Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 31 October 2012

Gambar Jadi Tatapan Gay Malaysia??

Rasa Serik Letak Gambar Dalam Blog dan Facebook !


| Lepas ni letak gambar camni je la.. Haha.. |

Sebelum ni selalu baca kat blog Ben Ashaari tentang salah guna gambar dia untuk facebook palsu.. Kali ni, aku lak yang kena.. Tapi medium berlainan.. Ada individu yang telah uploadkan gambar aku kat satu group Gay di Facebook.. Individu tu dikenalpasti ID Facebook.. Tapi aku tak nak cakap kat sini siapa.. So pada yang berkenaan, please la, please ya, delete gambar berkenaan.. Tak rela gambar di upload kat situ dan ditonton oleh gay-gay malaysia dan membayangkan sesuatu yang tak patut dibayangkan.. Ini permintaan secara baik.. Tak nak gaduh tak nak apa.. Just permintaan.. Please ya..

Thanx pada seorang insan di facebook yang sedar tentang perkara ini dan memaklumkan kepada aku melalui private message di Page E'raz di Facebook.. Insan tu mesti tahu siapa dia.. Thanx k.. Lepas ni rasa macam serik je nak publish gambar.. Kena fikir dua tiga kali sebelum upload gambar sorang-sorang diri ni.. Errrmmmm...

Read more ...

(VIDEO) MatLuthfi90 ‘Drama-Drama Sebelum Kahwin’

(VIDEO) MatLuthfi90 Kembali Dengan Lawak, ‘Drama-Drama Sebelum Kahwin’

Mungkin ada yang tak kenal MatLuthfi90 ni kan.. Info tentang MatLuthfi90 ni ni, korang boleh klik entri INI.. Terbaru, rezeki dia kot sebab dia tercalon untuk Calon Akhir bagi Shout Awards 2012 untuk kategori Shout! Aloud Award (Individu berbakat menerusi YouTube).. Wow.. Tahniah! 

Kali ni MatLuthfi90 kembali dengan video ‘Drama-Drama Sebelum Kahwin’.. So layan video di bawah.. 




Read more ...

Shila Amzah Tercalon 3 Kategori di APM 2012 Termasuk Artis Wanita Terbaik

Shila Amzah Tercalon 3 Kategori di APM 2012 Termasuk Artis Wanita Terbaik


Lagi-lagi entri pasal Shila Amzah kan?? Haha.. Bukannya apa.. E'raz suka follow perkembangan Shila Amzah dari dulu lagi.. So, entri-entri Shila Amzah ni khas untuk peminat-peminat beliau dan pembaca-pambaca lain jugak.. Kali ni tentang Anugerah Planet Muzik 2012.. 

Rezeki Shila Amzah lagi kot.. Sekali lagi kena tulis.. Haha.. Selepas menang di Asian Wave 2012, Shila telah tersenarai untuk calon Top 5 bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik dalam AIM 19.. Lepas itu, Shila juga telah tercalon sebagai calon akhir untuk kategori Power Vocal Award dan Music Video Award bagi lagu Dejavu untuk Shout Awards 2012..  Minggu ni diumukan pula lagu Patah Seribu layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 27..

Terbaru, Shila Amzah telah tersenarai sebagai calon Akhir untuk kategori ARTIS WANITA TERBAIKARTIS SERANTAU PALING POPULAR dan IKON MEDIA BARU bagi Anugerah Planet Muzik 2012.. Tahniah.. Senarai penuh, korang boleh klik Anugerah Planet Muzik 2012..

Read more ...

Senarai Akhir Pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) 2012

Senarai Akhir Pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) 2012


Senarai Akhir Pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 telah diumumkan.. Info ni E'raz dapat daripada blogger Hazwan Hairy.. APM 2012 dijangka akan berlangsung pada 15 Dec 2012, 8.30 malam di The Max Pavilion, Singapura yang melibatkan artis 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.. Jom terjah calon-calon..

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU LELAKI)

1. Anji, (Hatiku) Berhenti Di Kamu
2. Awi Rafael, Bila Aku Jatuh Cinta
3. Budi, DoReMi
4. Hazama, Cinta Teragung
5. Sandy Canester, Lelaki Dungu

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU WANITA)

1. Dhisa, Cintaku Kamu
2. Lala Karmela, Kamu, Aku, Cinta
3. Najwa Latif, Cinta Muka Buku
4. Raisa, Serba Salah
5. Zahidah, Malam Ini

KUMPULAN BARU TERBAIK

1. Armada, Mau Dibawa Ke Mana
2. Audionauts, Maha Bisa Rahsia
3. Hazama & Amy Search, Semitri
4. PULSE!, Tetap Berazam
5. Salam Musik & Altimet, Alamak!

