Monday 30 April 2012

Lagi Cerita Drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur'

Senyuman Di Kuala Lumpur : Lakonan - Sara Ali, Izzue Islam, Afiq Muiz


aku snap tv aku dgn tab je ni.. ;)

Bermula dengan perkenalan di Facebook di antara Madi (Lakonan Izzue Islam) dan Ira (Lakonan Sara Ali).. Kebetulan Ira membuat status di Facebook dengan pengajian di luar negara.. Status tu menarik Madi untuk berkenalan dengan Ira.. Then Madi kena p KL sebab ade interview biasiswa.. Disebabkan tak de kawan, so Madi ajak Ira teman kan dia sebab dia tak biasa di KL.. 

Lepas interview tu, Ira bawak Madi jalan-jalan sebab sambil tunggu kul 9.30, bas nak balik Kelantan.. Yang tak tahan pada Ira, Madi ajak Ira ke Zoo Negara, Tugu Negara, Muzium Negara, Tasik Perdana, Masjid Negara, Dataran Merdeka.. Ira sendiri sebagai orang KL tak pernah pegi.. 

Itu sebenarnya kisah untuk drama Senyuman Di Kuala Lumpur.. Ade jugak la yang pelik nya dalam drama ni.. Si Madi ni memang betul-betul pelat cakap kelantan la.. Tak terkeluar pun cakap KL.. Haha.. Tapi kan, dia ex-student UTM Skudai, tak kan tak boleh cakap KL dan tak de kawan-kawan kat KL kan... Tapi tak pe, nama pun drama.. 

Lagu-lagu dalam drama Senyuman Di Kuala Lumpur pun best-best jugak.. Bermula dengan Terukir Di Bintang dan seterusnya.. Ending cerita ni, Madi dan Ira belajar sama-sama kat oversea! Baru perasan suara Sara Ali ni macam Nabila Huda..

Tapi memang aku layan r drama ni.. Tak sedar pun masa 2 jam.. Selain daripada jalan citer kat atas, ade beberapa perkara yang boleh di jadikan pengajaran dan teladan.. Ciri keagamaan pun ada dalam drama ni.. Kita ambil apa2 yang positif k untuk lebih maju dalam hidup!

Nak kenal pelakon drama SENYUM DI KUALA LUMPUR ni? Korang boleh klik SINI..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Senyuman Di Kuala Lumpur di Astro Prima

Senyuman Di Kuala Lumpur di Astro Prima - Lakonan Sara Ali dan Izzue Islam

aku snap tv aku dgn tab je ni.. ;)



Dalam 2, 3 hari lepas, aku tengok iklan drama Senyuman Di Kuala Lumpur ni di Astro.. Paling yang membuat aku tertarik nak tengok cerita ni bukan sebab pelakon ke ape, tapi sebab watak Madi yang dilakonkan oleh Izzue Islam ni bercakap Kelantan.. So malam ni, aku berpeluang layan.. Boleh tahan jugak starting nya ni.. Aku dapat search yang Izzue Islam ni memang orang Kelantan.. Aku tak sure sangat cerita penuh drama ni sal apa.. Sekarang masih duk layan lagi.. Sara Ali ni dah banyak drama or filem lakonan dia.. Tapi tak pernah tengok dengan betul2.. ;)

Untuk review, komen, sinopsis jalan cerita drama Senyuman Di Kuala Lumpur ni, korang boleh baca entri INI.. Untuk VIDEO, boleh klik SINI..

Read more ...

Gaji Minimum Sektor Swasta : RM900 (Semenanjung) dan RM800 (Sabah dan Sarawak)

Gaji Minimum Sektor Swasta : RM900 (Semenanjung) dan RM800 (Sabah dan Sarawak)


Perdana Menteri Malaysia, baru sahaja mengumumkan Gaji Minimum Sektor Swasta iaitu RM900 (Semenanjung) dan RM800 (Sabah dan Sarawak). Pihak majikan diberi tempoh 6 bulan untuk menguatkuasakan gaji minimum baru.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Mania Minggu 7 : Jaclyn Victor & Maman Teacher's Pet (Warisan Wanita Terakhir & Pelesit Kota)

Jaclyn Victor & Maman Teacher's Pet (Warisan Wanita Terakhir & Pelesit Kota)

Mulanya aku ingat, Jac dan Maman hanya nyanyi lagu Warisan Wanita Terakhir.. Rupanya diaorang nyanyi 2 lagu.. Satu lagi lagu ialah Pelesit Kota.. Penilaian persembahan? Korang nilailah sendiri..

