Saturday 31 March 2012

Pusat Jalur Lebar Kuminiti - Projek BJIM Seterpa



Selalunya, aku keje Jumaat dan Sabtu.. Isteri aku cuti Jumaat Sabtu.. Tapi minggu lps aku ambil cuti Jumaat Sabtu, isteri aku lak kena libatkan diri dengan Program Kemasyarakatan.. Nasib nasib..

Isteri aku terlibat dengan Majlis Perasmian Pusat Jalur Lebar Kuminiti - Projek BJIM Seterpa di Kampung Seterpa, jadi aku pun lepak situ je la Sabtu lps.. Jumaat lps dia seharian kat sana untuk buat persediaan.. Yang paling penting, disebabkan aku cuti jugak, so bolehkan aku join.. Bukan senang aku nak cuti hujung minggu camtu..

Nampak hasil kerjasama orang kampung yang bagus dengan staf-staf yang terlibat.. Sambutan pun OK.. Sebelum balik, sempat aku tengok persembahan Dikir Barat.. Giler sakit telinga sebab kuat giler sound! Fuh! Tapi blh la layan untuk lagu-lagu terakhir..

Lepas majlis tu, kami ke FOCUS POINT untuk beli cermin mata baru untuk aku.. Itu lepas sekian lama aku plan.. Hasilnya.. Mungkin aku boleh share dalam satu entri nanti.. ;)

Keratan Berita di Utusan Malaysia

Prof. Dato' SUSIE See Ching Mei diberi penerangan mengenai proses bayaran bil utiliti penduduk

KOTA BHARU 28 Mac - Mukim Seterpa di Peringat yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu, tidaklah asing kepada penduduk negeri ini, malah juga pengunjung dari luar berikutan reputasinya sebagai antara lokasi inap desa atau 'homestay' terbaik.

Malah mukim yang terdiri daripada lima buah kampung iaitu Kampung Renik, Kampung Bechah Tembesu, Kampung Seterpa, Kampung Pak Rahmat dan Kampung Parit dengan keseluruhan penduduk kira-kira 700 orang, baru sahaja mencatat kejayaan sebagai Naib Johan Pertandingan Satu Desa Satu Industri (SDSI) peringkat kebangsaan kategori inap desa tahun lalu.

Berkat kesungguhan dan kerjasama penduduk yang dilihat sering bertungkus lumus menambah baik keadaan di kampung mereka, penduduk sekali lagi bertuah apabila Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) Universiti Sains Malaysia (USM) memilihnya sebagai kampung pertama di negeri ini yang dilengkapkan dengan kemudahan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK).

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

SEGMEN : BLOGLIST April - Mei by Sharfynarz


Syarat-Syarat untuk join Segmen ni...

1. Letak banner dan linkkan..
2 . Tulis tajuk entri "SEGMEN : BLOGLIST April - Mei by Sharfynarz"
3. Then, tinggalkan Link Entry kat komen entri.. 

Kelebihan join serta : Semua senarai peserta akan diletakkan dalam bloglist Sharfynarz selama 2 bulan.. Ikut Sharfynarz, objektif segmen ni nak tambah followers, naikkan trafik blog, review blog korang and paling penting, BlogWalking blog..

Tarikh tutup segmen ialah : 1 April 2012 pada jam 11.59 malam..

Full info!
____________________________________
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Isu Bakal Pengharaman Lagu Bawaku Pergi, Kaka & Zizan..

Aku dengar lagu ni sejak dua menjak ni je lepas isu lirik.. Last, pagi tadi masa on the way pegi keje, terdengar lagu ni di Suria FM.. Bukan lagu ni di'gam' ke? Ke di'gam' kat stesen radio kerajaan je? Ataupun bakal diharamkan?



Di bawah ialah kenyataan penuh Malique :



Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.

Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.

Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Kredit kenyataan Malique : http://beautifulnara.com/

Lirik Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan munkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
hero sudah sampai, cepat terjun dari oteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyetaan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggal kemewahan cuba cara hidup urba
lari lari baling bola salji depan ga
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info lain, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Info : Menguap


Nabi bersabda, "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." (HR Muslim)

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)

Rasulullah saw. : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

Nabi bersabda, “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.” (HR At-Tirmizi).