KOLABORASI TERBAIK

1. Aliff Aziz & Hao Ren, Dilema Cinta
Komposer: Choo Hao Ren
Penulis Lirik: Sha Kalam

2. Dayang Nurfaizah & Tompi, Perlukan Cinta
Komposer: Audi Mok
Penulis Lirik: Ad Samad

3. Hyrul Anuar & Mimi Fly One Nation Emcees, Sudah Mengapa
Komposer: Andi A. Merican & Khairafik Khairudin
Penulis Lirik: Hyrul Anuar

4. Ramlah Ram & SleeQ, Sesaat Kau Datang
Komposer: ID Mifzal
Penulis Lirik: Zie Shafruddin

5. Rossa & Taufik Batisah, Aku Bersahaja
Komposer: Taufik Batisah
Penulis Lirik: Taufik Batisah

ARTIS LELAKI TERBAIK

1. Afgan, Panah Asmara
2. Anuar Zain, Ajari Aku
3. Hafiz, Ku Akui
4. Once Mekel, Hilang Naluri
5. Sammy Simorangkir, Sedang Apa Dan Dimana

ARTIS WANITA TERBAIK
1. Agnes Monica, Rindu
2. Alyah, Kisah Hati
3. Astrid, Tentang Rasa
4. Shila Amzah, Patah Seribu
5. Yuna, Terukir Di Bintang

KUMPULAN TERBAIK

1. Geisha, Cinta dan Benci
2. Kesna, Pilihlah Diriku
3. Kotak, Tendangan Dari Langit
4. RAN, Mencuri Hati
5. Rausyanfikir, Rentak Hati

LAGU TERBAIK SINGAPURA

1. Coba, Snowball
Komposer: Sid Isman
Penulis Lirik: Sid Isman

2. Fatamorgana, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal, Sham & Zackey
Penulis Lirik: Malon, Ryzal, Sham & Zackey

3. Maha Bisa Rahsia, Audionauts
Komposer: Malon, Ryzal & Sham
Penulis Lirik: Malon, Ryzal & Sham

4. Malam Ini, Zahidah
Komposer: Zahidah
Penulis Lirik: Zahidah

5. Pulanglah, Awi Rafael
Komposer: Awi Rafael
Penulis Lirik: Awi Rafael

LAGU TERBAIK

1. Apa Bisa, Kotak
Komposer: Pay, Dewiq & Kotak
Penulis Lirik: Pay, Dewiq & Kotak

2. Kisah Hati, Alyah
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih

3. Ombak Rindu, Hafiz & Adira
Komposer: Nurzaidi Abd Rahman
Penulis Lirik: Sharad Sharan

4. Sedang Apa dan Dimana, Sammy Simorangkir
Komposer: Mario Ricardo
Penulis Lirik: Mario Ricardo

5. Terukir di Bintang, Yuna
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna

ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
SG1: Aliff Aziz
SG2: Aryan
SG3: Audionauts
SG4: Awi Rafael
SG5: Didicazli
SG6: Diorama
SG7: Fauzie Laily
SG8: Hady Mirza
SG9: Imran Ajmain
SG10: Sezairi Sezali
SG11:SleeQ
SG12: Taufik Batisah

LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
LP1: Cinta Yang Lain, Arus
LP2: Gila, Tujuh
LP3: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LP4: Maha Bisa Rahsia, Audionauts
LP5: Membenam Pagi Tanpamu, Diorama
LP6: Menanti Cintamu, Revalina
LP7: Mengapa Kau Harus Pergi, Farhan Shah
LP8: Pulanglah, Awi Rafael
LP9: Salahkan, Hyrul Anuar
LP10: Sally The Lion, The Lion Story & The Sallys
LP11: Terlalu Sayang, Didicazli
LP12: Yang Teristimewa, Sheikh Haikel feat. SleeQ

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
AS1: Afgan
AS2: Agnes Monica
AS3: Aliff Aziz
AS4: Alyah
AS5: Hady Mirza
AS6: Hafiz
AS7: Judika
AS8: Shila Amzah
AS9: SleeQ
AS10: Taufik Batisah
AS11: Ungu
AS12: Yuna

LAGU SERANTAU PALING POPULAR
LS1: Beribu Sesalan, 3 Suara
LS2: Bukan Dia Tapi Aku, Judika
LS3: Kalau Cinta, Aliff Aziz & Joanna
LS4: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir
LS5: Kisah Hati, Alyah
LS6: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Pasha Ungu & Rossa
LS7: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LS8: Ombak Rindu, Hafiz & Adira
LS9: Paralyzed, Agnes Monica
LS10: Sedetik Lebih, Anuar Zain
LS11:Takkan Pernah Ada, Geisha
LS12: Tentang Rasa, Astrid

NEW MEDIA NOVA NOVA MEDIA BARU
MN1: Abdul Hamim Suleiman
MN2: Abdul Muttaleeb
MN3: Arien Nur Santi
MN4: Asya Yonce
MN5: Ayu Videl
MN6: Cassidy Anderson
MN7: Fairuz Selamat
MN8: Muhamad Wazini Bin Mohamed Taib
MN9: Muhammad Azri Syafiq
MN10: Muhammad Samsudian
MN11: Syazwiyanti
MN12: Yoseph Pradana

NEW MEDIA ICON IKON MEDIA BARU
MI1: Afgan
MI2: Alyah
MI3: Kotak
MI4: Najwa Latif
MI5: Sherina Munaf
MI6: Shila Amzah
MI7: SleeQ
MI8: Ungu
MI9: Vidi Aldiano
MI10: Yuna

Read more ...

