ni.. Segmen ini anjuran blogger Mak Dara.. Jadi, Eraz nak jemput korang semua join segmen ini.. Hanya klik banner di atas untuk ketahui syarat-syaratnya.. Ada hadiah menanti.. Eraz nak tag tiga blogger di bawah : -
  1. Fify Firdausi
  2. Farah Alias
  3. Adie Zaff
Berikut adalah senarai penaja MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara : -


Good Luck!!

Read more ...

Seharian di Regional Colloquium Tutor & Facilitators

Seharian di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan untuk program Regional Colloquium Tutor & Facilitators.. Menjadi tuan rumah memang macam biasa la.. Time boleh rehat, seharusnya boleh.. Tapi time masa 'bekerja', bekerjalah.. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Malam ni rehat, malam ni boleh rehat macam semalam.. Tidur.. Haha..

Kerja, kerja pun, sempat juga ambil gambar.. Asyik ambil gambar orang je, nak la juga orang ambil gambar kita..

#Dah dua hari lenguh kaki ni.. Mangsa mengurut, siap sedia ya..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

HUKUM Bersolat Dengan Hanya BerKain Sarung TANPA Baju

Gambar : Google

Assalamualaikum.. HUKUM Bersolat Dengan Hanya BerKain Sarung TANPA Baju.. So korang pernah nampak tak mana-mana ahli keluarga korang yang hanya berkain sarung semasa menunaikan solat? So! E'raz ada terjumpa satu entri yang menjawab persoalan ini dari segi hukum.. So jom terjah entri INI untuk ketahui hukumnya.. Kredit kepada blogger mselim3.. 

Read more ...

Thursday, 21 March 2013

Keputusan Peperiksaan SPM Najwa Latif !

Keputusan Peperiksaan SPM Najwa Latif !

Sedia maklum yang Najwa Latif merupakan pelajar SPM 2012 yang mana keputusannya akan keluar pada hari ini.. Terbaca di Utusan Malaysia tadi (seperti yang di print screen), artikel tersebut memberitahu Najwa Latif mendapat 4A daripada 10 subjek yang diambil.. Bila baca kenyataan kakaknya dalam artikel itu juga, kakaknya, Syafikah hanya berkata, 'sorry, sorry'..

Jadi, dari mana wartawan tahu keputusan peperiksaan SPM Najwa Latif ya.. Mungkin mereka tanya pihak sekolah kot.. Wallahhualam.. Hanya bercerita.. Sambil menjaga TBE.. By the way, tahniah untuk Najwa Latif..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

(GAMBAR) Shila Amzah Sekeluarga Tunai Umrah

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya macam dah lama tak kongsi berita tentang Shila Amzah di blog ini.. Terbaru tentang Shila Amzah, seperti yang diberitahu melalui entri INI, Shila Amzah akan menunaikan umrah bersama keluarga.. Jadi kali ini Eraz ingin kongsikan gambar-gambar yang jumpa di blog Kisah Emas Putih..






Lagi gambar, boleh klik entri Kisah Emas Putih.. Kredit kepada blogger Uzu..

Read more ...

Review #4 : Special Top Refferal bagi Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli




Assalamualaikum.. Gambar paling atas ialah banner kepada blog http://www.mialiana.com/.. Manakala gambar kedua ialah print screen dari entri Top Refferal bagi Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Sedia maklum melalui entri Top Refferal bagi Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli, blogger MiaLiana 
merupakan salah seorang top refferal tetapi atas persahabatan, beliau lepaskan kepada blogger lain yang turut sama join.. Seperti yang Eraz janjikan, Eraz akan review blog http://www.mialiana.com/, sebagai satu penghargaan..

Siapa yang tak kenal banner dan blogger kat atas kan.. Sebenarnya, Eraz tak perlu kot review sebab ramai yang kenal.. Mempunyai follower yang sangat ramai serta penyokong juga ramai.. Orang memang dah biasa ke blog beliau.. Kak Mia juga banyak membantu blogger-blogger junior lain jika mempunyai apa-apa masalah tentang blog..

Pertama sekali E'raz nak ucapkan TERIMA KASIH kepada Kak Mia kerana sudi join segmen singkat anjuran Eraz tu.. Sedikit tentang Puan Mialiana ni yang Eraz nak cerita.. Kak Mia merupakan salah seorang TOP 10 Blogger Of The Year Category untuk Digi WWWOW Awards 2012.. Bukan calang-calang tu. Di blog Kak Mia, beliau banyak berkongsi ilmu tentang banyak hal termasuk personal dan tips-tips untuk pelajar yang sedang mengikuti program pengajian jarak jauh atau separuh masa.. Result Kak Mia sendiri, bukan calang-calang jugak.. Terbaik! 

By the way, Eraz nak ucapkan tahniah sekali lagi pada Kak Mia kerana mendapat Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award bagi pengajiannya di Open University Malaysia..

Jom ramai-ramai terjah blog Kak Mia di http://www.mialiana.com/..

Read more ...