Gambar : Facebook Mania


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Adnan Sempit 3 Kembali !

Adnan Sempit 3 Kembali Dengan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along, Angah Raja Lawak dan Shima Anuar



Adnan Sempit 3 Kembali | Nampaknya Metrowealth Pictures baru lancarkan Adnan Sempit 3.. Pelakon masih kekal dengan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along & Angah Raja Lawak.. Tapi ada penambahan watak Zita iaitu untuk pelakon Shima Anuar.. Siapa Shima Anuar? Pelakon utama Filem 7 Petala Cinta..

Antara sinopsis atau dengan kata lain kisahnya ialah Adnan dan Bobby yang dah berumahtangga dan terpaksa berdepan dengan macam-macam masalah rumahtangga..



Gambar dan berita dipetik dari MiGOnline

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Hotlink : 50% Diskaun untuk Call 70% untuk SMS! Terjah!



Tawaran terbaru daripada Hotlink.. 50% Diskaun untuk Call 70% untuk SMS! Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik SINI sebab ianya dalam masa terhad..!

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

TITANIC Ke-2 : Clive Palmer, Jutawan Australia Umum Bina Titanic II !

Clive Palmer, Jutawan Australia Umum Bina Titanic II ! Wow!

Jika Titanic dahulu dikendalikan oleh White Star Line, kini Clive Palmer telah menubuhkan syarikat perkapalan sendiri, Blue Star Line.. Titanic II dijangkan belayar di hemisfera utara dan pelayaran pertama dari England ke Amerika Utara dijadualkan pada hujung 2016..!  Berita penuh? Boleh baca artikel di bawah..


Clive Palmer, pada Isnin mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kapal Titanic versi abad ke-21 di China, dengan pelayaran pertama dari England ke New York ditetapkan pada 2016.

SYDNEY: Salah seorang lelaki terkaya di Australia, Clive Palmer, pada Isnin mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kapal Titanic versi abad ke-21 di China, dengan pelayaran pertama dari England ke New York ditetapkan pada 2016.

Palmer, seorang jutawan perlombongan berkata beliau telah mentauliahkan syarikat milik negara China CSC Jinling Shipyard untuk membina Titanic II dengan dimensi yang sama seperti sebelumnya.

"Ia akan menjadi serupa dengan kapal mewah Titanic yang asal tetapi sudah tentu ia akan mempunyai ciri teknologi abad ke-21 dan navigasi terkini serta sistem keselamatan," Palmer berkata dalam satu kenyataan.

"Titanic II akan belayar di hemisfera utara dan pelayaran pertama dari England ke Amerika Utara dijadualkan pada hujung 2016."

Beliau menambah bahawa dia telah menjemput tentera laut China untuk mengiringi Titanic II ke New York.

Pengumuman dibuat hanya beberapa minggu selepas ulang tahun ke-100 tenggelamnya Titanic, yang jatuh pada 15 April 1912 selepas berlanggar air batu pada pelayaran pertamanya dari Southampton ke New York.

Palmer berkata kapal baru itu akan menjadi satu penghormatan terhadap semangat pekerja lelaki dan wanita pada kapal asal yang tenggelam bersama 1,514 penumpang dan anak kapal.

"Kita masih kagum dengan hasil kerja orang-orang ini selepas lebih daripada 100 tahun kemudian dan kita mahu semangat ini untuk 100 tahun lagi," katanya.

Titanic telah dikendalikan oleh White Star Line dan merupakan kapal terbesar di dunia pada masa itu.

Palmer berkata beliau telah menubuhkan syarikat perkapalan sendiri, Blue Star Line dengan kapal baru yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti sebelumnya - 270 meter panjang (885 kaki), 53 meter tinggi dan berat kira-kira 40,000 tan.