Rasa Tak Best? Jom Baca Entri ni..

Mari Membentuk Senyuman

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Ada siapa-siapa stress pagi-pagi hari ni? Tarik nafas, hembus.. Tarik nafas, hembus.. Alhamdulillah.. Masih berpeluang menghirup udara kurnia Allah lagi hari ni.. Seperti E'raz sendiri, E'raz membawa hari yang baru hari ni dengan penuh semangat dan harapan.. Semoga ianya akan berkekalan selama-lamanya.. Segala dugaan dan cabaran Allah itu adalah untuk mematangkan kan kita untuk hidup dalam dunia yang penuh cabaran ini.. InsyaAllah..

Masih bersedih? Orait.. Jom sama-sama baca entri ni supaya senyuman mungkin akan terukir di bibir masing-masing..


LANGKAH-LANGKAH

1- Katakan mereka nampak bagus dan baik.. Setiap orang menyukai pujian, tambahan pula mereka amat suka apabila penampilan mereka dipuji. Ianya betul-betul mudah dilakukan!

2- Katakan kepada keluarga anda, betapa anda mencintai mereka. Ini boleh menjadikan semua orang gembira dan menjadikan keluarga anda bersatu padu..

3- Libatkan diri dengan masyarakat.. Jadilah sukarelawan, ianya perbuatan yang menakjubkan, seiring dengan kesan positif yang banyak sekali. Bukan hanya mampu membuatkan diri anda gembira, tetapi, ianya juga dapat membuat orang disekeliling anda juga gembira.. Yang amat penting, anda akan merasa lebih berkeyakinan dengan diri sendiri..

4- Berikan hadiah.. Tidak perlulah bersusah-susah mencari hadiah yang mahal-mahal, ianya hanya perlu mempunyai nilai moral!

5- Sebarkan salam dan senyuman.. Selain ianya adalah sunnah, ia membawa kepada ikatan silaturahim yang kuat dan kukuh..

Daripada Abdullah bin Al-Haris, beliau berkata : Aku tidak pernah melihat orang yang paling banyak tersenyum selain Rasulullah SAW..

[Sunan At-Turmizi, Bab Manaqib Rasul] - SUMBER

Read more ...

Tuesday, 30 October 2012

Himpunan Komen Untuk Entri 'RM 8 Dalam Longkang!'

Himpunan Komen Untuk Entri 'RM 8 Dalam Longkang!'


Alhamdulillah.. Entri Apa? Ada Duit Dalam Longkang! mendapat perhatian daripada blogger lain.. Sebelum teruskan dengan ayat-ayat lain, siapa yang belum tahu tentang entri Apa? Ada Duit Dalam Longkang!, boleh baca dulu.. So ini kesimpulannya..

Seperti yang E'raz beritahu di entri berkenaan, E'raz dah ada satu idea supaya duit ni tidak membazir dan mendapat something pada tuannya.. Idea E'raz ialah menderma kesemua duit berkenaan ke tabung masjid dengan niat pahala kepada tuan punya duit berkenaan.. InsyaAllah beliau tidak rugi apa-apa.. Dan alhamdulillah, 90% mempunyai pendapat yang sama.. Ingin baca pendapat mereka, korang boleh klik SINI diruangan komen.. 

Mereka yang sudi memberi pendapat berkenaan ialah :
10. Nana BamBam 
| Jom Blogwalking ke blog menarik diatas |

Sebagai penghargaan kepada mereka, E'raz akan masukkan link blog mereka di dalam bloglist istimewa mengantikan bloglist : Segmen Bloglist Mr. E'raz Fadli yang sepatutnya tamat pada hujung bulan September yang lepas lagi.. Thanx sebab sudi memberi komen..

Read more ...

Apa? Ada Duit Dalam Longkang!

RM 8 Dalam Longkang! 


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Pagi tadi E'raz mulakan dengan entri Kes Jejaka Berwajah Jambu, Dituduh GAY! Mangsa, Pemain Bola Sepak Kelantan, Afiq Azmi.. Sebabnya memang ramai beranggapan macamtu.. Don't judge a book by its cover.. Lupakan kes tu.. Entri ni ringkas je..

Balik je dari kerja, nampak sesuatu bewarna biru bergumpul dalam longkang depan rumah.. Disebab longkang baru dibersihkan, so memang nampak clear la benda alah tu.. Intai punya intai, rupanya not duit RM 1 sebanyak 8 keping.. Kesian pada pemilik.. Rugi RM 8.. Kalau la ini duit budak-budak sekolah depan tu, lagi la kesian.. Tunggu sekejap sebelum kutip kot-kot tuan dia datang mencari.. Tunggu-tunggu, tak de..