Sumber : lenggangkangkung 


______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Friday 30 March 2012

ShilaOS - Khas Untuk Peminat Shila Amzah

Menarik.. Terjumpa entri ni di blog Kertas Warna Merah.. ShilaOS? Entri ni khas untuk peminat Shila Amzah.. Korang harus dapat info ni.. OS ni dibangunkan ber'basic'kan Linux Ubuntu.. Jom terjah..





Penuh entri tentang Shila Amzah.. Korang boleh terjah dengan klik Shila Amzah!

Kredit Sumber : Kertas Warna Merah


______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa


Menarik dengan banner kat atas? Jom klik dan join!

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info lain, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Info : 10 Tips Menjadi Suami Soleh


Jika sebelum ini, mesti korang pernah baca entri tentang 8 Tips Menjadi Isteri Solehah.. So hari ni, jom kita baca 10 Tips Menjadi Suami Soleh pulak..

1. Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin isteri.

2. Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.

3. Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Oleh itu, anda jagalah hati isteri anda. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni.

4. Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran. Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar isteri anda menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh. Begitu juga untuk diri anda sendiri.

5.Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Setelah pulang ke rumah, anda sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri anda selepas anda berdua selesai solat berjemaah.

6. Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.

7. Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah.

8. Jangan sesekali memarahi isteri anda di hadapan khalayak ramai. Anda akan menjatuhkan maruahnya.

9. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar anda sebagai suami.

10. Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.

Sumber : SINI

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Thursday 29 March 2012

3D untuk Pizza.. Menarik!

Wow! Aku pernah dengar 3D untuk Movie je.. Untuk Pizza, ini 1st time.. Korang? Sejauh mana konsep 3D nya, korang kena klik SINI untuk info.. Atau boleh klik Facebook rasmi Pizza.. Atau korang boleh klik gambar di bawah.. Mungkin rasa yang 3D!


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Kata-Kata Cinta Buat Emelda, Hatiku Milikmu..

Hatiku Milikmu + Cinta Buat Emelda..

Nera bernasib baik sebab single pertama dia sangat menarik.. Lepas tu keluar pulak video klip yang blh dikatakan menarik jugak.. Dah lama rasa nak publish lagu ni kat blog.. Tapi tak sempat.. So hari ni, berikutan lagu ni menjadi tema untuk drama Cinta Buat Emelda, aku publish lagu ni.. Jom layan bagi yang belum pernah layan.. Nak tahu sinopsis drama Cinta Buat Emelda? Klik SINI..



______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Segmen : Review Blog by Dilla Delaila


Segmen : Review Blog by Dilla Delaila
Klik banner di atas untuk tengok info lengkap..
Join sebab nak memperkenalkan blog kepada semua pembaca..

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday 28 March 2012

BEN ASHAARI Dan Rakan Blogger



Segmen terbaru daripada Ben Ashaari.. Cepat!

Soalan yang perlu dijawab :

Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya, apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?

Soalan aku : 'Apa khabar?'.. ;)

Edited


______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Artis Malaysia Pakai Baju "Recycle".. Jom Tengok Siapa Yang Kena..

Aku terjumpa klip ni di Youtube.. Layan kejap.. Menarik jugak nih.. Kisah disebalik semua gambar dan artis ni, aku tak sure la kebenarannya.. Niat aku cuma nak kongsi ape yang boleh dikongsi di Youtube.. Cool..


Sumber : TheOrange62 @ Youtube



______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Good things come to those who wait ......

Good things come to those who wait <3


Aku sabar je hari ni..
'Nothing to say..' 

Aku berpeluang mengambil annual leave hari ni.. Tapi akhirnya ter'kulai' jugak cuti tu dan berada di pejabat seperti mana hari-hari pejabat biasa.. Jika berada di pejabat dengan keadaan yang cool, tak de hal la pulak.. Tapi dari pagi dibebani dengan macam-macam hal yang kena selesai bermula dari pagi then sampai ke tengahari.. Ingatkan dapat la makan tengahari bersama minda yang tidak memikirkan hal kerja.. Tetapi, terpaksa di sambung kembali jam dua petang sampai la sekarang.. Dah settle.. Perut dah mula lapar.. Berjaya je edit entri ni, mau blah terus.. Malam ni ada perjumpaan dengan kawan satu organisasi tetapi cawangan yang lain.. Jarang-jarang diaorang turun ni, kena la layan dan lepak.. Dalam kepala ni, dah set tak boleh sampai jauh malam sebab otak jammed! Rasa nak relax je hari ni lepas settlekan hal pejabat hari ni.. Bye!