Ia akan mempunyai 840 bilik dan sembilan dek dengan reka bentuk dilakukan bersama-sama dengan pasukan penyelidikan sejarah. Tiada angka diberikan tentang kos.

"Titanic II akan memberi keselesaan dan kemewahan dengan gimnasium dan kolam renang, perpustakaan, restoran kelas tinggi dan kabin mewah," kata Palmer.

Palmer dianggarkan menjadi orang kelima terkaya di Australia, dengan aset bernilai lebih daripada Aus$5bilion (AS $ 5.2 bilion), hasil perlombongan arang batu yang meluas dan lain-lain aset perlombongan di Queensland dan Australia Barat.

Beliau juga menceburi bidang pelancongan dan memiliki resort mewah Coolum di Sunshine Coast, manakala baru-baru ini berkata beliau mahu bergerak ke dalam industri media, satu sektor yang dikuasai oleh Fairfax dan Limited Rupert Murdoch News.

Jika Titanic dahulu dikendalikan oleh White Star Line, kini Clive Palmer telah menubuhkan syarikat perkapalan sendiri, Blue Star Line.. Titanic II dijangkan belayar di hemisfera utara dan pelayaran pertama dari England ke Amerika Utara dijadualkan pada hujung 2016..!  Berita penuh? Boleh baca artikel di bawah..



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Di Persimpangan Dilema : Alyah & Nora dalam Mania Minggu 7

Alyah & Nora (Di Persimpangan Dilema) - Mania Minggu 7

Suatu yang menarik tentang Alyah, dan mungkin ramai yang dah bgtau.. Tentang baju dia.. Cam berbeza dengan artis wanita lain dalam Mania.. 

Lagu Di Persimpangan Dilema memang satu lagu yang menarik.. Lagu asal mahupun lagu gubahan semula versi Nora dan Vince AF1, memang menarik.. Dato' Siti pernah nyanyi duet bersama Nora sebelum ini.. Nak dengar? Leh klik SINI..

Tapi kali ni, jom dengar versi Alyah dan Nora!

Gambar : Facebook Mania


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Zizan Dimasukkan Ke Hospital.. Mungkinkah Akan Direhatkan Dalam Super Spontan?

Zizan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Keradangan Otot.. Mungkinkah Akan Direhatkan Dalam Super Spontan?

Sama-sama kita doakan semoga Zizan cepat sembuh dan dapat menjalani tugas-tugas harian.. Sedia maklum, Zizan di masukkan ke wad pada 29 April (semalam) akibat keradangan Otot.. Kalau nak baca berita penuh, boleh baca artikel di bawah..

Penglibatan Zizan untuk program Super Spontan hanya akan di maklumkan selepas menerima laporan sepenuhnya dari pihak hospital..

Berita penuh, mungkin korang boleh baca ini..

Kredit Gambar : Meow

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Persembahan Stacy di Mania Minggu 7 Duet Cliff Umar (Total Eclipse of The Heart)

Mania Minggu 7 : Stacy & Cliff Umar (Total Eclipse of The Heart)

Pakaian Stacy memang cun r.. Hehe.. Aku pertama kali dengar lagu ni masa tengok Jangan Lupa Lirik dulu.. Lagu ni memang best! So jom dengar versi Stacy dan Cliff Umar.. Cliff Umar ni penyanyi utama kumpulan Project Pistol..

Gambar : Facebook Mania



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Santapan Minda : Petua Motivasi Kerja - Mulakan Dengan Ceria!

Santapan Minda : Petua Motivasi Kerja - Mulakan Dengan Ceria!


Jom sama-sama kita hayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah sebagai renungan diri saya sendiri & pembaca :

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.”

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.


Mari kita renung-renungkan perkara ini ;

Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘TAK DATANG’ kerja langsung.

Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.

Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.

Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.

Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA.

Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?

Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..

Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..saper suruh.

Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

“Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday 29 April 2012

SEGMEN : Bloglist Bulan Mei

Klik banner untuk info lanjut!