So E'raz decide untuk kutip then bersihkan.. Jika korang yang jumpa duit ni, apa yang korang akan buat? E'raz dah ada satu idea supaya duit ni tidak membazir dan mendapat something pada tuannya, tapi just nak tahu pendapat korang.. Pendapat korang yang bernas, E'raz akan publishkan dalam satu entri khas nanti..

Komen akan dipublish sekali gus pada pukul 4:20 PM

Published with Blogger-droid v2.0.9

Read more ...

Kes Dikaitkan Dengan Pemain Bola Sepak Kelantan, Afiq Azmi..

Lagi Kes Jejaka Berwajah Jambu, Dituduh GAY! Mangsa, Pemain Bola Sepak Kelantan, Afiq Azmi..



Artikel ni E'raz petik daripada Murai.. Mohamad Afiq Azmi, 23, adalah pemain Kuala Lumpur yang dipinjamkan ke pasukan Kelantan dan rasanya dia mula menjadi perhatian bermula perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ni.. Berbalik kepada tajuk entri kat atas, Murai mengkategorikan, Afiq seorang lelaki yang kacak, tinggi dan mempunyai susuk tubuh yang sesuai menjadi model antarabangsa.. Itu Murai yang kategorikan bukan E'raz k.. Haha.. Apa pendapat blogger wanita?

Orait.. Mengikut Murai lagi, "Setiap kali gambar dan cerita tentang dirinya disiarkan di mana-mana laman web, ada saja kritikan yang menuduh Afiq ini adalah lelaki homoseksual (Gay).. Mungkin tuduhan ini dibuat hanya bersandarkan wajah jejaka yang berasal dari Kangar, Perlis ini boleh dikategorikan jambu.. Selain dituduh mempunyai selera songsang, Murai Batu difahamkan Afiq sudah tidak lagi single dan available kerana dia sudah pun mempunyai kekasih hati. Ia terbukti apabila sebuah blog anak tempatan telah menyiarkan foto mesra Afiq bersama wanita bertudung yang tidak dikenali identitinya.."

So! Jangan hanya kerana bermuka jambu, ada rupa, berfesyen, terus menerus dituduh Gay.. The End..


Entri menarik yang mungkin menarik minda korang :

Read more ...

Monday, 29 October 2012

It's Not Funny !


Idea untuk membuat entri ni sangat banyak petang tadi.. Tapi E'raz tahan dulu rasa nak publish sebab mungkin masa tu tak sesuai.. Terlalu dekat nak keluar office dan mengambil 'puan besar' di tempat kerja.. Hehe.. So niatnya nak publish lepas pukul 8.. Tapi bila dapat satu SMS pukul 7 tadi, idea dan isi entri ini terlerai.. E'raz dah lupakan idea-idea tu..

E'raz tak nak komen panjang-panjang sebab ini hanyalah luahan peribadi.. Tak nak jugak komen panjang-panjang sebab E'raz bukan lah handal bab nasihat-nasihat ni.. Hanyalah insan biasa yang banyak lakukan kesilapan.. Insan yang banyak diduga oleh Allah untuk jadikan insan yang lebih baik.. InsyaAllah.. So! Jika anda mempunyai masalah, cuba duduk diam-diam, tenangkan diri n minda, fikirlah baik-baik.. InsyaAllah akan jumpa jalan penyelesaian..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Blog E'raz Fadli Berubah Font

Blog E'raz Fadli Berubah Font

Skrin contoh

Petang tadi tiba-tiba terfikir untuk tukar font blog.. Mesti ada yang ingat jenis font yang Eraz guna sebelum ni kan.. Tulisan tu namanya CRUSHED.. Memang cantik sebab ramai blogger yang kata gitu.. Tapi ada jugak yang kata susah nak baca.. So hari ini, Eraz tukar sepenuhnya tukar pada font terbaru ini.. Sure korang kenal font ni kan? Cool..

Read more ...

Lagu Patah Seribu - Shila Amzah Antara 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 27

Lagu Patah Seribu - Shila Amzah Antara 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 27


Rezeki Shila Amzah lagi.. Sekali lagi kena tulis, selepas menang di Asian Wave 2012, Shila telah tersenarai untuk calon Top 5 bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Pop Terbaik dalam AIM 19.. Lepas itu, Shila juga telah tercalon sebagai calon akhir untuk kategori Power Vocal Award dan Music Video Award bagi lagu Dejavu untuk Shout Awards 2012.. Sekarang pula lagu Patah Seribu sekali lagi layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 27.. Senarai penuh, korang boleh klik SINI..

Read more ...

Senarai Penuh 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 27

Senarai Penuh 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 27


Akhirnya Senarai Penuh 30 Lagu Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 27 telah diumumkan.. Peringkat separuh akhir akan berlangsung dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 11 November (11 lagu), 18 November (11 lagu) dan 25 November 2012 (8 lagu).. Dua pusingan pertama akan berlangsung bermula jam 9.30 malam manakala pusingan ketiga akan berlangsung bermula jam 10.00 malam di TV3 (saluran 103 Astro)..