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Segmen : Superstar blog5


Jom baca kata-kata daripada penganjur : 

 "Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekali lagi saya adakan segmen review blog... sebenarnya lebih kepada memperkenalkan blog teman-teman lain kepada yang sudi bertandang ke sini :) ..buat permulaan ni saya akan pilih 5 blog sekaligus untuk diperkenalkan dalam satu sticky entry selama 48 jam..... 

syarat-syarat untuk join..

- masukkan url blog ini kedalam bloglist anda atau follow blog ini..

- buat satu entry ringkas bertajuk Segmen Superstar blog5 , tampal sticker di atas dan linkback ke entry ini..

- tinggalkan  url entry di kotak komen..

- tempoh segmen dari 29/3/2012 hingga 4/4/2012"

Siapa yang berminat, boleh klik banner diatas..

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

SEGMEN NASZ : JOM KENAL BLOGGER


Jom join Segmen dari NasZ ni.. Korang boleh klik banner untuk info yang lebih lanjut.. Info dibawah diperlukan oleh NasZ untuk segmen ni..

A. Nama Penuh Saya?
Mohd Fadli

B. Nama Panggilan Saya?
Eraz

C. Sejak Bila Saya Berblogging?
Hujung November 2011

D. Url Blog Saya?

Entri menarik yang perlu korang terjah :
Read more ...

Awal Ashaari Akan Kahwini Scha Al-Yahya Pada 04 Mei 2012

Awal Tidak Benarkan Scha Peluk Lelaki Lepas Kahwin



KUALA LUMPUR : Pelakon Scha Al Yahya, 29, tidak dibenarkan memeluk lelaki dalam apa jua adegan selepas bergelar isteri kepada Awal Ashaari, 31.

Ia adalah syarat yang dikenakan oleh Awal untuk memastikan rumah tangga yang bakal mereka bina pada 4 Mei depan berjalan dalam keadaan harmoni.

"Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.

"Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.

Selain itu tambah Awal, dia mengikut nasihat ibunya bahawa suami isteri perlu tidur bersama dalam apa sahaja keadaan.

Kerana itu Scha juga perlu pulang ke rumah sebelum pukul 12 tengah malam.

"Berdasarkan pesanan-pesanan daripada rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan orang tua-tua, mereka memberitahu, jika suami isteri tidur bersama akan menguatkan lagi mahligai perkahwinan.

"Sibuk dan gaduh besar macam mana sekalipun, ibu berpesan, tidur mestilah sekali. Ia merupakan salah satu tip kebahagiaan dalam rumah tangga," ujar Awal.

Scha yang baru sahaja mengetahui syarat itu agak terkejut selepas ditanya oleh pihak media.

Bagaimanapun, pelakon Aku Bukan Tomboy ini tidak kisah dengan syarat itu memandangkan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi kata suami.

"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya," tutur Scha sambil memberikan senyuman kepada bakal suaminya itu.

Pasangan tersebut akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.


Sumber


Entri berkaitan :
1. Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya 
2. Video : Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Tuesday 27 March 2012

DiGi WWWOW Awards

Wahai Blogger-Blogger Sekalian,

Pernah dengar tentang DiGi WWWOW Awards? Mungkin bagi blogger-blogger baru, mungkin award ni perkara baru.. Tapi tidak bagi Blogger-Blogger Otai.. So, jika perlukan info, boleh klik gambar di bawah atau link di bawah gambar..

Untuk info lengkap, korang boleh klik laman web rasmi Awards : www.wwwow.my

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Info : Samsung Galaxy Tab 7.7.. Jom Terjah...

Hujung tahun lepas, aku rasa baru je panas dengan Samsung Galaxy Tab 7.0.. Tup-tup sekarang dah keluar Samsung Galaxy Tab 7.7.. Memang cepat la teknologi sekarang.. Sedang mencari perbezaan antara Samsung Galaxy Tab 7.0 dan Samsung Galaxy Tab 7.7.. Korang tahu? Klik SINI atau gambar dibawah untuk tahu promosi tentang Samsung Galaxy Tab 7.7..

Tapi dengan adanya Samsung Galaxy Tab 7.0 ni, aku rasa lagi senang nak online dan yang paling penting dapat menyelesaikan urusan kerja atau peribadi yang dalam kategori urgent..