--------------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Keputusan Mentor 6 Konsert Ke-3 Kumpulan A - Anas Masih Mendahului

 Anas Masih Mendahului Kumpulan A - 29 April 2012


Minggu ni merupakan Konsert ke-3 Kumpulan A.. Mereka perform lagu solo dan berduet dengan artis undangan.. Tisha (Protege Ferhad) memilih Aqasha, Ana (Protege Ramlah Ram) memilih Aizat dan Anas  (Protege Faizai Tahir) memilih Dayang Nurfaizah.. Anas nampaknya ada peluang yang cerah untuk ke separuh akhir dan maybe final sebab kelebihan vokal dan persembahan ada pada dia..

Ana nampaknya berjaya pintas Tisha untuk duduk di tempat ke dua! Tapi Tisha masih ada peluang untuk pintas semula.. Manakala Anas, jauh di depan..

Markah Konsert Ke-3
Tisha : 51
Ana : 62
Anas : 68

Himpunan Markah : Tisha (150), Ana (156) & Anas (211)

Hanya gambar hiasan



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Shila Amzah : Hati Kama (Persembahan Minggu Ke-7 Mania) Duet Dengan Noraniza Idris

Shila Amzah : Hati Kama (Persembahan Minggu Ke-7 Mania) Duet Dengan Noraniza Idris

Persembahan Shila Amzah di Minggu Ke-7 program Mania di Astro untuk 28 April 2012.. Layaaannnnn....

Hati Kama -

Masalah sound masih lagi terjadi.. Memang selalu Shila yang kena.. Mic berapa bunyi bising.. Nasib la.. Personaliti Shila berbeza bila dia nyanyi lagu Hati Kama bersama Noraniza Idris.. Nampak berbeza dari usia dan suara sedikit berbeza..



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Datuk Mohd Zawawi Yusoh : Tak Guna Cantik Kalau Tiada Iman

“Semua orang suka kecantikan dan mahukan anak cantik. Namun, apa gunanya berwajah cantik dan tampan tapi melawan ibu bapa. Jadi kecantikan dalaman sebenarnya lebih penting,” kata perunding motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh.

Menarik untuk bacaan semua.. Petikan ni diambil dalam Metro Ahad.. Mungkin Datuk di interview berikutan topik Mak Lawa, Anak Cun.. Jom sama-sama sambung baca..




Mohd Zawawi berkata, manusia boleh berusaha bagi mendapatkan keturunan cantik, namun ia ditentukan Allah.

Katanya, pembentukan muka, anggota badan dan pembesaran ditentukan Allah.

Beliau berkata, antara usaha yang boleh dilakukan ialah ibu mengandung digalakkan membaca surah Yusuf untuk mendapatkan anak cantik, surah Luqman bagi anak bijak dan surah Maryam untuk mendapatkan anak soleh.

Ini termasuk menjaga pemakanan dan kandungan supaya anak yang bakal dilahirkan sihat.

“Jika mahukan keturunan cantik, mungkin boleh memilih pasangan cantik seperti orang kulit putih yang berhidung mancung, berambut perang dan berbibir nipis.

“Namun, kecantikan itu tidak ada gunanya jika ia tidak seiring dengan sikap kita, lebih-lebih lagi jika langsung tidak beriman kepada Allah.

“Ambil contoh sahabat Rasulullah SAW iaitu Bilal bin Rabah. Bilal adalah hamba daripada bangsa kulit hitam dan kerap diejek kerana keadaan itu,” katanya.

“Namun Bilal antara individu terawal memeluk Islam dan diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran hingga dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah SAW,” katanya.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna

Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna (Metro Ahad)

Korang ada beli Metro Ahad hari ni? Muka depan nya sama cam gambar di bawah.. Kisah Mak Lawa, Anak Cun : Kisah Neelofa, Rozita Che Wan, Anzalna.. "Selain bersyukur dengan kurniaan Ilahi, ibu bapa tiga artis tanah air, mendedahkan petua bagi memastikan anak gadis mereka terus mewarisi kecantikan keluarga.."


Berita penuh, memang korang kena beli Metro la.. Ade 4 muka surat yang menceritakan kisah mereka beserta gambar.. 