Senarai Lagu yang layak :

1. Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim
2. Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin
3. Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari
4. Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad
5. Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi
6. Ombak Rindu (Hafiz & Adira) – Zaidi
7. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
8. Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir
9. Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal
10. Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong
11. Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram
12. Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim
13. Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak
14. Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
15. Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim
16. Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah
17. Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan
18. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai
19. Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan
20. Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim
21. Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul
22. Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan
23. Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana) – Ajai
24. Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen
25. Pelangi Senja (Stacy) – Taja & Tun Teja
26. Panik (Bunkface) – Sam Bunkface
27. Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
28. Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique
29. Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem
30. Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K


Read more ...

Peramahkah ANDA ?!

Peramahkah ANDA ?!



Korang rasa korang peramah tak? Sendiri kena jawab tu.. Haha.. Kalau E'raz, ramai yang labelkan E'raz sorang yang peramah.. Faktor ini jugak rasenya mungkin kena tengok keadaan, situasi dan tempat.. Kenapa tiba-tiba timbul isu ni? Ini jawabnya.. Idea timbul lepas terbaca dengan artikel daripada mStar Online bertajuk Malaysia Di Tempat Ke-10 Negara Paling 'Peramah' Di Dunia.. So secara ringkasnya 'Forbes Online' telah meletakkan Malaysia di tempat ke-10 negara paling peramah di dunia, berdasarkan penyelidikan 'Expat Explorer Survey' oleh HSBC baru-baru ini..

"Kualiti hidup yang lebih baik, kehidupan sosial yang memuaskan, kemudahan pelancongan tempatan dan perumahan yang lebih baik daripada di negara asal mereka membantu meletakkan Malaysia di tempat kelima secara keseluruhan walaupun ramai melaporkan sukar menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan (selalunya kerana halangan bahasa)," artikel Forbes Online..

Read more ...

FAKTA! Aaron Aziz Terkena Jangkitan Pneumonia..

| FAKTA! Aaron Aziz Terkena Jangkitan Pneumonia | - Disahkan oleh Isteri, Diyana Halik

Info khas untuk peminat-peminat Aaron Aziz.. Aaron dikatakan telah dimasukkan ke hospital pagi semalam akibat Pneumonia iaitu sejenis jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam tetapi telah disahkan keluar hospital malam tadi..

Aaron dikatakan ‘berdegil’ untuk keluar hospital dan berita tersebut telah disahkan oleh isterinya sendiri, Diyana Halik melalui laman Twitter lewat malam tadi.. Semangat betul Aaron mencari rezeki untuk anak isteri.. Harap semuanya akan OK..




Entri menarik yang mungkin menarik minda korang :
Lagi Kes Jejaka Berwajah Jambu, Dituduh GAY! Mangsa, Pemain Bola Sepak Kelantan, Afiq Azmi..

Read more ...

Segmen : JOM FOLLOW ?

Segmen : JOM FOLLOW ?

SIAPA BERMINAT, BOLEH KLIK BANNER UNTUK INFO!

Segmen ketiga untuk hari ini.. Segmen ini daripada seorang blogger yang menamakan blog dia, BLOG MILIK BUDAK PELAT!.. Menarik.. So siapa yang berminat, boleh klik banner di atas.. Jumlah follower E'raz sekarang ialah 3199.. Cool!

Read more ...

SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!

SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!

KLIK BANNER UNTUK INFO LANJUT

Segmen lagi.. Dulu E'raz pernah join segmen dari Ain ni.. So sekarang dia anjurkan segmen yang kedua pulak.. So siapa-siapa yang berminat, boleh klik banner di atas.. Tetapi di syaratkan tag dua orang blogger.. Blogger yang E'raz nak tag ialah Mama Maszull dan Zamani84..

Read more ...

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

KLIK BANNER UNTUK INFO LANJUT

Masa untuk join segmen.. Mesti ramai dah tahu kelebihan join segmen kan.. Selain boleh menambahkan rangkaian, kita secara tak langsung dapat melihat pelbagai blog yang ada di dunia ni.. Dan jugak dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain.. So! E'raz nak tag semua blogger yang baca entri segmen ni.. Support antara kita! ;)

Read more ...

Lepak Bersama Blogger Ben Ashaari, Syazwan & Wan Zul di KB Mall !

Lepak Bersama Blogger Ben Ashaari, Syazwan & Wan Zul di KB Mall !

Alhamdulillah plan ini berjalan dengan lancar dan seperti yang dijanjikan.. Seawal pagi Eraz ke KB Mall daripada tiada orang sangat di KB Mall sehinggalah penuh orang kat situ.. Eraz pergi juga ke KB Mall pada hari tu walaupun ada majlis pertunangan dan perkahwinan seorang sepupu.. So akhirnya dapat lepak bersama bro Ben Ashaari, Syazwan & Wan Zul di KB Mall.. Seorang lagi yang sepatutnya join sama iaitu bro Jiji tidak dapat hadir sebab ada hal emergency.. Ben Ashaari kebetulan pulang beraya di Kelantan, so inilah peluang terbaik untuk berjumpa..