Korang boleh klik gambar ini juga..

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Hati Terbuka - Nini Marlini

Mesti korang pernah terbaca entri tentang Nini Marlini sebelum ni.. Wanita yang bernama Nini Marlini dan Koleksi Gambar : Nini Marlini.. So sekarang, aku nak berkongsi tentang satu artikel dalam Harian Metro tentang wanita ini..


Hati Terbuka

          
DIRINYA cukup bertuah apabila bertemu penggiat seni yang punya nama besar dalam industri dan diberikan peluang melangkah dunia glamor sebagai anak seni. Cubaan menerusi telefilem Lagenda Pontianak arahan Aziz M Osman disiarkan di Astro Ria tahun lalu dan pengarah berpengalaman itu sekali lagi memberi peluang kepadanya menjayakan filem Azura 2012 yang ditayangkan di pawagam pada awal Februari lalu.

Kini Marlini Che Mat Din, 25, yang memulakan kerjaya sebagai model pada 2006 dan disenaraikan sebagai lima terbaik menerusi pertandingan pencarian model Estee Lauder pada 2007, menanti peluang untuk menggilap bakatnya dalam lakonan.

Anak keempat daripada enam beradik ini mengakui tidak mempunyai pengalaman berlakon tetapi semuanya dibentuk oleh Aziz. Katanya, dia hanya mempunyai pengalaman dalam bidang ‘modeling’ tetapi itu pun masih banyak yang perlu dipelajari.

“Pengalaman pertama saya masuk ke lokasi penggambaran ketika filem Penunggu tetapi belum ditayangkan dan kemungkinan besar akan ke pawagam pada tahun depan. Saya pergi uji bakat dan berjaya memegang watak utama. “Selesai filem itu, saya memegang watak pembantu dalam Lagenda Pontianak sebagai isteri kepada Cico Harahap,” katanya.

Kelihatan takut-takut dan masih segan berbual dengan media, Marlini yang lebih mesra dipanggil Nini, begitu berhati-hati tatkala menyusun bicara agar tidak ada yang kecil hati. Waktu sama, Nini masih memberikan jawapan untuk setiap soalan yang diberikan. Tidak lokek dengan senyuman, pendatang baru itu berpuas hati dengan lakonannya dalam Azura 2012. Nini diberi watak Wanda, kakak Zek lakonan Shahz Jaszle. Nini mengakui masih banyak perkara yang harus diperbaiki agar dapat memantapkan lagi lakonannya.

Memegang watak antagonis dalam filem itu, Nini berjaya menimbulkan rasa meluat dan menyampah dengan lakonannya yang berlagak seperti ‘diva’ atas tiket anak seorang datuk dan memegang jawatan tinggi dalam syarikat.

Kata Nini, bukan mudah seorang pendatang baru sepertinya menjiwai watak sebagai Wanda tetapi semua yang berada di lokasi penggambaran filem itu memberikan tips untuk dia membawakan watak itu dengan bersahaja.

“Saya menonton Gossip Girl agar dapat memahami lebih mendalam diri Wanda. Watak yang saya lakonkan ini sedikit ‘bitchy’ tetapi tidak keterlaluan agar tidak menyentuh sensitiviti kita di Malaysia.

“Slanga bahasa Inggeris yang saya gunakan juga untuk menonjolkan lagi sikap Wanda yang berasakan dirinya hebat,” katanya.

Walaupun baru setahun jagung, Nini berjaya membawakan watak Wanda dengan baik. Tidak mahu menilai diri sendiri, Nini hanya tersenyum dan mengatakan dirinya tidak layak untuk menilai bakat sendiri.

Dia menyerahkan semua itu kepada masyarakat umum untuk menilai sejauh mana bakatnya sebagai pelakon dan akan menerima kritikan dengan hati terbuka. Tambahan pula, sebagai pendatang baru Nini tidak meletakkan harapan besar dia sudah mampu mempamerkan sisi bakatnya yang sebenar.

“Semua orang memerlukan sokongan dalam apa juga bidang diceburi. Tidak adil sekiranya saya terus diadili berdasarkan dua lakonan saya menerusi naskhah terdahulu.

“Masih banyak yang saya perlu pelajari dan berharap diberikan peluang untuk memperbaiki mutu lakonan agar lebih mantap dan dapat memberikan impak kepada penonton,” tambahnya.