WARISI KECANTIKAN... Neelofa bersama keluarga.

Antara petikan Metro Ahad..

BUKAN calang-calang wanita yang masih disunting agensi model untuk menjadi peragawati pada usia mencecah 32 tahun dan sudah punya lima anak.

Itulah pengalaman dilalui Noor Kartini Noor Mohamed, 46, yang dikatakan memiliki kecantikan luar biasa dan menjadi buah mulut masyarakat, terutama di Pasir Mas, Kelantan, satu ketika dulu.

Malah, dalam tempoh lima tahun aktif sebagai peragawati, ibu kepada 10 cahaya mata itu beberapa kali menjadi penghias kulit muka depan majalah wanita terkemuka tempatan.

Legasi kecantikan dimiliki Kartini kemudian diwarisi anaknya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, atau lebih mesra disapa Lofa, malah jika dilihat gambar pada waktu muda, ternyata wajah dua beranak ini tidak banyak berbeza.

Menceritakan kecantikan dimiliki, Kartini berkata, dia mensyukuri kelebihan diberikan Allah kepadanya serta keluarga dan ia diwarisi turun-temurun.

“Saya tidak pernah berasakan diri cantik, namun apabila orang memuji, saya bersyukur. Maklumlah, kalau hendak kata cantik, ada di kalangan ahli keluarga lain mahupun saudara-mara juga tidak kurang cantiknya. Bagaimanapun, kata orang, kecantikan itu subjektif dan orang luar yang menilainya,” katanya kepada Metro Ahad.

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Mania Minggu 7 : Kekal Dengan Penyingkiran Berganda Kristal dan Estranged

Mania Minggu 7 : Kedudukan SMS Terakhir dan Senarai Lagu


Sedia maklum, Mania Minggu 7 Kekal Dengan Penyingkiran Berganda Kristal dan Estranged.. Ini kedudukan SMS sebelum penyingkiran diumumkan..

1. EBI - 13%
2. JACLYN VICTOR - 12%
3. HAZAMA - 10%
4. HAFIZ - 10%
5. STACY - 9%
6. SHILA AMZAH - 9%
7. ADIRA - 9%
8. ALYAH - 9%
9. ARIL - 7%
10. ESTRANGED - 6%
11. KRISTAL - 6%

Nampaknya, Ebi dan Jac masih berada di atas.. Ramai betul peminat Ebi ya walaupun dah lama tak muncul dengan lagu baru sebelum ini.. Ini senarai lagu yang diperform semalam..

Kristal & Ella (Kesal)
Estranged & Velvet (Sudah)
Shila Amzah & Noraniza Idris (Hati Kama)
Stacy & Cliff Umar (Total Eclipse of The Heart)
Aril & Zahid (Ghazal Untuk Rabiah)
Alyah & Nora (Di Persimpangan Dilema)
Hazama & Azlan (Suatu Masa)
Jaclyn Victor & Maman (Warisan Wanita Terakhir & Pelesit Kota)
Hafiz & Maya Karin (Ombak Rindu)
Adira & Shahir (Ku Pinang Kau Dengan Bismillah) 
Ebi & Salma (Kasih Tak Sampai)

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Betul Ke Maulana AF8 Adik Ipar Sham Kamikaze?

Betul Ke Maulana AF8 Adik Ipar Sham Kamikaze?


Bukan sengaja ingin buat gosip ke ape.. Tapi ini salah satu segmen Mulut Murai dalam Propaganza hari ni (29 April 2012), Ajieb dikatakan berjaya mendapatkan maklum balas tentang isu tu Maulana yang didakwa adik ipar kepada Sham Kamikaze.. So, kita tunggu dan lihat je la Propaganza tengahari ni.. Ini kepada siapa-siapa yang berminat la.. Mungkin jugak sekadar propa untuk tarik penonton.. Hehe..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Info : Kelebihan Ayat Kursi

Info : Kelebihan Ayat Kursi

Nabi saw bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)


Terjemahan :

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Saturday 28 April 2012

Mania Minggu 7 : Tiba Penyingkiran Kristal dan Estranged

Mania Minggu 7 : Penyingkiran Kristal dan Estranged (28 April 2012)



Tamat sudah perjalanan Kristal dan Estranged.. So sekarang hanya tinggal 9 penyanyi solo yang akan meneruskan perjalanan di Mania..