Semuanya first time jumpa dan yang pasti, semua mesraaaaaaa.. Haha.. Bercerita pengalaman masing-masing sebagai blogger dan yang pasti, bro Ben sempat bercerita pengalaman dia sepanjang menjadi blogger.. Dan yang pasti, memberi tips-tips menarik apa yang perlu untuk menjadi blogger berjaya.. Thanx bro.. Walaupun perjumpaan ni tak ramai blogger yang join, tapi dengan jumlah yang sedikit ini, kami dapat mengenal blog masing-masing dan cara masing-masing.. Blogger ni sememangnya pelbagai backgroud! Bermula daripada perjumpaan ini, kami mula rapat berkongsi cerita.. Cool..

Dibawah gambar yang sempat mereka snap! Gambar Eraz sendiri bersama Ben tak sempat nak snap sebab terpaksa pulang awal sedikit sebab terlibat dengan majlis lain.. InsyaAllah selepas ini, program perjumpaan lain pula akan diatur..

Bermula dengan Wan Zul dan Ben

Syazwan bersama Qhaliff

Eraz? Tiada dalam gambar.. Nampak baju hitam je kat sebelah Syazwan.. ;)


Read more ...

Sunday, 28 October 2012

Hari Ke-3 AidilAdha 2012


Pagi-pagi bersiap ke KB Mall.. Semangat sebab dah tahu trend raya haji ni.. Pagi-pagi tak de masalah jalan raya sebab kereta tak banyak lagi.. Bukan nak pegi shopping atau ape, tapi khas untuk perjumpaan antara blogger.. Blogger mana yang terlibat? Tunggu next entri.. Tak sangka jugak semuamnya berjalan lancar.. Alhamdulillah..

Lepas tu terus ke bergegas ke Pengkalan Chepa sebab ada majlis pertunangan dan majlis perkahwinan sepupu sebelah insan tersayang.. Sekarang masih lepak kat sini.. Majlis pertunangan masih berjalan.. Masa datang majlis macam ni, memang selalu tak de selera nak makan.. Balik umah jap lagi, mula la masuk dapur semula.. Haha..

p/s : Dapat berjumpa dengan blogger pengalaman, sedikit sebanyak dapat input ilmu dan apa itu cabaran dalam dunia blog ni.. Siapa dia? Jeng jeng jeng.. Next entry..
ESOK DAH MULA KERJA.. BERJUANG SEMULA..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Laluan Pilihan Pemandu Paling BERHEMAH! Tahniah..



Gambar di atas merupakan salah satu kawasan yang akan jem bila tiba masa-masa tertentu.. Salah satu sebabnya kalau tak silap, pembaikpulih jambatan kecil yang telah sekian lama.. Ini kawasan laluan utama ni.. Bayangkan daripada dua lane jalan raya then terpaksa jadikan satu masa tiba dekat lalauan tu.. tak sampai 100 meter, traffic light pulak.. Sah-sah la jem kan..

Lagi menambahkan lagi rencah jem jalan raya kawasan ni yang best tu ialah ada kereta yang suka buat laluan sendiri.. Sepatutnya dua lane je, dia buat jadi 3! Buat jalan sendiri di sebelah kiri.. Pastu bila tiba time kawasan sempit, dia pulak yang suka-suka halakan muncung kereta nak cepat masuk ke lane asal.. Cuba lah fikirkan orang lain jugak.. Semua orang nak cepat la.. Aku pun.. Orang lain pun..

Andai kata ada kecemasan pun, ada caranya kan.. Tapi aku tengok macam bukan dalam keadaan kecemasan pun.. So, berubahlah dari dalam.. InsyaAllah aman semua.. Pesanan khidmat masyarakat daripada blog Eraz Fadli.. Peace no war.. Selamat Hari Raya AidilAdha.. !

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Jom tingkatkan follower TWITTER sampai lebam

Jom tingkatkan follower TWITTER sampai lebam


Siapa yang berminat, boleh klik banner di atas... Jumlah follower Eraz sekarang ialah 142 ! Twitter Eraz ialah @erazfadli / https://twitter.com/erazfadli

Read more ...

Segmen : Jom Tambah FollowerTwitter

Segmen : Jom Tambah FollowerTwitter


Siapa yang berminat untuk join, boleh klik banner diatas.. Yang menarik, ada beberapa hadiah yang menarik.. Antaranya Topup (maxis/celcom) RM 5 - (3 pemenang), Topup maxis RM3 (3 pemenang) dan Blog review (5 pemenang).. Jom ramai-ramai join!


Read more ...