Satu-satunya dalam keluarga yang menceburi bidang seni, Nini tidak mahu berputus asa walaupun segelintir mengecam lakonannya yang dianggap kurang memuaskan dalam Azura 2012.

Sumber : Harian Metro

Entri berkaitan dengan Nini Marlini :
______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Berjalan Mengikut Arus

Bad Day? Aku rasa tak kot.. Cuma pagi tadi, aku tiba-tiba terbangun dengan mengejut sebab kereta wife aku  buat hal sikit.. Tiba-tiba alarm kete tu berbunyi.. Kelam kabut carik kunci rumah dan kunci kereta tu.. Kena carik jugak kunci kereta aku sebab kunci kereta wife aku rupanye ada dalam kete aku.. Lupa nak keluarkan.. Rasa macam sakit kepala bila terbangun dari tidur dengan keadaan mengejut camtu.. Sib baik jiran sebelah tak kua rumah jugak.. Ya la, bayangkan kereta tu berbunyi di pagi buta.. Risau kot-kot ada orang nak rompak kereta.. Tapi alhamdulillah cuma mungkin alarm sensitif sebab cuaca berangin kuat dan hujan..

Lagu Bad Day - Daniel Powter ni memang aku suka dari dulu.. Pagi ni terdengar sekali lagi kat radio.. So terus teringat kat video klip lagu ni.. Bagi aku, sangat menarik.. Jom layan bersama lirik kat bawah.. Cool..

Aku harap, hari ini akan menjadi hari yang lebih bermakna daripada semalam.. Begitu jugak dengan anda yang membaca entri ni.. Jom terus kehidupan hari ni.. Berjalan mengikut arus..



Where is the moment we needed the most ?
You kick up the leaves and the magic is lost
You tell me your blue skies fade to grey
You tell me your passion's gone away and I don't need no carryin' on
You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee to go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces everytime and I don't need no carryin' on

Because you had a bad day, you're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know, you tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day, the camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day, you had a bad day

Well, you need a blue sky holiday
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

You had a bad day, you're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know, you tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day, the camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day, oh... Holiday...

Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong and I'm not wrong, ahhh...

So where is the passion when you need it the most ?
Oh, you and I, you kick up the leaves and the magic is lost

'Cause you had a bad day, you're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know, you tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day, you've seen what you like
And how does it feel for one more time
You had a bad day, you had a bad day

(Oh, yeah, yeaaah, yeah) Had a bad day
(Oh, had a bad day) Had a bad day
(Oh, yeah, yeah, yeeeeah) Had a bad day
(Oh, had a bad day) Had a bad day, had a bad day..

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Segmen : Jom Skodeng Bersama Ikaa and Farah

Read more ...

Video : Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya



Sebagai penulis blog yang memerlukan isu menarik, so entri kali ni aku nak publish video Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya di program Propaganza Astro Ria semalam.. Walaupun kita tengok caranya sangat romantik, tetapi budaya kita camne ya? Ape2 pun, layaannnn je la.. Tetap sokong drama dan filem Scha!

Entri berkaitan : 

______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday 26 March 2012

127 Hours Terperangkap? Terpaksa Potong Tangan..

Memang dah lama aku nak tengok filem 127 Hours ni, lepas filem ni tercalon banyak kategori dalam OSCAR.. Tapi hari ni nasib aku baik sebab Fox Movies tayang movie ni.. Kebetulan jugak aku free.. Memang movie yang sangat menarik.. Malang yang tidak berbau berlaku sampaikan Aron terpaksa potong tangan sendiri selepas terperangkap selama 5hari.. Cerita lanjut, memang korang kena tengok.. Bagaimana dia cuba untuk lepaskan diri.. Dalam masa yang sama, minda dia bermain dengan perkara atau peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini.. Banyak perkara positif yang kita boleh ambil dari cerita ini.. Sinopsis? Baca dibawah :

127 Hours adalah filem pengembaraan biografi 2010 yang diterbitkan,ditulis dan diarahkan oleh Danny Boyle dan dibintangi oleh James Franco sebagai Aron Ralston iaitu seorang pendaki gunung yang terperangkap di Robbers Roost, Terperangkap selama lebih daripada 5 hari sebelum mencacatkan tangannya dengan pisau lipat pada April 2003.Filem ini telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelbagai pengkritik filem.


TRAILER




_______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...