Bermula daripada persembahan Alyah sehingga tamat, aku tak dapat nak tengok sebab cuaca kat sini betul-betul tak mengizinkan.. So memang kena tunggu ulangan di channel 188.. ;)

Kemunculan Nora bersama Alyah, Maman bersama Jac, Shahir bersama Adira, Maya Karin bersama Hafiz, Lan bersama Hazama serta Salma bersama Ebi, itu di akhir-akhir..

Entri ini akan di edit kemudian
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Di Kala Persembahan Alyah dan Menunggu Persembahan Jac ; Warisan Wanita Terakhir

Paparan Astro Ketika Hujan Lebat Dan Berangin Kuat!

Aku sambung semula ayat aku kat atas tadi, Di Kala Persembahan Alyah dan Menunggu Persembahan Jac + Maman untuk Warisan Wanita Terakhir, paparan TV terus jadi cam kat bawah sana.. Haha.. Cam biasa sebab hujan lebat plus berangin kuat.. Syok lak kalau tidur ni.. Sejuk.. Hehe.. Ape-ape pun, diharapkan cuaca ni tidak akan mengakibatkan apa-apa hal yang tidak diingini..


Mungkin gangguan ini sampai tamat siaran.. So, off!

Layan gambar je la..

Alyah + Nora

Jac + Maman

Kredit gambar : Facebook Mania!

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Mania Minggu 7 : Pembukaan Daripada Shila Amzah dan Noraniza Idris

Mania Minggu 7 : Pembukaan Daripada Hati Kama


Personaliti Shila berbeza bila dia nyanyi lagu Hati Kama bersama Noraniza Idris.. Nampak berbeza dari usia dan suara sedikit berbeza.. But, mereka cool! Sekarang Stacy tengah perform.. Macam ada masalah je masa persembahan Stacy ni.. Tapi pakaian Stacy memang giler r.. Sesuai dengan dia.. Haha..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Nayati Shamelin Moodliar, Kanak-Kanak Warga Belanda Diculik

27 April 2012, Jumaat, Nayati Shamelin Moodliar, Kanak-Kanak Warga Belanda Diculik


Mintak jauh la daripada semua ni.. Mintak jauh agar tidak ada kes yang cmni berlaku lagi.. Kes Culik terbaru telah berlaku semalam..

Nayati Shamelin Moodliar yang berumur 12 tahun ni dikatakan dilarikan dua lelaki tidak dikenali menaiki Proton Gen2 berwarna hitam ketika menuju ke sekolahnya di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara (MKIS) semalam.. Dalam pukul 7.35 Pagi..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Mania Minggu 7 : Hafiz Bakal Berduet Dengan Dato' Siti Nurhaliza ; Ombak Rindu?!


Baru lepas baca Beautifulnara tadi.. Nara beritahu Hafiz bakal berduet dengan Dato' Siti Nurhaliza untuk lagu Ombak Rindu? Wow! Sesuatu yang menarik.. Kita tunggu malam ni samada projek duet itu berhasil atau tidak..

Selain daripada tu, kerja duet Warisan Wanita Terakhir yang ditunggu-tunggu adalah Jac dan Maman Teachers Pet.. Lama giler tak dengar lagu best ni secara live! Jugak malam ni..

Nak tahu antara senarai lagu yang akan dinyanyikan malam ni? Boleh klik SINI..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Titanic di 'National Geographic Magazine' dan Gambar 'Real' Titanic

Titanic di 'National Geographic Magazine' dan Gambar 'Real' Titanic

Disebalik berita tentang perhimpunan BERSIH hari ni, aku rasa macam tergerak hati untuk publish beberapa gambar REAL Titanic untuk semua pengunjung blog ni.. Jom tengok..


Real Titanic

Dikatakan enjin..


Pandangan atas

Kredit info dan gambar : SINI

Klik OST untuk tengok VIDEO OST Titanic.. My Heart Will Go On..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...