Saturday, 27 October 2012

(GAMBAR) Shila Amzah bersama Yatt, Heliza dan Ustaz Amin di AidilAdha


Terbaru daripada Shila Amzah yang mana bergambar bersama Yatt Hamzah, Heliza AF dan Ustaz Amin Idris.. Rasanya gambar ini sempena Hari Raya Aidiladha tahun ni..


Entri menarik yang mungkin menarik minda korang :

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Hari Ke-2 Hari Raya AidilAdha


Assalamualaikum.. Gambar kat atas tu hasil korban lembu semalam.. Settle sekali dengan kepala tu.. Sudah bagi dekat pak saudara sebab dia request.. Hari ni masih beraya di kampung Machang.. Alhamdulillah cuaca cerah giler sejak 2 hari sebelum raya.. Sebabnya sebelum ni bukan main lagi hujan.. Allah bagi kesenangan kepada umatnya untuk jalankan ibadat korban dengan lancar..

Raya korban pada hari Jumaat memang mencabar.. Pagi-pagi pegi solat sunat raya then terus ke upacara korban.. Terpaksa rushing selesaikan daging-daging tu sebab nak pergi solat Jumaat lak.. Zohor sekarang masuk awal.. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Hari ni masa untuk keluarga di Machang sepenuhnya.. Esok dengan keluarga sebelah sana lak.. Isnin kerjaaaaaaaaa... So! Peace no war dan Selamat Hari AidilAdha..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Friday, 26 October 2012

Selamat Hari Raya AidilAdha


Alhamdulillah, tiba juga hari raya AidilAdha / Haji / Korban untuk tahun ni.. Pagi ini berpeluang solat sunat hari raya di Masjid Kubang Kerian.. Sekejap lagi akan bergerak balik kampung satu lagi lak.. Korban lembu kat sana.. 1 bahagian je.. Tapi dah wakilkan dulu pada abah.. So! Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua.. Bagi yang memulakan perjalanan atau dalam perjalanan, hati-hati di jalan raya.. Termasuk untuk diri sendiri..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Thursday, 25 October 2012

(GAMBAR) Shila Amzah : Serius Belajar Mandarin

(GAMBAR) Shila Amzah : Serius Belajar Mandarin

"I just finished my mandarin class.. Xiexie Lao shi:)" - Berikut adalah yang diupdate oleh Shila Amzah sendiri yang mana sedang mengikuti kelas Bahasa Mandarin.. Dan untuk gambar kedua (dibawah), Shila memberitahu "My new friends for china and japan:)".. 



Read more ...

Sampai Matahari Jadi Warna Pink

Sampai Matahari Jadi Warna Pink

Hayati dialog menarik ni..


Kredit : Farah Jalikha a.k.a Farah Alias.. Klik blog beliau untuk entri-entri yang lebih menarik..

Read more ...

Kisah Hari Ini : Kategori Label Untuk Lelaki

Kisah Hari Ini : Kategori Label Untuk Lelaki

Masa blogwalking tadi, terjumpa entri yang menarik daripada Nor Zilla Sensei.. Jom baca!

Muka jambu jer dilabel "GAY"
Muka ganas jer dilabel "MAT REMPIT"
Muka kacak jer dilabel "PLAYBOY"
Muka comel jer dilabel "LEMBIK"

Kata Zilla, "Tak kesian ker kat lelaki yang dah tak tahu nak buat "Muka" apa lagi supaya tak dilabel dengan pernyataan-pernyataan di atas?...kikikiki".. Menarik.. Tak marah kan share entri ni..

Kredit :

p/s : Korang mesti ada nak tambah label lagi kan? Jom senaraikan duk ruangan komen..

Read more ...

Soo Wincci, Miss World Malaysia 2008 : Pelajar PhD di Open University Malaysia (OUM)

Soo Wincci, Pelajar PhD di Open University Malaysia (OUM)

Soo Wincci, Miss World Malaysia 2008, juga pelakon, penyanyi dan bekas peserta Masterchef Selebriti baru-baru ni muncul dengan lagu dan klip video lagu Terus Teranglah.. Dua matlamat utama Wincci iaitu menembusi pasaran hiburan di Taiwan dan melengkapkan pengajian pada peringkat doktor falsafah (PhD) tidak mustahil untuk dicapainya dengan kesungguhan dan pengorbanan..

Soo Wincci salah seorang artis yang boleh dicontohi kerana dalam masa beliau menjadi artis, beliau tidak lepaskan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. Harap-harap, aku pun berpeluang menyambung pengajian aku di peringkat Master dalam masa terdekat..



Read more ...

Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++

Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++


Assalamualaikum.. Last segmen untuk pagi ini.. Siapa berminat, boleh la klik banner di atas.. Mari kita sama-sama bantu Mama Iena Gie untuk upkan follower sehingga sampai 1000++..

Read more ...

Segmen "Cubit-cubit Manja"

Segmen "Cubit-cubit Manja"


Segmen seterusnya yang E'raz rasa nak join.. Saja join segmen ni kerana tajuk segmen ni menarik.. haha.. Yang penting support segmen yang dianjurkan oleh blogger dan ada la jugak senarai untuk blogwalking.. Siapa berminat untuk join serta, boleh la klik banner di atas..

Read more ...

SEGMEN BLOGLIST PELANGI ME & MY FAMILY

SEGMEN BLOGLIST PELANGI ME & MY FAMILY


Siapa yang berminat untuk join segmen ini, boleh klik banner di atas..

Read more ...

Segmen : Jom Usha

Segmen : Jom Usha


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Siapa yang berminat untuk join segmen ni, boleh klik banner di atas..

Read more ...

Wednesday, 24 October 2012

(VIDEO) Bayangkan Korang Berada Pada Masa Ini! Ngeri..

(VIDEO) Cara Keji Mengiklankan Monitor LED (TERBAIK)

Menarik giler!


Videonya di bawah


Read more ...

EKSKLUSIF! Apex, Leuniey Kahwin Disember 2012

EKSKLUSIF! Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat, Nur Eilunie Natasha Nazri, Disember 2012


Baru terbaca artikel online daripada Media Hiburan tentang berita bahawa penjaga gol popular, Apex akan menamatkan zaman bujang pada bulan Disember 2012 ini dengan Leuniey.. Apex baru-baru ini mengakui hubungannya bersama Leuniey semakin serius, dikatakan tidak akan mengadakan majlis pertunangan sebaliknya akan bernikah terus.. Dua majlis persandingan akan diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu.. 

Betul atau tidak, hanya mereka yang tahu.. Apa-apa pun, kita sebagai sesama umat manusia, mendoakan semoga majlis mereka betul-betul berlaku sebab lagi cepat disatukan secara sah, lagi bagus kan.. Menghalalkan cara.. Cool..

Read more ...

Kelebihan Puasa Hari Arafah (25 Oktober 2012 - Khamis)

Kelebihan Puasa Hari Arafah (09 Zulhijjah)

Kelebihan Puasa Hari Arafah (09 Zulhijjah)

Untuk info, puasa hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah.. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji iaitu bagi bukan jemaah haji.. Untuk tahun 2012 ni, hari Arafah jatuh pada 25 Oktober 2012 - Khamis.. Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah :

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang..

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah..

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka..

Untuk huraian dan penjelasan yang lebih detail, korang boleh klik http://muzir.wordpress.com..

Read more ...

Penonton Kemalangan 'Kecil' di Jalan Raya

Penonton Kemalangan 'Kecil' di Jalan Raya


Sabar-sabar.. Ini hanyalah luahan yang mungkin untuk sama-sama kita fikirkan.. Tak salah untuk kita prihatin jika ada kemalangan yang berlaku di jalan raya.. Maybe ingin mendapatkan pengesahan bahawa ianya bukan golongan keluarga kita yang terlibat.. 

Tetapi jika kemalangan itu hanyalah satu kemalangan kecil iaitu hanya kereta kemek sikit je di belakang sebabnya moto langgar bontot kereta, rasanya tak perlulah sampai perlahankan kenderaan untuk tengok.. Dah la depan traffic light yang baru hijau.. Nak tunggu hijau dah satu hal.. Tapi bila hijau, kereta depan lak slow mcm drive 10 km/j.. Depan kereta dia tu berjarak 3, 4 kereta kosong boleh muat.. 

Lagi sakit hati, dlm satu hijau traffic light tu yang biasanya lama, hanya 3, 4 buah je kereta lepas sebab slow nak tengok kemalangan kecil yang hanya kemek sikit je.. Sampai giliran kereta kita yang ke-5, dah merah.. Dah melewatkan pergi kerja.. Fikir-fikirkan.. Peace no war..

Read more ...

Tuesday, 23 October 2012

Gempar! Arnold Schwarzenegger telah meninggal dunia?

Gempar! Arnold Schwarzenegger telah meninggal dunia?


Uit! Tiba-tiba je terbaca entri Gempar! Arnold Schwarzenegger telah meninggal dunia? di blog Lulu Caldina.. Ikut blogger Lulu, berita tu tersebar pada hari Selasa.. Entri penuh, korang boleh klik SINI..

Read more ...

FA's de Phileo : Terima Tempahan Bantal Hiasan Kain Felt

FA's de Phileo : Terima Tempahan Bantal Hiasan Kain Felt


FA's de Phileo merupakan satu perniagaan dimana membuat bantal hiasan yang diperbuat daripada kain felt berkualiti.. Barangan FA's de Phileo boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan pihak mereka akan memastikan pelanggan berpuas hati dengan khidmat dari FA's de Phileo.. Untuk lebih maklumat, korang boleh hubungi mereka personally melalui emel, blog, private message atau sms & call.. Segala maklumat dan contoh design-design, korang boleh klik link-link dibawah..

Facebook FA's De Phileo : http://www.facebook.com/FasDePhileo
Laman Web Rasmi FA's De Phileo : http://fasdephileo.blogspot.com/





Read more ...